Thursday, December 05, 2013

PERISTIWA ‘DIGANGGU’ SEMASA BERCUTI DI KUALA TERENGGANU


Cerita ni berlaku masa aku pergi bercuti dengan family means aku, suami dan anak aku Iwan. Kami bertolak pada 15 November 2013 masa tu hari Jumaat. Petang pukul 3 mula bergerak dari rumah mentuaku di Muadzam Shah, Pahang. Perjalanan kami lancar dan kami sampai ke kuala Terengganu dalam pukul 10 lebih dekat pukul 11 jugak la. Sambil berhenti makan apa semua. First tempat tinggal yang kami pergi dekat Seri Indah Resort berhampiran Pantai Batu Burok. Betul-betul kat tepi pantai resort ni. Mula-mula nak stay di Felda Residence, tapi kami x jumpa jalan nak ke sana. So, stay la kat sini pun ok. Harga boleh tahan dalam RM180++ tapi servis xla bagus sangat. Bilik pun macam dah usang je. Siap ada lipas dalam bilik air. OMG!!! Nasib baik just mintak stay 1 malam je. Dah bayar semua so tido jela. Luckily bilik tu besar la jugak. Tengah-tengah resort tu ada swimming pool. Pagi-pagi bangun dengar deruan ombak memukul pantai. Kedengaran orang mula bermain-main di sekitar pantai. Nyaman suasana. Aku sempat mengintai dari sudut langsir di tingkap bilik yang menghala ke pantai. Tenang rasa. Lepas breakfast aku bawa anak aku berjalan di sekitar pantai dan lastly dia nak mandi di swimming pool sebab dia jeles tengok budak-budak main air kat situ. So aku la yang kena ikut berendam ngan dia dalam tu. Suka gila dia. Yela budak-budak kan.

Pagi tu jugak kami check out keluar and untuk bermalam seterusnya kami pilih Hotel Seri Malaysia. Kami berjalan dahulu ke Taman Tamadun Islam (TTI) sebelum check in. So, pagi tu suami dah beli pakej untuk kami naik bot mengelilingi Sungai Terengganu yang banyak pulau-pulau di sekitarnya dan sekali untuk kami melawat Taman Monumen yang ada dalam kawasan TTI tu jugak. Masa nak naik bot tu Iwan tido nyenyak. Ajak hubby naik bot petang je tapi yg jaga tiket kata petang dah x ada untuk melawat taman monument je. Nak x nak bawak jela naik bot. Nasib baik x panas sangat. Panas sikit jela. Hmmm,,, nak dijadikan cerita aku rasa start dari nak naik bot ni ada ‘something’ dah mula ganggu. Sebab apa??? Malam sebelumnya anak aku ok je ngan ayah dia. Bergurau senda, main-main, riang tapi waktu ni dia dah mula tunjuk reaksi tak nak ikut ayah dia. Dalam hati aku mungkin dia penat agaknya and nak manja dengan mama dia. But terdetik jugak perasaan lain waktu tu. Sebenarnya risau jugak bawak dia keliling pulau. Yela tempat-tempat macam ni macam-macam ada kan. Ada sorang baby yang turut sama naik bot pun x henti menangis. Iwan dari mula pergi sampai dah habis pusing pulau memang dia x mau ikut ayah dia. So, lepas kami naik bot, kami check in ke Hotel Seri Malaysia. Rehat dulu, tidur, makan semua.

 Petangnya kami ke Pasar Payang dahulu sambil pusing di kawasan Kampung Cina dan baru kami pergi melawat taman monumen. Di taman monumen ni banyak replica masjid daripada luar Negara dibina di sini dan di bawah bangunan replica tersebut ada muzium yang menyimpan barang-barang lama dan replica yang datangnya daripada Negara luar contohnya macam pedang, kendi, bekas minuman bentuk sabit, pakaian orang dulu dan macam-macam lagi la. Nak dijadikan cerita di sini la aku merasakan ada sesuatu akan berlaku sebab hati aku serba x keruan bila sahaja masuk ke salah sebuah muzium di situ. X perlu aku cakap yang mana satu tapi adalah salah satu darinya yang buat aku meremang bulu roma. Bukan aku je! Tapi rupa-rupanya husband pun rasa benda yang sama. Yang peliknya masa kami masuk orang lain tak masuk pun. Kami bertiga je. Memang la seram sejuk dan tak ada penjaga macam yang tempat-tempat lain. Anak aku pulak siap berlari-lari dalam tu. Kami tak bercakap pun masa dalam tu just senyap je balik dari tu baru keluarkan perasaan yang dirasai masing-masing. Kami selesaikan lawatan dan bergambar semua. Sebelum balik kami sempat merasa makanan di situ. Kami makan ikan kerapu bakar dan sotong sekali dengan nasi dan ulam. Sedap la jugak. Memang sedap pun.

Selepas balik dari taman monumen, waktu dalam kereta aku rasa anakku seakan nak demam. So, ubat memang dah get ready just tinggal bawak pergi bilik je. Sampai bilik dia memang demam panas. Aku bagi ubat semua and dia pun ada muntah-muntah. Mabuk mungkin. Malam dia demam tu langsung dia tak mau dekat dengan ayahnya. Tido dengan mama je. Aku pun pisahkan dia dari ayahnya kalau tak menangis memanjang. Nasib baik hubby faham dan tak ambil hati. Aku tuamkan dia dan sentiasa pastikan dia tak merengek malam. Nasib baik dia tido disebabkan penangan ubat tu tadi. Tapi aku tetap risau memandangkan badan dia masih panas. 

Esoknya selepas sarapan kami keluar berjalan-jalan, memandangkan waktu check out 12 tengah hari maka kami berjalan sekejap sahaja dan dalam pukul 10 pagi balik ke hotel semula untuk kemas-mengemas. Bila sahaja sampai di bilik, anak aku meraung tak nak duduk dalam tu. Nak cepat-cepat keluar. Aku dah mula risau macam ada sesuatu yang menakutkan dia. Aku tak rasa hotel tu yang ‘bermasalah’ tapi yang aku risau ka nada ‘sesuatu’ pada suami aku. Sebab anak aku mengelak je dari ikut ayah dia. So, aku cepat-cepat kemas dan beransur pulang. 

Dalam perjalanan balik anak aku banyak tido sebab demam dia pun belum pulih sepenuhnya. Mula-mula kami lalu jalan dalam tapi suami nak lalu jalan pantai. So, kami tujulah ke jalan pantai melalui Dungun. Sepanjang perjalanan kami tak banyak pun berbual. Sewaktu di lebuhraya menghala ke Kuala Lumpur, aku memandang anakku di pangkuan. Dia tak banyak minum susu pun. Selalunya sehari boleh habis 6-7 botol tapi ni 1 botol pun susah nak dihabiskan. Yang dia minum Cuma air badak dan roti kosong. Ada beberapa kali dia memberikan senyuman  padaku. Senyuman itu ‘agak pelik’ pada aku. Pandangan matanya juga kelihatan “berbeza” dari biasa. Renungan yang diberikan pada aku bukan renungan biasa. Air liurnya juga meleleh je. Tak pernah dia berkelakuan begini. Ada sekali aku merenung mata hubby dan aku dah mula rasa lain. Bukan lain apa tau!!! Lainnya sebab tenungannya tajam dan seperti ada sesuatu. Dalam hati sahlah dua-dua ni ada sesuatu yang mengikut. Aku tak tahulah kenapa detik hati mengatakan begitu.

Kalau ikutkan kami nak berhenti di mana-mana dan bermalam tapi aku menghalang suami membuat keputusan tersebut. Maka kami direct balik KL petang tu jugak dan terus ke rumah adik iparku di Selayang. Sampai di Selayang dalam pukul 6 lebih ada kisah ‘misteri’ yang berlaku di sana pula. Nak tau teruskan membaca di sini.

2 comments:

  1. Kisah pengalaman yang menarik dibaca.... tahniah!

    ReplyDelete
  2. Bhya bwk budk kecik2 tmpat cmtu..Tu pasal org tua mrh bwk budak kluar apatah lg wktu2 senja @ mlm..

    ReplyDelete

LinkWithin

Jom Tengok!