Friday, February 28, 2014

BLOGKU SUDAH BERWAJAH BARU!

Ha, itu dia.. comey tak? 
Berwajah baru special edition for 2014.. Special la sangat kanzzz..

Kiut miut sikit mata memandang as compared to before. Memang tak dinafikan tak la cantik mana pun. But for me ok la. Ada bunga-bunga sikit. Ada pic sikit. Pic apa tu?? Jangan tanya, tak tahu tak tahu..lalalalla...And one more ada tagline di situ untuk 2014 ni.. 

 
Jiwang tak uolsss. Kalau jiwang pun apa salahnya? Kan? Hak masing-masing.
Actually malas nak duk tempah-tempah template bagai. Guna apa yang ada je. Haa ok la tu kan? Jimat budget kakak. Ehehe..

Siapa yang pernah tengok blog sebelum ni akan perasan blog tu nampak suram je. Putih tak ada yang menarik pun. Ni banner aku yang dulu. Tagline dia terpampang di situ. Nukilan Tinta Hati and bla..bla..bla..baca sendiri. Macam dah boring pandang.Haha

Banner lama


But blog ni still under maintainence lagi. Kena touch up lagi mana yang perlu.  

So, ini hasil aku malam ni. Siapa suruh banyak masa free kan aku dah mula nak buat itu ini. Mula-mula stress jugak. Sebab apa nak stress? Mana taknya punya dah lama aku tak pergi kat setting rupanya dia dah bertukar wajah. Kelam Kelibut mencari mana nak tukar template, layout semua-semua tu. Padahal ada je. Mata ni yang satu ke kiri satu ke kanan..haha 

Ok
Salam ceria!

Thursday, February 27, 2014

Banyaknya Free Time!!

Assalamualaikum w.b.t dan salam Jumaat untuk semua..
Selawat dan Salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad Salallahua'laiwassalam..

Di pagi Jumaat yang hening ni, nak kata panas tak panas sangat, nak kata sejuk tak ada pun salji turun..hikhikhik. Ko hengat ni London ke apa nak bersalji-salji bagai   

Aku terpandang di sudut jendela, melihat burung berterbangan sambil berkicau merdu di kediaman kolej ku yang kelihatan usang tak usang dan baru tak baru. Pening tak ayat aku? kihkihkih.

Aku terfikir sejenak apa aktiviti yang patut aku lakukan di waktu sebegini. Actually la kan. Haa kan dah malas nak berpuitis madah pujangga bagai dah. Straight to the point. Aku tengah banyak free sekarang ni. Jumaat, Sabtu dan Ahad memang tak ada kelas langsung. 


And paling GEMBIRA (nampak tak kegembiraan di situ sampai BOLD dan COLOUR lg perkataan "GEMBIRA") punya la suka dek hati ni beb! Starting next week kelas aku just dari hari Isnin sampai Rabu jek k. Rabu pun habis pukul 2 petang. Best tak?????? hehehehe.. Gila tak best!... 

But yang tak bestnya aku pula blur macam tak tau nak buat apa di kala cuti yang panjang itu. Chewah! Takkan nak berguling-guling sepanjang hari. Jadi bola sepak atas katil. Oh, no no no...
Tak elok tidur memanjang. Tak baik untuk kesihatan. Aku kalau tidur pun tengah hari la. Kata orang take a nap. Wah, omputih uollsssssss...

Kalau dulu aku pagi-pagi buta dah bangun. Mandi, solat Subuh, dan bersiap nak ke kelas. Sekarang bangun subuh then masih baring berteleku atas katil, golek-golek macam otak-otak kena bakar atas pemanggang. Duk belek-belek handset kot2 en hubby hantar mesej ke, anak rindu mama dia ke. Tak pun duk update moment kat WEchat. Bila dah boring aku tertidur semula. Haha. Whatever. Tapi jaranglah sebab nak jaga mata kang sembap macam PANDA. Hamik ko nak kua pun malu. Bila dah pukul 11 ready beli makanan (but make sure la dah mandi, takkan gi kafe pakai baju tido kot..uewwww~~bau kepam meyhhh).

Baru tadi aku terfikir nak update dan tukar baru template dan background blog ni. Rasa macam dah usang je. Sarang labah-labah pun dah mula bersepah di sana sini. Haaa nampak benor nipunya di situ..kehkehkeh..On this moment sabar dulu sebab tengah mengedit banner untuk blog kesayangan ni. Apa rupa. Kita nantikan. So, sekarang macam nak tido jek. Haa nampak tak ke"free"an masa di situ. Keje membuta je. Tapi tak lama pun. Paling lama pun dalam 3 jam (SENTAP tak...sentap tak??) Kemain lama nak tido. Mesti korang pernah buat kan. Silap-silap ada yang lagi lama dari pagi sampai Maghrib. Subuh ke mana, Zuhur ke mana, Asar pun main langgar. IShhhh ubah perangai k. Peringatan untuk diri sendiri jugak. Kotnya terlajak kan. Solat kan tiang agama. Penerang di alam kubur nanti. So, kita sama-sama jaga k. (Give me Five skit..aiyarkkk bukan penumbuk la meyhhh)

Ok, selamat bertemu lagi dalam episod akan datang.
Salam ceria!!!!

 


Wednesday, February 26, 2014

Bagaimana Membina Semula Kasih Sayang Dalam Hubungan Suami dan Isteri?

sumber : google

Entry kali ini aku akan nukilkan sesuatu yang nampak mudah secara konsep tetapi agak berat dari segi pelaksanaannya. Aku tak nak bercakap terlalu formal bagai penceramah ulung tapi cukuplah sebagai seorang manusia biasa, yang mampu melihat, merasai dan ada perasaan untuk berkongsi pendapat atau buah fikiran.

PERKAHWINAN. 
Biasa tak dengar orang cakap tempoh awal perkahwinan adalah tempoh 'bulan madu'.. (bulan ada madu ke? bulan kawen dengan sape? haha xde kena mengena). Tempoh selepas beberapa tahun lebih kurang 2-3 tahun akan mula merasa kebosanan bila buat benda yang sama setiap hari mengadap benda yang sama. Banyak faktor yang mendorong kasih sayang dalam hubungan suami isteri kian pudar. Apa dia? Kena ambil tahu, x kisah la korang ni masih single, dah kahwin atau pun dah pernah berpisah sebab bagi yang single sebagai persediaan meniti alam rumah tangga. Yang dah berkahwin sebagai panduan untuk kekalkan kebahagiaan. Bagi yang pernah berpisah sebagai refleksi supaya tidak mengulangi kesilapan sama. So, apa dia yang boleh menyebabkan hubungan hambar?

1. Kurang komunikasi
2. Terlalu sibuk hingga lupa tanya khabar
3. Lepas tanggungjawab. Terutama bagi isteri yang bekerja suami berpendapat tak perlu beri nafkah sebab isteri dah ada duit sendiri.
4. Perbalahan 
5. Salah faham
6. Cemburu yang melampau
7. Kurang atau dah tak mempraktikkan apa yang dilakukan semasa perkenalan atau istilah mudah 'couple'
8. Tak pandai bergurau
9. Terlalu pendiam
10. Terlalu banyak cakap. (boleh bingit dan naik angin terutama bila suami balik penat, isteri terus berleter)
11. Campur tangan mentua dalam hal rumah tangga.
12. Tiada perkongsiaan perasaan
13. Tidak menunjukkan perubahan (cth : tak merokok, kurang beribadat, boros, dll) selepas berkahwin. Kekal dengan tabiat lama yang tidak disukai pasangan.

Hakikatnya banyak lagi faktor yang mendorong. Hmm pendapat ni apa yang terbayang kat kepala sebenarnya dan melalui pemerhatian dan pendengaran. So, macam mana nak atasi kalau isteri dah tak berapa nak sayang suami dan suami dah kurang kasih sayang pada isteri? Hoi, hoi, hoi berat nanang gini.. Haa dah jd UAI..(Mohon dijauhkan pada kita semua.. ye dak?? aminnn). Ok straight to the point. Apa yang perlu buat?

1. Dekatkan diri pada ALLAH
Ingat niat asal kita berkahwin kerana apa. Kalau kerana harta benda, kecantikan baik lupakan.. Ubahlah niat sebenar kita adalah untuk mendapat keredhaan Allah. Sebab apa bila dah berkahwin syurga seorang isteri pada suami. Justeru sejahat mana pun seorang suami, berdoalah kepada Allah supaya pasangan akan berubah. Kerana apa? Manusia ni milik Allah. Kita semua milik Allah. Setiap sesuatu berlaku atas izin Allah. Sebaik2 tindakan adalah sabar dan redha. Akan ada ganjarannya. Itu janji Allah. Bercakap memang mudah. Sebab tu saya katakan dari awal tadi secara konsep mudah tapi agak berat dari segi pelaksanaan. Berusahalah perlahan-lahan dan secara konsisten. Insyaallah cepat atau lambat kita akan rasainya.

2. Cari Kebaikan Pasangan
Kalau kita duk belek pasangan kita macam tu macam ni, itu kurang ini kurang, padahal dia dah buat yang terbaik ikut kemampuan, janganlah kita makin merendah-rendahkan. Walau banyak mana kelemahan mesti akan terselit kebaikan pada dirinya. Kebaikan tu la yang kita patut kenang dan kita hargai. Macam mana nak hargai? Caranya layan suami dengan baik, jangan bermasam muka, selalu senyum, beri pujian dan banyak lagi. Macam tu jugak suami kena jaga perasaan isteri.

3. Berikan Kata-Kata Romantis
Perkara ni nampak mudah tapi selalu ada yang segan silu nak buat. Kalau malu nak bercakap, tak salah kalau tuliskan atas satu kertas dan tampal atau selit pada mana-mana bahagian yang mudah dilihat pasangan. Kalau dah selalu buat mesti cair semula la.

4. Sentuhan
Yang ni paling penting. Jadikan pasangan selesa dengan kita. Dari sentuhan la perasaan dihargai, dimanja dan disayangi tu dapat dirasai secara mendalam. Sentuhan yang lembut dan dilakukan dengan kasih sayang mampu menyuburkan kembali naluri atau perasaan cinta. Tak caya? Cuba bini tengah marah suami cepat2 peluk. Mesti terdiam punya.

5. Pandang Anak-Anak
Anak-anak adalah mutiara dalam rumah tangga. Memberi sinaran kebahagiaan buat suami isteri. Anakkan hasil bersama. Kalau tanpa pasangan (& izin-Nya) takkan ada zuriat yang lahir. Jadikan anak-anak penguat hubungan suami isteri. Banyakkan masa bersama dan cipta kenangan. Kalau boleh ambil gambar supaya dapat dibuat kenangan. So, bolehlah dipandang diingat kembali bila rasa perasaan seakan tawar atau seperti ingin menjauh.

6. Lupakan Kekasih Lama
Bagi yang sebelum kahwin pernah mempunyai 'couple' yang pernah cipta memori indah la kononnya. Yang ada rupa, ada personaliti dan sebagainya jangan diingat-ingat. Sebab bila dah mula teringat dan terkenang-kenang itu yang membuatkan diri kita yang manusia biasa ni yang rapuh imannya akan membanding-bandingkan dia dengan suami. Dari situlah layanan akan mula berubah dan perasaan untuk kembali semula pada kekasih lama datang kembali. Jangan!!.. Pertahankan rumah tangga kalau boleh hingga ke syurga. Niatkan dalam hati takkan ada siapa pun dapat menjadi penghalang dalam rumah tangga yang dibina. 


Rasanya setakat ni dulu perkongsian dari hati ke hati oleh seorang manusia biasa yang ilmu tak tinggi mana tapi sentiasa berusaha menjadi lebih baik. Andai ada yang tersinggung maaflah. Sekadar menukilkan pendapat yang dirasakan benar dan jika ada penambahan (memang banyak boleh tambah ni) silalah komen. Tetapi jika rasa ada kesilapan maka perbetulkanlah. Semoga kita semua dirahmati dan dikasihi Allah azza wajalla.. insyaallah..

Sunday, February 16, 2014

Malam yang........................

Kesepian malam memanggil memori silam datang mengetuk pintu mindaku. Bukan bertalu-talu tapi hadirnya seperti angin menyapa pipi. Biar tak terlihat tapi dirasai. Biar tiada depan mata tapi terasa ia disisi................................






Apa la duk merepek malam2 buta ni. Ekceli aku ni baru balik ke kolej terchenta tengahhari tadi. Macam biasa balik meninggalkan buah hati a.k.a anak kesayangan yg makin pandai, cukup banyak celotehnya. Tapi apa nak buat tugas baru bakal menyusul dan tanggungjawab lain perlu dipikul. Nak atau tidak kena bersedia hadapi segala kemungkinan. 

Alang2 update ni, meh aku share apa yang aku buat masa cuti sebulan yang lalu. 

1. Tanam Sayur. Aku berjaya tanam pokok yang aku nak sangat tanam masa sebelum cuti. Pokok yang aku tanam sawi, kangkung, terung, timun, bendi, kailan dan lobak putih. Tapi malangnya sayur kangkung tak berapa menjadi. Biji benih yang ditabur tak mengeluarkan tunas langsung. Pelik bebenor. Ke sebab aku tak rendam dulu biji benih tu then dia dorman sampai busuk. Nampak tak kelemahannya di situ. Urmm bukan tu je, sawi pun mula2 segar then layu terus kering even aku dah letak sungkupan selepas pemindahan. Mungkin disebabkan cuaca yang teramat terik, tanah kering (menyiram macam mana pun x membantu). So, aku fikir lokasi penanaman tak strategik. Manakala yang lain-lain tak banyak masalah. Kailan je yang ada masalah sikit. Daunnya mula dimakan serangga. Sebelum balik aku pun lupa nak sembur racun serangga. Jawabnya memang tinggal tangkai jela nanti. haha.............

2. Cat bilik. Haa yang ni x berjaya nak buat. Sebab apa? Dapat tentangan dari mak. Katanya akan datang nak renovate rumah, so membazir kalau bilik tu kena tebuk. SO, atas prinsip taat ibu bapa maka aku menjadi anak yang mendengar kata.. wehuuu~~.. So, bilik sedia ada kekal warna kuning cair.

Rasanya tu je yang aku nak buat masa cuti. Aku pun lupa dah apa yang aku post pada entry sebelum cuti. Whatever pun selamat menempuh semester baru buat kengkawan seperjuangan. Tahniah atas keputusan cemerlang pada semester lepas. (alhamdulillah, berjaya capai azam 2014 untuk merangkul anugerah dekan sem 7..3.953)Syukur atas pemberian-Nya.

LinkWithin

Jom Tengok!