Thursday, May 05, 2011

DITELAN PAHIT DIBUANG SAYANG


Lagu ini ditujukan khas buat mereka-mereka yang keliru dalam membuat keputusan antara dua.. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan sebelum buat sebarang keputusan... supaya akan datang tidak menyesal sendirian...

MANISNYA KEDUKAAN

Semua orang pernah rasa berduka. Macam-macam sebab kedukaan tu boleh datang.

Kalau sebagai anak kedukaan datang apabila :
  • Kita kesal kerana melawan kata ibu bapa
  •   Kita tak sempat mengucap kata maaf kepada mak ayah sehingga mereka tiada di dunia
  • Kita pernah menyinggung perasaan mereka
  • Kita tidak menggunakan duit belanja wang saku yang diberi ke jalan yang betul
  •   Kita mensia-siakan usaha mereka menghantar kita ke sekolah semata-mata mahu kita mencari ilmu
  •   Di hadapan mereka kita tunjuk baik tapi di belakang tuhan sahaja yang tahu betapa jahatnya kita
  • Kita tak memberikan perhatian yang lebih kepada mereka apabila dewa 
Kalau sebagai pelajar kedukaan akan datang bila mana :
  •   Kita gagal mancapai kejayaan
  • Kita lemah dalam sesuatu mata pelajaran
  • Kita rasa terkebelakang dari kawan yang lain
  • Kita disisihkan teman apabila mereka cemburu melihat kejayaan kita
  • Kita dipulaukan kerana terpaksa bertegas dengan kawan-kawan dalam sesuatu perkara apabila kita diamanahkan memikul tanggung jawab sebagai ketua pelajar contohnya
  • Kita leka dan lalai dalam menuntut ilmu yang akhirnya menghanyutkan kita dan menghancurkan masa depan
  • Kita tak memiliki apa yang kawan kita ada disebabkan kesusahan hidup
Banyak lagi punca kedukaan itu boleh datang, mungkin juga disebabkan kekasih, adik beradik, teman seperjuangan, rakan sekerja dan pelbagai lagi. Walau bagaimana pun, dari sebuah kedukaan kita akan belajar sesuatu darinya. Kedukaan adalah guru kepada kehidupan kita. Jangan mengeluh tika kita berduka tapi bersyukurlah kerana kita diberi peluang merasai kedukaan dalam mencapai sebuah kebahagiaan,,,,

Tuesday, May 03, 2011

Pilihan sendiri atau pilihan keluarga?? mana 1 lagi baik..

Salam ukhwah buat semua para pembaca,
Pernah tak korang mengalami situasi berkenaan jodoh sama ada nak memilih sendiri atau keluarga yang pilihkan. Sebenarnya tak tau la kenapa kali ni aku rasa terpanggil nak wat entry pasal tajuk ni. Walau pun hakikatnya aku ni tidaklah terlalu matang dan banyak pengalaman berkenaan selok belok memilih jodoh ni sebab aku sendiri pun masih muda. Jadi segala apa yang aku nukilkan dalam entry kali ini sekadar pendapat aku sendiri selebihnya terpulang pada diri masing-masing untuk menilai. Sebenarnya ada pro & kontra antara kedua-duanya ni. Jom kita tengok satu-satu.

Memilih Jodoh Ikut Pilihan Sendiri
Bila kita yang pilih sendiri mestilah seronokkan. Mana taknya dialah insan yang kita kenali hati budinya, yang kita sayang yang kita suka sedalam-dalamnya seta memenuhi cita rasa kita. Kalau yang memilih sendiri ni mestilah dah saling mengenali dan mungkin juga banyak memori dan kenangan yang telah pun diciptakan. Sayanglah kalau andainya terpisah terutamanya bagi yang dah bertahun bercinta. Ada yang bahagia bila ikut pilihan sendiri dan ada juga yang tidak. Bagi yang bahagia tu alhamdulilah. Maknanya memang telah ditakdirkan mereka hidup bersama. Keadaan ini biasanya disebabkan keserasian yang terjalin antara keduanya dan sikap sanggup menerima pasangan seadanya tanpa mempertikaikan segala kelemahan yang dimiliki sebab kita pun manusia yang dilahirkan tidak sempurna. Satu sebab lagi untungnya ikut pilihan sendiri ni kita tidak melibatkan orang lain bila berlaku pertelingkahan. Kalau tersilap pilih pun disebabkan salah sendiri tak berhati-hati dan menyelidik sedalam-dalamnya sewaktu buat keputusan. Walau bagaimanapun, dalam memilih pasangan pilihan sendiri ini kena pastikan mendapat restu kedua ibu bapa kerana restu itu penting. Kalau restu tiada berkemungkinan tiada kerukunan dalam berumah tangga itu yang menyebabkan terjadinya cerai berai sekarang ni.Wah, aku berkata-kata macam Kaunselor Perkahwinan plak.. huhu..

Memilih Jodoh Ikut Pilihan Keluarga
Kes yang ni macam mana pulak ye?,, Ada sesetengah individu senang mengikut pilihan keluarga, ada juga yang memberontak. Bagi yang mudah terima tu senanglah. Bila ikut pilihan keluarga ni sudah tentu restu tu dah ada. Jadi tak payah risau dah nak fikir-fikir pasal restu ni. Untungnya lagi bila pasangan yang dicari tu memiliki ciri-ciri pasangan sejati siapa yang tak nak. Setiap ibu bapa mesti nakkan yang terbaik untuk anak masing-masing dan orang yang dicari mesti dah diselidik terlebih dahulu. Tapi kadangkala di hadapan orang tua je nampak baik, di belakang, tak payah ceritalah perangai. Dalam keadaan begini kita sendiri kena bijak buat keputusan. Sebab yang akan duduk serumah sebilik nanti adalah kita dan dia bukan mak , ayah, atuk, nenek ke apa. Tapi zaman sekarang ni ada lagi ke yang ikut pilihan keluarga?.. Kalau dulu ada la kot. Bahagia sampai ke tua. Kalau zaman sekarang ni susah nak cari orang yang ikut pilihan keluarga. Masing-masing nak pilih ikut pilihan sendiri. Kalau mereka menerima pilihan keluarga mungkin sukar bagi mereka untuk membina keserasian sebab tidak mengenali jiwa pasangan. 


Jadi, pandai-pandailah kita memilih pasangan mengikut ciri-ciri yang digariskan dalam Islam. Janganlah kita terlalu mengejar kesempurnaan kerana tidak ada yang sempurna di dunia ini dan Allah sendiri telah menetapkan jodoh masing-masing. Terimalah pasangan kita kelak seadanya. Sekian untuk renungan. 

 P/s: Jika keliru untuk buat pilihan, laksanakan solat Istikharah. Insyaallah akan dapat petunjuk.




Sunday, May 01, 2011

RAHSIA KELAHIRAN BULAN DISEMBER

 SAGITARIUS...

DISEMBER

 
* Sangat setia dan pemurah.

~ memang setia pun, kalau dah sayang seseorang syg gila2 la, 
pemurah tu ye jugak tapi kadang2 ada masa kedekut juga,,hihihi

* Bersifat patriotik.

~wah, ni g ni no komen. Tapi ada kebenarannya.

* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.

~dalam permainan tu x sangat rasanya tapi kalau pergaulan tu ada betulnya

* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.

~yang ini sangat setuju. Aku ni orangnya agak kurang sabar sikit. 
Lagi-lagi bab menunggu orang memang tak suka. 
Kalau janji nak jumpa pukul 9, sharp pukul 9 
mesti dah ada kat tempat yang dijanjikan. Aku tak suka menunggu orang
dan tak suka orang menunggu aku.

* Bercita-cita tinggi.

~Memang ada cita-cita yang tinggi melangit pun tapi tercapai atau tak tu, wallahualam.

* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.

~setuju jugak la, buktinya masa zaman sekolah aku pegang banyak jawatn tu dalam organisasi. Nak tau x?. Ha ni dia
1. Pengerusi Persatuan Puteri Islam
2. Ketua Asrama
3. Timbalan Pengerusi Pengawas Asrama
4. Exco Keceriaan Pengawas Sekolah
5. Pengerusi Majlis Perhimpunan Mingguan

Hehe.. gila kuasa tak aku??.. tapi benda ni bukan sendiri yang pilih. Orang yang lantik tau. Mungkin sebab orang lain percaya akan kebolehan aku. Cuma aku je tak bape yakin..huhu

* Seronok bila didampingi.

~Siapa yang tak seronok didampingi lagi-lagi dengan orang tersayang. Eh, jangan salah anggap orang tersayang tu mak abah kita tau.  Jangan pendamping yang duduk berdamping sudah la.

* Suka bercampur dengan orang.

~Suka jugak tapi tengok orang la. Aku ni agak serius jugak. So, mana yang duk tergedik-gedik tu menyampah aku malas nak layan. Aku lebih sukakan kematangan walaupun kadang-kadang aku agak 'childish' skit. Sikit je tau!

* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.

~ Ye, memang pun aku suka dipuji. Wah, berterus terang gitu. Tapi kena hati-hati jugak sebab kadang-kadang orang ni kalau memuji bukannya ikhlas tapi sebab nak membodek je.

* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.

~Ya memang jujur, amanah tapi yang bertolak ansur ni
tengok keadaan la, ada masa boleh bertolak ansur
ada masa tu aku punya suka nak mementingkan diri.

* Tidak pandai berpura-pura.

~Kalau dah jujur mana la aku ni pandai menipu, tak reti la nak menipu ni. Kalau nak tipu pun nanti kantoi juga. Baik berlaku jujur sahaja. 
 
* Cepat marah.

~ Tidak la cepat sangat tapi dalam sesetengah keadaan aku boleh jadi orang yang cepat melenting. Biasanya jarang aku lepaskan kat orang sebab tak nak orang lain sakit hati. Tengok juga sebab kenapa boleh jadi marah.  Cepat-cepat selesaikan supaya tak jadi dendam kesumat dalam hati
 
* Perangai yang mudah berubah-ubah.

~Sangatlah setuju dengan statement ni, perangai aku memag tak dapat nak jangka. Kadang-kadang suka jadi macam budak-budak yang mengada-ngada sikit, ada masa pulak serius tahap gaban sampai ada yang tak berani tegur, ada pulak tu senyap yang teramat tak mahu bercakap langsung, sampai satu tahap aku ni mesra alam juga orangnya..hehe, apa-apa pun sikap dan perangai ditetukan oleh keadaan dan situasi.


 
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.

~ Tak sukalah ego-ego ni. Tak payah la kita nak budget diri kita ni bagus sangatkan?. Sebab ada yang lebih baik dari kita.

* Benci pada kongkongan.

~Yup! aku tak suka dikongkong. Aku kalau dikongkong akan memberontak. Selagi tak bagi selagi tu la aku buat, haha... jahat juga aku ni. Kalau nak beri nasihat 'slow talk' pun dah ok. Aku boleh terima. Tak payah nak marah-marah macam halilintar sebab aku paling tak suka kena marah dan tak suka orang pemarah. 
 
* Suka berlawak.

~haha.. kelakar je, pandai ke aku ni buat lawak?.. Macam pelik pulak, yang ni kurang setuju. Aku manalah reti nak melawak. Nabil dengan Azizan tu bolehlah kot. 
 
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

~Ha yang ni satu lagi. Aku tak pandai nak melawak. Berfikir logik tu ye. Betul. 


P/s : Bulan kelahiran aku ni iaitu bulan disember sama dengan mak kesayangan cuma jarak seminggu je. Bakal mak mentua pun bulan 12 juga. Nenek sebelah abah pun bulan 12. Anak sedara pun sama. Tapi setiap tiba je hari lahir tak pernah pun disambut dan tak ada pun yang menyambut. Sedih je rasa. Setiap kali bertambah usia cuma doakan diri panjang umur je...





Sendirian


Saatku termangu di sisi kamar beradu,
ketika mata menghadap lapisan cerminan hasil logam semikonduktor, Merkuri dan Fosforus,
Jariku yang terpanjang ligat menekan punat-punat komputer riba,
Di waktu itu,
kuterpandang wajah redup penuh syahdu,
dialah,
Insan yang kusayang, 
Insan yang kucinta sepanjang zaman,
Wajahnya tampak tenang sekali,
Kalau dipandang nampak tersenyum,
manis sekali biar pun hampir meningkat usia,
tetap cantik di pandang mata
Biarpun hakikat sebenarnya seribu keperitan dialami,
bermacam penderitaan terpaksa didepani,
jarang sekali berkeluh kesah,
jarang sekali mengadu domba.
Segalanya diterima dengan hati yang redha,
terima penuh sabar.
Hakikat hidup di dunia bukanlah sesuatu yang mudah baginya
lautan berombak berangin kencang sudah diredah,
gunung berliku, tinggi melangit juga berbatu-batu sanggup didaki,
duri yang tajam menusuk ke hati tetap tegar menahan perih,
biar pun sungai yang deras beronak berliku,
masih mampu melawan arus.
Cekal hatinya sekuat guruh di angkasa raya,
Ketabahannya tetap membara sepanas mentari sejangkal di kepala,
Titisan hujan yang lahir dari empangan kelopak mata,
jarang sekali dibiar jatuh,
Hanya sesekali apabila kudrat kurniaan Maha Esa,
tidak terlarat menanggung beban sebesar cakerawala,
Takungan yang utuh akhirnya pecah memuntahkan kejernihan,
Cukup! Cukuplah semua ini,
Berikan dia cahaya cemerlang,
sinari hidupnya dengan suluh gemilang,
Harumi dirinya sewangi kasturi,
Kuatkan hatinya sekuat guruh di dada langit,
Lindungilah dia dari panahan mata pedangmu,
Hadiahilah dia dengan kalungan Rahmat-Mu,
Sampai kapan pun,
Hanya dia dihatiku,
Hanya dia idolaku,
Hanya dia penyeriku,
wahai ibuku,
kau ratu hati ini... 

p/s : Sayangilah ibu bapa kita selama mana mereka hidup kerana inilah peluang yang kita ada untuk membalas jasa mereka. Aku bersyukur kerana keduanya masih dikurniakan kepanjangan umur. Moga aku berkesempatan membawanya ke tanah suci penuh rahmat. Amin. Mudah-mudahan.

LinkWithin

Jom Tengok!