Persoalan yang sering mengganggu fikiran aku bila aku duduk termenung sendiri. Kalau diikutkan sebelum ni aku tak pernah terfikir pun nak jadi cikgu. Pernah satu ketika aku berbual dengan rakan semeja semasa aku belajar di asrama dulu. Waktu itu prep sedang berjalan. Aku katakan pada rakanku yang bila dewasa kelak aku tidak akan sama sekali terlibat dalam dunia pendidikan sebagai kerjaya pilihan. Waktu tu aku rasakan tanggungjawab guru cukup terbeban bila mana aku lihat situasi guru di sekolah aku yang sibuk mengajar, merancang program kecemerlangan, uruskan kelab,persatuan, tu belum yang akan pergi bertanding kena buat persediaan. Macam-macam la. Masa ni aku di tingkatan 5. Banyak tanggungjawab aku pegang.
1. Ketua Asrama
2. Penolong Pengawas Asrama (Aku tak tahu knpa cikgu lantik aku jwtan ni sdangkan aku dah pegang jawatan ketua asrama)
3. Pengerusi Puteri Islam
4. Exo Keceriaan Pengawas Sekolah (Ni lain tau dengan asrama)
So, rasa banyakkan???.. tu semua yang tinggi-tinggi aku pegang. Fuhh macam nak gila la. Aku pulak gila aktif masa Form 5 dengan pertandingan bahas, nak catch up silibus hari2, nak update laporan mingguan puteri islam, nak urus budak ostel yg mcm2 ragam, ready text utk jadi MC/pengacara majlis masa perhimpunan setiap minggu. Aduyai time tu aku dapat rasa tugas cikgu mesti lebih kurang je. Tu yang aku terus kata dalam hati aku tak nak jadi cikgu. Penatnya lain macam. Bila aku tak larat aku diamkan je.
Tapi ntah macam mana masa aku di Kolej Matrikulasi Johor, time nak fill form ke IPTA aku isikan yang pertama dan kedua dalam jurusan pendidikan. Then mengingat kembali kata abah nak sorang daripada anaknya jadi cikgu. Maka aku pun pilih jurusan tu walau aku tahu jurusan pendidikan akan membawa aku jadi cikgu sedangkan di awalnya aku tak nak pun.
Last2 aku lulus MEDSI, dan temuduga maka aku ditawarkan jurusan Pendidikan Sains Pertanian. Major dalam bidang sains pertanian dan minor di bidang kemahiran hidup. Owhhh tidak pernah terfikir dalam hidup yang aku akan belajar sains pertanian. Oh, Ya Allah.. Aku dah dapat tawaran maka aku terima sahaja. Sampailah sekarang pengajian aku masih belum habis lagi. Masih berbaki 1 tahun lebih lagi.
Pernah satu ketika masa aku duduk dalam bas nak balik kampung aku terfikir masa kecik-kecik aku masuk pakaian beragam di sekolah tadika dan aku memakai baju ala-ala cikgu gitew... Fulamak macam ajaib je yang aku memang betul2 bakal jadi cikgu. Aura guru tu dah tertanam sejak kecil rupanya cuma aku je yang tak perasan dan menafikan.
Dunia pendidikan hari ini banyak yang berubah dari masa ke semasa sampai aku takut nak bergelar guru akan datang. Budak-budak sekarang pun makin pandai aku risau nanti anak murid aku lagi pandai dari aku. Apa pun tugas seorang guru bukan ringan. Untuk membentuk manusia ada proses dia bukan sehari dunia mereka boleh berubah. Semuanya kena melalui banyak pengalaman pahit dan manis sebelum mereka menjadi insan yang dikehendaki dalam masyarakat, negara dan agama.
SO, jawapan kepada persoalan di atas adalah aku ikhlas menjadi bakal pendidik di masa hadapan. Walau pada asalnya aku tidak bercadang menjadi guru, namun nak atau tidak tanggungjawab tersebut akan aku galas dalam tempoh beberapa tahun sahaja lagi. Doakan yang terbaik untuk diri ini yang mana bakal melangkah ke gerbang dunia pendidikan suatu masa nanti.
Aku sangat suka gambar ni. Aku rasa sangat bermotivasi bila tengok gambar ni. Nampak berdedikasi dan berkaliber. Harap-harap boleh diterjemahkan secara realiti. |
No comments:
Post a Comment