Kisah dari mula di sini
Semasa di Puchong, anakku tidur sahaja semasa baru sampai. Nak
dipendekkan cerita, dekat jam 12 malam dia bangun. Dia mula merengek. Macam
biasa aku berikan susu botol padanya. Habis minum susu dia masih merengek dan
menangis tanpa henti tanpa air mata. Apabila dibacakan azan dia memandang tepat
ke arah bola mataku. Mau takut aku dibuatnya. Ya, sah sekali lagi!! Dia belum
pulih sepenuhnya. Pakcikku memanggilkan bilal di situ. Anakku diubati dan
dibuatkan air seperti mana sebelumnya. Sejurus selepas itu Alhamdulillah dia
pulih seperti sedia kala dan senyum bila ditegur. Kalau diikutkan esoknya aku
ada kuliah untuk dihadiri tapi memandangkan asal malam anakku diganggu aku buat
keputusan untuk pulang ke kampung dan berubat sahaja di sana.
Sampai di kampung tengahari. Malamnya kami berubat sekali lagi di
rumah nenek angkatku. Dia memang pandai berubat. Sewaktu sampi dia tiada di
rumah kerana menunaikan solat isyak di surau berhampiran. Pulang sahaja ke
rumah mak aku terus menyatakan tujuan kami. Belum habis berbicara dia sudah
dapat mengetahui hajat kami dengan melihat raut muka kami bertiga (aku, suami
dan anak). Dia tak pun pakai jin ke apa ke sebab katanya kalau orang kena
ganggu ni memang raut mukanya akan berubah. Dia orang lama lagilah mudah
membaca air muka. Terus dibacakan doa pada air dan meminta kami minum dan
membasuh muka. Suami dengan tidak sengaja bertanyakan pada nenekku apa yang
mengganggu kami. Jawabnya “ishh, jangan ditanya apa yang kacau. Tak payah tau.
Dah pergi tu dah”.. Terus kami senyap dan bualkan perkara lain.
Itulah kisahnya…
So, berhati-hatilah walau ke mana sahaja kita pergi…
Bukan kita sahaja menghuni muka bumi ini…
Semoga kita semua dijauhkan dari apa jua gangguan dan beroleh
keselamatan daripada ALLAH TAALA. Amin.
salam ramadhan, hee cerita seram pengalaman yg menarik, semoga semuanya dipermudahkan., ada tak gangguan selepas jumpa nenek angkat nih?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletealhamdulillah, kerane apa yg diuji adalah kerane allah menyayangi kita
ReplyDelete