Thursday, March 17, 2011

Andai Aku adalah.......

Pernahkah anda berusaha melakukan yang terbaik untuk orang lain?
Pernahkah anda menghargai orang lain?
Pernahkah anda bersabar melayan karenah orang lain?
Pernahkah anda berdiam diri dan terus bersabar apabila orang lain melakukan kesalahan yang sama kepada anda?
Pernahkah anda rasa jenuh dan bosan menunggu orang lain yang tidak menepati masa?

Jika anda terfikir anda pernah maka di sini aku nak berkongsi sikit cerita berkenaan apa yang aku rasakan pensyarahku rasa..


Setiap minggu, kuliah bermula pagi, 
Sudah diingatkan dari awal datang tepat waktunya,
Tapi masih ada yang datang lambat.
Sudah diingatkan berkali-kali,
Setiap kelas amali datang "sharp", mesti "punctual",
Tapi masih ada buat endah tak endah bila ditegur, 
Sekadar jadikan halwa telinga,
Masuk telinga kanan keluar telinga kiri,
Dalam hati "ape la sangat, berapa minit je, rileks-rileks sudah.."

Rasa nak dirotan dah besar panjang,
Rasa nak dimarah  nanti kata " ek eleh x sporting langsung",
Rasa nak dimaki, haishh anak orang x boleh buat sesuka hati,
Nanti kena saman pulak,

Bila tak ditegur,
Makin menjadi-jadi perangai,
Anggap diri macam raja yang penuh daulat, 
Orang lain dok kena tunggu dia,
Dianggapnya kita macam boneka,
Sepatutnya kelas mula awal terpaksa dah dilewatkan,
Bila kawan yang tegur menjawab " Kecoh la kau", 

Sampai bilakah akan berakhir keadaan begini. Inilah dilema yang dialami oleh pansyarahku. Walaupun tak pernah disuarakan tetapi ANDAI AKU ADALAH dia aku akan mengalami dilema yang sama. Patutkah perkara ini berlaku kepada bakal guru??.. Seseorang yang sedang dibentuk untuk menjadi pemimpin dan pendidik akan datang melakukan kesilapan yang nampak kecil tapi sebenarnya memberi impak dan persepsi yang negatif bagi orang lain. Perkara yang sering menjadi masalah adalah berkenaan 

MASA!!!!!!!!

Susah sangat ke nak menepati masa? Bila ditegur, kenalah cuba perbaiki. Bukan pandang sebelah mata je. Sepatutnya kita menunggu pengajar bukan orang yang nak mengajar menanti dan menunggu orang yang nak belajar. Bukan niat hati nak menyakiti atau menyinggung sesiapa tapi perkara ini tak sepatutnya berlaku terutama kepada bakal guru.. ya, BAKAL GURU!!.. Jika sedari sekarang tidak diubah sikap, masih berkelakuan sama sahaja, pensyarah tegur buat tak tahu, tengoklah nanti, bakal anak murid akan datang akan buat benda yang sama macam mana kita lakukan kepada pensyarah kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Hormatlah pada insan yang mencurahkan ilmu pada kita. Dia dah cuba memberikan yang terbaik dan membantu kita mendapat keputusan dan gred yang baik. Apakah balasan yang kita lakukan padanya?. Janganlah kita teruskan sikap sebegini. Kelak akan berbalik pada diri sendiri. 




Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah,
Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan,
Aku bukanlah Siti Nurhaliza yang punya nama gah di mata semua,
Aku bukanlah Katy Pery yang menjadi gilaan remaja,
Aku bukanlah Dr. Muzaphar Shukor yang menjelajah angkasa,
Aku bukanlah nabi yang punya mukjizat,
Aku bukahlah malaikat yang sentiasa taat,
Aku bukanlah Bill Gates yang punya wang berjuta-juta,
Tapi aku adalah insan biasa yang prihatin pada semua,
yang punya rasa kasih dan sayang pada sahabat,
yang punya hati tak mahu melihat teman diperkotak-katikkan,
yang punya rasa untuk sama-sama berjaya bersama teman seperjuangan,
Kerana itulah teguran diberi,
Kerana itulah nasihat dipatri,
Kerana itulah niat hati untuk membangunkan generasi...


Sekian, maaf sekiranya terkasar bahasa dan menyinggung sesiapa.. Wassalam..



 

Tuesday, March 15, 2011

Sukarnya Untukku Tetapkan Hati

Entry aku kali ni bukan nak menyatakan aku berubah hati pada si dia..
Tapi apa yang cuba disampaikan adalah kesukaran untukku bentuk hati dan kalbu ini pada jalan yang tetap dan lurus. Berkali-kali kucuba mendisiplinkan diri mengurus waktu untuk kekal konsisten sepanjang hari. Namun sebagai manusia biasa, hatiku tetap sentiasa diuji dengan ugutan dan tipu daya syaitan supaya sentiasa selesa, bersenang hati dan leka. Wahai kawan-kawanku, tidakkah kau juga merasa begitu?? Justeru apa tindakan kalian? Adakah hanya berdiam diri dan mengikut kata hati semata?.. Pernahkah kalian fikirkan jika kita berterusan mengikut kemalasan hati kita akan binasa? Belajar ala kadar, berada dalam kelas tapi fikiran melayang ke tempat lain, waktu kosong tak digunakan untuk pengisian ilmu tapi sibuk berborak-borak menceritakan hal orang, tiada niat yang jitu & bermacam-macam lagi. Sampai bila???.. Banyak kali aku mendengar rungutan dan keluhan yang mana mereka mengatakan susahnya benda ni, susahnya benda tu, kenapalah mesti belajar, dah cuba buat tapi tak boleh, kalau aku buat pun keputusan sama je, aku memang tak pandai tak macam kau,. Macam ni la keluhan yang sering aku dengar. Kawan-kawan aku juga pernah merasai benda yang sama. Malas belajar, tak ada mood, masa tak cukup untuk belajar, susah mengingat, jiwa tak tenteram dengan masalah yang pelbagai dan motivasi jarang sekali kekal pada kedudukan dan tahap yang tinggi dan macam-macam lagi. aku juga merasakan semakin berada di hujung semester hatiku manjadi semakin tak keruan. Soalnya, mampukah aku maeraih kecemerlangan yang pernah menjadi milikku pada semester lepas? ahhh.. makin kusut kepala aku memikirkannya. Tapi berdasarkan pengalaman aku, kalau makin kita jadi tak selesa, tak tenang itu memberi petanda yang baik yang mana sebenarnya kita menyedari bahawa kita perlu lakukan sesuatu kerana ada satu peristiwa yang menanti kita di hadapan iaitu peperiksaan. Selama mana kita bergelar mahasiswa selama itulah peperiksaan akan menjadi teman akrab kita. Buku dan nota menjadi sahabat baik kita. Kalau hati terasa malas, aku paksa je diri untuk belajar. Memang kadang-kadang bila susah nak faham bila susah nak mengingat rasa nak menangis rasa nak putus asa. Tapi kita kena kuat. Itu namanya dugaan. Biarlah menangis di awalan asalkan di akhirnya nanti ada tangisan kegembiraan. Apa yang penting, kena pastikan hati dididik dengan betul dan jasad diarahkan pada laluan yang tepat. Semoga aku dan juga rakan-rakan terus diberi kekuatan, diberi kemudahan dalam perjuangan hidup ini. Ingatlah kita akan menjadi pendidik anak bangsa suatu masa nanti. Ubahlah mentaliti kita ke arah positif demi menjadi guru yang cemerlang akademik dan sahsiah diri. Wassalam.

Monday, March 14, 2011

2 HARI 1 MALAM PENUH KENANGAN

Kenangan demi kenangan menjelma di ingatan~~..
Sukarnya melupakan dirimu~...
      Ehem..ehem.. hehe.. salam ceria untuk semua.. tetiba terlebih "excited" plak siap menyanyi2 lagi.. hmm rasanya lama dah Iqa x update blog ni.. Actually memang tgh happy skrg... mana taknya sabtu and ahad lepas puas pergi berjalan.. walaupun sikit punya penat.. ehh x banyak punya penat but PUAS HATI!!.... Nak tau mana I pegi teroka last weekend??? Haa nak bagi tau la ni.. Pagi sabtu tu dalam kol 10 la lebih kurang my syg dtg amik.. So, kitaorang pegi la jalan2 makan angin pegi uma adik dia kat area mana ye.. alamak! lupa la nama tempat tu.. maklum la first time pegi.. xpela abaikan je.. x penting pun.. Then petangnya pulak dgn family blah ehem2.. pegi berkaraoke.. Fuhh syokkk... lepas tension dapat melalak dalam K-box yg skit punya terang, siap bekal air mineral berbotol2 & air tin bertin2.. huhu.. ehjoy sakan... Last2 kenyang minum air je..haha

      Malam tu pulak kan... HAa kitaorang pegi i-City kat SHAH ALAM... Mula2 xnak pegi tapi dah kne pujuk.. pegi la jugak,, sbb apa tau pagi tu dah penat, So, macam malas nk kuar la kan.. But ikut jugak.. Then, U know what, tempat tu sangat cantiKKKK.. I jatuh cinta giler2 kat tempat tu.. masok2 je dah nampak sinar lampu warna-warni.. Fuyooo.. salute la sape punya idea yg buat tmpat tu.. Nak berceloteh je x best,, haa meh tgk gambo yg sebenarnya..




Yg kat sebelah kiri ni.. gambar yang diambil dari jauh.. pakai hanset sony jewp.. tu yg kurang cntik skit...












Yang ni plak gambar dari dekat.. Benda ni macam pokok limau.. comel je kalau tengok dekat










Tinggi kan zirafah yu.. Yg kat sini kena bayar kalau nak masuk.. Umm so amik gambar dari luar pun ok je..












Wahh.. Teruja tgk glob ni.. BESARRR... macam tempat sarang letak hamster pun ye.. yg dia lari then pusing2 tu..haha









  
ChaKKK!!.. knal x sape dok posing tepi kaktus tuh?? Tu la I.. hehe.. Ishh x aci la kaktus tu lagi tinggi... kena makan CALCI-YUM byk2 nih.. Haishhh

apa?? nak tgk lagi gambar??.. umm x cukup ke??... xpe2 ada lagi.. check it out...



katak yang GemOKKKK!!!

cantik kan??.... sape cakap X cantik lagi 2 jumaat la tu.. haha

    So.. tu la ceritanya pada hari Sabtu.. Next day plak.. mana lagi I pegi tau.. I pegi Central Market, KLCC, SOGO & Jalan Masjid India.. hehe.. masyukkk!!..  I gi naik monorel je.. malas nak naik keta coz jalan jem & susah nak cari parking... 1st place, I pegi Central Market. Lawa dah tempat tu ada wau besar..
ha, tu dia Wau besar yang I ckp sebelum ni,,,

Hehe.. sempat lagi posing tu.. bukan selalu pun.. al maklum la sibuk je..

Time ni, perut lapar sebenarnya, so pergi la makan kat Food Court kat dalam tu.. SIZZLING NOODLEs.. tu menu yang I pilih.. x tau nak bedal ape main pilih je.. tapi sedap jugak.. Masa jalan kat sini, rasa macam kat overseas sebab ramai foreigner je  duk berjalan2.. ada pulak 1 kisah ni time kat kaunter  butik ni, I nk bayar untuk selendang yang I beli then ada la mak cik sorang ni nampak macam orang berada jugak la.. dia cakap apa tau..

jurujual : rm 125 jumlah semuanya...( pembantu dia tolong masukkan 2 helai baju batik yg dibeli dalam beg plastik)..
mak cik ( yg berlagak tu) :  aik, masuk dalam plastik je ke???... x kan beli baju mahal guna beg plastik je.. jatuh la standard I nanti..
jurujual : maaflah.. selalunya memang pakai beg kalau customer beli baju batik.. saya terlupa.. maaf ye..
mak cik : yer la tu..

Fuhh, sabar jela mak cik ni.. tau la kaya tapi belajar la hormat orang sikit... haishh.. apa nak jadi...

Next, jalan pi KLCC plak.. amboi berjalan sajer I ni kan.. anyway, masa tu hari minggu, ramai jugak la orang.. sesak.. 
emm.. peace!! hee~.. ni kat bahagian bawah KLCC tu.. kat luar, dekat dgn taman tema air..
Posing sikit depan Suria KLCC,, senyum jgn x senyum.. comel x??? wink! WINK!.

Abis je pusing2 kat kawasan ni, I pun gerak pergi SOGO makan KFC,,, isi perut lagi.. Niat hati nak makan pizza hut tapi x jumpa2.. haha.. x tau la kat mane.. menyorok agaknye.. Banyak tau yang I shopping time jalan2 ni, bli kasut, baju, tudung, buku, & macam2 la.. opss!! cakap pasal tudung lupa nk citer masa gi Jalan Masjid India I jumpa 1 kedai ni punya la murah dia jual aneka jenis tudung.. Rasa nak borong semua je.. Borong 1 lori,, nanti la tunggu masa raya Memang ada hajat nak shopping kat situ... wahh.. penat sebenarnya berjalan ni tapi 1 pengalaman yang cukup indah la kalau diingatkan semula.. Jenuh tu berjalan. So, pada sesape yang lum pegi tu.. mai la kita shopping2..hehe,, window shopping pun ok je.. takkan nak ngadap buku je kan... kne la bagi waktu untuk diri sendiri merasai keseronokan bersuka ria.. ok la.. stop dulu sampai sini.. pukul 2 petang ni ada kuliah & kena buat presentation for the subjek AGRICULTURE & MAN...daa,, assalamualaikum...







LinkWithin

Jom Tengok!