Showing posts with label Mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label Mahasiswa. Show all posts

Monday, June 10, 2013

Esok first paper

Good luck kepada semua pelajar yang mengambil ijazah pertama di universiti yang akan menduduki peperiksaan akhir...

Tomorrow will be the first paper.. orang kata yang first ni slalu debor terlebih tapi ntah la aku x rasa apa pun...

Kenapa???????

mana peginya perasaan takut dan jantung yg DUP DAP DUP DAP bila tiap kali exam mendatang..

X cukup ilmu atau ulang kaji ke??? x tau la... mungkin kot...

Nevermind, i know how to handle this...

Ape pun harapan utk menjulang 1st class honour masih terpahat di hati dan sanubari..chewahhhh

Hopefully i can achieve it!!...wahhhh semangat2.. berkobar2...(ehehehe yok yok oooOO je)

Now, get sleep...(x nagntuk lagi pun sebenarnya..) Tomorrow qiamullail...(kalau terbangun la..insyaallah..)

 assalamualaikum & selamat malam...

Friday, March 22, 2013

Pengalaman Pertama Micro Teaching : Set induksi


Sebagai orang bakal guru, ilmu di dalam kuliah kaedah mengajar minor mahupun major amat penting dalam kerjaya. Ini kerana pengalaman yang ditimba melalui proses P&P yang dijalankan memberi peluang kepada bakal guru untuk menilai tahap kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri masing-masing. Setiap gerak geri dinilai dan dikaji secara keseluruhan berkenaan aspek yang perlu dilakukan penambahbaikan. Pengalaman pertama yang aku laksanakan dalam kelas anali kaedah mengajar begitu memberi satu impak besar dalam diri.

Dalam bahagian yang pertama, aku hanya perlu menyediakan set induksi untuk 5 minit sahaja. Seramai 10 orang rakan-rakan akan menjadi pelajar-pelajar atau anak murid. Manakala yang lainnya akan menilai dari pelbagai sudut. Tajuk yang aku dapat adalah berkenaan jenis dan fungsi penyambung paip. tengok tajuk macam senang tapi bila memikirkan set induksi yang sesuai agak mengambil masa 3 atau 4 hari jugak memikirkannya. Perkara pertama yang harus dibuat adalah, persediaan dari segi bahan mengajar. perkara apa yang nak diajar harus ada terlebih dahulu. Aku mencari terlebih dahulu gambar-gambar berkenaan penyambung paip dan aku print masukkan ke dalam sampul. Selain itu, aku gunakan gambar berupa slaid powerpoint menunjukkan gambar pengaliran air dari sungai ke loji kemudian dihantar ke kawasan tertentu. Aku mengarahkan "pelajar" mengaitkan apa yang ada dalam sampul dengan apa yang mereka lihat di slaid. ternyata mereka memberi reaksi positif.

Tapi satu perkara yang aku tak menyangka aku boleh berubah personaliti menjadi cikgu yang sangat garang. Hmm mungkinkah setelah keluar nanti aku akan kekal begitu atau aku perlu merubah personaliti menjadi guru yang suka senyum dan nampak manis sahaja di hadapan murid???... Bagi aku biarlah kita tegas dam kelembutan,,, 

Selalunya apa yang dapat aku perhatikan cikgu-cikgu yang garang lebih diingati oleh anak muridnya,, hmm 


Sunday, February 17, 2013

Hari Pertama Semester 6

Syukur dipanjatkan kepada Allah atas rezeki dan dipanjangkan umur untuk terus berada di bumi ini. Bernafas seperti insan lain. Juga masih mampu untuk menyambung pengajian masuk ke semester 6. Hari ini hari pertama kuliah. Ada cerita menarik untuk dikongsi bersama...

Ceritanya begini, kelas bermula jam 10 pagi. Seperti biasa siap sedia sebelum pensyarah masuk. Kejutan pertama pensyarah yang mengajar adalah pensyarah yang pernah mengajar aku semester 1 subjek Pendidikan Teknik vokasional. Tak tahu pula dia akan mengajar semula. Then kejutan kedua, dia beritahu ada 54 orang yang berdaftar subjek dia STE3102 dan sorang sahaja daftar STE4100. Mulanya aku diam. Aku belek jadualku semula. ternyata akulah orang yang dimaksudkan 'sorang' itu tadi.. Aiyarkkk!!! Why la aku sorang je yg silap kod. Lecturer bgtau subjek tetap sama kod sahaja berbeza. But aku x puas hati. Lpas kelas aku check struktur kurikulum overall memerlukan aku untuk berada pada STE3102 makanya aku gugurkan subjek ste4100. tppiiiiiii GAGAL!!!.. haishhh sistem buat hal pulak, x ckup kat fakulti. aku try kat bilik. ntah berapa puluh kali aku try baru la dapat. Last2 selesai jugak. Alhamdulilah.

Kelas petang cancel, maka aku pergi Serdang atau most of UPM student panggil dia flat ikan. X tau la kenapa dapat panggilan camtu. Aku ke sana nak cari sandal tapi xde yang lawa la pulak. em dah la sandal aku tertinggal kat kereta masa mak anta aku. Nak pakai heels hari-hari ke kuliah mau sakit kaki. Aduyai.. So, aku buat keputusan untuk keluar hari Rabu atau balik rumah minggu ni.. xtau lagi plan macam mana. tengok keadaan. 

Overall hari first xde masalah sangat. But aku dah membayangkan perjalanan sem ni will be so busy like before. Tak mahu dah joli sana sini. Fokus adalah keutamaan.. Ok salam sayang.

Wednesday, January 04, 2012

Peperiksaan Akhir Semester 1 Tahun Kedua

Start esok bermulalah paper first untuk semester ketiga pengajian aku sepanjang menjdi student di UPM.. Gayanya ,acam x bersedia lagilah.. x ready je nak masuk dewan exam ni.. Anyway kne tempuhi jugakkan.. takkan nak bia kertas jawapan kosong je.. kena jugak cuba sebaik mungkin.. Kepala dah pening ni.. Setelah lama aku x berblog ni sebenarnya byk cerita baru cuma akuje yg malas nak menaip.. xpe nanti lepas habis exam 12 Januari.. Aku ceritakan apa yg secret sgt tu ye...

Sunday, November 20, 2011

Pembentangan Sosiologi.. Ok ke x?

Pagi ni aku dipertanggungjawabkan untuk bentangkan tugaan sosiologi.. Takut meyh, lecturer x nak cikai2.. lg 1 x bole tgk slide!!.. kena present penuh yakin depan audience.. So, tips kat sini yag aku guna pakai "buang rasa takut supaya kita tak rasa lemah & baiki kelemahan supaya kita tak merasa takut " x perlu rasa berdebar sbb membe lain pun akan ada perasaan yg sama.. wat biasa2 sudaa... hehehe.. wish me luck ya! petang nanti ak inform apa kata lec. & apa hasil pembentangan ni nanti. Sblum terlupa tajuk aku adalah"Berdasarkan kes sebenar, perihalkan gaya kepemimpinan pengetua merupakan faktor terbesar dalam menentukan iklim sekolah walaupun budaya sekolah tersebut mendominasi tindakan warga sekolah" ni tajuk dia. k la byee nak try kat bilik dulu..hehehehe  
 

Friday, November 18, 2011

BUKAN SENANG MENGURUSKAN ORGANISASI

Beberapa jam yang lepas baru sahaja selesai membuat perjumpaan bersama ahli Kelab Al-Biruni Fakulti  Pengajian Pendidikan. Puas rasanya dapat berjumpa dengan ahli-ahli yang lain tetapi masih x tercapai matlamat untuk melantik AJK tertinggi kerana kebanyakan ahli yg hadir adalah dalam kalangan mereka yang berada pada tahun akhir. (jd mustahil la diorang bole incharge sbb dah taun last..) Banyak pengalaman yg dpt aku kutip dlm menguruskan organisasi ni. Sbg presiden kelab ak bertanggungjawab dlm kelangsungan aktiviti. Banyak jugak cabarannya apabila nk buat program walaupun cuma perjumpaan biasa dan bukan perjumpaan penuh protokol. Pertamanya pada perjumpaan pertama, tempat sudah dibooking tetapi tiada yg hadir kerana makluman tak sampai kepadaa mereka yg berkenaan. Tambah2 waktu tu  cuti raya haji. Kali kedua pula iaitu perjumpaan yg baru slesai tadi, berkali-kali mencari tempat. Pergi ke DKFPP, penuh la pulak, bertukar ke bilik seminar perlu merujuk ke pusat pengajian siswazah, apabila  mohon ke DKAP perlukan surat dr BHEP.. Dah tu pergi BHEP mohon kebenaran. Muala2 tak dapat tp  alhamdulilah dr jasa baik staf dia bagi jugak. Hal makanan tak jadi masalah, fakulti tanggung. Tu pun kne ada kertas kerja. Berkenaan cenderahati, rumit sikit. Mula-mula buat surat ingatkan prof yg sorg ni penasihat fakulti rupa2nya penasihat universiti. Baik2 dah siap print kena edit smula. Jumpa timbalan dekan mintak kepastian. Pembantu dia pun dah kenal siapa ak..hehehe.. asik kuar masuk blik dia je. bila da siap kne pegi BHEP anta pd penolong pendaftar pula. Nasib baik ada membe yg baik tolong amik brg yg byk sebesar 2 kotak anta pakai keta dia.. syukur. Jangan disangka mengurus organisasi ini senang. Kita tgk orang buat nampak senang. Tapi bila kita sendiri berdepan.. MasyaAllah payahhhhh.. Namun begitu ak x risau & x rasa putus asa sbb pengalaman sebegini memberi nilai tambah pada diri aku. Tak semua orang boleh buat.. Thanks pada seseorang yang telah banyak memberi bantuan dan tunjuk ajar.. Sekian..

p/s : seandainya dapat kawan-kawan yang supportive mesti lagi bersemangat..... 

LinkWithin

Jom Tengok!