Saturday, December 01, 2012

Kenapa liat nak bangun pagi?

Bangun!! bangun!!
Suara begini amat biasa jika berada di rumah. SI ibu akan segera menjerit bila mana anaknya tidak bangun pagi. Makin naik berang bila solat subuh pun ditinggalkan begitu sahaja. Masalah liat bangun pagi memang biasa dialami oleh semua orang. Bukan senang nak terjaga di subuh-subuh hari tatkala bayu masih lagi dingin, matahari belum menjengah jendela. Aku sendiri tidak terkecuali dalam berdepan masalah ini.Perkara ini sering terjadi bila mana cuti sekolah bermula dan waktu tidak bekerja. Seboleh-bolehnya sepanjang hari tersebut adalah waktu untuk tidur semata-mata. Apa penyebab sebenarnya susah sangat nak bangun pagi ni??? Berikut antara yang dapat aku perhatikan kenapa  budak universiti  bangun lewat.

1. Layan movie tengah-tengah malam. Kadangkala pukul 4 pagi pun sanggup tak tidur lagi.
2. Berborak macam takde waktu siang. Banyak benda yang nak dibualkan.
3. Layan bola nak tahu siapa menang. Especially budak lelaki.
4. Keluar berjalan-jalan, shopping & balik lewat. Bila kaki dah penat tidurlah selama mana yang boleh.
5. 5 hari berdepan dengan kelas yang padat dan terpaksa bangun seawal mungkin, membuatkan diorang rasa hujung minggu waktu untuk bangun lewat.
6. Rasa tiada kerja penting nak dibuat di siang hari maka tidurlah jawabnya.
7. Kurang rasa tanggungjawab terhadap Allah. Semua orang mengaku Islam tapi tak ramai yang berupaya melaksanakan suruhan-Nya dengan sempurna.

Walau apapun keadaan kita, jika tiada halangan untuk bersolat subuh, adalah baik sekiranya bangun di awal pagi dan menunaikan solat terlebih dahulu. Kemudian nak sambung tidur sambunglah. Namun, sebaik-baiknya bangunlah terus sebab tak elok membuta hingga ke tengah hari. Tak sakit kepala ke tidur je?????... Lain orang lain ragam.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Jom Tengok!