Saturday, December 25, 2010

AYAM MASAK KURMA...

Ayam masak kurma yg dh pn siap.. 



  • Ayam seekor
  • 6 ulas bwg putih
  • 3 biji bwg besar
  • Penumis (bunga lawang, buah pelaga, kayu manis & bunga cengkih)
  • Serbuk kurma adabi
  • Serai 
  • halia
  • lengkuas
  • Santan
  • Minyak untuk menumis
  • Cili hijau @ merah
  • Tomato
  • Kentang
  • 4 biji buah keras (ditumbuk)
Cara-cara
  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar (bwg merah, bwg putih ) dan rempah ratus hingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kurma dan buah keras.
  3. Masukkan serai, kentang, bawang besar dan ayam.
  4. Masukkan sedikit air dan garam.
  5. Tunggu sehingga ayam dan kentang sedikit empuk, barulah masukkan santan.
  6. Lastly,..masukkan tomato dan cili hijau @ merah.

Thursday, December 23, 2010

DAH JADI DAH...

      Salam mesra semua...
      Untuk entry kali ini saya dah janji kan nak bagi tau pasal ayam masak kurma yang saya bakal masak tu.. Nak tau tak masakan tersebut dah pun jadi.. selera je semua orang makan. Suka saya tengok bila makanan yang saya masak tu habis dimakan sampai menilat jari.. Satu yang saya nak persoalkan kenapa ye orang yang masak selalunya tengok orang makan je dia dah kenyang?....
      Bila saya sendiri yang masak mesti rasa macam tu.. umm memang lumrah kot.. sebab bila kita yang masak kita tengok semua bahan2 tu dah rasa kenyang.. So, xde la excited sangat nak makan.. Tapi bila my mom yang masak. siap bertambah-tambah.. huhuhu.. Nak tau tak saya sempat tau amik gamba.. Kapada yang nak resepi tu nanti saya bagi ye.. dun worry...
       Okay la dah malam.. Malas nak celoteh panjang... wassalam..

Wednesday, December 22, 2010

AGAK-AGAK JADI TAK???

            Salam sayang semua...
           Untuk entry kali ni ada something yang saya nak share.. mesti ramai yang teragak-agak apa yang agak-agak jadi, agak-agak tidak ni.. hehe dah macam burung gagak laks!... huhu.. Takde sebenarnya hari ni tunang saya balik ke Malaysia. Dia outstation kat Vietnam.. so, bila balik dia nak merasa la saya masak. Dia suruh saya buat ayam masak kurma. Mula-mula dia cakap saya tergamam.. Aik camne ni, saya selalu tau makan jewp.. masak tu kurang malah tak pernah pun buat ayam masak kurma. Yang saya pernah buat tengok mak masak je.. Last2 saya tepon mak saya.. "mak, macam mana nak masak ayam kurma ni??"... Mak bagi tau semua bahan-bahan yang kena ada.. satu persatu saya ingat semula. Siap simpan lam hanset takut lupa..hehe.. lagi pun nanti senang nak cari barang.. takde la tertinggal.. Sekarang ni dia on the way.. esok baru bli barang dan mula cooking..hehe.. tunggu ketibaan entry hari esok ye.. kita tengok jadi ke tidak... hopefully sedap la nanti..huhu

Friday, December 17, 2010

RESULT DAH KUAR!!!!!!

      Salam penuh keceriaan...

      Alhamdulillah.. Saya sangat gembira hari ini. Apa tidaknya, semalam keputusan peperiksaan telah pun diumumkan. Syukur pada Allah Taala yang telah membantu saya dan memberi ruang serta sinar kejayaan pada saya. Sungguh berbaloi usaha yang saya lakukan selama 1 semester. Walau dalam tempoh study macam-macam dugaan dan kepayahan tetapi saya dapat tempoh dengan jayanya. 
     Saya tak pernah terfikir untuk dapat result yg sedemikian. Nak tahu tak antara perkara yang mendorong saya untuk lebih gigih adalah saya mahu menebus kembali kesilapan yang saya lakukan sewaktu di matrikulasi dahulu. Waktu belajar kat matrik saya hanya bersemangat pada awal semester tetapi lama kelamaan saya jadi sambil lewa dan tidak fokus untuk belajar. Mungkin disebabkan kejutan budaya belajar yang mana semuanya kena cepat sahaja. Saya jadi bosan. Lebih banyak main dari study. Lebih sukakan hiburan dari menelaah pelajaran. Kerja yang diberikan pun tak disiapkan sepenuhnya. Semangat saya tetap tak berkobar-kobar melihat orang lain bersungguh-sungguh belajar. Saya terlalu ikut kata hati yang malas. Walaupun saya tahu, tindakan saya akan mengundang padah untuk masa depan tapi saya langsung tidak ambil peduli.  Saya buat dun know je. Masa nak dekat final exam/PSPM, 

saya diserang demam yang sangat teruk dekat 2 minggu, sampai nak jawab soalan tak boleh concentate, rasa nak pengsan, sakit kepala dan badan saya terlalu lemah waktu tu sehingga nak berjalan seakan-akan melayang. Berat badan saya menurun dan susut. Saya cuma mampu makan tak sampai 5 sudu. Walau makanan nampak sedap tapi tekak saya tak mampu nak terima. Malam saya tak mampu tidur cuma 2-3 jam sahaja. Bayangkan tanpa rehat yang cukup, tanpa persediaan yang rapi. Saya gagahkan juga pergi dewan peperiksaan. Dengan berjauhan dari keluarga, Saya rasa macam nak pergi berperang tanpa bawa senjata dan siap sedia mempertaruhkan nyawa. Saya hanya menjawab ikut apa yang saya mampu je. waktu tu dalam hati, sedihnya bukan kepalang mengenang nasib saya sendiri.

              Saat tiba cek result matrik saya dapat agak yang saya akan dapat result yang agak teruk dan target saya tidak kesampaian. 
 Benar apa yang saya sangka. Air mata saya hampir menitis tapi saya tahan. Saya tak mahu tunjuk pada sesiapa. Saya menangis sendirian. Saya kesal atas apa yang dah berlaku. Tapi apakan daya saya tidak berupaya mengundurkan masa. Bermula dari saat itulah saya kembali sedar. Saya perlu berubah. Saya perlu serius memikirkan masa depan.  Sya tidak boleh bersikap seperti kanak-kanak. Saya perlu lebih matang. Baru saya akui kejayaan masa lalu di zaman persekolahan bukan penentu kejayaan masa kini. Dan kegagalan bukan sesuatu yang patut diwarisi dari tahun ke tahun. Apa yang penting adalah sikap kita. Mampukah kita untuk berubah demi kebaikan diri. 

Laluan Masuk ke UPM
Saya pada mulanya gusar jika tidak mampu menjejakkan kaki ke universiti. Tapi Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan pada hambanya yang banyak berdosa ini. Bila sahaja saya menjejakkan kaki ke menara gading di UPM buat pertama kalinya, saya telah bermuhasabah diri terlebih dahulu, saya kaji kelemahan dan kekuatan saya, saya cuba usahakan mengikut cara dan keselesaan saya. Saya usahakan apa yang tak pernah saya lakukan sebelum ini. 

Adakalanya hampir juga berputus asa dan mengalah, saya rasa jenuh dan jemu  tapi saya paksa diri saya untuk berjuang habis-habisan. Saya pujuk hati saya supaya sayangkan ilmu. Saya belajar untuk sentiasa bermotivasi. Saya ingin menebus kesilapan saya sebelum ini. Saya tidak mahu mengulang kembali  sejarah pahit yang dah berlalu. Saya tak mahu bersedih lagi disebabkan kegagalan. 




Alhamdulillah.. Allah Maha Adil dan Maha Penyayang. Dari-Nya saya minta pertolongan, dari-Nya saya mohon diberi kekuatan dan ketabahan. Syukur. Doa saya diperkenankan.

              Itu sahaja untuk perkongsian. Semoga kisah saya jadi panduan untuk semua. Jangan putus asa dengan hidup ini. Selagi masih bernyawa selagi itulah kita mampu untuk meraih kejayaan. Sebelum habiskan ayat, Thanks a lot wat rumate ku di matrik dulu, NURUL TIYANA dan AMIRA SYAFIQAH yang bantu menjaga saya masa saya sakit dahulu.. Semoga kalian dirahmati Allah.. aminnn...






KAHWIN MUDA.... SALAH KE?????

               Salam  sayang untuk semua....

            Topik yang ingin saya kongsikan kali ini berkenaan kahwin muda...  Kalau kita tengok orang dahulu kalau kahwin muda tak jadi masalah bagi mereka. Malahan mereka mampu menjaga anak-anak dalam jumlah yang ramai. Tapi dunia sekarang amat berbeza sekali. Segelintir masyarakat mengganggap kahwin muda tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan anak muda sekarang. Pada mereka adalah lebih baik sambung belajar sehingga bekerja dan seterusnya membantu keluarga terlebih dahulu. Ada yang berkemahuan berkahwin tetapi dihalang oleh orang tua. Akhirnya berlakulah perkara yang terlarang oleh agama tanpa disangka-sangka. Ramai sebenarnya orang yang di luar sana tidak tahu kebaikan kahwin muda ni. Mereka hanya tahu mengata yang remaja tersebut 'gatal', ;miang'... Tak ke diorang fikir kalau berlaku benda tak elok..nanti dah jadi benda yang tak sepatutnya baru nak menyesal. Kurung anak dalam rumah. Sebab apa.. Malu..  Patut ke tu??? 
          
              Lagi satu masalah yang timbul bila anak nak kahwin orang tua pula tak bagi. Letak hantaran tinggi-tinggi sampai pihak lelaki tak mampu nak bayar duit hantaran tu. Akhirnya, kahwin tidak, anak merana. jiwa terseksa. Ada pulak yang sampai gila gara-gara tak dapat kahwin dengan teman hidup pilihan hati Bila satu masa anak dah hilang kemahuan nak kahwin, sibuk nak suruh kahwin.Pelik betullah mentaliti setengah orang ni...

             Pada saya tak ada salahnya kahwin muda asal tahu tanggungjawab. Yang masih belajar, dapat pulak pasangan yang dah bekerja, boleh tanggung kita. Kan untung tu. Macam-macam boleh sediakan. Blaja pun jadi mudah. takde dah nak fikir cari pasangan hidup ke apa ke. Orang kat luar tu selalu sibuk duk mengata "kenapa kahwin cepat sangat??.. Blaja la dulu.. Umur masih muda.."  Apa masalah mereka sebenarnya??... Bukan diorang yang sediakan duit hantaran, bukan diorang yang nak sambung belajar bukan diorang yang akan menangung bila kita dah kahwin, bukan diorang yang sediakan serba serbi. Kesimpulannya xde langsung nak menyusahkan diorang. Sedangkan Islam sendiri menyarankan kalau perkahwinan yang hendak dibina dipercepatkan. Buat apa tunggu lama-lama kalau dah berjumpa pujaan hati. Dapat pula restu orang tua. Berkat hidup. Insyaallah bahagia.
     
         ok la penat pulak nak membebel panjang. Yang penting kahwin muda tu x salah. Akak saya pun kahwin muda. Anak dah satu. Ok je hidup. Bahagia. Saya pun bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi dalam usia yang muda. Xde masalah bagi saya asal tahu bawa diri. Pada yang terasa hati mohon maaf ye... Salam ukhwah...      

Monday, December 13, 2010

PERLU KE SAMBUT HARI LAHIR..??

Salam semua..
Masa tengah duduk berehat tadi tiba2 terfikir plak update blog ni berkenaan tajuk kat atas tu..
Bila tiba je bufday mesti ramai kan yang siap sedia nak sambut dengan lilin berbatang2, belon, beraneka jenis makanan untuk dihidang kepada para jemputan dalam majlis hari lahir..
Seronok je rasa bila orang ingat bufday kita kan...
Tapi tak semua akan merasai keadaan sedemikian, cuma segelintir orang je yang berkemampuan akan menyambutnya.. Bagi yang berkemampuan cukup la sekadar sepotong kek...
Bagi saya la sambut atau tidak tu x penting pun sebab dari kecil lagi saya x pernah pun sambut hari lahir. Kadang2 nak dapat ucapan hari lahir dari orang terdekat dan adik beradik pun susah..
So, x heran la bila tiba hari lahir cuma sekerat dua je ucapan dari orang yang mengingati kita. Apa yang penting diri kita adakah kita bermuhasabah dengan peningkatan umur yang semakin meningkat. Adakah kita akan diberi kesempatan umur lagi untuk terus beramal. tu yang penting. Kalau sambut bertingkat2 kek sampai x larat nak habiskan x guna juga. Membazir tu ada.
Bagi yang kat luar sana tu kalau anda tidak pernah menyambut hari lahir atau tiada seorang pun yang mengingati hari penting bagi anda janganlah risau dan jangan bersedih. Bersyukurlah kepada Allah yang telah beri kepanjangan umur dan rezeki kepada kita. Berdoalah semoga akan bertemu lagi tarikh yang sama juga akan datang. Walau orang lain x tahu tapi Allah tu Maha Mengetahui sifatnya. 
Okay, jumpa lagi akan datang.. semoga kalian terus diberkati.. Insyaallah..

Sunday, December 12, 2010

AZAM BARU

         Bila bercakap pasal tahun baru mesti ramai yg bertanya "apa azam tahun baru?".. Bagi yg belum tercapai azam yang terdahulu akan berkata, azamnya sama sahaja... sebenarnya apa kepentingan azam ni dalam hidup kita??.. Di sini saya nak berkongsi kelebihan jika kita sudah berazam sesuatau dan kita usahakan sebaik mungkin untuk mencapainya..

KELEBIHAN BERAZAM

  1. Ada hala tuju dan tahu apa yang perlu dilakukan dalam kehidupan seharian kita sepanjang tahun tersebut.
  2. Sebagai persediaan bagi menghadapi matlamat jangka panjang sekiranya azam tersebut berkaitan dengan kehidupan kita untuk beberapa tahun akan datang.
  3. Mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah.
  4. Kejayaan yang diperoleh hasil daripada usaha yang dirancang lebih manis berbanding kejayaan yang datang secara tiba-tiba atau kebetulan.
  5. Kita dapat menilai kelebihan dan kekurangan diri sekiranya  apa yang dirancang itu berjaya atau  pun gagal. 
  6. Orang yang berazam lebih terancang hidupnya dan sentiasa bermotivasi.
  7. Azam yang dirancang harus diikuti dengan tekad dan usaha keras untuk mencapainya bukan sekadar angan-angan kosong. Inilah nanti akan menjadikan mereka lebih berdisiplin.
  8. Hidup jadi lebih bersemangat.
  9. Azam kearah yag lebih baik mendorong seseorang tahu menghargai hidupnya berbanding sebaliknya.
  10. Dapat menguji keupayaan dan kemampuan diri bagi merealisasikan azamnya.
       Sudahkah anda menanam azam untuk tahun baru ini??... Jom sama-sama la kita berazam supaya berjaya dunia dan akhirat... amin...

Wednesday, December 08, 2010

KEBESARAN ALLAH TAALA

SALAM MUHIBAH SALAM PERSAUDARAAN...
     
      Baru-baru ini kita baru sahaja menyambut Maal Hijrah 1432.. Alhamdulilah saya masih diberi kepanjangan umur untuk terus berjuang, beribadat, berbakti, dan sebagainya. Buat semua saudara sesama Islam semoga HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI...

     Sebenarnya saya nak share sesuatu yang terjadi sewaktu 1 Muharam tatkala semua umat Islam menyambut kehadiran Maal hijrah dengan ibadat2 tertentu, saya telah memperoleh seorang anak saudara lelaki pada tarikh tersebut. Alangkah besarnya dan menakjubnya kejadian Allah Taala apabila bayi yang lahir itu mempunyai telinga berbentuk Allah dalam tulisan jawi...


                                                   Lihat betul-betul telinga bayi ni.....
        

        Tak tahulah apa tuah bayi ni... Mudah-mudahan jadi anak yang soleh.. Amin.. Salam Penghijrahan...

LinkWithin

Jom Tengok!