Monday, March 26, 2012

PENGALAMAN TRIMESTER PERTAMA

Salam BSS..

Before this ada entry kan pasal first time mengandung.. So, now let's we move to da next entry about my experience during my first trimester.. (now dah msuk 2nd trimester..hihi)..

LESU, LOYA, MUAL

Betul la org cakap trimester pertama adalah saat yg paling mencabar bagi ibu mengandung. Waktu ini lah kerap rasa nak muntah, loya, pening, mudah letih walau keje tak banyak, kuat tido, rasa malas dan mcm2 la. Setiap org mungkin berbeza tapi apa yang aku kongsikan ni berdasarkan kepada pengalaman sendiri. Boleh dikatakan setiap hari akan loya tekak. Nak terkeluar isi perut tak jugak tapi mcm angin je yg kluar. Lagi 1 yg aku alami aku jadi malas semacam. Sampaikan rumate (aku still continue study & duk di kolej) menegur aku 1 hari tu. Katanya macam ni

" aku peliklah tengok perangai kau sekarang, dulu kau bangun awal, rajin buat kerja ke asignment ke. Tapi skrg nampak malas sangat.."

Haa kannnnn!!.. Tu dia.. seriously mmg aku rasa malas sangat waktu tu. Tak tau la apa sebab jadi macam tu. Sampaikan waktu nak mandi petang pun tertangguh-tangguh. Kalau balik rumah hubby siap pesan banyak kali pergi mandi. bngun tu bngun jugak la tapi sempat duduk dapur makan dulu. Kang kejap lg duduk tengok tv dulu. Benda ni x prasan pun tapi mak yg prasan. Ni bawaan budak sebab aku bukan jenis yang macam tu sebelum preggy. Aku ni jenis kalau nak buat sesuatu terus buat xde nak tangguh2. Aku senyum je bila hubby da pandang pi sruh mandi.. hahaha mcam2 budak2 pun ada perangainya. Janganlah anak aku dah lahir sok jadi malas atau susah nak mandi. huhu..

FOBIA AYAM

Bercerita bab makan pulak aku mmg agak kurang sikit slera nak mkn. yela tekak asyik loya je mana ada selera nak makan. Samapailah satu hari aku dapat kesan yang aku tak boleh makan AYAMMM!!!!!!.. Pergh my faveret tu.. ayam cik kiah oi.. tapi bila preggy ni aku terus tak boleh telan. First masa balik rumah, nak sambut besday aku, mak dgn anak buah sekaligus. so, hubby belilah KFC 1 bucket. Aku pun bedal la ayam malam tu. Punya sedap. Esoknya abg ipar belanja roti canai & ada kaki ayam pada kuah kari tu. Aku pun makan kasi pulun. Nak tau apa jadi??. Lepas dari tu aku tak benti kua masuk toilet. Habis kluar smua isi yg aku mkn. Mmg baby dalam perut ni tolak habis ayam. Aku try makan soto ayam pun sama jgk. Akan terkeluar semula.So, starting on that time aku tak makan dah ayam. So, takat ni dekat 4 bulan jgk aku x makan ayam. Seumur hidup aku ni la waktu paling lama aku x sentuh ayam.. bila ingat mcm klaka pun ada...

MENGIDAM

Mengidam memang akan terjadi pada setiap individu. Aku rasalah. Dulu aku rasa orang yang mengidam ni macam mengada2 ambil kesempatan je. Mintak itu ini tapi bila dah mengalaminya baru sedar kalau mengidam sesuatu tu mmg kne adakan jugak walau apa cara sekalipun. Kalau tidak mulut terliur dan otak akan membayangkan je benda yang nak dimakan. Sampai ada masa boleh jadi lemah badan sebab apa yang nak tu x dapat2.Dari pengalaman aku, aku mengidam buah delima, limau bali, kuih lopis, getuk ubi (ni bhs org jawa, tmpat lain xtau dipanggil apa) & mcm2 la. Sekarang ni ada satu benda aku nak makan tapi x dapat lg. "Kastard Jagung".. fuhh sabar menunggu 3 minggu utntuk dapatkan ni. Nak tunggu cuti balik rumah sruh makn buat..hihi.. 

So, takat ni dulu la aku nak share dgn sesiapa yg sudi membaca. Lepas ni tunggu pengalaman trimester kedua pulak ye.

Sunday, March 25, 2012

First Time Tahu Mengandung

Salam BSS (bitter, sweet, sour)..

Menjadi sesuatu yang menggembirakan apabila seseorang wanita mengetahui yg dirinya bakal menimang cahaya mata. Macam tu jgk la aku. Aku sendiri pun tak menjangkakan akan preggy sebegini awal sebab jangkaan untuktunggu selepas habis belajar. Tapi rezeki Allah nak bagi, aku syukur dan bersyukur sangat2.. For me ini adalah hadiah perkahwinan yang berharga buat aku dan suami..hehe

Kisah aku mengandung bermula macam ni, masa bulan 11 aku merasakan sesuatu yg aneh. Perempuan normally they will go trough their ABC (bhsa ksar org pmpuan yg bmaksud "Allah Bagi cuti".. mana diorng dpt short form ni pn ak xtau, ak dgr2 dr org je). Cam tu jgk aku. But then its not 7 days it comes out just for 2 days. Jarang dan x pernah pn aku mengalaminya in just 2 days. Dari situ aku menjangkakan aku akan pgnant. Lepas tu,  bila aku britahu my hubby & dia belikan pregnancy test kit yg dekat farmasi tuh.. xdela mahal mana pun around RM8.00 kot kalau x silap. Aku pun gunalah. Lepas bangun pagi test air kencing. But, u know what apa yg blaku. Ni ha result dia :
NEGATIF!! (ilustrasi ni bukan yg sebenar, test kit yg aku beli buang dah ntah ke mana.. men copy paste tenet je..hikhik). Kalau diikutkan dekat 3 kali  jugak aku membazirkan duit beli benda alah ni untuk tahu pregnant ke tak. Jawapan tetap sama negatif. Apabila seseorang tu mengandung akan menghasilkan HCG. Utk tahu lanjut pegi kat web ni http://www.mommeworld.com/post/view/61/hcg-level/ Mungkin tahap HCG aku masa tu masih rendah. 

Selepas tu apa yang berlaku??.. My hubby ni mcm x sabar2 nak tahu sangatkan  yg wife dia ni preggy. Tambahan pulak sejak dua menjak waktu 2 bulan pertama tu, memang mabuk, mual dan loya tekak. Lagilah menambahkan keyakinan  dia. So, dia bawak aku pegi klinik swasta di seri serdang. Aku pun jumpa dr. Ingat lagi dr. cina yang cek aku waktu tu. Aku beritahulah keadaan aku dan aku nak cek either pregnant or not. Mcm biasa mstilah cek urin. Then, x lma dalam brapa mnit lpas dia titikkan urin atas test kit trus bg hasil. Mcm ni ha..:









 Doc pun bg tau..Yes, kamu mengandung! Aku macam xde perasaan waktu tu. Senyum je. Tapi rasa macam nak melompat pun ada. Tapi takkan nak buat macam tu kan dalam klinik kot!!!..bila keluar je bilik Dr. senyum2 tgk hubby. Hubby pun dah agak yg wifenya yg tersyg ni preggy. On the spot trus dia call mak merangkap mak mentua aku britahu bakal dapat cucu baru..hehehehe..

Mulai dari hari tu dia sangat2 ambil berat pasal aku & apa aku nak semua dia bagi. Ok la takat ni dulu utk entry kali ni. Lepas ni ikuti sambungan pasal aku menjalani trimester pertama yang penuh dugaan dan mcm2 pancaroba sebagai bakal ibu.. 


.

LinkWithin

Jom Tengok!