One set complete!.. Makaroni goreng, Kek permaisuri dan Teh O pudina.. |
Baru sahaja tadi lepas satu bebanan yang terpikul di bahu setelah tamat ujian penilaian masakan bagi subjek ERT. Walaupun sudah biasa mengadap dapur, namun tatkala diri ini ingin dinilai dari segi mutu persembahan serta rasa makanan yang dimasak, terketar rasa. Sebelum ujian bermula, malam tadi telah aku siapkan awal2 segala barang yang perlu dibawa, baik lab coat, name tag, baju seluar siap di'iron' (selalu aku pg2 baru nk iron), bunga hiasan, pinggan menghidang, pengalas dan sebagainya. Semua ini aku siapkan agar tidak nanti aku kelam kabut. Seminggu sebelum aku ujian otak ini sentiasa berputar ligat memikirkan berkenaan ujian ini. Jadi ke tidak aku masak? cukupkah masa yang ada? Terketar-ketar atau tak tangan nanti? Apa rasa masakan aku nanti?... Semua itu sangat mengganggu fikiran aku selagi ujian ini tidak berlalu.
Emmm... ok next pg tadi aku melangkah dengan penuh sedia ke makmal masakan. Kelihatan beberapa orang rakanku sudahpun berada di situ menyediakan peralatan masing-masing. Satu masalah yang aku alami, di wardrobe tempat aku masak xde pun kuali besar. Macam mana aku nak goreng makaroni ni nanti???.. (Rileks2 jangan gabra.. aku tarik nafas berkata dalam hati).. Cek punya cek aku jumpa kat tempat membe aku terus ku ambil memandangkan dia pun x guna. Satu persatu peralatan dan bahan aku ambil.
Aku mulakan masakan dengan bismillah. Hidangan pertama yang aku buat adalah kek permaisuri. Ya Allah tuhan je tahu takutnya aku nak buat kek ni. Padahal kek ni sangatlah simple dan senang gila. Tapi disebabkab inilah kali pertama aku nak buat adunan kek maka takut la korang!!. haishh.. adun punya adun sambil kepala ingat2 semula yang En. Syawal (tnaga pengajar aku) ajarkan dulu. Last2 jadi jugak & bakar.
Kek permaisuri |
Masalah kedua aku, aku tak cek pula jenis makaroni yang disediakan untuk aku. Aku ingatkan belum kembang tapi bila en.syawal cek rupanya dah 'overcooked'.. Masyaallah.... Selalu aku masak boleh kembang lagi besar. Rupa-rupanya jenama makaroni yang disediakan tak sama dengan yang aku selalu masak. Bentuk pun lain sikit. Licin je takde yang macam garis-garis tu. Anyway, aku masak je macam biasa. Pum Pam Pum Pam. Last2 semua siap, aku mulalah menghias kek dan makaroni aku. Hiasan kek aku korang nak tau aku pakai apa?? aku pakai coklat seposen tu ha yang ada jual kat kedai Choki-choki nama dia..hikhikhik.. jimat budget n masa.. leceh nak wat aising..
One more thing aku nak share, kemana pun korang pergi try dapatkan satu kemahiran apa2 pun... sebabnya.. Aku ni bukan reti lipat napkin, butttttttttttttt... Dlu masa aku pergi pameran makanan dekat mana ntah aku lupa, aku ada minta demonstrator dia tunjukkan cara lipat napkin & nama dia Bird Of Paradise..Aku tak sangka ilmu yang aku belajar dalam 7 tahun yang lepas aku aplikasikan masa ujian masakan ni. Mujur aku masih ingat cara-cara dia. Alhamdulilah. Ni lah dikatakan pembelajaran sepanjang hayat.
Tu dia 'Bird Of Paradise aku" xla lawa sangat but ok la |
"Overall saya tengok ok"
"Ok, saya try rasa"
"Rasa dia sedap, tak masin tak berapa pedas, semua elok cuma makaroni tadi terlebih masak sikit"
"Cuma portion hiasan dia banyak sangat, kalau boleh kurangkan sedikit"
"Kek pun lawa"
Itulah antara komen-komen yang diberi. Then, penilai pun tunjukkan kertas penilain dia dengan tertulis di situ A-.. teng teng teng.. aku ingatkan nak bagi A solid. Tapi takpelah syukur alhamdulilah. Benda kita dah cuba dan itulah hasilnya. Selesai semua apa lagi makan, makan dan terus makan. Sempat aku bungkus untuk bawa balik beri pada mereka2 yang menginginkannya..Komen pun positif. Tengkiu =)
Itu sahajalah perkongisian tentang ujian yang aku jalani hari ini. Ok Herbarium aku pun x selesai lagi nak bagi siap dulu.. Daaa..
No comments:
Post a Comment