Salam
buat para pembaca semua…
Entry untuk kali ni
rasanya nak share dgn korg smua mengenai pengalaman penuh debar aku melahirkan
putera sulungku Khairul Rizwan bin Khairul Azahari (ikut nama bapak
skit.,.hehehe)
Aku malas nak meleret
panjang2, so straight to the point ye.
Sebelum tu, aku
sebenarnya kalau diikutkan due 10 Ogos 2012. Ni tarikh yang diberi doctor. But,
kalau ikutkan scan, banyak tarikh dia. Scan yg pertama due dia 4 Ogos, yg kedua
8 Ogos, yg ketiga & empat 7 Ogos.. So waktu aku mengandung, aku x tau mana
yang betul. Makanya aku tunggu je sampai rasa sakit.
Nak dijadikan cerita,
aku lahirkan Iwan (panggilan untuk anak aku ni) 2 Ogos 2012 jam 7.44pm (waktu
masing2 tgh syok buka puasa..huhu). xde ikut tarikh mana2 pun.
1 Ogos 2012,
Rendam Akar Fatimah
Rendam Akar Fatimah
- aku rendam akar Fatimah (ada sesetengah orang panggil sanggul Fatimah..aku xtau mana 1 betul). Akar ni kegunaannya untuk tengok bila kita akan bersalin. Mengikut orang dulu2 kata kalau kita dah rendam akar ni & x lama lepas tu dia kembang maknanya dah tak lama la nak bersalin tuh!..
- Ermm..Seminggu sebelum tu aku ada cari area pekan yg dekat dengan rumah tapi semua kedai yg aku pegi kata takde & ada yg kata dah pun habis. Hampa sekejap. Then, pagi tu aku nak menghantar akak balik Johor. So, aku try cari kat Kitmart Masai. Dapat jugak akhirnya.
- Bila dah balik semula ke rumah aku di rengit, aku terus rendam akar tersebut dalam jag sederhana besar berisi air masak. Air masak ye bukan air paip sebab air rendaman ni nak diminum nanti. Lepas rendam aku ambil sedikit lebih kurang suku gelas je (aku takut2 nak minum sebenarnya bab tu amik skit je..)
Muntah-muntah
- Tak lama lepas aku
minum terus rasa loya. Bila dah rasa macam tu takde la aku nak duduk je dalam
bilik or ngadap TV. Aku pergi ler ke toilet, tak boleh & takde rasa nak muntah
tapi perut ni rasa cukup tak selesa, macam bergelodak. Jadinya aku jolok tekak
pakai jari bagi keluar angin ke, apa2 je yg aku rasa boleh legakan rasa tak
selesa tu tadi. Dah tu terhambur semua makanan yg aku dah makan. Mesti korg
geli bila terbayangkan. Tapi inilah kenyataannya.
- Waktu ni sampai keluar air mata aku dek termuntah tadi. Malam tu aku dah mula rasa ok sikit & boleh tidur. Actually xdela ok sgt sbb pinggang terasa jugak sengal2 & x selesa. Almaklum tengah menunggu hari, mengiring kiri salah, ke kanan salah, terlentang lagilah rasa termengah2. Inilah dugaan bila dah sarat mengandung.
2 Ogos 2012,

Sakit
pinggang keesokkan hari
- Dalam
pukul 4.40 pagi aku terjaga dari tidur. Masa ni pinggang aku terasa amat sakit.
Rasa urat seperti ditarik-tarik dan bagai sakit nak sembelit. Aku dapat rasakan
yang sakitku ini berkemungkinan adalah kontraksi yang berlaku pada setiap ibu
mengandung yang bakal melahirkan. Disebabkan sakit makin kerap menyerang, aku
pun mengira tempoh waktu dan selang masa antara sakit tu tadi. Setiap 15 minit
kontraksi berlaku. Bila menyerang memang aku hanya mampu bertahan dan berzikir
agar segala-galanya dipermudahkan. Ketika ini memang aku tak senang nak tidur.
Aku dapat relaks dan selesa hanya untuk
beberapa minit sahaja selang beberapa minit lepas tu kontraksi berlaku lagi.
- Jam 9.55 pagi, kontraksi makin kerap pada setiap 10 minit. Aku beritahu pada mak tentang keadaan aku masa tu yang dah kerap sakit. Mak mengagak yang aku akan bersalin pada tarikh 2 ogos ni apabila melihat pada keadaanku. Mak tak terus hantar aku ke hospital tapi aku dah dibawa berjalan-jalan ke rumah pak cik, beli barang kat pasaraya supaya aku lali sekejap sakit yang aku rasa tadi. Mak bukan tak mahu menghantar cepat tapi ada betulnya kalau cepat pergi mesti aku akan ditahan di wad dan nanti terpaksa tunggu lama menanti kelahiran anak sulungku ini. Aku ikutkan je sebab aku pun tak nak duk lama2 kat hospital.
- Masa keluar berjalan aku siap bawa tuala kecil, so bila terasa sakit aku gigit tuala tu. Banyak kali mak suruh aku bersabar sebab mak sendiri tak boleh nak buat apa. Sakit kontraksi memang akan dialami semua orang bila hampir bersalin. Yang penting bersabar dan ingat Allah.

Dah
turun tanda
- Masa makin berlalu, aku
tertunggu-tunggu bila akan turun tanda. Pecah ketuban ke, keluar lendir or
darah ke tapi takde lagi tanda2 yang turun. Tunggu punya tunggu. Tengahari aku
tak makan lagi (aku da tak puasa masa ni sebab dah tak larat, takut tak
bertenaga kalau bersalin).
- Pukul 2.45 masa aku nak mencedok nasi kat dapur, tiba-tiba terasa sakit teramat pada pinggang dan urat-urat sekitarnya. Nak kata sakit macam senggugut, sakit ni lagi berganda dari sakit tersebut. Tak jadi aku nak mencedok nasi. Nak bergerak pun tak boleh lagikan berjalan. Maka, aku tahan sambil berdiri sampai kesakitan tu hilang. Tanganku paut pada meja makan. Hampir menitis air mata ni menahan sakit.
- Ketika ni aku dapat rasakan ada sesuatu keluar di bahagian bawah. Bila sakit beransur reda sedikit aku terus menuju toilet. Nasib baik tak jauh. Betul sangkaan aku, ada darah dan lendir pada panties. Segera aku beritahu pada mak yang dah ada tanda nak dekat bersalin. Tanpa berlengah aku terus bersiap-siap mandi dan tukar baju serta menyiap segala yg perlu seperti buku mengandung, wallet dan sebagainya. Baju aku dan baby memang dari 8 bulan lagi aku dah siapkan dan dah tersedia awal2 dalam kereta.

Siap
sedia ke hospital
- Sebelum bertolak aku
terasa nak buang air kecil. Waktu ni aku dah pun duduk dalam kereta.
Masyaallah, tak terlarat rasanya nak berjalan. Tapi gagahkan juga. Mak siap
menunggu depan pintu toilet takut terjadi apa2 pada aku.
- Setelah tu, kereta terus bergerak menuju hospital pada jam 3.30 petang. Jam 4.30 aku sampai di hospital terus menuju bahagian kecemasan. Mak yang membawa semua beg keperluanku sementara abah mencari parking. Oleh kerana tangan mak penuh, guard di situ yang menolak wheelchair yang aku duduki. Ketika ni air mata aku mula menitis sedikit dan muka pun dah berkerut-kerut menahan sakit sambil menggigit dan menggenggam tuala kecil berwarna pink yang aku bawa bersama. Aku terus diusung ke dewan bersalin. Aku tak peduli dengan orang sekeliling yang sentiasa memerhatikan aku.

Tiba
di dewan bersalin
- Sampai sahaja di dewan
bersalin, aku diminta masuk ke dalam berjalan sahaja tanpa perlu menggunakan
kerusi roda. Mak menunggu aku di luar. Aku dibawa masuk ke satu bilik
persediaan di mana nurse di situ diarah untuk mengira kontraksiku. Ada seorang
doctor lelaki agak muda masuk membawa fail bagi kes aku. Lama jugak aku
menunggu Dr tersebut menulis2. Rupa-rupanya dia adalah Dr yang baru dihantar
posting. Patut pun macam terkulat-kulat. Sabar je la.
- Dia memeriksa bukaan serviks untuk kali pertama tapi bila nurse bertanya berapa bukaan, dia main agak-agak.. haishhh agak-agak la Dr. sakit dah ni, aku berkata dalam hati.
- Then, Dr lelaki India nampak lebih senior memeriksa bukaan. Buat kedua kalinya aku diseluk. Nak tak nak terpaksa sebab memang tugas dia. Laju dia bercakap guna bahasa atau istilah Dr. yang aku sendiri tak tahu maksudnya. Selesai periksa dia berkata :

“ ok puan, bukaan dah
pun 5cm, puan boleh tukar baju dan boleh terus masuk bilik bersalin.” Aku hanya
mengangguk kepala. Nurse terus memberi aku sepasang baju pink untuk aku tukar.
“ Puan jangan kunci
pintu ye.” Ini kata2 nurse yang menyuruh aku menukar pakaian. Bimbang mungkin
jika terjadi apa-apa pada aku. Selesai menukar pakaian, nurse meminta aku mengambil sehelai baju, tuala dan pampers baby. Aku berjalan keluar mengambil keperluan yang ada pada mak. Mujur ada nurse yang prihatin dia segera memimpin tanganku apabila melihat aku berjalan keseorangan. Kemudian, aku dibawa ke bilik
bersalin yang menempatkan 1 katil untukku. Aku diarah berbaring. Sementara itu
nurse memasang CTG pada perut untuk mendapatkan bacaan jantung bayi dalam
kandunganku.
Lebih kurang setengah
jam aku menelentang di katil, aku semakin rasa tidak selesa maka,
“nurse, boleh tak saya
nak mengiring?”
“tak boleh la puan
takut bacaan heartbeat baby tak cantik nanti”
“urm, saya tak selesa
dah ni”
“ok sekejap saya adjust”
- Mujur nurse bermurah
hati mengubah kedudukan aku. Dapatlah aku mengiring. Sambil mengiring aku menggenggam erat besi di tepi katil dengan dahi berkerut-kerut menahan sakit yang tiada
tolok bandingnya. Terasa macam sembelit tapi lebih menyakitkan. Tak lama
selepas itu ada nurse datang kepadaku,
“puan nak air tak?”
“bolehlah”
“ok sekejap ye”
- Nurse menghulur straw pada mulutku untuk menghilang rasa dahaga pada ketika itu. Tiba-tiba kedengaran
bunyi orang di sebelah bilikku mengerang kesakitan sewaktu meneran kerana telah
tiba masa untuknya bersalin. Aku yang keseorangan ketika itu semakin berdebar. Zikir memang
tak henti-henti dari mulut.
Air
ketuban pecah
- Aku mengerling jam di
dinding sudah jam 7.00 malam. Sebentar lagi waktu berbuka puasa. Ketika itu aku
ada terdengar satu bunyi ‘pop’ seperti letupan kecil dari rahimku dan seterusnya ada air mengalir dengan banyaknya pada pehaku. Dalam hatiku mungkin air
ketuban dah pun pecah. Aku maklumkan pada nurse yang ada di situ menjagaku.
Dipanggilnya Dr. untuk memeriksa bukaan. Seorang Dr. perempuan mula menyeluk untuk kali keempat untuk melihat bukaan. Nyilu dan nyeri rasanya.
“emm bukaan dah 9cm.
Kita tunggu sekejap lagi. Puan kalau sakit tarik pinggul ni dan teran.”
Aku menuruti apa yang diarahkan. Terasa kurang
kesakitan.
Saat-saat
bertarung nyawa melahirkan
- Tak lama selepas itu
pada jam 7.20 kesakitan yang aku alami tak tertahan dan aku mula mengerang. Dr
dan nurse sempat meneguk air sahaja untuk berbuka puasa. Sejurus selepas itu terus masing-masing
mengambil posisi di kiri kanan dan hadapanku untuk menyambut bayi sulungku. Aku
diarah memegang buku lali dan mula meneran bila sakit terasa. Apabila sakit,
aku terus meneran sekuat hati.
Dr : ok puan tarik nafas.. teran
panjang-panjang…
Aku
: ermmmmm!!!.............(meneran sambil mengetap bibir tanpa menjerit dengan dahi
berkerut-kerut sambil mengawal nafas. Aku dapat rasakan kepala baby berada di
laluannya)
berkerut-kerut sambil mengawal nafas. Aku dapat rasakan kepala baby berada di
laluannya)
Dr : Puan teran lagi puan. Teran panjang-panjang.
Lagi sikit ni, kepala baby dah nampak
ni.
ni.
Nurse : Teran puan jangan berhenti. Sayang dekat
jantung baby kalau lama sangat
nanti
boleh lemas.
Nurse : Teran puan. Puan bolehhh…
Aku : (aku seakan tak mampu nak meneran
panjang disebabkan nafasku yang pendek)
Dr :
Puan kenapa ni?? Teruskan meneran sikit je lagi ni. Ya Allah sayangnya.. teran
lagi
puan. Dah betul puan teran Cuma panjang sikit.
puan. Dah betul puan teran Cuma panjang sikit.
Aku :
(Meneran lagi sedaya upaya aku. Terasa hampir lemah badan ni)
Selepas itu aku terasa
Dr menggunting sedikit supaya laluan lebih luas. Biasanya dipanggil Episiotomy. Tak terasa sakit sewaktu digunting kerana sakit bersalin lebih sakit dari itu. Kemudiannya, aku tak fikir panjang dan aku terus meneran sekuat hati. Tanpa aku
sedar tanganku yang berpaut pada buku lali aku lepaskan dan terus memaut bantal
di kepala. Sejurus itu, baby keluar akhirnya!!!..bagaikan jeli…Terus kulepaskan satu keluhan panjang. Dr perasan yang
tanganku aku lepaskan.
Dr : puan kenapa lepaskan tangan?
Aku :
(dalam hati aku berkata “baby dah kua pun”.. aku tak peduli Dr nak cakap apa
yang
penting aku dan anak aku selamat.)
penting aku dan anak aku selamat.)
Kedengaran suara anakku sewaktu Dr dan
nurse sedang membersihkan. Terasa nak menitis
air mata tapi dah tak mampu. Kesyukuran
aku panjatkan pada Ilahi. Di saat ini aku terfikir
wajarlah Allah mengiktiraf orang yang meninggal
dunia selepas bersalin sebagai mati
syahid dan dihapuskan segala dosa. Selesai dibersihkan nurse menunjukkan baby,
Nurse : Ok puan anak puan apa?
Aku :
Lelaki
Lalu nurse meletakkan bayiku di atas
dada. Dapatlah aku melihat betapa comelnya baby
Sulungku. Terasa hangat dan harum bau
bayi yang baru dilahirkan. Aku menatap wajahnya
yang persis ayahnya dan berwarna sedikit kemerahan. Hilang segala sakit yang aku tanggung
sebelum ini Aku dapat memegang baby hanya untuk seketika. Nurse mengambil baby untuk
dipakaikan baju dan diperiksa.

Dijahit
- Selepas babyku dibawa, Dr yang merawatku menekan-nekan perut dan mengeluarkan uri. Setelah itu perutku di tekan lagi kerana banyak darah
keluar. Aku mengalami tumpah darah selepas melahirkan. Segera Dr. menekan perut
supaya rahimku kecut dan dapat menghentikan pendarahan.
- Seorang lg Dr. perempuan berkaca mata masuk untuk siap sedia menjahit luka episiotomy tadi. Lalu aku disuntik untuk dibius. Pada mulanya kesakitan tidak terasa sewaktu Dr menjahit lapisan yang dalam. Namun apabila Dr mula menjahit lapisan kulit luar nyilu mula terasa dan pedih bila benang melalui kulit yang dijahit. Aku hanya mampu mengetap bibir.
- Selesai dijahit, nurse menggantikan kain yang aku pakai dengan yang baru. Aku diarah pindah katil. Setelah aku dan baby selesai semua hal di bilik bersalin, seorang nurse menyorong katilku keluar menuju ke wad. Dr India yang mula2 memeriksaku mengucapkan tahniah.
- Keluar sahaja dari pintu bilik bersalin aku tersenyum bila melihat mak yang setia menunggu di luar selama 6 jam aku rasa. Mak bersyukur dikurniakan cucu lelaki yang ketiga.
3 Ogos 2012
Berada di Wad
- Sewaktu berada di wad, anakku diazankan oleh seorang pak cik yang menghantar menantunya bersalin. Ketika ini abah berada di bawah bangunan menjaga adikku kerana kanak-kanak tidak dibenarkan untuk masuk. Suamiku pula berada jauh di luar negara mencari rezeki untuk keluarga. Kemudian, aku meminta mak memimpinku ke toilet kerana aku tak selesa dengan pad yang nurse pakaikan dan mahu menukarnya.
- Mula2 mak melarang tapi disebabkan aku berasa sangat tak selesa, Maka perlahan-lahan mak memimpin. Badan aku terasa melayang-layang ketika ini. Almaklum awalnya dulu membawa bebanan berat, kini badan dah ringan tambah pula banyak darahku keluar semasa bersalin.
- Sampai di toilet aku seakan nak pitam. Akhirnya tanpa kusedar aku sudah pengsan di dalam itu. Mak memangku kepalaku dan 2 orang nurse datang menolong memapah aku ke katil. Nurse melarang aku bangun lagi dan tunggu selepas beberapa jam barulah aku boleh bangun.
- Mak memberikan aku segelas air milo dan menyuapkan beberapa sudu nasi.
- Aku sedih sedikit apabila tiada siapa boleh menjaga pada malam itu begitu juga dengan pesakit lain. Mak meninggalkanku pada jam 12 malam sambil berpesan supaya berhati-hati dan menjaga bayiku dengan baik serta tidak mengangkat baby jika badan terasa lemah. Dibimbangi aku pengsan lagi jika memegang baby.
- Malam itu aku sukar untuk tidur kerana kepedihan dijahit amat terasa dan menyukarkan aku untuk bergerak. Baby aku letakkan di sebelahku supaya senang apabila hendak menyusukan tanpa perlu bangun. Mujur anakku tidak meragam. Sempat suami menelefon bertanya keadaanku kerana terlalu risau berada jauh denganku. Jam 4 pagi baru aku boleh tidur lena sedikit.
- Jam 6 baby sudah merengek meminta susu.
- Pagi itu, anakku disuntik BCG untuk kali pertama, aku pula diseluk untuk kali kelima bagi memastikan jahitanku pada keadaan baik sebelum pulang. Setelah babyku boleh membuang air, kami dibenarkan balik ke rumah.

- Aku bersyukur
segala-galanya selamat. Walaupun tanpa suami di sisi kerana suamiku berada di
luar Negara, aku berjaya mengharungi semua saat getir itu. Hanya Allah
penemanku ketika itu dan mak yang banyak memberi semangat padaku. Alhamdulilah.
Pengalaman ini membuatkan aku menjadi seorang yang kuat dan tabah. Tapi apabila mengingatkan detik-detik bertarung nyawa aku masih trauma untuk mendapatkan yang kedua. Biarlan beberapa tahun sehingga Iwan besar mampu bercakap, berjalan dan berlari.
Penat sudah menaip.. untuk bakal2 ibu semoga kalian kuat menghadapi saat2 ini.
Penat sudah menaip.. untuk bakal2 ibu semoga kalian kuat menghadapi saat2 ini.
Ika,,aku terharu baca blog kau ni. menangis kot. seram pun ada.. tapi bahagia yg kau nikmati ni tak terbanding dengan rasa terharu aku pada kau. kau memang seorang yang kuat. Aku belum tentu sekuat kau..
ReplyDeletei love reading your post bersalin ni ika! congrats for the cutest baby boy in the world! :)
ReplyDeleteeh link blog kite ika bubuh kat bawah, tu blog lama. update la letak link blog baru kite :)tigapersembilan.com
tq menjengah blog ika.. semua akan hadapi saat2 tu nanti, cuma mungkin situasi je berbeza.. mesti kuat punyalah..
ReplyDeleteye ke k.Fuza?.. ok2 t ika update yg latest... =)
Saya taktau la nasib saya nanti.. Tgah tunggu hari.. Due 11.10.. Belum rasa contraction apa2.. N hubby sama mcm ika jauh di luar negara.. N anak sulung.. Doakan saya..
ReplyDeleteSaya taktau la nasib saya nanti.. Tgah tunggu hari.. Due 11.10.. Belum rasa contraction apa2.. N hubby sama mcm ika jauh di luar negara.. N anak sulung.. Doakan saya..
ReplyDelete