Wednesday, March 26, 2014

GEL PENGELUPASAN PILIHANKU

Ok, disebabkan aku rasa kebosanan tahap gaban dan banyak masa terluang makanya diri ini berfikir-fikir untuk berkongsi satu lagi produk penjagaan diri yang biasa aku gunakan iaitu gel pengelupasan. Sebenarnya, aku baru je berjinak-jinak menggunakan gel pengelupasan ni. Itu pun lepas aku membaca pelbagai info mengenai kelebihan memakainya. Kalau dulu aku hanya menggunakan skrub untuk membuang sel kulit mati pada kulit tetapi kesannya membuatkan kulit aku makin kering. Dah lah memang dikategorikan sebagai kulit kering aku ni, pakai lagi produk yang mengeringkan bertambah-tambah kering la muka i olls ni..

Then, lepas aku buat sedikit research kat tenet, rupa-rupanya kalau jenis kulit kering ni sesuai gunakan gel pengelupasan sebab dia gel kan, bila gel dia tak menyakitkan kulit. Cakap banyak-banyak korang tau tak gel pengelupasan tu apa? Sebenarnya gel pengelupasan ni tak la buat kulit mengelupas. Dia berfungsi untuk menanggalkan sel kulit mati je. Lagi pulak boleh melembapkan wajah. Ada banyak produk kat pasaran yang menyediakan gel pengelupasan ni. 

Yang aku dah pakai ni haa 

1. GREEN TEA WHITENING MARVEL GEL


Yang ni aku beli dekat Watsons. Disebabkan ada extra 33% makanya aku pun rembat jela. Warna gel dia hijau. Dah green tea kan. Tetiba kaler biru macam pelik je. Bau dia tak la wangi sangat tapi kesan dia 'superb'! Memang tertanggal la daki yang 'noty' kat muka tu. Muka akan terasa lembut dan bersih. 

2. GEL PENGELUPASAN A'LAISYAH
 
Gambo dalam toilet hotel..kihkihkih
Haa yang ni pun best jugak. Sebabnya bau dia lagi wangi dari yang green tea tu. Yang ni aku beli kat NSK sebab terjumpa dan ternampak tu yang terus beli. Tak tunggu-tunggu dah nak ke Watson ke Guardian ke. Rembat je. Cuma bekas dia kecik camni pun kalau tak silap aku RM9++ jugak rasanya. Nak kata mahal tak jugak kot sebab bukan pakai setiap hari. At least 2 kali seminggu. Nak lagi jimat seminggu sekali. 

Aku selalu pakai gel ni ikut mood. Rasa nak pakai yang green tea aku pakai yang tu, kalau tak yang A'laisyah.  

Sebenarnya banyak lagi jenama lain yang keluarkan gel pengelupasan. Mungkin lepas dua-dua ni dah habis aku nak try yang berikut ni pulak kot. (Semua gambar aku amik dr google..hehe). 

GARNIER : THE EXPERT EXFOLIATOR DAILY EXFOLIATING GEL


COSMODERM : MAGIC EXFOLIATING GEL
 

BARBARIA natural : GEL FACIAL EXFOLIANTE

BIOGLO : SKIN GEL EXFOLIATING & REFINING
 

SAFI RANIA GOLD : GEL PEMBERSIH WAJAH
 

SYAHIRAH : GEL PENGELUPASAN
 

wahhh, rambang mata dibuatnya. Banyak gila kan gel pengelupasan yang ada kat pasaran. Sebenarnya banyak lagi. Tapi yang aku rasa macam nak try ni je.
So, pilih la ikut kesesuaian masing-masing. Jom cantik!

4 comments:

  1. Assalamualaikum..akak nk tny,bila perlu memakai gel pengelupasan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum menggunakan pencuci muka

      Delete
    2. Untuk produk cosmoderm pun kena pakai sebelum cuci muka n dua kali seminggu ke ?

      Delete
  2. sy ad sdkit jerwat dbhgian bwh pipi knan dan kiri .jeragat,pigmntsi dan bekas jerwat..sy nk buat peeling prduct ap yg sesuai?

    ReplyDelete

LinkWithin

Jom Tengok!