Monday, June 30, 2014

GURU PRAKTIKAL WAJIB KENA "OBSERVE"..

Buat semua pengunjung blog..

Rasanya belum terlewat untuk aku hulurkan SALAM RAMADHAN memandangkan hari ini baru sahaja 3 Ramadhan kita berpuasa..

Sepanjang puasa penat memang penat, letih ya amat terutama yang bekerja, yang perlu ke sekolah.. Tambah-tambah waktu sekolah yang panjang macam tempat aku berpraktikal ni.. start jam 7.00 pagi dah ada kat sekolah sampai la 2.40 petang. Cukup tengah hari mata rasa nak berpinar, pening kepala toksah cakap la.

Ok just for updating. Aku masih lagi praktikal di Seremban. Masih lagi berbaki 3 minggu untuk aku menghabiskan sisa-sisaku di sekolah ter"cinta" ini.. tercinta???.. apakah???.. Hanya jauhari yang mengenal manikam.. Kerana apa aku katakan begitu? sebabnya hanya yang sudah mengenali budaya dan iklim di sekolah ini sahaja yang tahu betapa peritnya dan jenuhnya nak melayan kerenah budak-budak zaman sekarang yang tak tahu nak hormat orang.. Apa puncanya aku tak nak komen kat sini..

So far, aku dah 3 kali kena observe dengan pensyarah. Dengan guru pembimbing pun dah banyak kali. Dunia praktikal sebagai guru pelatih jangan mimpi la kau nak berehat-rehat seperti tiada apa akan berlaku, hanya menunggu rezeki agar tertulis A dalam transkrip keputusan nanti... Oh nooooooo,,, wake up!!! wake up!!! Banyak koje kau haa.. Tapi kalau nak diikutkan guru tetap lg byk.. tu x dinafikan la sebab waktu mengajar pun berbeza. Kat sini aku nak share apa persediaan yang penting sebelum pensyarah duk observe kamu, kamu, kamu yang nak praktikal ni..

1. RP atau rancangan pengajaran
Menatang ni memang nadi la sebagai seorang guru. Kalau tak ada RP bukan guru yang profesional katanya..haha.. Sebab segala perancangan untuk mengajar akan tertulis dalam RP ni nanti. benda ni la yang akan dikomen se"DAS" oleh pensyarah korang. Susun elok2 ikut urutan apa yang perlu ditulis. Format tu masing-masing la punya cara. Sebab banyak format RP yang aku jumpa.

2. Objektif mesti boleh diukur
Tang ni memang kena "kaw2" kalau kau silap buat. Sebabnya pensyarah akan tengok sejauh mana objektif kita tu boleh diukur. Tadi aku baru kena tegur sebenarnya.
Ok contoh objektif

- Di akhir pengajaran dan pembelajaran diharap pelajar dapat menamakan komponen elektronik dengan betul (yang ni silap..silap..silap.. tapi apa silapnya kan? Sekali baca macam betul)
- Di akhir pengajaran dan pembelajaran diharap pelajar dapat menamakan 6 komponen elektronik dengan betul (Yang ni paling betul..huhu sebab nampak tak perbezaan dengan yang atas? Ia lebih spesifik!)

3 Kawalan kelas
Kelas kena la dikawal sebaiknya sepanjang mengajar. Jangan sesekali mulakan pengajaran selagi pelajar tak senyap dan beri perhatian. Perhatikan pelajar jangan ada yang berbual, tidur dan buat hal sendiri. Kompem kena tegur nanti. Nak elakkannya rajin-rajinlah panggil nama pelajar dan buat aktiviti yang melibatkan semua pelajar.

4. ABM (alat bantu mengajar)
Pilih alat bantu mengajar yang meransang pemikiran pelajar. Lagi satu kalau boleh jangan guna kertas banyak-banyak duk tampal-tampal sampai serabut waktu nak buat penilaian. Boleh buat tapi kawal biar susunannya nanti nampak menarik..

5. Pesan siap-siap pada pelajar yang pensyarah nak datang supaya dapat elakkan pelajar masuk lewat.

So far tu je yang boleh dikongsi kalau ada lagi aku beritahu ye..

Friday, March 28, 2014

MAJLIS TAUTAN KASIH : "Romantic Glamour"

Ahlan wasahlan to next entry. hehehe
Seperti yang dijanjikan aku akan update pasal Dinner yang program aku jalankan malam tadi...

It looks happening eventhough there are some weaknessess. Whatever pun during the night i see everyone enjoy their night.
 

Props yang diorang buat pun cantik. MC ok cuma aku rasa macam diorang x double check text diorang. Panggil student final year but nak bagi sijil for AJK pelaksana yg rata-rata junior 1st year. Tak ke pelik. Sebutan pun ada yang salah. Kalau perkataan biasa ok la but nama Timbalan Dekan boleh silap sebut. Aiyo. Maybe need more practise next time. Anyway they all had tried their best. Belajar dari kesilapan kan. 

Malam tu aku dress up sederhana je. Long dress with black red colour and got some corak kerawang bunga-bunga in the middle of it. Aku padankan dengan shawl 2 tone dark choco and light choco....

See, meriah tak dengan belon warna warni bagai. Sorry ada kekaburan sikit pada gambar. Baju ni my hubby sebenarnya yang sponsor. On that time nak beli baju kaler biru + peach sikit pada dress but it doesn't suit on me macam jatuh sikit pada bahagia pinggang so nampak kelakar. Makanya hubby suggest dress ni katanya nampak lagi sesuai. Mungkin tuah dress ni jugak aku berjaya rangkul award 

"MRS Romantic Glamour".. 



OMG!!! Terkedu aku masa dipanggil nama. Apa yang romantiknya aku ni????? Ramai lagi yang vogue malam tu, aku yang diplihnya. Serius korang memang ramai yang lagi cantik tapi tu la aku cakap tadi baju ni ada tuah. One more thing, diorang anugerahkan aku dengan "ANUGERAH EMAS"..alhamdulillah..



aku pun tak tahu apa kriteria anugerah ni tapi mungkin sebab penglibatan aku dalam banyak program dan pointer pun efek jugak kot. Agakya la. Andaian aku je.

Cuma yang kurang bertuahnya sebab tak dapat cabutan bertuah..ekekeke..
Banyak sourvenir diorang bagi.  Ada 2 bags. Tak buka lagi so tak tahu dalamnya apa. Lastly kitaorang nyanyi lagu doa perpisahan. Aku tak rasa sedih pun. Haha tak ada perasaan. Bukan apa sebab masih akan jumpa diorang. Maybe time konvo nanti kot berjuraian air mata. Huhu. 

Ok u olls. Selamat Maju Jaya.











Pra Majlis Dinner..

Hmm for the information malam ni, students from my course akan adakan Malam Gala bertemakan "Romantic Glamour".. Ah haaa tu dia..

Kena ada pra jugak ke? ehehe saje je tuhhhh... ingat tunang dengan kahwin je boleh ada pra ni..

How about my preparation?
"Tak payah la nak preparation sangat.."
Ayat tak boleh bla ni..haha

At least kena la prepare nak dress up macam mana kan? Bukan selalu sekali sepanjang pengajian, nak-nak yang last pulak tu. So, just giving a clue : black and red.. Baju apa? Haa tu nanti aku update later after the "Malam Galam" k.. Aku dah ready baju ni sejak hubby balik 2 minggu lepas. Dia jugak yang tolong pilihkan baju ni..

So, aku bercadang nak make up ala-ala smokey eyes..
Tak la pandai sangat nak blend colour ni but depend on experience before any color i blend it looks suit for me..hehehehe sebab apa? sebab orang x pun pandang pelik.. Kalau dari awal orang pandang lain maknanya ada something wrong somewhere la tu...

Ok, after maghrib i'll be going there. See u soon.

 
 

Wednesday, March 26, 2014

GEL PENGELUPASAN PILIHANKU

Ok, disebabkan aku rasa kebosanan tahap gaban dan banyak masa terluang makanya diri ini berfikir-fikir untuk berkongsi satu lagi produk penjagaan diri yang biasa aku gunakan iaitu gel pengelupasan. Sebenarnya, aku baru je berjinak-jinak menggunakan gel pengelupasan ni. Itu pun lepas aku membaca pelbagai info mengenai kelebihan memakainya. Kalau dulu aku hanya menggunakan skrub untuk membuang sel kulit mati pada kulit tetapi kesannya membuatkan kulit aku makin kering. Dah lah memang dikategorikan sebagai kulit kering aku ni, pakai lagi produk yang mengeringkan bertambah-tambah kering la muka i olls ni..

Then, lepas aku buat sedikit research kat tenet, rupa-rupanya kalau jenis kulit kering ni sesuai gunakan gel pengelupasan sebab dia gel kan, bila gel dia tak menyakitkan kulit. Cakap banyak-banyak korang tau tak gel pengelupasan tu apa? Sebenarnya gel pengelupasan ni tak la buat kulit mengelupas. Dia berfungsi untuk menanggalkan sel kulit mati je. Lagi pulak boleh melembapkan wajah. Ada banyak produk kat pasaran yang menyediakan gel pengelupasan ni. 

Yang aku dah pakai ni haa 

1. GREEN TEA WHITENING MARVEL GEL


Yang ni aku beli dekat Watsons. Disebabkan ada extra 33% makanya aku pun rembat jela. Warna gel dia hijau. Dah green tea kan. Tetiba kaler biru macam pelik je. Bau dia tak la wangi sangat tapi kesan dia 'superb'! Memang tertanggal la daki yang 'noty' kat muka tu. Muka akan terasa lembut dan bersih. 

2. GEL PENGELUPASAN A'LAISYAH
 
Gambo dalam toilet hotel..kihkihkih
Haa yang ni pun best jugak. Sebabnya bau dia lagi wangi dari yang green tea tu. Yang ni aku beli kat NSK sebab terjumpa dan ternampak tu yang terus beli. Tak tunggu-tunggu dah nak ke Watson ke Guardian ke. Rembat je. Cuma bekas dia kecik camni pun kalau tak silap aku RM9++ jugak rasanya. Nak kata mahal tak jugak kot sebab bukan pakai setiap hari. At least 2 kali seminggu. Nak lagi jimat seminggu sekali. 

Aku selalu pakai gel ni ikut mood. Rasa nak pakai yang green tea aku pakai yang tu, kalau tak yang A'laisyah.  

Sebenarnya banyak lagi jenama lain yang keluarkan gel pengelupasan. Mungkin lepas dua-dua ni dah habis aku nak try yang berikut ni pulak kot. (Semua gambar aku amik dr google..hehe). 

GARNIER : THE EXPERT EXFOLIATOR DAILY EXFOLIATING GEL


COSMODERM : MAGIC EXFOLIATING GEL
 

BARBARIA natural : GEL FACIAL EXFOLIANTE

BIOGLO : SKIN GEL EXFOLIATING & REFINING
 

SAFI RANIA GOLD : GEL PEMBERSIH WAJAH
 

SYAHIRAH : GEL PENGELUPASAN
 

wahhh, rambang mata dibuatnya. Banyak gila kan gel pengelupasan yang ada kat pasaran. Sebenarnya banyak lagi. Tapi yang aku rasa macam nak try ni je.
So, pilih la ikut kesesuaian masing-masing. Jom cantik!

Tuesday, March 25, 2014

Diriku Ditinggal Lagi..

Benarlah kata-kata,

SAYANG ISTERI TINGGAL-TINGGALKAN
SAYANG ANAK TANGAN-TANGANKAN

sumber : google

Sebelum aku bertutur jauh, izinkan aku memberi pengertian maksud aku ditinggal lagi...
Bukan penceraian dimaksudkan tapi adalah sebuah perpisahan yang menuntut pengorbanan dari seorang suami terhadap isteri dan anak-anak..
Sekali lagi si suami menunaikan tanggungjawab mencari rezeki di luar negara..
Jauh beribu batu dari tanah air..
Memakan masa lebih 10 jam dalam pesawat..
Menunggu tiba di tapak kerja seharian..
Jiwa ini cukup terganggu dengan berita pesawat yang hilang..
Apa taknya, pesawatlah yang menjadi tunggangannya apabila pergi balik dari tempat kerja ke tanah air..
Doa seorang isteri sentiasa mengiringi..
Semoga esok hari selamat sampai ke destinasi..
Hati kecil ini tersentuh bila mak memberitahu si anak memanggil-manggil dan melambai-lambai si ayah tatkala sebuah teksi datang mengambil ayahnya pergi..
Dalam kesamaran teksi menghilang si kecil pun mula senyap dan sebagai seorang ibu aku merasai apa yang dirasakan oleh anakku itu..
Pasti dia merindui belai manja dari ayahnya.. 
Maafkan mama juga sebab terpaksa jauh buat sementara..

Aku akui,
aku tidak sekuat yang disangka..
di saat aku dan anak ditinggalkan bermakna bermulalah hari aku menghitung semula kepulangannya..
situasi ini amat sukar..
senak menahan debar..
lelah menahan sabar..
hendak digapai tidak kesampaian..
hendak diraih jarak memisahkan..
tapi hanya hati pengikat cinta kasih abadi sesama suami dan isteri...

Hujung tahun,
diharap pengakhiran dia di sana..
Kembalilah ke sisi isteri dan anakmu tercinta..
Kami menenti penuh setia..
 
 
sumber : google

Monday, March 03, 2014

PENGALAMANKU bersama PERLA COFFEE

Hahai uolls di luar sana...
Before this aku memang tak pernah mention nak share pasal Perla Coffee (PC) kan?
So, ni nak dijadikan cerita dalam minggu lepas aku dah start consume PC ni.
Macam orang lain jugak aku macam ragu-ragu nak ambil. Berkesan ke tak produk ni kan.
Makanya sebelum aku mengambil keputusan untuk beli aku tengok dulu bahan dia, testimoni dan komen-komen diorang yang dah pernah guna. Rata-rata mengatakan PC ni bagi kesan kat diorang. Cerah Gebushhhhh katanya.. ehehe
EH, cakap punya cakap apa PC ni sebenarnya kan?
Ni la dia..

gambo kredit to google


 Kalau tak silap aku yang gambar dalam kotak tu adalah pengasas dia. Lawa kan? So, aku decide untuk consume dalam 3 kotak dulu. Sekotak pun tak habis lagi ni. Ada satu berita akak aku nak bagi sekotak kawan dia punya sebab dia dah banyak sangat makan supplemen and bagi ke aku. Bertambah lagi sekotak. Harini aku dah standby order 2 kotak buat stok. Masyuk!



Apa keistimewaan PC ni sampai aku seakan tergila-gilakannya? Walaupun dia COFFEE tapi dia tak mengandungi kafein. Tu yg bagusnya.
Nak tau lebih baca blog ni.

 KEISTIMEWAAN FORMULA PERLA COFFEE :

Serbuk Mutiara
✿ MUTIARA dipercayai berkhasiat untuk kecantikan sejak ribuan tahun lalu. Para Maharani China menggunakan dan meminum serbuk mutiara sementara Ratu Cleopatra memanjakan diri dengan mandi susu yang dicampur serbuk mutiara. Kelebihan serbuk mutiara ialah melembap, mencerah serta menghaluskan kulit.

Glutathione
✿ GLUTATHIONE sudah terbukti secara saintifik oleh ahli perubatan dapat mencerahkan kulit sekiranya diambil secara berterusan. Pengambilan glutathione secara berterusan akan membuatkan kulit semakin cerah dan putih. Ianya juga dapat membuatkan anda kelihatan 5 hingga 10 tahun lebih muda dari usia sebenar. Glutathione juga merupakan agen pembuang toksin yang paling berkesan.

Asid Hyaluronik
✿ ASID HYALURONIK adalah salah satu rahsia penjagaan muka selebriti di dunia hiburan, ianya diperlukan untuk menentang kedutan atas kulit muka. Asid Hyaluronik memainkan peranan penting ke atas kulit kerana ianya akan mula hilang bermula umur 25 tahun yang menyebabkan kelembapan kulit juga berkurangan. Asid Hyaluronik membantu menganjalkan kulit serta menghalang penuaan.

Kandungan lain dalam Perla Coffee :
- COLLAGEN
- VITAMIN C
- HABBATUSSAUDA
- TOMATO
- KOPI ARABIKA
- KRIMER BUKAN TENUSU

Ok, sehari lepas aku minum PC ni, aku tak nampak sangat perubahan. Masuk hari ke 2 dah dapat rasa kulit getting smooth dan masuk hari ketiga tona kulit makin sekata. Aku ni boleh dikategorikan agak gelap jugaklah. Tapi tak gelap sangat. Kulit sawo matang. Bila nampak ada perubahan tu makin tinggi la kepercayaan aku pada menda ni. Then, masa hari keempat jugak aku lawas buang air. Rasa ringan badan. Lagi satu aku ni jenis mudah mengantuk bila dalam kuliah duk dengar lecturer pot pet pot pet kan. Apa yang aku perasan bila minum PC pagi-pagi badan jadi segar. Tak mengantuk macam selalu. Aku minum malam jugak. Last-last susah tidur. Haha makanya terkedip-kedip jela mata. Lepas dari tu aku stop ambil malam dan tukar ke petang. Nak kata ada kafein diorang mention takde tapi tu la kesannya.

So, sape yang gila kopi tapi nak cantik sekali. Why not uolls try PC ni. Superb! Nak tau review orang lain yang dah cuba jengahlah kat forum ni 

Okay.. selamat gebu, cerah, berseri!!! 

P/s : Bila beli hati-hati sebab ada yang fake. Bila minum takde kesan. Kotak mesti kena ada hologram yang terbaru ni. Kotak lama takde hologram. Belilah dari orang yang dipercayai. Aku beli kat JENTAYU MERAH sebab murah dan dia beli dari stokis bukan atas orang.


Saturday, March 01, 2014

Pengalamanku Bersama Nutox :-)

Ok, untuk kali ini aku nak berkongsi sedikit berkenaan produk skincare yang aku guna lebih kurang 2 bulan lebih. Apa dia????

SET SKINCARE NUTOX....

Tadaa...

Actually yang dalam gambar ni belum complete set lagi. Yang ada dalam set tu adalah

1. Skin Refining Astrigent
2.Moisture Emulsion SPA 25++
3. Supernatural Night Repair
4. Solar block SPF45 PA++

yang aku tak masukkan dalam gambar Wrinkle Away Cleanser 
amik dr google

dan  Nutox Oxyfusion Advanced Serum Concentrate 30
amik dr google
Nak dijadikan cerita aku punya "serum" ni dah pecah minggu lepas sebabnya my son duk ambil dan buat main. Entah macam mana jatuh ke lantai dan berderai. Lalu mengalir laju cairan serum itu membasahi lantai. Owh anak. Hendak kutangan apakan daya kau jua tak sengaja. Mau menangis tak berlagu. Harga sebotol ni boleh tahan dekat RM40++. Makanya setakat ni belum beli yang baru.

Aku start pakai Nutox ni sejak akak aku sendiri inform yang produk ni bagus sebab PARABEN FREE. apa tu? ok, pernah tak korang beli apa-apa produk dan dia akan tulis methylparaben, ethylparaben and what so ever yang hujung dia ada "paraben". Sebenarnya paraben ni tak bagus untuk kulit kita sebabnya korang boleh tengok kat sini. 

Dulu macam-macam produk aku guna. Ada yang buat muka jadi makin kering, melekit, berminyak-minyak dan tak kurang jugak makin banyak jerawat yang tumbuh.  Tapi antara banyak-banyak produk tu aku lebih suka Nutox sebabnya dia memberi kelembapan pada wajah. Pagi-pagi je aku akan bangun aku akan cuci muka dengan Wrinkle Away Cleanser. Lembut pada kulit. Aku ni jenis kulit kering, so lepas mandi aku akan spray Skin Refining Astrigent. fungsi dia sama macam toner. Untuk menutup pori-pori dan menyegarkan wajah. Gitew kenzzz... Then, tepuk-tepuk sikit muka bagi dia serap. Pastu baru la picit Moisture Emulsion SPA 25++ dan sapu ke muka. Cuba korang tengok botol dia sangat menjaga kebersihan hokayysss.. No more calit-calit. Bayangkan kalau 20x kita calit tangan kita belum tentu bersih. So, banyaklah bakteria yang mungkin bermaharajalela. Haaa apa jadi dengan muka nanti. Sebab tu aku suka produk ni. lagi satu dia tak melekit dan sejuk je pada muka. Tak berminyak. 

Bila cuaca panas aku memang akan apply  Solar block SPF45 PA++. Tang ni aku suka sebab dia boleh sekali jadi bedak asas sebelum nak bersolek. Tak pakai bedak pun takpe dah.

And bila malam cuci muka sekali lagi dan pakai  Supernatural Night Repair. Dia akan baiki sel kulit kita dan mengecutkan jerawat. Esok pagi bangun jerawat yang bertepek pun boleh kecut. Magik tuuuu. Aku rasa aku akan terus setia dengan Nutox. Mana tau boleh cun macam Fazura. Sape tau kan. (ada hati nak macam fazura) 



Sebelum aku terlupa. Ada satu lagi produk yang aku lupa nak mention iaitu dia punya Softening Pre  Cleanser.

amik dr google
Aku akan guna menda ni bila nak bersihkan make up. Then barulah cuci pakai cleanser yang aku cerita awal-awal tadi. Siapa yang rasa nak produk yang selamat, Paraben Free, tak melekit, sejuk pada muka. Aku suggest try la produk ni. Kesan dia memang tak serta merta. But bagi aku biarlah lambat asalkan tak memeritkan dan menyakitkan. Sebabnya aku akan guna lama. So, tak nak la produk cepat putih dan cerah tapi akan datang kulit menipis dan datangkan efek sampingan lain. 

Ni hanyalah review pasal pengalaman aku sendiri. Mana yang dah cuba tapi tak kena dengan kulit korang tu better cari lah produk yang lebih sesuai. Setiap orang jenis kulit lain-lain. Kena berani try and error sampailah jumpa yang betul-betul sesuai. Ok ;-)

Selamat Mencuba!

PEACE!!!!!
 

LinkWithin

Jom Tengok!