Monday, April 18, 2011

Biar Betul ni??

Balik-balik je tetiba ada someone mesej " Iqa jadi Presiden Kelab Albiruni ye?" Wahh!! dalam hati biar betul ni?? sekelip mata je tgn pun main balas setuju... Arghh!! benarkah???.. Tapi x jelas sangat la program dia.. Xpe2 Rabu ni kena meeting kat Dewan Pertanian pukul 10.. Ahli-ahli yang lain mesti power2.. takut seyh...sabor jela..

Sayang Mak Abah

Assalamualaikum semua.. Alhamdulilah setelah memendam rindu yang teramat sangat kat family akhirnya 3 hari lepas terubat juga. Ni baru sahaja menjejakkan kaki ke kolej.. Penat jugak tapi x terasa pun sebab puas dah dapat tengok muka mak & abah.. Sejuk hati memandang muka diorang..Sampai dah hajat nak bagi diorang hadiah... Bila balik rumah dapat pulak makan lauk mak masak..Pecal Ikan Cencaru, Asam Pedas.. Umm sedap je.. Seronok je.. Dari x berselera jadi makin berselera nak makan.. Dari tak boleh tido malam, jadi boleh tido malam.. Tengok muka adik-adik, dapat main dengan diorang.. happy sangat2.. Lagi beberapa jam nak balik adik aku yang bongsu siap ajak main badminton, ceria je muka dia saja nak melekakan aku biar x balik.. sayu pun ada bila tgk muka dia masa cakap aku nak balik U semula... Sebelum balik sempat salam & minta restu mak abah nak amik exam final x lama lagi.. Doakan Ika ye mak abah, Ika sayang semua.. Kau lah ratu hatiku.. Terima kasih atas segalanya....

Thursday, April 14, 2011

Kau Jangan Cabar Aku!

Wahh macam ape je tajuknya kan tapi actually puas sgt hari ni.. baru je hantar projek eletronik kepada pensyarah Kemahiran Manipulatif tadi, Encik Haris.. Syukur diterima dan dapat markah penuh. Tak sia-sia aku buat. walaupun pada mulanya jenuh gilerz nak siapkan projek tu, nak kena rendam asid, nk mlukis, nk lubangkan papan litar lg, nk pasang, patri. mcm-mcm la.. masa first time buat, x hidup., x tau silap apa. minta en. haris cek.. ok mmg ada silap sbb ada wayar x bersambung, dah kne wat jumper.. cek lagi kali kedua tak idup jugak.. en. haris try pakai power supply.. last2 satu benda yg aku tak jangka, kapasitor MELETOPP!!!!.. Arghh!!.. tensen tol.. kena pasang balik kapasitor baru.. Haduhh... Nak kena remove saki baki patri yg ada.. siap sudah pasang yang baru, masih x berfungsi & x bunyi pun.. Macam hampehhh!! je wat benda ni la aku cakap dalam hati.. Bila diperiksa semula susun atur komponen semua betul,, En haris bilang lagi..eh, cam indon lak pakai perkataan bilang2 ni.. ada pintas banyak sbb tu x idop.. dengan hati bengkek aku pi buang mana2 soldering yg dok nk temu2 tu biar terpisah & x bersambung.. Next, dalam aty berkata lagi ni kalau x idop aku nk je buang dalam tong sampah bersemadilah ko dalam plastik itam tu.. EHH,, dgn x semena-mena terus idop projek sirenku.. Huahuahua.. gembira x terkata...Nak melompat2 malu ramai orang.. so senyum jela.. Tapi cobaan x berakhir takat tu je.. bila dah bwk balik ada wayar jumper ni terputus pulak.. Ahh sudah pi patri semula.. Masa hari nak hantar  wayar sambungan ke bateri pulak putus..grrrrrr~~ sajer nak mencabar aku benda ni.. Kenalah sambung balik... Hmmm.. nasib baik idup.. terus jumpa encik Haris... And Then......................................................APPROVE!!!!!!!! FULL MARK........ hehe...

p/s : moral of the story.. bila buat silap jngan putus asa. Try sampai boleh...Yeahhh

Murah rezeki... Confirm dapat A...

Alhamdulilah.. kenyang sudah.. murah rezeki hari ni sbb lecturer ekonomi belanja burger untuk semua budak kelas.. Enjoy sakan masa last kuliah td.. Jimat duit x yah beli makanan untuk malam.. Burger yang dia beli sedap lak tu.. kedai mana ntah dia order rasa nak lagi.. Nyummy..nyummy... Thanks to encik Rahim.. Mudah-mudahan murah rezki dia, panjang umur dia dan diberkati hidupnya... Agak-agaknya dia dah doa2 kot kat burger tu biar pelajar dia semua dapat A dalam subjek ekonomi..hihihi.. apa la aku merepek ni.. X sangka dah abis kuliah ni sebenarnya.. Rasa macam sekelip mata je dah minggu ke 14.. Tinggal brape hari je lagi ni nak final.. bef0re that tak lupa jugak nak ready untuk interview biasiswa kpm.. Hopefully dapat.. Aminnn.. Esok malam balik rumah, ni pun barang x kemas lagi.. rasa malas pun ada.. balik nanti x tau study ke x.. tapi kalau ikutkan pengalaman bila dah balik rumah ni malas nak bukak buku dah... huhuhu.. kalau abis ulang kaji memang aku belanja diri aku makan kenny rogers...Ok.. good luck la ye utk student2 yang nk final nanti exspecially to my batch from Bacelor Pendidikan Sains Pertanian.. Chayokkk korang.. Fighting!!!!!! Gambatte!!!!!

Wednesday, April 13, 2011

DI SEBALIK SEKUNTUM MAWAR


Dari tunas menjadi kudup,
Berkembar mekar penuh pesona,
Teramat indah bila dipandang,
Menjadi igauan setiap pencinta keindahan.

Ianya sesuatu yang indah dilihat,
Ianya mampu membangkitkan aroma keharuman,
Cinta seperti setangkai mawar,
Semakin kuat genggaman semakin pedih dirasai,
dek tusukan duri yang menusuk sukma,
Tetapi bila longgar genggaman,
ia mudah berterbangan,
tanpa haluan..

Inginku milikinya,
menjadi perhiasan di kamarku,
menjadi penyejuk jiwa,
penuntun hati yang lara.
Akanku tunggu insan yang teristimewa
menyerahkan mekarnya mawar merah
tanda cinta terus berkembang
bersemadi bersama kasih sayang...

Rindu!!

Someone ask me.. who are the people that u miss a lot???
hey, guys! of course i miss a lot with my family... Lama dah x balik kg ni.. rindu diorang sgt2.. tadi ptg dengar la kawan2 dok borak2 pasal nak balik kampung masa study week ni.. bila fikir2 balik rindunya kat mak abah adik2 semua... So, lepas je tefon mak dengan keputusan sepantas kilat lepas kelas tu jugak terus tunggu bas ke Komuter Serdang & trus ke Bandar Tasik Selatan beli tiket untuk balik jumaat ni.... hehehe...
X sabar ni nak balik tau.. Tiket bas kul 8.30, so petang la dah grak ke sana.. takut ktm lambat lak.. Haaa!! nak citer ni pasal Perhentian kat BTS tu.. FuHHH!!! canggih giler,,, macam kat airport siap ada balai menunggu balai berlepas.. Suasana dia fulamak,,, kondusif, nak beli tiket pun tempat dia special siap pakai my card.. Yang bestnya tak pernah-pernah sepanjang hidup ni kalau beli tiket takat nak ke Batu Pahat tu siap ada nama kita lagi tu.. & then no telefon pun dia minta.. Mmg baguslah sistem dia.. sgt sistematik.. Pape pun doakan aku selamat sampai kg halaman ye.. Daa.. Assalamualaikum...

Tuesday, April 12, 2011

Adakah berterus terang itu baik??

Satu kekeliruan yang jadi tanda tanya dalam diri.. adakah berterus terang itu baik?? susah nak dikatakan.. bak kata pujangga DILUAH MATI EMAK, TAK DILUAH MATI BAPAk.. tapi apa yang harus aku lakukan untuk memuaskan hati sendiri sedangkan kalau diluahkan akan melukakan hati banyak pihak.. Emm sulitnya.. Puas berdoa msih belum bertemu jawapan.. Tapi demi insan yang disayangi lebih baik berdiam diri.. ya!!! itu yang terbaik...

Menanti Debaran..

Alhamdulilah..lega rasanya semua presentation dah habis & test pun dah habis..
So, pasni just get ready untuk final je... Yup! untuk Final.. kena struggle skit sbb carry mark xdela tinggi mana.. hopefully semester ni dapat dekan lagi..aminn..
Untuk kawan-kawan yang seangkatan good luck utk korang.. Gambatte!! maksudnya berusaha.. First time jumpa word ni mase form 5.. X tau lagi maksudnya time tu.. Then adalah membe sorang ni dok suka nyebut2 tu yg jd tau..
So, untuk semester 2 ni byk suka duka pahit maung aku lalui.. banyak pengalaman dan pengajaran yang aku dapat. Nak cerita semua x larat. Lagi pun banyak yg SECRET so x payah la tau.. aku tau sorang cukup la...
Anyway.. rindu sangat kat family x sabar nak balik rumah sbb dah lama sgt x balik ni.. mak, abah doakan kejayaan anakmu ni ye,,,, Thank kpd semua yg banyak beri keceriaan dalam hidup aku sepanjang hari ni,,, May Allah bless you..

LinkWithin

Jom Tengok!