Wednesday, February 26, 2014

Bagaimana Membina Semula Kasih Sayang Dalam Hubungan Suami dan Isteri?

sumber : google

Entry kali ini aku akan nukilkan sesuatu yang nampak mudah secara konsep tetapi agak berat dari segi pelaksanaannya. Aku tak nak bercakap terlalu formal bagai penceramah ulung tapi cukuplah sebagai seorang manusia biasa, yang mampu melihat, merasai dan ada perasaan untuk berkongsi pendapat atau buah fikiran.

PERKAHWINAN. 
Biasa tak dengar orang cakap tempoh awal perkahwinan adalah tempoh 'bulan madu'.. (bulan ada madu ke? bulan kawen dengan sape? haha xde kena mengena). Tempoh selepas beberapa tahun lebih kurang 2-3 tahun akan mula merasa kebosanan bila buat benda yang sama setiap hari mengadap benda yang sama. Banyak faktor yang mendorong kasih sayang dalam hubungan suami isteri kian pudar. Apa dia? Kena ambil tahu, x kisah la korang ni masih single, dah kahwin atau pun dah pernah berpisah sebab bagi yang single sebagai persediaan meniti alam rumah tangga. Yang dah berkahwin sebagai panduan untuk kekalkan kebahagiaan. Bagi yang pernah berpisah sebagai refleksi supaya tidak mengulangi kesilapan sama. So, apa dia yang boleh menyebabkan hubungan hambar?

1. Kurang komunikasi
2. Terlalu sibuk hingga lupa tanya khabar
3. Lepas tanggungjawab. Terutama bagi isteri yang bekerja suami berpendapat tak perlu beri nafkah sebab isteri dah ada duit sendiri.
4. Perbalahan 
5. Salah faham
6. Cemburu yang melampau
7. Kurang atau dah tak mempraktikkan apa yang dilakukan semasa perkenalan atau istilah mudah 'couple'
8. Tak pandai bergurau
9. Terlalu pendiam
10. Terlalu banyak cakap. (boleh bingit dan naik angin terutama bila suami balik penat, isteri terus berleter)
11. Campur tangan mentua dalam hal rumah tangga.
12. Tiada perkongsiaan perasaan
13. Tidak menunjukkan perubahan (cth : tak merokok, kurang beribadat, boros, dll) selepas berkahwin. Kekal dengan tabiat lama yang tidak disukai pasangan.

Hakikatnya banyak lagi faktor yang mendorong. Hmm pendapat ni apa yang terbayang kat kepala sebenarnya dan melalui pemerhatian dan pendengaran. So, macam mana nak atasi kalau isteri dah tak berapa nak sayang suami dan suami dah kurang kasih sayang pada isteri? Hoi, hoi, hoi berat nanang gini.. Haa dah jd UAI..(Mohon dijauhkan pada kita semua.. ye dak?? aminnn). Ok straight to the point. Apa yang perlu buat?

1. Dekatkan diri pada ALLAH
Ingat niat asal kita berkahwin kerana apa. Kalau kerana harta benda, kecantikan baik lupakan.. Ubahlah niat sebenar kita adalah untuk mendapat keredhaan Allah. Sebab apa bila dah berkahwin syurga seorang isteri pada suami. Justeru sejahat mana pun seorang suami, berdoalah kepada Allah supaya pasangan akan berubah. Kerana apa? Manusia ni milik Allah. Kita semua milik Allah. Setiap sesuatu berlaku atas izin Allah. Sebaik2 tindakan adalah sabar dan redha. Akan ada ganjarannya. Itu janji Allah. Bercakap memang mudah. Sebab tu saya katakan dari awal tadi secara konsep mudah tapi agak berat dari segi pelaksanaan. Berusahalah perlahan-lahan dan secara konsisten. Insyaallah cepat atau lambat kita akan rasainya.

2. Cari Kebaikan Pasangan
Kalau kita duk belek pasangan kita macam tu macam ni, itu kurang ini kurang, padahal dia dah buat yang terbaik ikut kemampuan, janganlah kita makin merendah-rendahkan. Walau banyak mana kelemahan mesti akan terselit kebaikan pada dirinya. Kebaikan tu la yang kita patut kenang dan kita hargai. Macam mana nak hargai? Caranya layan suami dengan baik, jangan bermasam muka, selalu senyum, beri pujian dan banyak lagi. Macam tu jugak suami kena jaga perasaan isteri.

3. Berikan Kata-Kata Romantis
Perkara ni nampak mudah tapi selalu ada yang segan silu nak buat. Kalau malu nak bercakap, tak salah kalau tuliskan atas satu kertas dan tampal atau selit pada mana-mana bahagian yang mudah dilihat pasangan. Kalau dah selalu buat mesti cair semula la.

4. Sentuhan
Yang ni paling penting. Jadikan pasangan selesa dengan kita. Dari sentuhan la perasaan dihargai, dimanja dan disayangi tu dapat dirasai secara mendalam. Sentuhan yang lembut dan dilakukan dengan kasih sayang mampu menyuburkan kembali naluri atau perasaan cinta. Tak caya? Cuba bini tengah marah suami cepat2 peluk. Mesti terdiam punya.

5. Pandang Anak-Anak
Anak-anak adalah mutiara dalam rumah tangga. Memberi sinaran kebahagiaan buat suami isteri. Anakkan hasil bersama. Kalau tanpa pasangan (& izin-Nya) takkan ada zuriat yang lahir. Jadikan anak-anak penguat hubungan suami isteri. Banyakkan masa bersama dan cipta kenangan. Kalau boleh ambil gambar supaya dapat dibuat kenangan. So, bolehlah dipandang diingat kembali bila rasa perasaan seakan tawar atau seperti ingin menjauh.

6. Lupakan Kekasih Lama
Bagi yang sebelum kahwin pernah mempunyai 'couple' yang pernah cipta memori indah la kononnya. Yang ada rupa, ada personaliti dan sebagainya jangan diingat-ingat. Sebab bila dah mula teringat dan terkenang-kenang itu yang membuatkan diri kita yang manusia biasa ni yang rapuh imannya akan membanding-bandingkan dia dengan suami. Dari situlah layanan akan mula berubah dan perasaan untuk kembali semula pada kekasih lama datang kembali. Jangan!!.. Pertahankan rumah tangga kalau boleh hingga ke syurga. Niatkan dalam hati takkan ada siapa pun dapat menjadi penghalang dalam rumah tangga yang dibina. 


Rasanya setakat ni dulu perkongsian dari hati ke hati oleh seorang manusia biasa yang ilmu tak tinggi mana tapi sentiasa berusaha menjadi lebih baik. Andai ada yang tersinggung maaflah. Sekadar menukilkan pendapat yang dirasakan benar dan jika ada penambahan (memang banyak boleh tambah ni) silalah komen. Tetapi jika rasa ada kesilapan maka perbetulkanlah. Semoga kita semua dirahmati dan dikasihi Allah azza wajalla.. insyaallah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Jom Tengok!