Monday, December 31, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Salam kasih syg...
Mana2 page baik Facebook, Twitter, blog n anything rata-rata semua mengucapkan selamat tahun baru.. Tanpa melepaskan peluang yang ada dan menggunakan saki baki tahun 2012 yg ada aku juga ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013.. Yang pasti tahun 2012 memberi macam rasa dalam kehidupanku sebagai seorang pelajar, anak, isteri dan juga ibu.. Liku-liku 2012 akan terus menjadi kenangan. segala kelemahan akan diperbetulkan, mana yang baik dikekalkan. Dalam memperkatakan tahun baru rata-rata akan bertanya apa azam tahun baru. Untuk aku, azam tahun baru (1) aku harap dapat berhijrah ke arah yang lebih baik dari segi menunaikan tanggungjawab terhadap Allah, suami, anak dan keluargaku serta mentua.. (2) memperbaiki kelamahan dalam pengajianku.. Bagi aku tempoh 2012 adalah tempoh di mana aku menyesuaikan diri dengan kehidupan sudah berkeluarga sendiri. diharap 2013 aku lebih cekap mengurus rumah tangga di usia mudaku.. Insyaallah.. Semoga bertambah usia bertambah jualah amalan kebaikan.. =)

Wednesday, December 19, 2012

UJIAN MASAKAN : Makaroni goreng & Kek Permaisuri

Salam semua...

One set complete!.. Makaroni goreng, Kek permaisuri dan Teh O pudina..


Baru sahaja tadi lepas satu bebanan yang terpikul di bahu setelah tamat ujian penilaian masakan bagi subjek ERT. Walaupun sudah biasa mengadap dapur, namun tatkala diri ini ingin dinilai dari segi mutu persembahan serta rasa makanan yang dimasak, terketar rasa. Sebelum ujian bermula, malam tadi telah aku siapkan awal2 segala barang yang perlu dibawa, baik lab coat, name tag, baju seluar siap di'iron' (selalu aku pg2 baru nk iron), bunga hiasan, pinggan menghidang, pengalas dan sebagainya. Semua ini aku siapkan agar tidak nanti aku kelam kabut. Seminggu sebelum aku ujian otak ini sentiasa berputar ligat memikirkan berkenaan ujian ini. Jadi ke tidak aku masak? cukupkah masa yang ada? Terketar-ketar atau tak tangan nanti? Apa rasa masakan aku nanti?... Semua itu sangat mengganggu fikiran aku selagi ujian ini tidak berlalu.

Emmm... ok next pg tadi aku melangkah dengan penuh sedia ke makmal masakan. Kelihatan beberapa orang rakanku sudahpun berada di situ menyediakan peralatan masing-masing. Satu masalah yang aku alami, di wardrobe tempat aku masak xde pun kuali besar. Macam mana aku nak goreng makaroni ni nanti???.. (Rileks2 jangan gabra.. aku tarik nafas berkata dalam hati).. Cek punya cek aku jumpa kat tempat membe aku terus ku ambil memandangkan dia pun  x guna. Satu persatu peralatan dan bahan aku ambil.

Aku mulakan masakan dengan bismillah. Hidangan pertama yang aku buat adalah kek permaisuri. Ya Allah tuhan je tahu takutnya aku nak buat kek ni. Padahal kek ni sangatlah simple dan senang gila. Tapi disebabkab inilah kali pertama aku nak buat adunan kek maka takut la korang!!. haishh.. adun punya adun sambil kepala ingat2 semula yang En. Syawal (tnaga pengajar aku) ajarkan dulu. Last2 jadi jugak & bakar. 

Kek permaisuri

Masalah kedua aku, aku tak cek pula jenis makaroni yang disediakan untuk aku. Aku ingatkan belum kembang tapi bila en.syawal cek rupanya dah 'overcooked'.. Masyaallah.... Selalu aku masak boleh kembang lagi besar. Rupa-rupanya jenama makaroni yang disediakan tak sama dengan yang aku selalu masak. Bentuk pun lain sikit. Licin je takde yang macam garis-garis tu. Anyway, aku masak je macam biasa. Pum Pam Pum Pam. Last2 semua siap, aku mulalah menghias kek dan makaroni aku. Hiasan kek aku korang nak tau aku pakai apa?? aku pakai coklat seposen tu ha yang ada jual kat kedai Choki-choki nama dia..hikhikhik.. jimat budget n masa.. leceh nak wat aising..

One more thing aku nak share, kemana pun korang pergi try dapatkan satu kemahiran apa2 pun... sebabnya.. Aku ni bukan reti lipat napkin, butttttttttttttt... Dlu masa aku pergi pameran makanan dekat mana ntah aku lupa, aku ada minta demonstrator dia tunjukkan cara lipat napkin & nama dia Bird Of Paradise..Aku tak sangka ilmu yang aku belajar dalam 7 tahun yang lepas aku aplikasikan masa ujian masakan ni. Mujur aku masih ingat cara-cara dia. Alhamdulilah. Ni lah dikatakan pembelajaran sepanjang hayat.

Tu dia 'Bird Of Paradise aku" xla lawa sangat but ok la
Lepas siap kemas bagai, kitaorang diarahkan keluar dan dipanggil sorang demi sorang untuk dinilai. Tiba giliran aku.. Kain maslin pun dibuka.

"Overall saya tengok ok"
"Ok, saya try rasa"
"Rasa dia sedap, tak masin tak berapa pedas, semua elok cuma makaroni tadi terlebih masak sikit"
"Cuma portion hiasan dia banyak sangat, kalau boleh kurangkan sedikit"
"Kek pun lawa"

Itulah antara komen-komen yang diberi. Then, penilai pun tunjukkan kertas penilain dia dengan tertulis di situ A-.. teng teng teng.. aku ingatkan nak bagi A solid. Tapi takpelah syukur alhamdulilah. Benda kita dah cuba dan itulah hasilnya. Selesai semua apa lagi makan, makan dan terus makan. Sempat aku bungkus untuk bawa balik beri pada mereka2 yang menginginkannya..Komen pun positif. Tengkiu =)

Itu sahajalah perkongisian tentang ujian yang aku jalani hari ini. Ok Herbarium aku pun x selesai lagi nak bagi siap dulu.. Daaa..


Tuesday, December 18, 2012

HIJRAHKU DI USIA 21

Salam seisi alam.. mudah-mudahan kalian di bawah lindungan rahmatnya...

Satu topik yang sangat menarik kali ini untuk dikongsi bersama.

"HIJRAH"

Hijrah. Apa yang terlintas di fikiran apabila perkataan hijrah diperkatakan. Ia membawa maksud satu perubahan dari suatu keadaan kepada suatu keadaan yang lebih baik. Niat untuk berhijrah sudah lama tersemat di hati. Cemburu rasanya bila mana mata terpandang pada rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang mampu menghijrahkan diri ke jalan yang terbaik, menjaga tutur kata, pemakaian, dan menjaga pemandangan mereka. Indah melihat suasana itu. Niat yang tersemat di hati masih juga belum mampu dilaksanakan tatkala usia diri menginjak 20 tahun. Aku tidak mahu hijrahku nanti sia-sia di pertengahan jalan. Apa yang aku inginkan adalah penghijrahan yang berkekalan selamanya dan terus menjadi budaya hidup dan menjadi darah daging yang sebati dalam diri.

Ramai sudah yang aku temui terutama dalam kalangan rakan-rakan bagaimana mereka mampu merubah diri menjadi lebih baik. Pelbagai pengalaman dikongsikan. Semua yang diceritakan aku simpan dan semat kukuh dalam hati untuk dijadikan panduan. Ada juga sumber jadi internet berkenaan pengalaman masing-masing merubah diri ke jalan yang lebih diredhai. Pencarian masih lagi berterusan sehingga sekarang supaya jiwaku rasa lebih kuat untuk mengikut jejak langkah mereka.

Dipendekkan cerita, suami pernah menyuarakan kehendaknya supaya aku tidak lagi mengenakan seluar jeans dan berbaju t-shirt di khalayak ramai. Pakaian sebegini sudah biasa dalam kalangan masyarakat. Aku sendiri sudah terbiasa dengan pemakaian sebegitu. Untuk berubah mendadak memang tidak. Agak sukar untuk aku lakukan. Namun aku bersyukur atas nasihatnya. Berkali-kali aku memikirkan niatku. Tapi aku  takut jika niat baikku nanti dicemuh dan dikatakan ingin menunjuk-nunjuk. Sehinggalah selepas nasihat itu terbit dari mulut insan yang aku sayangi maka aku mencuba membeli sehelai jubah berwarna merah maroon. Inilah kali pertama dan yang pertama-tama sekali aku membelanjakan diri membeli jubah untuk aku pakai. Buat pertama kalinya aku memakai ke kenduri kahwin jiran. Tudung biasa aku gayakan bukan berbidang besar. Tidak ada rasa yang berbeza tetapi sedikit ketenangan yang aku rasakan. Mak juga menyatakan sokongannya padaku agaar melakukannya sedikit demi sedikit dan tidak terlalu mendadak supaya kesannya akan terus kekal.

Kedua kalinya, 17 Disember, selepas 4 hari aku menginjak usia 21 tahun. Di pagi hari sebelum ke kelas. Jiwa aku rasakan ingin sekali mengenakan jubah yang aku beli tempoh hari. Aku terasa tak nak memakai kerana terlalu banayk kuliah dari 10 pagi hinggalah 10 malam. Satu masa yang cukup lama. Bisikan aku dalam hati pakai pakaian biasa-biasa sahaja sudah. Lebih mudah. Tapi hati ini cukup kuat nak mencapai jubah tersebut untuk aku sarungkan di badan. Ya Allah kenapalah hati ni begitu kuat. Akhirnya selesai membersihkan diri, terus aku mencapainya dan seterika. memilih-milih tudung yang sesuai untuk digayakan bersama. Ya! Di saat aku menyarungkan jubah tersebut hatiku terus berniat jika inilah yang waktunya untuk aku terus tetap di jalan-Mu, maka tunjukkan padaku kebesaran-Mu agar aku terus istiqamah dalam melaksanakannya. Aku terus bersiap dan bersiap. Tika terpandang wajah di cermin, syahdunya dalam hati Allah sahaja yang tahu. Walaupun sebelum ini setiap hari memandang cermin untuk mengenakan tudung tetapi hari tersebut cukup berbeza sekali. Satu perasaan yang sukar diungkapkan. Aku dapat rasakan ketenangan yang selama ini aku rindukan. Yang aku cari dalam setiap langkahku. Mungkin kerana banyak dosa dan kemungkaran telah aku lakukan sehingga hati terasa sangat sukar merasai perasaan tenang dan lapang dada. Syukur untuk kali ini, Allah membuka satu pintu kebaikannya untukku. Alhamdulilah. Kaki terus melangkah menuju dewan kuliah. 

Satu kuliah daripada seorang pensyarah yang amat aku hormati, Dr Nor Hayati, pensyarah subjek pembangunan kurikulum. Setiap kali mengikuti kuliahnya pelbagai nasihat dan pesanan yang amat terkesan di jiwa. Antaranya "jika kita ingin mendidik orang lain ke arah kebaikan, didiklah diri terlebih dahulu.""Gunakalah kebenaran ilmu dalam melakukan sesuatu dan tidak melakukan sesuatu sembarangan ikut kata hati."" Manusia ada 4 elemen dalam dirinya iaitu akal, hati, nafsu dan iman. Hanya iman yang kuat dapat menunjukkan nafsu". Pelbagai lagi kata-kata yang cukup meruntun hati. Dari situ aku memperoleh kekuatan. 

Selalunya kemalasan amat beraja di hati. Namun pada hari itu, aku berasa cukup bersemangat, tidak mengantuk di kelas, dan paling aku tidak menyangkakan aku peroleh kembali keberanian, kekuatan untuk bersuara dengan yakin dan tenang dihadapan ramai. Bila sahaja aku melangkah ke mana-mana sahaja, hati aka terdetik untuk menjaga mata, tingkah laku, percakapan dan sebagainya. Subhanallah. Aku jarang sekali berperasaan begini. Benarlah apa yang pernah dirasai oleh orang lain. Daripada pemakaian ia mampu mendidik hati. Namun, satu perkara yang paling aku takuti adalah mampukah diri ini untuk terus ikhlas dan istiqamah dalam melaksanakan tindakan ini. Ya Allah kurniakan kekuatan padaku untuk terus berjihad di jalan-Mu dan kurniakan kekuatan untukku melepasi rintangan demi rintangan kerana aku tahu untuk tegak di jalan-Mu pelbagai ujian yang akan datang menguji sejauh mana kesabaran diri. Amin.

Doakanlah diriku berjaya menangani ujian demi ujian. Semoga segala yang mengganggu gugat jalanku dapat ku tepis dengan bekalan iman yang masih bersisa. Sekadar perkongsian bersama. Yang baik dijadikan panduan. Yang buruk dijadikan sempadan.


Thursday, December 13, 2012

SELAMAT HARI LAHIR untuk "aku"


Detik 12 malam aku nantikan dengan kehampaan. Ucapan yang dinanti tidak kunjung tiba. Mungkin terlupa agaknya. Biarkanlah. Kehampaan ini akan terubat juga nanti. Tiada kata nak diungkapkan. Tiada marah nak dilepaskan. Tiada gembira nak diraikan. Tiada yang menarik untuk dikongsikan. Perkataan yang sesuai untuk menggambarkan situasi sekarang adalah KOSONG. Apapun SELAMAT HARI LAHIR 'diriku'.. Aku bersyukur hari ini usiaku genap 21 tahun. Jika ditoleh ke belakang banyak perubahan telah aku lalui. Dari hidup single kini sudah berkeluarga, dari berdua kini bertiga. Pengajianku pula sudah masuk tahun ketiga. Menunggu setahun lebih sahaja lagi sebelum menamatkan saki baki kursus yang masih belum aku tempuhi. YA ALLAH permudahkanlah urusan dan jalanku menuju syurgamu. Jadikan aku ibu yang terbaik untuk anakku serta seorang isteri yang solehah buat suamiku. AMIN.

p/s : thanks my chinese friend Lee Chiew Yung be the first person wish me... (Kawan yang banyak sangat tolong dan bersama aku masa aku mengandung dulu. Sanggup menemani dan menghantar aku wat monthly check up sepanjang hubby berada di oversea. Thanks a lot friend)




MENJELANG GENAPNYA UMUR 21

Pejam celik pejam celik hampir beberapa minit sahaja lagi aku genap berusia 21 tahun. Yes! Umurku bakal menginjak lagi. Dalam usia muda, saat-saat menanti detik insan tersayang mengucapkan selamat hari lahir amat ditunggu-tunggu tapi setakat ini masih belum aku kedengaran dari sesiapa yang mengucapkan selamat hari lahir untuk diri ini. Buat tahun ini aku tak bercadang nak menyambut dengan meriah. Cukuplah mengucap syukur pada Allah Taala kerana telah menyambung dan memanjangkan usiaku. Dari kecil memang hidupku tidak diajar untuk menyambut meriah bila tiba hari kelahiran. Kebiasaannya mak akan buat bubur merah bubur putih. Aku tetap menanti dan terus menanti ucapan dari orang yang sentiasa bersemadi di hati. Ingat atau tidak akan tarikh bermakna untuk aku ni aku pun tak tahu. Tunggu dan terus menunggu. Wait the entry for 13 minute from now. Daa :)))

Kek Madeline dan Sardin gulung Siri 2

Ok baru sekarang baru aku ada mood nak update blog ni. So far untuk minggu lepas macam yang dijanjikan aku akan share apa yang aku buat sepanjang amali masakan minggu lepas. Kalau diikutkan aku memang kena buat kek madeline but once aku enter je lab, assistant dah beritahu supaya buat 1 jenis sahaja iaitu sardin gulung. Senang keje aku tak susah-susah. Kira laku jugaklah aku punya sardin gulung ni. Habis licin. Nasib baik aku simpan 1 untuk partner aku sebab dia tak makan lagi.

Tu dia dah macam master chef..hikhik

Sardin gulung yang sedang dibakar


Nak buat benda ni tak susah pun cuma ada 1 kesilapan aku tersilap buat. Apa dia agak-agak?????  Aku terlebih bubuh GARAM kat inti sardin dia!!! just imagine rasa masin dia..huuhuhuhuu.. terkuat berangan mungkin masa masak. Kata orang masa masak jangan berangan nanti hangus tapi aku tak hangus cuma terlebih masin. Maka jalan terbaik yang aku buat adalah dengan bubuh air and tumis sampai kering. Last2 sedap jugak. So, for next week ujian memasak aku akan buat makaroni goreng dan juga kek permaisuri. Wish me luck!!


Wednesday, December 05, 2012

Kek Madeline & Sardin Gulung

Amali bagi subjek ERT yang akan jalani pada hari ini akan menguji kemampuan aku dalam menghasilkan kek. Seumur hidup aku, memang aku jarang bergelumang dalam industri pembuatan kek. Chewahhh industri katanya.. Yup betul sekali mmg tak pernah pun. But!!!! for today i need to cook kek madeline. Aku pun tak tahu apa jenis kek ni. Lepas aku search guna pakcik google barulah aku tahu bentuk kek tu. Selama yang aku bayangkan kek tu yang ada ising then kita corak cantik2 atas dia. Bukan rupanya. Anyway wish me luck hasilkan kek ni. Sardin gulung tak risau sangat sonang jah. Urm aku kena wat betul2 nanti sebab soalan ujian amali aku dikenakan untuk menyediakan satu hidangan sepinggan lengkap serta KEK!! kek uollssssssssssSS... tension neuron2 aku.. takut tak menjadi. Ok see u later..

IKHLAS KE AKU NAK JADI SEORANG GURU?

Persoalan yang sering mengganggu fikiran aku bila aku duduk termenung sendiri. Kalau diikutkan sebelum ni aku tak pernah terfikir pun nak jadi cikgu. Pernah satu ketika aku berbual dengan rakan semeja semasa aku belajar di asrama dulu. Waktu itu prep sedang berjalan. Aku katakan pada rakanku yang bila dewasa kelak aku tidak akan sama sekali terlibat dalam dunia pendidikan sebagai kerjaya pilihan. Waktu tu aku rasakan tanggungjawab guru cukup terbeban bila mana aku lihat situasi guru di sekolah aku yang sibuk mengajar, merancang program kecemerlangan, uruskan kelab,persatuan, tu belum yang akan pergi bertanding kena buat persediaan. Macam-macam la. Masa ni aku di tingkatan 5. Banyak tanggungjawab aku pegang.

 1. Ketua Asrama
2. Penolong Pengawas Asrama (Aku tak tahu knpa cikgu lantik aku jwtan ni sdangkan aku dah pegang jawatan ketua asrama)
3. Pengerusi Puteri Islam
4. Exo Keceriaan Pengawas Sekolah (Ni lain tau dengan asrama)

So, rasa banyakkan???.. tu semua yang tinggi-tinggi aku pegang. Fuhh macam nak gila la. Aku pulak gila aktif masa Form 5 dengan pertandingan bahas, nak catch up silibus hari2, nak update laporan mingguan puteri islam, nak urus budak ostel yg mcm2 ragam, ready text utk jadi MC/pengacara majlis masa perhimpunan setiap minggu. Aduyai time tu aku dapat rasa tugas cikgu mesti lebih kurang je. Tu yang aku terus kata dalam hati aku tak nak jadi cikgu. Penatnya lain macam. Bila aku tak larat aku diamkan je. 

Tapi ntah macam mana masa aku di Kolej Matrikulasi Johor, time nak fill form ke IPTA aku isikan yang pertama dan kedua dalam jurusan pendidikan. Then mengingat kembali kata abah nak sorang daripada anaknya jadi cikgu. Maka aku pun pilih jurusan tu walau aku tahu jurusan pendidikan akan membawa aku jadi cikgu sedangkan di awalnya aku tak nak pun. 

Last2 aku lulus MEDSI, dan temuduga maka aku ditawarkan jurusan Pendidikan Sains Pertanian. Major dalam bidang sains pertanian dan minor di bidang kemahiran hidup. Owhhh tidak pernah terfikir dalam hidup yang aku akan belajar sains pertanian. Oh, Ya Allah.. Aku dah dapat tawaran maka aku terima sahaja. Sampailah sekarang pengajian aku masih belum habis lagi. Masih berbaki 1 tahun lebih lagi.

Pernah satu ketika masa aku duduk dalam bas nak balik kampung aku terfikir masa kecik-kecik aku masuk pakaian beragam di sekolah tadika dan aku memakai baju ala-ala cikgu gitew... Fulamak macam ajaib je yang aku memang betul2 bakal jadi cikgu. Aura guru tu dah tertanam sejak kecil rupanya cuma aku je yang tak perasan dan menafikan. 

Dunia pendidikan hari ini banyak yang berubah dari masa ke semasa sampai aku takut nak bergelar guru akan datang. Budak-budak sekarang pun makin pandai aku risau nanti anak murid aku lagi pandai dari aku. Apa pun tugas seorang guru bukan ringan. Untuk membentuk manusia ada proses dia bukan sehari dunia mereka boleh berubah. Semuanya kena melalui banyak pengalaman pahit dan manis sebelum mereka menjadi insan yang dikehendaki dalam masyarakat, negara dan agama. 

SO, jawapan kepada persoalan di atas adalah aku ikhlas menjadi bakal pendidik di masa hadapan. Walau pada asalnya aku tidak bercadang menjadi guru, namun nak atau tidak tanggungjawab tersebut akan aku galas dalam tempoh beberapa tahun sahaja lagi. Doakan yang terbaik untuk diri ini yang mana bakal melangkah ke gerbang dunia pendidikan suatu masa nanti. 

Aku sangat suka gambar ni. Aku rasa sangat  bermotivasi bila tengok gambar ni. Nampak berdedikasi dan berkaliber. Harap-harap boleh diterjemahkan secara realiti.


BILA SAKIT HATI APA PERLU BUAT??

Pernah atau tidak anda semua berasa sakit hati atau berkecil hati dengan sesiapa pun? Mesti ada kan?? Tipu kalau tak ada. Rasanya semua orang pernah rasa kecil hati dan sakit hati tidak kira dengan kawan-kawan, jiran tetangga, saudara mara, mahupun orang yang tidak dikenali. Jadi bila anda lalui perkara sebegini apa yang sepatutnya anda semua lakukan??..

Di sini ada beberapa cadangan yang aku boleh kongsikan untuk sama-sama kita gunakan bila mana terasa sakit hati dengan seseorang :

1. Jangan pandang mukanya di kala hati tengah sakit. Makin dipandang nanti makin rasa nak marah.
2. Pergi jauh daripada tempat yang dia sedang berada. Cari seseorang yang lebih menyenangkan hati.
3. Mengadulah pada Allah supaya menyejukkan hati yang sedang marah.
4. Terus terang dengan orang yang berkenaan yang anda sedang berkebil hati dengannya.
5. Fikirkan dengan hati terbuka yang tidak semua orang sempurna.
6. Ingat ayat ni "orang yang menang adalah orang yang berjaya menahan nafsu amarahnya"
7. Banyakkan beristifar.
8. Elakkan menceritakan pada orang lain. Nanti dikira mengumpat dosa pulak. Lebih baik tulis pada diari dan buangkan kertas tu ke dalam tong sampah. Jangan buang merata-rata nanti mencemar alam sekitar.
9. Bersabarlah semampunya.
10. Jangan tengok perkara yang berkaitan dengan orang tersebut selagi dapat dielakkan sehinggalah hati rasa tenang dan sejuk.

Sebenarnya memang susah nak memujuk hati kita bila dah disakiti. Tapi ingatlah

"Kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya." (www.islamituindah.my)

Lidah adalah punca segalanya. Jadi peliharalah lidah kerana dengan lidah sahaja ia mampu menjerumuskan kita ke dalam neraka. Dengan lidah juga kita mampu menggapai syurga-NYA.

Saturday, December 01, 2012

Kenapa liat nak bangun pagi?

Bangun!! bangun!!
Suara begini amat biasa jika berada di rumah. SI ibu akan segera menjerit bila mana anaknya tidak bangun pagi. Makin naik berang bila solat subuh pun ditinggalkan begitu sahaja. Masalah liat bangun pagi memang biasa dialami oleh semua orang. Bukan senang nak terjaga di subuh-subuh hari tatkala bayu masih lagi dingin, matahari belum menjengah jendela. Aku sendiri tidak terkecuali dalam berdepan masalah ini.Perkara ini sering terjadi bila mana cuti sekolah bermula dan waktu tidak bekerja. Seboleh-bolehnya sepanjang hari tersebut adalah waktu untuk tidur semata-mata. Apa penyebab sebenarnya susah sangat nak bangun pagi ni??? Berikut antara yang dapat aku perhatikan kenapa  budak universiti  bangun lewat.

1. Layan movie tengah-tengah malam. Kadangkala pukul 4 pagi pun sanggup tak tidur lagi.
2. Berborak macam takde waktu siang. Banyak benda yang nak dibualkan.
3. Layan bola nak tahu siapa menang. Especially budak lelaki.
4. Keluar berjalan-jalan, shopping & balik lewat. Bila kaki dah penat tidurlah selama mana yang boleh.
5. 5 hari berdepan dengan kelas yang padat dan terpaksa bangun seawal mungkin, membuatkan diorang rasa hujung minggu waktu untuk bangun lewat.
6. Rasa tiada kerja penting nak dibuat di siang hari maka tidurlah jawabnya.
7. Kurang rasa tanggungjawab terhadap Allah. Semua orang mengaku Islam tapi tak ramai yang berupaya melaksanakan suruhan-Nya dengan sempurna.

Walau apapun keadaan kita, jika tiada halangan untuk bersolat subuh, adalah baik sekiranya bangun di awal pagi dan menunaikan solat terlebih dahulu. Kemudian nak sambung tidur sambunglah. Namun, sebaik-baiknya bangunlah terus sebab tak elok membuta hingga ke tengah hari. Tak sakit kepala ke tidur je?????... Lain orang lain ragam.


Friday, November 30, 2012

Apa yang selalu berlaku bila hujung tahun???

Pejam celik pejam celik bulan dah pun bertukar. Rasa sekejap je masa berlalu. Sekarang dah pun hujung tahun. Bila dah tiba hujung tahun ni banyak benda yang akan berlaku. Agak-agak apa dia ye???

1. Sambutan hari lahir bagi mereka yang jatuh pada bulan Disember.
 Aku la tuhhh..hehehe.. jatuh pada 14 disember. Last year aku sambut dengan family. Suami ada belikan kek & KFC yang tertera nama aku, mak & anak buah aku, Haziq.. We all tarikh tak jauh pun. Jarak seminggu je. Sambutan yang sangat simple but nice to remember. This year aku tak tahu either want to celebrate or not because that day is Friday. Just thinking should i go back or stay at the college.. This year planning mungkin nak sambut besday di rumah. Celebrate with family. Hubby jauh so dia mungkin tak dapat join.

2. Sale!! Sale!! Sale!!
Bila dah hujung tahun faham-faham jela. Di mana-mana shopping complex akan menawarkan sale yang semestinya membuntangkan mata mereka-mereka yang gila nak duk shopping sakan terutamanya golongan wanita. Bila sale berlangsung benda yang aku lebih tertarik is more to kasut la. and also baju. yang lain-lain tu biasa-biasa je. Coz this things usually kalau tak ada RM30 and above memang tak dapat la yang lawa-lawa.

3. Ibu bapa mula pening kumpul duit sebab anak dah nak naik sekolah tahun hadapan
Untuk aku, Iwan belum besar lagi jadi tak ada apa nak fikirkan untuk belanja sekolah dia. Just mulakan menabung je dulu so once dia dah masuk sekolah duit dah terkumpul. Yang berat mak aku la. Adik bongsu nak masuk darjah satu. Adik bawah aku akan menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Kalau mendapat tawaran di sekolah asrama mestilah belanja pun tinggi. Nasiblah aku suami yang tanggung. Akak lain pun dah ada kehidupan sendiri tanpa perlu bergantung pada mak abah lagi. ringan sikit beban diorang.

4. Melancong
Almaklum tengah cuti sekolah mestilah ibu bapa dan anak-anak merancang untuk keluar berjalan-jalan ke tempat menarik untuk dilawati. But for me an university student, hujung tahun macam nilah waktu yang paling sibuk nak selesaikan asignment yang bertimbun untuk dihantar mengikut due date yang telah ditetapkan.

5. Jemputan kahwin
Musim cuti sekolah waktu paling orang suka buat kenduri kahwin. Kadang-kadang 1 hari sampai 3 hingga 4 jemputan. Mau kembung perut dibuatnya. Tak payah masak dah masa ni. mesti melambak berkat orang bagi. Waktu nilah waktu paling sesuai bawa anak-anak mendekati saudara mara atau jiran tetangga. Takdelah asyik ralit depan i Pad, tab, laptop and watever gadget sekalipun. Sesekali ibu bapa perlu mengajar anak-anak bersosial dengan masyarakat sekeliling. Kalau tidak macam mana nak timbul penyatuan ummah kan.

6. Bonus!!!
Bagi mereka yang dah bekerja untung-untung nasib bos bagi bonus hujung tahun. Ermmm melebar sampai ke telinga jawabnya. Apa taknya poket penuh..

7. Hujan memanjang
Hujan adalah rahmat yang Allah turunkan pada manusia. Kita tak boleh mengeluh bila hujan memanjang terutama masa tempoh hujung tahun ni memang selalu hujan. Bersyukurlah dengan kurniaan Allah yang diberi.

Thursday, November 29, 2012

Gelagat Pengunjung ke MAHA 2012

Sepanjang minggu ni berlangsung MAHA 2012 bertempat di MAEPS...di Universiti Putra Malaysia.. Dalam tempoh ia berlangsung aku telah menjejakkan kaki ke sana selama 3 kali.. penat dia tak payah cakap la. Dalam penat2 pun 1 perkara yang aku suka adalah perhatikan gelagat orang ramai yang datang..

1. Masa kat pintu masuk, masing-masing sibuk nak pancung memancung kenderaan masing-masing. Orang lain U-turn jauh2 tapi yang ada main short cut je. Orang yang kena pancung pun mula wat muka tak puas hati sebab kena tunggu lama then kena potong lagi. Kesiannnn....

2. Bila dah masuk, ada yang mengejar parking yang nak dekat dengan tempat gerai. Orang tengah ramai tentu la dah penuh. Buat la pusingan ubat nyamuk byk kali sampai jumpa semula parking kosong.

3. Mana yang anak ramai ada yang beli makanan kongsi2 takut tak cukup duit. Makanan dia boleh tahan mahal. Aku beli nasi berlauk sotong dan rebung pun sudah RM7.50!!!! sentapppppp!!... tapi dah amik bayar jela..

4. Bila naik bas shuttle sebab jauh nak jalan isi penuh2 macam tong sardin sanggup berhimpit-himpit asal sampai destinasi.

5. Paling disukai sesiapa pun, asal ada tester makanan or minuman.. apa lagi MESTI sebat mesti rembat.. Tak cukup satu amik 2 dan seterusnya.. X payah beli makanan, makanan TESTER tu pun dah boleh buat diorang kenyang dari satu booth ke booth yang lain.

6. Ibu-ibu beria mengawal anak dalam suasana orang yang ramai. Anak yang tak dengar cakap kena la marah....

7. Bila ada suasana atau permandangan yang dihias cantik mesti nak amik gambar.

8. Bila ada penjual tunjuk tester macam nak beli tapi padahal nak makan je.. kata orang amik peluang

9. Baby yang duduk dalam kendong, siap ada yang tertido-tido ikut parents berjalan. Shopping macam tak cukup-cukup.

10. Muka ada yang termengah-mengah dek penat berjalan macam bermarathon beribu kilometer gayanya.

Banyak lagi sebenarnya.. Apa-apa pun merancang sebelum  membeli itu perlu untuk mengelakkan pembaziran. Dinasihatkan memandu dengan berhati-hati dan awasi kanak-kanak yang dibawa ke sana. Kalau hilang susah nak cari.. Salam AGROPertanian...>peace<

Tuesday, November 27, 2012

Mahu berubah atau masih di takuk lama??

Menghadiri satu kuliah atau majlis ilmu yang dikendalikan oleh seorang pensyarah aku yang sangat bertanggungjawab, dan berdedikasi serta kuat agama membuatkan aku sentiasa rasa bermotivasi apabila berada di dalam kelasnya...

Hari ini, beliau berbicara tentang transformasi diri. Pernah tak kita terfikir tentang masyarakat hari ini yang makin meruncing akhlak dan pergaulan sosial mereka??.. Dari mana silapnya.. Janganlah mudah menuding jari ke arah orang lain tetapi apa yang patut dan perlu kita lakukan adalah dengan menganalisis diri sendiri adakah kita berada di landasan yang benar mengikut kehendak syarak atau mungkin kita sedang menuju ke lembah kegelinciran yang membawa kepada kemungkaran...

Bila aku renung semula dalam-dalam ke dalam diri, banyak yang aku kena perbetulkan dalam diri ni. Cemburu rasanya bila melihat kawan-kawan yang berjaya merubah dan membuat transformasi diri untuk bertudung labuh menutup aurat dengan sempurna dan menjaga pergaulan serta pertuturan mereka sebaiknya.  Sejenak aku memikirkan diri aku yang makin banyak tanggungjawab yang perlu dipikul baik sebagai seorang  pelajar di menara gading, seorang isteri kepada seorang suami yg baik hati, penyayang, seorang ibu kepada seorang putera yang comel, anak kepada ibu bapa dan menantu kepada mentua.. dan paling utama hamba kepada-NYA.. Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan dengan sempurna supaya kelak tidak ditanya di akhirat.. Kadangkala sikap acuh tidak acuh yang membuat kita lalai dan leka menunaikan tanggungjawab. Tetapi ada 1 wadah atau landasan yang boleh membawa kita ke arah kebaikan iaitu dengan cara kita berpakaian.

Menutup aurat dengan sempurna amat dituntut dalam Islam. Tetapi sejauh mana cara menutup aurat yang betul itu dilaksanakan perlu diteliti. Aku seperti remaja lain yang biasa berkemeja, tshirt, jeans, kadangkala berbaju kurung, bertudung biasa. Jarang berstokin dan memakai hand silk kecuali dalam keadaan tertentu. Dari dulu aku rasa selesa berpakaian begini tetapi sejak 2 menjak ini, aku tertarik bila mana aku terpandang kawan-kawan yang berpakaian lebih sopan dan menutup mana yang sepatutnya. Tambahan pula apabila suami menyarankan supaya aku bertudung labuh membuatkan hati terasa ingin berubah. Namun, aku sendiri takut dengan bayangan masa hadapan. Takut-takut jika perubahan yang dilakukan hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam dan tidak berkekalan. Aku masih tidak bersedia ke arah itu. Mungkin aku perlukan seseorang yang benar-benar kuat agama boleh membimbing aku dengan sebaiknya. Bimbang jika membawa haluan sendiri akan terpengaruh dengan tipu daya syaitan. Nauzubillah.

Jika ditelusuri dengan mendalam lagi apakah yang membuat diri kita merasa sejahtera. Duit? Harta berjuta? Teman istimewa? Shopping? Bersukaria? atau dengan mendekatkan diri pada-NYA kita lebih sejahtera?... Semua terletak pada hati yang mana untuk kita pilih sehingga kita berasa bahagia. Bagi aku bahagia yang sebenar adalah bila mana aku merasai manisnya iman itu sendiri yang terbit dari hati bila kita bertambah amal yang dilakukan tetapi bila kita terleka sejenak iman akan berkurang, jiwa resah, hilang fokus, tanggungjawab x terlaksana dengan sempurna. Justeru bagaimana nak kembalikan semula bahagia itu tadi??. Satu cara adalah dengan kembali ke pangkal jalan. Kata orang sesat di hujung jalan kembali ke pangkal jalan. Transformsai diri ke arah lebih baik tidak rugi. Moga-moga Allah memberi hidayah dan petunjuk pada diri ini agar terus berada di jalan menuju keredhaannya. Amin.

Monday, November 19, 2012

Tercapai jua akhirnya

Petang tadi saat aku terasa ingin menelefon mak kat kampung, aku telah menadapat perkhabaran yang menggembirakan yang mana adikku Ain telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Aku bangga dengan pencapaiannya. Apabila mengingat kembali zamannya sewaktu kecil dia bukanlah seorang budak yang rajin dan bijak. Nak mengajar mengaji pun selalu tidur. Bila suruh ke sekolah ada je alasan, keje x siap la, sakit perut la, pening la... macam-mcam yang diberinya. Tapi dari mana timbulnya motivasi dalam dirinya aku pun tak tahu. Namun aku berkira-kira pasti jiwa dan semangatnya bangkit bila melihat 2 orang kakaknya berjaya menjejakkan kai ke universiti. Akakku yang sulung telah selamat bergelar Doktor Perubatan. Aku pula bakal menyandang jawatan guru. Mungkin semangat yang kami tonjolkan buat dia ingin turut sama berjaya seperti mana kami lakukan. Aku harap kejayaan yang diraihnya kini tidak terhenti setakat ini. Perjalanan hidupnya masih jauh, masih banyak yang perlu ditempuh. Begitu juga aku. Perlu lebih kuat semangat berdepan ujian akan datang. Moga terus sukses adikku. Kemarahan bukan bererti tak sayang. Kerana sayanglah bila silap perlu ditegur dan diperbetulkan.

Indahnya bila dapat bersama si comel

Bergelar pelajar dalam masa yang sama memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri memang meruntun hati bila mana terpaksa berjauhan dengan insan-insan tersayang untuk sementara waktu. Namun baru-baru ini aku dapat bersama dengan anak sulung dalam tempoh yg agak lama iaitu 2 minggu dan seminggu bersama suami yg baru sahaja pulang dari oversea untuk cuti selama 9 hari. Walau waktu cepat berlalu namun itu tidak menjadi penghalang untuk sama-sama mengecap kasih sayang. Dalam hidup ni yang penting adalah kualiti masa yg diperuntukkan bukan kuantiti masa. Selama mana kita duduk bersama dengan keluarga jika tiada pengisian aktiviti yang membawa kepada keakraban kasih sayang tiada gunanya. So, enjoy lah hidup ini bersama insan yang disayangi selagi hayat dikandung badan. Tata.. Selamat malam!!

Tuesday, November 06, 2012

Masa zaman kecik2 apa benda yang selalu dibuat???

Tiba-tiba tengah duk ngadap pacebuk.. ehh bukan,, fesbuk.. bukan jgak??.. salah eja ea?.. peduli apa haku.. haha marah org bahasa, ok2 facebook.. aku teringat zaman kecik2 dlu tiba jd bdak hingusan lg.. Banyak kenangan yg teringat kat kpala ni.. Antara yang aku suka buat dulu kan..nak tau x? haa ni dia..

1. Suka main pondok2 blakang uma, tepi rumah, depan rumah as long as tempat tu ada tempurung klapa, tanah, pokok2 mesti menjadi. Rumah kampung kan macam2 ada. Lagi-lagi masa kat kampung atuk di kota tinggi, ada pondok belakang rumah jiran. Kat situ memang jadi port utk aku dengan kawan-kawan. Pantang ada free apa lagi!!! hilang berdesup..zassssssss.. eh cam melodi lak main zass zasssss...haha

2. Kutip pokok-pokok keliling rumah & letak dalam bakul basikal then main jual2 macam orang jual sayur.. Then jerit sayur!!! sayur!!.. sape nak beli sayur!!!... ehehehe kelakar bila ingat semula muka-muka masa kcik2 dlu. Daun pun jadi duit. Mesti korang pernah main macam ni jugak kan?? kan??.. menggeleng pulak. Xnak mengaku la tu.. :-P

3. Main paya kat belakang rumah jiran senyap2. Time darjah 3 aku pindah rumah atuk aku then jumpa kawan baru. 1 hari diorang ajak pegi jalan-jalan & salah seorang membe blakang uma dia ada paya, dia pun ajak aku ngan membe lain join skali. Dek takut mak tahu, aku pun buang tabiat pakai baju kurung masa hari tu (Actually dlm ada baju tshirt so senang nak tukar bila dah basah lpas mandi paya.) huhuhuhuhu... sukati aku je

4. Panjat pokok!.. Haha ni paling best terutama masa musim pokok tengah berbuah. Antara pokok aku pernah panjat  pokok jambu batu, jambu air, pokok manggis.. Yang lain2 bukan pokok buah. Kalau tak silap aku pokok bunga tanjung atau sainstifik name dia Mimusops elengi.. chewahhhh siap ada saintifik name lagi.. Biasa la bukan budak pertanian namanya kalau tak tahu nama saintifik pokok. pokok ni ada kat uma jiran sebelah. Port aku main bila balik dari sekolah agama. huhu selalunya lepas panjant memanjat ni aku akan kutip bunga dia bawak balik buat kalung.. ahakz! buang tabiat buat kalung bagai kannnn..

5. Ikut abah kutip biji sawit. Semua adik beradik aku memang takde yang terkecuali dari kutip biji sawit bila abah pergi kebun. Duduk pun kampung kan memang kena habis dengan mak abah. Tapi pengalaman ni yang buat kitaorang adik beradik tahu realiti sebenar kehidupan. Bukan senang nak mencari rezeki. Benda ni jugak buat ikatan kekeluargaan kami erat. Bagi yang tak pernah tersangatlah rugi. Kena gigit nyamuk, agas, kaki tercalar kena duri, badan melengas dek peluh2 kepenatan dah lali bagi aku masa tu. Paling seronok dapat naik gerabak (tempat abah angkut kelapa sawit untuk di bawa keluar dari kebun & letak kat tepi jalan, disambung dekat belakang motor).. Rasa best gila time tuhhh bila dapat naik then jerit2 bila motor terlanggar bonggol..haha sengal je.

6. Main dekat tangga. Ada pernah perasan tak umah kampung yang ada tangga then tepi tangga ada kayu penghadang dia.. Kayu penghadang ni la aku guna buat main gelongsor. ngok ngek je kan.. =)

7. Main ting-ting, galah panjang, batu seremban, ceper (guna penutup botol kicap), congkak... permainan tradisional yang orang sekarang dah jarang2 main... Siap bawak lagi pergi sekolah ceper tu main bila time rehat.. Kemaruk nk main siap kumpul penutup botol kicap sampai cukup. hehehehe

8. Memancing main-main. Lempar je pancing walau tau takkan dapat ikan. haha..Tapi aku pernah sekali je dapat ikan memang besar. Ikan keli sampai x kuat angkat bagi kudrat aku yang masa kecil time tu. Ni pun duk ikut adik sedara yang sibuk kemaruk memancing time tu.

Banyak lagi rasanya tapi ni je yg mampu nak share.. apa yang aku perhatikan budak sekarang banyak mengadap laptop, hanset, tablet, i pad n bla bla bla yang semuanya di hujung jari. Diorang takde langsung pengalaman macam mana yang aku rasa. Zaman sekarang banyak berubah. Akan datang tak tahu apa rupa. Apapun sejauh mana kita pergi asal usul kita jangan pernah dilupa.... peace no war! Salam.

Saturday, October 20, 2012

Penangan Muara Hati



Salam kengkawan, sahabat handai dan semua la yang mengenali atau tidak mengenali diri ini...

MUARA HATI

Hafiz & Siti Nurhaliza

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

[Chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Ke mana pun kan pasti kembali

[Ulang chorus]

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta

Ha pernah dengar tak lagu ni?.. Lagu ni cukup-cukup popular sekarang. Nak tahu kenapa? Aku ni jarang2 update lagu-lagu baru. But since aku kerap dengar lagu ni. Aku jadi suka. Tambah2 yang menyanyi Dato Siti!! my peberet singer..hehehe.. muka lawa suara sedap, untung Datuk K.. upsss kua topik dah.. k2 back to title.. masa aku naik bas nak pergi fakulti ada sorang perempuan ni duduk sebelah aku, bertudung litup, duduk sopan kaki kepit2 u ollss.. nampak solehah coz tudung dia tudung bawal tu dia tak sempangkan ke kiri kanan pun, jatuhkan ke bawah je. Pakai baju kurung. Then, duk tegak je. Tak toleh sana sini pun. Then, radio kat bas memutarkan lagu MUARA HATI nyanyian Hafiz dan Siti Nurhaliza.


Aku terdengar macam ada suara lain turut sama menyanyi agak kuat jugak:

Demi!! cinta!! dalam hatimu~~~

Ku yakin engkau untukku~~~.....

Aku toleh sebelah aku, rupa-rupanya perempuan yang duk sebelah aku yang nyanyi. "OMG!" siap mimik muka penuh perasaan dia menyanyi tanpa peduli orang sebelah. Huhuhu.. ada gak orang macam ni. Tak malu ke orang dengar. By the way aku nak tergelak pun ada gak tapi control la beb kang malu dak tu nanti.hehehe. 

Lagi satu cerita masa di makmal jahitan. Tengah2 kami menyulam kain, aku ni amik sains pertanian tapi kena gak sulam menyulam ni sebab aku amik minor KH.. Ok sambung balik, tengah sulam menyulam, kawan aku duk pasang lagu muara hati. Siap menyanyi lam makmal. Nasib baik la demonstrator ktorg cool and sporting. Lepas lagu tu habis diulang lagi berkali2. Dah lama boring katanya tapi diulang putar jugak itu lagu..haiyoO!! haha dah jadi nada India cakap melayu. 

Time nak balik dari makmal, aku pun siap nyanyi lagu tu sambil jalan. Tapi slow2 jela kang org dengar. Suara bukan sedap pun. Cam halilintar je..haha.. Tapi suara aku sedap jugak pe. Kalau jadi MC or pengacara majlis mesti org suka dengar sampai masa sekolah ada cikgu ni puji :

" Haziqah, awak tak nak masuk audition jadi pengacara nona ke?.. Sedap suara awak kalau jadi pengacara. Saya suka."

gulp! uhuhuhu...tersipu2 malu la jgk time tu tp stay cool...... hehe..pengacara nona katanya kannnnnn... fofular saya kalau msuk tv. Haa kaannn bukti suara tu ada value..ecece masuk bakul angkat sendiri!!!! urmm who care??? i don't care. Tapi mmg sdap la coz aku dah penah join audition saje2 utk pemberita TV3 masa hari belia negara tahun 2011 dgn Yasir Mansor..


Ready!!.. 1, 2, 3...

Haa tu dia.. dia pon ckp sdp2.. time tu kmbang la skjap tapi xla meletopsss... nak cakap aku bangga??. terpulanglah,, i know i got talent.. jgn jeles u...apa pun aku bersyukur dikurniakan kelebihan dr Allah.. Alhamdulilah.. want more pic???..



that's all... bubbyeee...


Thursday, October 18, 2012

TEST..TEST..TEST

Sepanjang minggu ni aku agak sibuk dengan ujian yang bertalu-talu. Lepas satu datang satu lagi, habis teori ujian amali.. Letih rasanya tapi apakan daya dah namanya tanggungjawab kena hadapi. Pengajian tinggal berbaki setahun lebih je lagi. Makin berlalu masa aku makin merasakan banyak yang telah aku perolehi untuk menjadi seorang bakal guru. Namun semua itu belum cukup untuk bekalan aku di masa akan datang. Usaha tetap perlu dilipat gandakan lagi agar matlamatku untuk menggenggam ijazah dgn kepujian kelas pertama tercapai. Nampak sukar tapi jika diusahakan pasti beroleh kejayaan. Dengan sokongan suami dan anak tempat aku bermanja, aku menjadi kuat untuk menghadapi semuanya. Semoga Allah mengurniakan petunjuk dan hidayah-Nya secara berterusan agar diri ini tidak hanyut, lalai dan leka pada permainan duniawi. Buat suami yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan yang tidak berbelah bagi. Terima kasih dari isterimu. Aku nantikan kepulanganmu ke tanah air pada hujung bulan ini.. Semoga selamat hendaknya.. Amin

Monday, October 15, 2012

Minda si kecilku mula berkembang

Di saat aku menukilkan lembaran baru ini, aku pasti ramai sedang lena dibuai mimpi. Aku masih lagi berteleku di hadapan laptop mengisi ruang masa mengulangkaji apa yg perlu sbg persediaan utk ujian pd hari esok. Saat mata mula trasa mengantuk maka terbuka untuk aku menukilkan sesuatu pd blog kesayangan. Entry berkenaan buah hatiku Iwan..

Masa makin cepat berlalu, anak mama dah mencapai umur 2 bulan lebih. Dari hari ke hari aku teliti perkembangan dirinya. Kalau dahulu satu sikap peliknya adalah tak reti untuk membuang air besar dalam pampers.. Pelik bukan tapi itulah kenyataan.. bila muka dah lain bermakna dia memberi isyarat utk 'poo poo' kenalah buka sehingga dia menghabiskan sahamnya..tapi kini bila diberitahu 'Iwan, mak ada keje.. Brk dalam pampers ye.." xlama dia mengikut, bagus sungguh.

Aku hanya sempat berpeluang memberi susu badan sewaktu berpantang. Pernah sekali bila pulang bercuti aku berikannya sekali lagi. Ternyata dia ingat apa yg sepatutnya menjadi miliknya saat ini. Dari saat itu, apabila tahu sahaja aku balik, dia akan menuntut dgn menunjuk reaksi mengunyah2 lidah.. comel anak mama..

Bila subuh pasti bangun untuk minta dipeluk. Sejuk mungkin.

Manjanya lain sekali bila tahu mama ada di rumah. Sewaktu aku hendak berdepan dgn ujian dan pembentangan mak akan maklumkan yg dia nampak resah dan gelisah namun tidak menangis. Seakan tahu resah yang melanda ibunya yang jauh darinya. Naluri kami amat dekat. Walau jauh kehadiran tetap dirasai di hati dan sanubari.

Setiap kali ku telefon, dia akan membalas percakapanku menggunakan bahasanya sendiri seolah2 memahami butir kata yang aku tuturkan. ketika aku berkata 'bye' dan 'tata' dia mula menangis. Sedih mungkin. Tidak puas mendengar suara mama.

Minggu depan aku bakal pulang menjenguk permata hatiku.. Tak sabar rasanya. Makin comel pastinya anak mama ni. Selamat malam semua.

Sunday, September 23, 2012

Aku rindu ingin memeluknya...

Setiap ibu yang melahirkan mengimpikan anak yang dilahirkan akan sentiasa disisi melayan gelagatnya sepanjang hari. Menjadi sesuatu yang menggembirakan bila mana dapat melihat anak yang dijaga menunjukkan perubahan demi perubahan dari segi tumbesaran dan berkembangnya minda anak. Dari x pandai bercakap sampailah mampu menyebut 'mama', dari berbaring, mula meniarap, mengesot dari meniarap terus merangkak dan akhirnya mampu berjalan jatuh sehinggalah mampu berlari. Sukar dinyatakan perasaan ini bila aku tak mampu nak lalui kenangan ini bersama anak tersayang. Anak sulung harus aku titipkan pada ibuku @ neneknya dek kerana aku terpaksa duduk berjauhan darinya demi menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar di salah sebuah universiti tempatan. Perasaan ini terpaksa aku korbankan demi masa depanku dan juga keluarga. Bukan senang untukku hidup berjauhan begini. Anak yang dahulunya ditatang, dicium, dipeluk kini berada jauh dari dakapan ini. Hanya cuti hujung minggu sahaja dapat mengabadikan masa bersama. Di kala inilah aku menghabiskan sepenuhnya masa bersama si kecilku yang amat aku sayangi dan aku rindui tiap waktu. Di hari-hari biasa aku hanya mampu mendengar suaranya di corong telefon, adakala dia tersenyum, adakala dia menangis. Paling meruntun hatiku dia hanya akan tertidur apabila aku melagukan selawat nabi padanya. Saat aku berdiam diri, terus dicelikkan mata meminta aku melagukannya lagi. Aku lagukan sehingga ibu menyatakan si kecilku telah terlena sepenuhnya. Dalam hati berkata 'manja anak mama'. Aku akan sentiasa tersenyum bila mengenangkan anakku yang jauh di mata. Jika dilayan perasaan rindu, pastinya air mata akan mengalir laju. Maka ku berkata dalam hati, 'bersabarlah, Allah mengujimu tika ini, pastinya akan datang saat bahagia untuk kau bersama anak tercinta & suami bersatu di bawah satu bumbung yang sama'. Masing-masing punya tugas. Biarlah aku bersusah dahulu kerana aku pasti kesenangan dan kebahagiaan itu tertulis untuk aku. "Anak mama bersabarlah sayang untuk tempoh beberapa bulan mendatang. Mama dan papa menyayangimu. Semua yang kami lakukan hanya untuk buah hati mama iaitu anak mama. I love u anak mama!!!.. " Semoga anak mama jadi anak yang soleh. Amin.

Thursday, September 13, 2012

PENGALAMAN BERSALIN


Salam buat para pembaca semua…
Entry untuk kali ni rasanya nak share dgn korg smua mengenai pengalaman penuh debar aku melahirkan putera sulungku Khairul Rizwan bin Khairul Azahari (ikut nama bapak skit.,.hehehe)

Aku malas nak meleret panjang2, so straight to the point ye.
Sebelum tu, aku sebenarnya kalau diikutkan due 10 Ogos 2012. Ni tarikh yang diberi doctor. But, kalau ikutkan scan, banyak tarikh dia. Scan yg pertama due dia 4 Ogos, yg kedua 8 Ogos, yg ketiga & empat 7 Ogos.. So waktu aku mengandung, aku x tau mana yang betul. Makanya aku tunggu je sampai rasa sakit.

Nak dijadikan cerita, aku lahirkan Iwan (panggilan untuk anak aku ni) 2 Ogos 2012 jam 7.44pm (waktu masing2 tgh syok buka puasa..huhu). xde ikut tarikh mana2 pun.

1 Ogos 2012,

Rendam Akar Fatimah

- aku rendam akar Fatimah (ada sesetengah orang panggil sanggul Fatimah..aku xtau mana 1 betul). Akar ni kegunaannya untuk tengok bila kita akan bersalin. Mengikut orang dulu2 kata kalau kita dah rendam akar ni & x lama lepas tu dia kembang maknanya dah tak lama la nak bersalin tuh!..

- Ermm..Seminggu sebelum tu aku ada cari area pekan yg dekat dengan rumah tapi semua kedai yg aku pegi kata takde & ada yg kata dah pun habis. Hampa sekejap. Then, pagi tu aku nak menghantar akak balik Johor. So, aku try cari kat Kitmart Masai. Dapat jugak akhirnya. 
            
- Bila dah balik semula ke rumah aku di rengit, aku terus rendam akar tersebut dalam jag sederhana besar berisi air masak. Air masak ye bukan air paip sebab air rendaman ni nak diminum nanti. Lepas rendam aku ambil sedikit lebih kurang suku gelas je (aku takut2 nak minum sebenarnya bab tu amik skit je..)

Muntah-muntah

- Tak lama lepas aku minum terus rasa loya. Bila dah rasa macam tu takde la aku nak duduk je dalam bilik or ngadap TV. Aku pergi ler ke toilet, tak boleh & takde rasa nak muntah tapi perut ni rasa cukup tak selesa, macam bergelodak. Jadinya aku jolok tekak pakai jari bagi keluar angin ke, apa2 je yg aku rasa boleh legakan rasa tak selesa tu tadi. Dah tu terhambur semua makanan yg aku dah makan. Mesti korg geli bila terbayangkan. Tapi inilah kenyataannya.          

- Waktu ni sampai keluar air mata aku dek termuntah tadi. Malam tu aku dah mula rasa ok sikit & boleh tidur. Actually xdela ok sgt sbb pinggang terasa jugak sengal2 & x selesa. Almaklum tengah menunggu hari, mengiring kiri salah, ke kanan salah, terlentang lagilah rasa termengah2. Inilah dugaan bila dah sarat mengandung.

2 Ogos 2012,

Sakit pinggang keesokkan hari

- Dalam pukul 4.40 pagi aku terjaga dari tidur. Masa ni pinggang aku terasa amat sakit. Rasa urat seperti ditarik-tarik dan bagai sakit nak sembelit. Aku dapat rasakan yang sakitku ini berkemungkinan adalah kontraksi yang berlaku pada setiap ibu mengandung yang bakal melahirkan. Disebabkan sakit makin kerap menyerang, aku pun mengira tempoh waktu dan selang masa antara sakit tu tadi. Setiap 15 minit kontraksi berlaku. Bila menyerang memang aku hanya mampu bertahan dan berzikir agar segala-galanya dipermudahkan. Ketika ini memang aku tak senang nak tidur. Aku  dapat relaks dan selesa hanya untuk beberapa minit sahaja selang beberapa minit lepas tu kontraksi berlaku lagi. 

- Jam 9.55 pagi, kontraksi makin kerap pada setiap 10 minit. Aku beritahu pada mak tentang keadaan aku masa tu yang dah kerap sakit. Mak mengagak yang aku akan bersalin pada tarikh 2 ogos ni apabila melihat pada keadaanku. Mak tak terus hantar aku ke hospital tapi aku dah dibawa berjalan-jalan ke rumah pak cik, beli barang kat pasaraya supaya aku lali sekejap sakit yang aku rasa tadi. Mak bukan tak mahu menghantar cepat tapi ada betulnya kalau cepat pergi mesti aku akan ditahan di wad dan nanti terpaksa tunggu lama menanti kelahiran anak sulungku ini. Aku ikutkan je sebab aku pun tak nak duk lama2 kat hospital. 

- Masa keluar berjalan aku siap bawa tuala kecil, so bila terasa sakit aku gigit tuala tu. Banyak kali mak suruh aku bersabar sebab mak sendiri tak boleh nak buat apa. Sakit kontraksi memang akan dialami semua orang bila hampir bersalin. Yang penting bersabar dan ingat Allah.

Dah turun tanda

- Masa makin berlalu, aku tertunggu-tunggu bila akan turun tanda. Pecah ketuban ke, keluar lendir or darah ke tapi takde lagi tanda2 yang turun. Tunggu punya tunggu. Tengahari aku tak makan lagi (aku da tak puasa masa ni sebab dah tak larat, takut tak bertenaga kalau bersalin). 

- Pukul 2.45 masa aku nak mencedok nasi kat dapur, tiba-tiba terasa sakit teramat pada pinggang dan urat-urat sekitarnya. Nak kata sakit macam senggugut, sakit ni lagi berganda dari sakit tersebut. Tak jadi aku nak mencedok nasi. Nak bergerak pun tak boleh lagikan berjalan. Maka, aku tahan sambil berdiri sampai kesakitan tu hilang. Tanganku paut pada meja makan. Hampir menitis air mata ni menahan sakit. 

- Ketika ni aku dapat rasakan ada sesuatu keluar di bahagian bawah. Bila sakit beransur reda sedikit aku terus menuju toilet. Nasib baik tak jauh. Betul sangkaan aku, ada darah dan lendir pada panties. Segera aku beritahu pada mak yang dah ada tanda nak dekat bersalin. Tanpa berlengah aku terus bersiap-siap mandi dan tukar baju serta menyiap segala yg perlu seperti buku mengandung, wallet dan sebagainya. Baju aku dan baby memang dari 8 bulan lagi aku dah siapkan dan dah tersedia awal2 dalam kereta.

Siap sedia ke hospital

- Sebelum bertolak aku terasa nak buang air kecil. Waktu ni aku dah pun duduk dalam kereta. Masyaallah, tak terlarat rasanya nak berjalan. Tapi gagahkan juga. Mak siap menunggu depan pintu toilet takut terjadi apa2 pada aku. 

- Setelah tu, kereta terus bergerak menuju hospital pada jam 3.30 petang. Jam 4.30 aku sampai di hospital terus menuju bahagian kecemasan. Mak yang membawa semua beg keperluanku sementara abah mencari parking. Oleh kerana tangan mak penuh, guard di situ yang menolak wheelchair yang aku duduki. Ketika ni air mata aku mula menitis sedikit dan muka pun dah berkerut-kerut menahan sakit sambil menggigit dan menggenggam tuala kecil berwarna pink yang aku bawa bersama. Aku terus diusung ke dewan bersalin. Aku tak peduli dengan orang sekeliling yang sentiasa memerhatikan aku.

Tiba di dewan bersalin

- Sampai sahaja di dewan bersalin, aku diminta masuk ke dalam berjalan sahaja tanpa perlu menggunakan kerusi roda. Mak menunggu aku di luar. Aku dibawa masuk ke satu bilik persediaan di mana nurse di situ diarah untuk mengira kontraksiku. Ada seorang doctor lelaki agak muda masuk membawa fail bagi kes aku. Lama jugak aku menunggu Dr tersebut menulis2. Rupa-rupanya dia adalah Dr yang baru dihantar posting. Patut pun macam terkulat-kulat. Sabar je la. 

- Dia memeriksa bukaan serviks untuk kali pertama tapi bila nurse bertanya berapa bukaan, dia main agak-agak.. haishhh agak-agak la Dr. sakit dah ni, aku berkata dalam hati. 

- Then, Dr lelaki India nampak lebih senior memeriksa bukaan. Buat kedua kalinya aku diseluk. Nak tak nak terpaksa sebab memang tugas dia. Laju dia bercakap guna bahasa atau istilah Dr. yang aku sendiri tak tahu maksudnya. Selesai periksa dia berkata :

“ ok puan, bukaan dah pun 5cm, puan boleh tukar baju dan boleh terus masuk bilik bersalin.” Aku hanya mengangguk kepala. Nurse terus memberi aku sepasang baju pink untuk aku tukar.

“ Puan jangan kunci pintu ye.” Ini kata2 nurse yang menyuruh aku menukar pakaian. Bimbang mungkin jika terjadi apa-apa pada aku. Selesai menukar pakaian, nurse meminta aku mengambil sehelai baju, tuala dan pampers baby. Aku berjalan keluar mengambil keperluan yang ada pada mak. Mujur ada nurse yang prihatin dia segera memimpin tanganku apabila melihat aku berjalan keseorangan. Kemudian, aku dibawa ke bilik bersalin yang menempatkan 1 katil untukku. Aku diarah berbaring. Sementara itu nurse memasang CTG pada perut untuk mendapatkan bacaan jantung bayi dalam kandunganku.

Lebih kurang setengah jam aku menelentang di katil, aku semakin rasa tidak selesa maka,

“nurse, boleh tak saya nak mengiring?”
“tak boleh la puan takut bacaan heartbeat baby tak cantik nanti
“urm, saya tak selesa dah ni”
“ok sekejap saya adjust”

- Mujur nurse bermurah hati mengubah kedudukan aku. Dapatlah aku mengiring. Sambil mengiring aku menggenggam erat besi di tepi katil dengan dahi berkerut-kerut menahan sakit yang tiada tolok bandingnya. Terasa macam sembelit tapi lebih menyakitkan. Tak lama selepas itu ada nurse datang kepadaku,

“puan nak air tak?”
“bolehlah”
“ok sekejap ye”

- Nurse menghulur straw pada mulutku untuk menghilang rasa dahaga pada ketika itu. Tiba-tiba kedengaran bunyi orang di sebelah bilikku mengerang kesakitan sewaktu meneran kerana telah tiba masa untuknya bersalin. Aku yang keseorangan ketika itu semakin berdebar. Zikir memang tak henti-henti dari mulut.

Air ketuban pecah

- Aku mengerling jam di dinding sudah jam 7.00 malam. Sebentar lagi waktu berbuka puasa. Ketika itu aku ada terdengar satu bunyi ‘pop’ seperti letupan kecil dari rahimku dan seterusnya ada air mengalir dengan banyaknya  pada pehaku. Dalam hatiku mungkin air ketuban dah pun pecah. Aku maklumkan pada nurse yang ada di situ menjagaku. Dipanggilnya Dr. untuk memeriksa bukaan. Seorang Dr. perempuan mula menyeluk untuk kali keempat untuk melihat bukaan. Nyilu dan nyeri rasanya.

“emm bukaan dah 9cm. Kita tunggu sekejap lagi. Puan kalau sakit tarik pinggul ni dan teran.”
 Aku menuruti apa yang diarahkan. Terasa kurang kesakitan.

Saat-saat bertarung nyawa melahirkan

- Tak lama selepas itu pada jam 7.20 kesakitan yang aku alami tak tertahan dan aku mula mengerang. Dr dan nurse sempat meneguk air sahaja untuk berbuka puasa. Sejurus selepas itu terus masing-masing mengambil posisi di kiri kanan dan hadapanku untuk menyambut bayi sulungku. Aku diarah memegang buku lali dan mula meneran bila sakit terasa. Apabila sakit, aku terus meneran sekuat hati.

Dr        : ok puan tarik nafas.. teran panjang-panjang…
Aku      : ermmmmm!!!.............(meneran sambil mengetap bibir  tanpa menjerit dengan dahi  
               berkerut-kerut sambil mengawal nafas. Aku dapat rasakan kepala baby berada di 
               laluannya)
Dr        : Puan teran lagi puan. Teran panjang-panjang. Lagi sikit ni, kepala baby dah nampak   
              ni.
Nurse  : Teran puan jangan berhenti. Sayang dekat jantung baby kalau lama sangat
   nanti boleh lemas.
Nurse  : Teran puan. Puan bolehhh…
Aku      : (aku seakan tak mampu nak meneran panjang disebabkan nafasku yang pendek)
Dr         : Puan kenapa ni?? Teruskan meneran sikit je lagi ni. Ya Allah sayangnya.. teran lagi    
             puan. Dah betul puan teran Cuma panjang sikit.
Aku     : (Meneran lagi sedaya upaya aku. Terasa hampir lemah badan ni)

Selepas itu aku terasa Dr menggunting sedikit supaya laluan lebih luas. Biasanya dipanggil Episiotomy. Tak terasa sakit sewaktu digunting kerana sakit bersalin lebih sakit dari  itu. Kemudiannya, aku tak fikir panjang dan aku terus meneran sekuat hati. Tanpa aku sedar tanganku yang berpaut pada buku lali aku lepaskan dan terus memaut bantal di kepala. Sejurus itu, baby keluar akhirnya!!!..bagaikan jeli…Terus kulepaskan satu keluhan panjang. Dr perasan yang tanganku aku lepaskan.

Dr        : puan kenapa lepaskan tangan?
Aku    : (dalam hati aku berkata “baby dah kua pun”.. aku tak peduli Dr nak cakap apa yang 
              penting aku dan anak aku selamat.)

Kedengaran suara anakku sewaktu Dr dan nurse sedang membersihkan. Terasa nak menitis
air mata tapi dah tak mampu. Kesyukuran aku panjatkan pada Ilahi. Di saat ini aku terfikir 
wajarlah Allah mengiktiraf orang yang meninggal dunia selepas bersalin sebagai mati
syahid dan dihapuskan segala dosa. Selesai dibersihkan nurse menunjukkan baby,

Nurse : Ok puan anak puan apa?
Aku      : Lelaki

Lalu nurse meletakkan bayiku di atas dada. Dapatlah aku melihat betapa comelnya baby
Sulungku. Terasa hangat dan harum bau bayi yang baru dilahirkan. Aku menatap wajahnya 
yang persis ayahnya dan berwarna sedikit kemerahan. Hilang segala sakit yang aku tanggung 
sebelum ini  Aku dapat memegang baby hanya untuk seketika. Nurse mengambil baby untuk 
dipakaikan baju dan diperiksa.

6 jam selepas dilahirkan


Dijahit

- Selepas babyku dibawa, Dr yang merawatku menekan-nekan perut dan mengeluarkan uri. Setelah itu perutku di tekan lagi kerana banyak darah keluar. Aku mengalami tumpah darah selepas melahirkan. Segera Dr. menekan perut supaya rahimku kecut dan dapat menghentikan pendarahan.

- Seorang lg Dr. perempuan berkaca mata masuk untuk siap sedia menjahit luka episiotomy tadi. Lalu aku disuntik untuk dibius. Pada mulanya kesakitan tidak terasa sewaktu Dr menjahit lapisan yang dalam. Namun apabila Dr mula menjahit lapisan kulit luar nyilu mula terasa dan pedih bila benang melalui kulit yang dijahit. Aku hanya mampu mengetap bibir. 

- Selesai dijahit, nurse menggantikan kain yang aku pakai dengan yang baru. Aku diarah pindah katil. Setelah aku dan baby selesai semua hal di bilik bersalin, seorang nurse menyorong katilku keluar menuju ke wad. Dr India yang mula2 memeriksaku mengucapkan tahniah. 

- Keluar sahaja dari pintu bilik bersalin aku tersenyum bila melihat mak yang setia menunggu di luar selama 6 jam aku rasa. Mak bersyukur dikurniakan cucu lelaki yang ketiga.

3 Ogos 2012

Berada di Wad

- Sewaktu berada di wad, anakku diazankan oleh seorang pak cik yang menghantar menantunya bersalin. Ketika ini abah berada di bawah bangunan menjaga adikku kerana kanak-kanak tidak dibenarkan untuk masuk. Suamiku pula berada jauh di luar negara mencari rezeki untuk keluarga. Kemudian, aku meminta mak memimpinku ke toilet kerana aku tak selesa dengan pad yang nurse pakaikan dan mahu menukarnya.

- Mula2 mak melarang tapi disebabkan aku berasa sangat tak selesa, Maka perlahan-lahan mak memimpin. Badan aku terasa melayang-layang ketika ini. Almaklum awalnya dulu membawa bebanan berat, kini badan dah ringan tambah pula banyak darahku keluar semasa bersalin.

- Sampai di toilet aku seakan nak pitam. Akhirnya tanpa kusedar aku sudah pengsan di dalam itu. Mak memangku kepalaku dan 2 orang nurse datang menolong memapah aku ke katil. Nurse melarang aku bangun lagi dan tunggu selepas beberapa jam barulah aku boleh bangun.

- Mak memberikan aku segelas air milo dan menyuapkan beberapa sudu nasi. 

- Aku sedih sedikit apabila tiada siapa boleh menjaga pada malam itu begitu juga dengan pesakit lain. Mak meninggalkanku pada jam 12 malam sambil berpesan supaya berhati-hati dan menjaga bayiku dengan baik serta tidak mengangkat baby jika badan terasa lemah. Dibimbangi aku pengsan lagi jika memegang baby.

- Malam itu aku sukar untuk tidur kerana kepedihan dijahit amat terasa dan menyukarkan aku untuk bergerak. Baby aku letakkan di sebelahku supaya senang apabila hendak menyusukan tanpa perlu bangun. Mujur anakku tidak meragam. Sempat suami menelefon bertanya keadaanku kerana terlalu risau berada jauh denganku. Jam 4 pagi baru aku boleh tidur lena sedikit. 

- Jam 6 baby sudah merengek meminta susu.

- Pagi itu, anakku disuntik BCG untuk kali pertama, aku pula diseluk untuk kali kelima bagi memastikan jahitanku pada keadaan baik sebelum pulang. Setelah babyku boleh membuang air, kami dibenarkan balik ke rumah.

- Aku bersyukur segala-galanya selamat. Walaupun tanpa suami di sisi kerana suamiku berada di luar Negara, aku berjaya mengharungi semua saat getir itu. Hanya Allah penemanku ketika itu dan mak yang banyak memberi semangat padaku. Alhamdulilah.

Pengalaman ini membuatkan aku menjadi seorang yang kuat dan tabah. Tapi apabila mengingatkan detik-detik bertarung nyawa aku masih trauma untuk mendapatkan yang kedua. Biarlan beberapa tahun sehingga Iwan besar mampu bercakap, berjalan dan berlari. 

Penat sudah menaip.. untuk bakal2 ibu semoga kalian kuat menghadapi saat2 ini.

LinkWithin

Jom Tengok!