Friday, November 30, 2012

Apa yang selalu berlaku bila hujung tahun???

Pejam celik pejam celik bulan dah pun bertukar. Rasa sekejap je masa berlalu. Sekarang dah pun hujung tahun. Bila dah tiba hujung tahun ni banyak benda yang akan berlaku. Agak-agak apa dia ye???

1. Sambutan hari lahir bagi mereka yang jatuh pada bulan Disember.
 Aku la tuhhh..hehehe.. jatuh pada 14 disember. Last year aku sambut dengan family. Suami ada belikan kek & KFC yang tertera nama aku, mak & anak buah aku, Haziq.. We all tarikh tak jauh pun. Jarak seminggu je. Sambutan yang sangat simple but nice to remember. This year aku tak tahu either want to celebrate or not because that day is Friday. Just thinking should i go back or stay at the college.. This year planning mungkin nak sambut besday di rumah. Celebrate with family. Hubby jauh so dia mungkin tak dapat join.

2. Sale!! Sale!! Sale!!
Bila dah hujung tahun faham-faham jela. Di mana-mana shopping complex akan menawarkan sale yang semestinya membuntangkan mata mereka-mereka yang gila nak duk shopping sakan terutamanya golongan wanita. Bila sale berlangsung benda yang aku lebih tertarik is more to kasut la. and also baju. yang lain-lain tu biasa-biasa je. Coz this things usually kalau tak ada RM30 and above memang tak dapat la yang lawa-lawa.

3. Ibu bapa mula pening kumpul duit sebab anak dah nak naik sekolah tahun hadapan
Untuk aku, Iwan belum besar lagi jadi tak ada apa nak fikirkan untuk belanja sekolah dia. Just mulakan menabung je dulu so once dia dah masuk sekolah duit dah terkumpul. Yang berat mak aku la. Adik bongsu nak masuk darjah satu. Adik bawah aku akan menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Kalau mendapat tawaran di sekolah asrama mestilah belanja pun tinggi. Nasiblah aku suami yang tanggung. Akak lain pun dah ada kehidupan sendiri tanpa perlu bergantung pada mak abah lagi. ringan sikit beban diorang.

4. Melancong
Almaklum tengah cuti sekolah mestilah ibu bapa dan anak-anak merancang untuk keluar berjalan-jalan ke tempat menarik untuk dilawati. But for me an university student, hujung tahun macam nilah waktu yang paling sibuk nak selesaikan asignment yang bertimbun untuk dihantar mengikut due date yang telah ditetapkan.

5. Jemputan kahwin
Musim cuti sekolah waktu paling orang suka buat kenduri kahwin. Kadang-kadang 1 hari sampai 3 hingga 4 jemputan. Mau kembung perut dibuatnya. Tak payah masak dah masa ni. mesti melambak berkat orang bagi. Waktu nilah waktu paling sesuai bawa anak-anak mendekati saudara mara atau jiran tetangga. Takdelah asyik ralit depan i Pad, tab, laptop and watever gadget sekalipun. Sesekali ibu bapa perlu mengajar anak-anak bersosial dengan masyarakat sekeliling. Kalau tidak macam mana nak timbul penyatuan ummah kan.

6. Bonus!!!
Bagi mereka yang dah bekerja untung-untung nasib bos bagi bonus hujung tahun. Ermmm melebar sampai ke telinga jawabnya. Apa taknya poket penuh..

7. Hujan memanjang
Hujan adalah rahmat yang Allah turunkan pada manusia. Kita tak boleh mengeluh bila hujan memanjang terutama masa tempoh hujung tahun ni memang selalu hujan. Bersyukurlah dengan kurniaan Allah yang diberi.

Thursday, November 29, 2012

Gelagat Pengunjung ke MAHA 2012

Sepanjang minggu ni berlangsung MAHA 2012 bertempat di MAEPS...di Universiti Putra Malaysia.. Dalam tempoh ia berlangsung aku telah menjejakkan kaki ke sana selama 3 kali.. penat dia tak payah cakap la. Dalam penat2 pun 1 perkara yang aku suka adalah perhatikan gelagat orang ramai yang datang..

1. Masa kat pintu masuk, masing-masing sibuk nak pancung memancung kenderaan masing-masing. Orang lain U-turn jauh2 tapi yang ada main short cut je. Orang yang kena pancung pun mula wat muka tak puas hati sebab kena tunggu lama then kena potong lagi. Kesiannnn....

2. Bila dah masuk, ada yang mengejar parking yang nak dekat dengan tempat gerai. Orang tengah ramai tentu la dah penuh. Buat la pusingan ubat nyamuk byk kali sampai jumpa semula parking kosong.

3. Mana yang anak ramai ada yang beli makanan kongsi2 takut tak cukup duit. Makanan dia boleh tahan mahal. Aku beli nasi berlauk sotong dan rebung pun sudah RM7.50!!!! sentapppppp!!... tapi dah amik bayar jela..

4. Bila naik bas shuttle sebab jauh nak jalan isi penuh2 macam tong sardin sanggup berhimpit-himpit asal sampai destinasi.

5. Paling disukai sesiapa pun, asal ada tester makanan or minuman.. apa lagi MESTI sebat mesti rembat.. Tak cukup satu amik 2 dan seterusnya.. X payah beli makanan, makanan TESTER tu pun dah boleh buat diorang kenyang dari satu booth ke booth yang lain.

6. Ibu-ibu beria mengawal anak dalam suasana orang yang ramai. Anak yang tak dengar cakap kena la marah....

7. Bila ada suasana atau permandangan yang dihias cantik mesti nak amik gambar.

8. Bila ada penjual tunjuk tester macam nak beli tapi padahal nak makan je.. kata orang amik peluang

9. Baby yang duduk dalam kendong, siap ada yang tertido-tido ikut parents berjalan. Shopping macam tak cukup-cukup.

10. Muka ada yang termengah-mengah dek penat berjalan macam bermarathon beribu kilometer gayanya.

Banyak lagi sebenarnya.. Apa-apa pun merancang sebelum  membeli itu perlu untuk mengelakkan pembaziran. Dinasihatkan memandu dengan berhati-hati dan awasi kanak-kanak yang dibawa ke sana. Kalau hilang susah nak cari.. Salam AGROPertanian...>peace<

Tuesday, November 27, 2012

Mahu berubah atau masih di takuk lama??

Menghadiri satu kuliah atau majlis ilmu yang dikendalikan oleh seorang pensyarah aku yang sangat bertanggungjawab, dan berdedikasi serta kuat agama membuatkan aku sentiasa rasa bermotivasi apabila berada di dalam kelasnya...

Hari ini, beliau berbicara tentang transformasi diri. Pernah tak kita terfikir tentang masyarakat hari ini yang makin meruncing akhlak dan pergaulan sosial mereka??.. Dari mana silapnya.. Janganlah mudah menuding jari ke arah orang lain tetapi apa yang patut dan perlu kita lakukan adalah dengan menganalisis diri sendiri adakah kita berada di landasan yang benar mengikut kehendak syarak atau mungkin kita sedang menuju ke lembah kegelinciran yang membawa kepada kemungkaran...

Bila aku renung semula dalam-dalam ke dalam diri, banyak yang aku kena perbetulkan dalam diri ni. Cemburu rasanya bila melihat kawan-kawan yang berjaya merubah dan membuat transformasi diri untuk bertudung labuh menutup aurat dengan sempurna dan menjaga pergaulan serta pertuturan mereka sebaiknya.  Sejenak aku memikirkan diri aku yang makin banyak tanggungjawab yang perlu dipikul baik sebagai seorang  pelajar di menara gading, seorang isteri kepada seorang suami yg baik hati, penyayang, seorang ibu kepada seorang putera yang comel, anak kepada ibu bapa dan menantu kepada mentua.. dan paling utama hamba kepada-NYA.. Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan dengan sempurna supaya kelak tidak ditanya di akhirat.. Kadangkala sikap acuh tidak acuh yang membuat kita lalai dan leka menunaikan tanggungjawab. Tetapi ada 1 wadah atau landasan yang boleh membawa kita ke arah kebaikan iaitu dengan cara kita berpakaian.

Menutup aurat dengan sempurna amat dituntut dalam Islam. Tetapi sejauh mana cara menutup aurat yang betul itu dilaksanakan perlu diteliti. Aku seperti remaja lain yang biasa berkemeja, tshirt, jeans, kadangkala berbaju kurung, bertudung biasa. Jarang berstokin dan memakai hand silk kecuali dalam keadaan tertentu. Dari dulu aku rasa selesa berpakaian begini tetapi sejak 2 menjak ini, aku tertarik bila mana aku terpandang kawan-kawan yang berpakaian lebih sopan dan menutup mana yang sepatutnya. Tambahan pula apabila suami menyarankan supaya aku bertudung labuh membuatkan hati terasa ingin berubah. Namun, aku sendiri takut dengan bayangan masa hadapan. Takut-takut jika perubahan yang dilakukan hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam dan tidak berkekalan. Aku masih tidak bersedia ke arah itu. Mungkin aku perlukan seseorang yang benar-benar kuat agama boleh membimbing aku dengan sebaiknya. Bimbang jika membawa haluan sendiri akan terpengaruh dengan tipu daya syaitan. Nauzubillah.

Jika ditelusuri dengan mendalam lagi apakah yang membuat diri kita merasa sejahtera. Duit? Harta berjuta? Teman istimewa? Shopping? Bersukaria? atau dengan mendekatkan diri pada-NYA kita lebih sejahtera?... Semua terletak pada hati yang mana untuk kita pilih sehingga kita berasa bahagia. Bagi aku bahagia yang sebenar adalah bila mana aku merasai manisnya iman itu sendiri yang terbit dari hati bila kita bertambah amal yang dilakukan tetapi bila kita terleka sejenak iman akan berkurang, jiwa resah, hilang fokus, tanggungjawab x terlaksana dengan sempurna. Justeru bagaimana nak kembalikan semula bahagia itu tadi??. Satu cara adalah dengan kembali ke pangkal jalan. Kata orang sesat di hujung jalan kembali ke pangkal jalan. Transformsai diri ke arah lebih baik tidak rugi. Moga-moga Allah memberi hidayah dan petunjuk pada diri ini agar terus berada di jalan menuju keredhaannya. Amin.

Monday, November 19, 2012

Tercapai jua akhirnya

Petang tadi saat aku terasa ingin menelefon mak kat kampung, aku telah menadapat perkhabaran yang menggembirakan yang mana adikku Ain telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Aku bangga dengan pencapaiannya. Apabila mengingat kembali zamannya sewaktu kecil dia bukanlah seorang budak yang rajin dan bijak. Nak mengajar mengaji pun selalu tidur. Bila suruh ke sekolah ada je alasan, keje x siap la, sakit perut la, pening la... macam-mcam yang diberinya. Tapi dari mana timbulnya motivasi dalam dirinya aku pun tak tahu. Namun aku berkira-kira pasti jiwa dan semangatnya bangkit bila melihat 2 orang kakaknya berjaya menjejakkan kai ke universiti. Akakku yang sulung telah selamat bergelar Doktor Perubatan. Aku pula bakal menyandang jawatan guru. Mungkin semangat yang kami tonjolkan buat dia ingin turut sama berjaya seperti mana kami lakukan. Aku harap kejayaan yang diraihnya kini tidak terhenti setakat ini. Perjalanan hidupnya masih jauh, masih banyak yang perlu ditempuh. Begitu juga aku. Perlu lebih kuat semangat berdepan ujian akan datang. Moga terus sukses adikku. Kemarahan bukan bererti tak sayang. Kerana sayanglah bila silap perlu ditegur dan diperbetulkan.

Indahnya bila dapat bersama si comel

Bergelar pelajar dalam masa yang sama memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri memang meruntun hati bila mana terpaksa berjauhan dengan insan-insan tersayang untuk sementara waktu. Namun baru-baru ini aku dapat bersama dengan anak sulung dalam tempoh yg agak lama iaitu 2 minggu dan seminggu bersama suami yg baru sahaja pulang dari oversea untuk cuti selama 9 hari. Walau waktu cepat berlalu namun itu tidak menjadi penghalang untuk sama-sama mengecap kasih sayang. Dalam hidup ni yang penting adalah kualiti masa yg diperuntukkan bukan kuantiti masa. Selama mana kita duduk bersama dengan keluarga jika tiada pengisian aktiviti yang membawa kepada keakraban kasih sayang tiada gunanya. So, enjoy lah hidup ini bersama insan yang disayangi selagi hayat dikandung badan. Tata.. Selamat malam!!

Tuesday, November 06, 2012

Masa zaman kecik2 apa benda yang selalu dibuat???

Tiba-tiba tengah duk ngadap pacebuk.. ehh bukan,, fesbuk.. bukan jgak??.. salah eja ea?.. peduli apa haku.. haha marah org bahasa, ok2 facebook.. aku teringat zaman kecik2 dlu tiba jd bdak hingusan lg.. Banyak kenangan yg teringat kat kpala ni.. Antara yang aku suka buat dulu kan..nak tau x? haa ni dia..

1. Suka main pondok2 blakang uma, tepi rumah, depan rumah as long as tempat tu ada tempurung klapa, tanah, pokok2 mesti menjadi. Rumah kampung kan macam2 ada. Lagi-lagi masa kat kampung atuk di kota tinggi, ada pondok belakang rumah jiran. Kat situ memang jadi port utk aku dengan kawan-kawan. Pantang ada free apa lagi!!! hilang berdesup..zassssssss.. eh cam melodi lak main zass zasssss...haha

2. Kutip pokok-pokok keliling rumah & letak dalam bakul basikal then main jual2 macam orang jual sayur.. Then jerit sayur!!! sayur!!.. sape nak beli sayur!!!... ehehehe kelakar bila ingat semula muka-muka masa kcik2 dlu. Daun pun jadi duit. Mesti korang pernah main macam ni jugak kan?? kan??.. menggeleng pulak. Xnak mengaku la tu.. :-P

3. Main paya kat belakang rumah jiran senyap2. Time darjah 3 aku pindah rumah atuk aku then jumpa kawan baru. 1 hari diorang ajak pegi jalan-jalan & salah seorang membe blakang uma dia ada paya, dia pun ajak aku ngan membe lain join skali. Dek takut mak tahu, aku pun buang tabiat pakai baju kurung masa hari tu (Actually dlm ada baju tshirt so senang nak tukar bila dah basah lpas mandi paya.) huhuhuhuhu... sukati aku je

4. Panjat pokok!.. Haha ni paling best terutama masa musim pokok tengah berbuah. Antara pokok aku pernah panjat  pokok jambu batu, jambu air, pokok manggis.. Yang lain2 bukan pokok buah. Kalau tak silap aku pokok bunga tanjung atau sainstifik name dia Mimusops elengi.. chewahhhh siap ada saintifik name lagi.. Biasa la bukan budak pertanian namanya kalau tak tahu nama saintifik pokok. pokok ni ada kat uma jiran sebelah. Port aku main bila balik dari sekolah agama. huhu selalunya lepas panjant memanjat ni aku akan kutip bunga dia bawak balik buat kalung.. ahakz! buang tabiat buat kalung bagai kannnn..

5. Ikut abah kutip biji sawit. Semua adik beradik aku memang takde yang terkecuali dari kutip biji sawit bila abah pergi kebun. Duduk pun kampung kan memang kena habis dengan mak abah. Tapi pengalaman ni yang buat kitaorang adik beradik tahu realiti sebenar kehidupan. Bukan senang nak mencari rezeki. Benda ni jugak buat ikatan kekeluargaan kami erat. Bagi yang tak pernah tersangatlah rugi. Kena gigit nyamuk, agas, kaki tercalar kena duri, badan melengas dek peluh2 kepenatan dah lali bagi aku masa tu. Paling seronok dapat naik gerabak (tempat abah angkut kelapa sawit untuk di bawa keluar dari kebun & letak kat tepi jalan, disambung dekat belakang motor).. Rasa best gila time tuhhh bila dapat naik then jerit2 bila motor terlanggar bonggol..haha sengal je.

6. Main dekat tangga. Ada pernah perasan tak umah kampung yang ada tangga then tepi tangga ada kayu penghadang dia.. Kayu penghadang ni la aku guna buat main gelongsor. ngok ngek je kan.. =)

7. Main ting-ting, galah panjang, batu seremban, ceper (guna penutup botol kicap), congkak... permainan tradisional yang orang sekarang dah jarang2 main... Siap bawak lagi pergi sekolah ceper tu main bila time rehat.. Kemaruk nk main siap kumpul penutup botol kicap sampai cukup. hehehehe

8. Memancing main-main. Lempar je pancing walau tau takkan dapat ikan. haha..Tapi aku pernah sekali je dapat ikan memang besar. Ikan keli sampai x kuat angkat bagi kudrat aku yang masa kecil time tu. Ni pun duk ikut adik sedara yang sibuk kemaruk memancing time tu.

Banyak lagi rasanya tapi ni je yg mampu nak share.. apa yang aku perhatikan budak sekarang banyak mengadap laptop, hanset, tablet, i pad n bla bla bla yang semuanya di hujung jari. Diorang takde langsung pengalaman macam mana yang aku rasa. Zaman sekarang banyak berubah. Akan datang tak tahu apa rupa. Apapun sejauh mana kita pergi asal usul kita jangan pernah dilupa.... peace no war! Salam.

LinkWithin

Jom Tengok!