Bagi yang tak tau kisah dari mula baca sini dulu.
Lepas je sampai depan rumah adik ipar kami berbual sekejap di ruang
tempat letak kereta di hadapan rumahnya. Anak aku dah mula nak menangis sebab
dia x kenal lagi orang keliling kat rumah tu. Disebabkan hari pun dah nak
maghrib, so aku masuk dalam rumah dan siap-siapkan anak aku untuk mandi. Malam
tu kami bersiap untuk makan di luar.
Sepanjang berada dalam rumah tu anak aku merengek memanjang. Semasa
keluar makan, mood anak aku ok je takde pulak menangis tapi bila balik je
menangis x henti-henti. Walaupun penat tapi akhirnya suami buat keputusan bawa
anak aku pusing-pusing naik kereta sampai dia tertidur. Yang peliknya boleh
pulak dia diam dan tido lena dalam kereta. Bila balik rumah automatic dia sedar
dan terus menangis. Air mata pulak xde just suara menangis je. Selalu orang
menangis keluar air mata. Ini tidak. Semasa dalam bilik aku terus membacakan
ayat kursi sebanyak 3 kali dan setiap kali habis aku semburkan di ubun2 dan
muka dia. Tapi apa yang berlaku???? Anak aku mula menjengilkan mata memandang
tepat ke arahku sambil menjeritkan suara. Setiap kali aku buat keadaan yang
sama berlaku. Hati aku jadi tak tenang. Sah!! Ini bukan anak aku. Terus aku dan
suami bertanyakan pada adik ipar tempat berubat. Mujur dia tahu seorang ustaz
yang pandai berubat. Waktu tu dah pukul 12.30 malam. Bayangkan dengan suasana
sunyi sepi waktu malam. Orang pun dah tak ramai lalu lalang. Korang bayangkanlah
sendiri.
Sampai je di
rumah ustaz aku pun terus menceritakan keadaan anakku yang kerap menangis dan
dia memberitahu memang ada yang mengganggu anakku semasa aku di Terengganu.
“Benda” yang mengganggunya ikut kami hingga ke KL. Patutlah anak aku banyak
merengek, susu tak nak minum, perangai berubah. Terus dia ambil anakku di
pangkuannya dan membacakan ayat sambil dipegang ibu jari kakinya. Sejurus
selepas itu ustaz tersebut membuatkan air jampi untuk diminum dan dibasuh muka.
Alhamdulillah balik sahaja dari berubat anak aku tak lagi menangis dan bersikap
seperti biasa dan mahu main. Semua atas izin ALLAH. Malangnya panas yang
disangka ke petang rupa-rupanya hujan di tengahari. Mula-mula aku sahaja yang
bermain dengan anakku di bilik. Bagi minum sedikit demi sedikit air jampi yang
dibuatkan. Dia pun suka je. Minum tanpa banyak soal. Tapi lepas sahaja suami
masuk dalam bilik untuk duduk di sebelah anaknya, Iwan terus berubah muka dan
menerjah ke arahku. Aku tenang je masa tu. Tiba-tiba anakku minta air jampi
yang aku letakkan di atas rak dalam bilik tu. Dia menunding jari ke arah botol
tersebut. Aku mengambilkan barang lain yang ada di situ dulu. Aku mengujinya
terlebih dahulu adakah dia benar-benar mahu botol tu sebab cara dia minta
nampak bengis dan marah. Dia menolak semua barang yang aku ambil dan mahukan
jugak botol air yang siap didoakan ustaz itu tadi. Aku mengambil dan meletakkan
di hadapannya. Dia mengetuk penutup botol menyuruh aku membukanya. Aku pun buka
di samping sebelah tangan lagi memegang botol. Rupa-rupanya dia hendak
menumpahkan air dalam tu. Ekoran matanya nampak sekali dia benci air tu dan tak
nak melihat ada air dalam botol tersebut. Dalam masa yang sama aku terpandang
muka suami dan aku seakan melihat raut wajah di depanku itu nampak tua dan
pucat. Cepat-cepat aku palingkan muka dan berlagak biasa. Aku khuatir
sebenarnya jika sangkaanku benar berlaku iaitu aku risau suami juga ada turut
diganggu. Apabila anak aku mula menangis terus-menerus dan air jampi pun
ditolaknya tak mahu minum, suami terus memeluknya dan mula azan di telinga.
Sepanjang diazankan anak aku mengeluarkan suara yang keras. Dan selesai azan
suami menghembus telinga anakku. Serta merta badannya dikeraskan, mukanya
kemerahan dan mata dijengilkan seperti orang sedang melepaskan kemarahan. Adik
ipar yang menyedari keadaan tersebut turut menyatakan yang dia meremang melihat
keadaan sedemikian. Aku buat keputusan sekali lagi untuk pergi ke rumah ustaz
tersebut. Jam waktu ini sudah 1.30 pagi. Rupa-rupanya ada lagi yang mengganggu
anakku. Tapi bukan yang sebelumnya. Yang kali ini adalah “benda “ yang mengikut
suamiku. Cuma suamiku seorang yang kuat semangat, jadi tiada apa berlaku pada
dirinya. Anakku yang masih kecil kalah dengan keadaan itu. Budak kecil memang
mudah nampak kan?....anakku diubati sekali lagi. Selepas berada di pangkuan
ustaz dia berlari ke arahku dan segera memeluk pinggang. Aku terkejut!!! Kerana
tiba-tiba jari jemarinya memberi satu cengkaman pada pinggangku. Dalam hatiku,
mungkin benda tu marah aku membawa anakku jumpa dengan ustaz tersebut.
Ustaz mencadangkan supaya mencari limau nipis. Mujur ada pasar borong.
Suamiku terus keluar beli dan dibawa semula ke rumah ustaz tersebut. Ustaz
membacakan doa pada limau tersebut dan meminta kami mandi dengan air perahan
limau itu tadi. Selepas pulang, anakku boleh tidur seperti biasa. Tapi jelas
kelihatan badannya nampak letih sekali. Keesokkan harinya, tiada apa yang
berlaku. Kami menginap pula di rumah pakcik di Puchong. Kami ingatkan segalanya
sudah berakhir tapi sebaliknya yang berlaku. Ada sesuatu lagi perkara terjadi.
Jom ikut cerita di sini.
Seram baca cerita ni ....
ReplyDeleteSy yg menghadap lg seram.. sampai skrg teringat2
ReplyDelete