Sunday, January 05, 2014

Plan Untuk Cuti Semester

Hehehehe..
Cuti datang lagi..

Suka la hati. Berhari-hari aku fikir apa plan aku nak buat sepanjang cuti semester selama sebulan nanti. Sebulan kata orang walau x la lama sangat but x nak la masa tu terbuang gitu je, ye dak? At least ada la jugak benda nak dibuatnya... So, lepas meninjau-nijau makanya adalah beberapa aktiviti yang aku dah pun plan. Apa dia???

Hmmm,, salah satunya berkebun. 
Yup, aku nak tanam sayur kat keliling rumah. Tanam sawi, kailan, kangkung, cili dan sebagainya. Ruang keliling rumah cukup besar untuk bercucuk tanam. Kawasan kampung kan. Sayang je kalau tak digunakan. Makanya aku pun dah siap2 order biji benih daripada Blogger ni. Seronok aku tengok hasil dia cucuk tanam. Kata orang berbakti pada tanah ni ada hasilnya. Mudah2an menjadi.Lagi pulak kat rumah ada bela lembu, memang untunglah sebab najis tu nanti boleh buat baja dan campuran kompos. 

Ni pokok cili Kulai yang aku tanam masa semester 1. Alhamdulillah besar-besar buah dia.

Tadaa!! Ni lah hasilnya lepas dipetik.



Keduanya aku rasa nak cat semula bilik aku. Now, bilik tu warna kuning cair. Warna yang agak panas. Apa color nak tukar belum decide. Tapi aku cadang untuk tukar kepada warna biru cair atau soft pink. Tengoklah macam mana nanti. 

cantikan biru ni? (sumber :google)


Pink ni pun lawa (Sumber : google)
 Anyway tu semua just plan, jadi x jadi tu xtau lagi. Tapi yang berkebun tu pasti sebab dah order pun biji benih. Sayang pulak kalau tak semai. Ok, happy holiday semua yang bakal bercuti this month till the next.

Saturday, January 04, 2014

Ahad Yang disangkanya Isnin

Sebelum tulis apa2 aku nak gelak sat..hahahahhahahahahahhahahahha
ehhmmm..hahahahha
haha.. ehhh ok..ok
hahahhaha
ehhh, sambung lagi,,,haha
ok..ok..
pehal ngan aku ni kan..
Ekceli, camni cerita.. Selasa on 7 Jan aku ada 2 paper nak exam..
Then, punya confident aku rasa yang harini (Ahad) adalah hari Isnin.. Siap sedia dah mesej supervisor untuk follow up Research paper aku.. arghh malu seyhhh...
Bukan tu je, aku siap mesej kawan aku tanya pukul brapa nak jumpa supervisor..
Geleng kpala aku dia cakap harini ahad.. aduhhhhai..
So, moral of the story, jangan banyak berangan and wake up!!!!!!

Thursday, January 02, 2014

Menjadi Dewasa.. Bukan Semudah Yang Disangka

" Wei jom main pondok2"
" Petang ni tunggu aku kat padang kita main kejar2 ea"
" Panjat pokok manggis tepi rumah aku jum, dah berbuah tu"
" Mak dah masak, jum makan!!"
" Abah nak asikrim"
" Mak belikanlah baju ni. Lawalah"

Pernah alami situasi ni? Ya, ketika berada dalam zaman kanak-kanak kan. Jadi budak-budak cukup seronok. Tak banyak benda nak fikir. Yang tau cuma nak main, main dan seronok. Nak sesuatu minta sahaja pada mak ayah. Tak perlu sibuk cari duit, nak makan kadang-kadang pun mak yang suap. Manja sungguh.  

Tapi semua tu sementara, dari zaman kanak-kanak berubah pada zaman remaja. Bermulalah sifat nak meneroka dan mencuba pelbagai benda. Banyak pertanyaan atau persoalan yang bermain di fikiran. 

"Kenapa orang itu buat macam ni,  
kenapa orang ni buat macam tu, 
apa jadi dengan orang tu,  
perlu ke aku ikut cara dia.. "

dan macam2 lagi yang kita ingin tahu dan kadang2 persoalan tu terbiar tanpa jawapan. Bagi aku zaman remaja aku memang banyak benda yang aku nak tahu. Cuba menjadi dewasa dan bersikap matang supaya tak nak orang pandang terlalu kebudak-budakan. Apa yang orang dewasa buat, aku try buat. Terutamanya dari cara pergaulan dan percakapan. Tapi bila dah meningkat dewasa & now dah menginjak 23 tahun, i feel tak nak la jadi dewasa dulu. I just want to be a kid, not think to much, no need to make decision, just follow what parents said and have a happy life with friend and family without stress. Ouwhh, x boleh macam tu kan?
Yes, Of course you can't beb!!.. Dah dewasa kena la jadi dewasa.

Ingat senang ke nak jadi dewasa ni. Sebelum jadi dewasa banyak persiapan kena buat start dari remaja. Pertamanya lepas habis sekolah, dah kena fikirkan hala tuju hidup iaitu cita-cita nak jadi apa. Nak masuk mana matrik ke stpm ke asasi ke diploma ke. Then, jurusan apa nak amik. Semua ni memerlukan kita berfikir panjang sebab melibatkan masa depan. Tersilap pilih mungkin kita takkan dapat pekerjaan yang sesuai dengan jiwa dan minat kita. Program yang kita pilih juga menentukan banyak mana gaji kita akan datang. Lagi pekerjaan, lain income la kan. Macam aku dah decide nak jadi cikgu. So, now apa yang aku pilih memang membawa aku ke arah dunia pendidikan walaupun suatu masa dulu aku tak berapa suka jadi cikgu..hua3..

Lepas tu bila dah masuk universiti dah kena fikir macam mana nak konsisten study dan capai kejayaan yang diimpikan. Kata orang get the result with fyling colors. Chewah..On the way nak habis study pulak mesti akan ada masalah yang timbul. Masalah kewangan, masalah hubungan dengan keluarga mungkin, kawan-kawan ke atau pasangan masing-masing, boy friend, girlfriend, masalah kurang motivasi, masalah nak bergerak sana sini bila praktikal, kena fikir mana nak dapat kenderaan, nak get ready lesen, tu belum masalah nak kahwin. Bukan senang adik-adik, kawan-kawan. Banyak nak kena fikir bila nak jadi dewasa. Bukan menakutkan tapi ini kenyataan. Nak tak nak kena hadapi.

Biar aku kongsikan sedikitlah pengalaman aku menuju dewasa ni.

Lepas je aku SPM, aku tak buang masa duduk kat rumah. Family bukan senang mana. So, decide untuk kerja. Cari punya cari dapatlah kerja kat kedai RM2 as cashier n budak yang kerja angkut brg trun naik, susun kat rak (tak suka buat benda ni tapi nilah pengalaman). Setiap hari pergi kerja abah yang hantar. Sebab aku tak pandai bawa kenderaan sendiri baik moto atau kereta dan lesen pun takde lagi. Dari sini dah nampak keperluan akan datang adalah untuk amik lesen supaya tak menyusahkan orang nak berhantar ambik. Dengan duit gaji dapatlah aku beli handset satu untuk kegunaan sendiri. Berbaloi rasa hasil titik peluh sendiri. Bukan senang nak dapat duit. Dengan duit gaji tu jugak aku simpan untuk masuk matrikulasi. Buat bayar yuran masa masuk sana. Parent cuma sediakan duit minyak untuk hantar je. Aku pun tak nak susahkan diorang sebab adik-adik pun nak pakai duit nanti. Masa di matrik ada pulak someone nak kat aku, minta katanya. Bermulalah untuk aku fikir sama ada terima atau tidak. So, decide  just to be a freind only.

Once nak masuk universiti, masalah pertama timbul, kewangan tak cukup nak guna untuk masuk U. Then, someone help me to handle this. Bila dah masuk U, kena fikir pulak macam mana nak kejar pointer supaya kekal konsisten, everything urus sendiri. Duit pinjaman yang ada kena urus baik-baik supaya cukup sampai ke hujung semester. Nak balik rumah kena fikir betul2 supaya tiada pembaziran wang. Bila time study someone masuk meminang. See????????... maknanya satu lagi tanggungjawab bakal terpikul di bahu. Atas restu orang tua, kami disatukan. Maka bermulalah tanggungjawab sebagai seorang isteri dan seorang pelajar. Bila dah jadi isteri tanggungjawab pada suami, pada keluarga mentua, dan parents sendiri dah kena fikir. Apa yang kena fikir? Kenalah fikir dik oi, bila masa nak jenguk umah mentua, bila masa nak duk uma parents sendiri, makan pakai suami kena jaga, nak jaga perasaan orang tua macam mana, nak ambil hati macam mana, apa yang diorang suka, apa yang diorang tak suka, apa yang kita patut buat. Tu belum hal urusan rumah tangga masak memasak (seeloknya dari muda remaja dah belajar), kemas mengemas, dalam masa yang sama nak settle segala assignment dan kertas projek. Pening tak pening?

Then, bila dah hidup berumah tangga mesti fikir nak ada anak. So, once dah ada baby, tanggungjawab satu lagi bertambah iaitu sebagai ibu bapa. Keperluan anak perlu difikirkan. Takkan nak biar anak sendiri terkapai-kapai kan? Justeru di sini dari semasa ke semasa ilmu keibubapaan perlu dipelajari bagaimana nak mengasuh anak dari dalam kandungan sampailah dewasa. Macam mana nak terapkan ilmu agama, adab dan sebagainya dalam diri mereka. Dalam masa yang sama kena cek diri sendiri sudah berada dalam landasan yang betul atau tidak nak jadi ibu bapa. Kang nanti ibarat ketam ajar anak berjalan. Solat, puasa terlaksana atau tidak. Hmmm bukan senang ye. Tu belum lagi lalui susah payah nak melahirkan. Bila dah lahir, berjaga malam, dan kena beri kasih syg sepenuhnya pada anak yang lahir. So sekarang tanggungjawab sebagai anak, pelajar, isteri dan ibu perlu dilaksana sebaik mungkin.

Bila dah nak habis belajar kena get ready mentally and physically untuk dunia pekerjaan yang akan berdepan pelbagai ragam dan kerenah manusia yang kadang2 kita sendiri tak pernah jumpa. Memang kena bersedia. Bila dah ada kenderaan sendiri pula kena fikri macam mana nak jaga. Maintenance setiap bulan pun kena jaga baik makan minum anak, suami, bayaran kenderaan, urusan perniagaan (kalau ada), bayaran insurans dan sebagainya semua kena fikir. Cam aku husband dah siapkan semua tinggal uruskan je. So, mudah sikit la.

Hmmm banyak liku dan ranjau nak jadi dewasa ni. Jangan suka nak berseronok sangat. Kata orang zaman remaja adalah zaman bersuka ria. Nak bersuka boleh tapi berpada-pada sebab perjalanan untuk menjadi dewasa itu lebih lama dan memerlukan komitmen yang tinggi untuk melaksanakan tanggungjawab. Apepun tuntutlah ilmu dan banyakkan membaca buku-buku yang mematangkan dan banyak memberi tunjuk ajar atau pengalaman yang boleh kita guna pakai. Jangan malas untuk ambil tahu hal sekeliling dan menambah kemahiran dalam diri. Ok, semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu kalian menuju hidup dan pemikiran yang lebih matang dan terbuka. Jangan takut menuju dewasa kerana ramai yang di luar sana dah berjaya harungi onak ranjau pahit getir dalam hidup yang penting sabar dan berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan kita, Insyaallah.



Wednesday, January 01, 2014

Kenapa Orang Sukar Membina Azam?

Apabila masuk tahun baru, biasalah masing-masing akan mula memikirkan azam yang hendak dicapai. Tapi masih ada segelintir manusia yang langsung tak tahu nak buat azam apa. Sebab apa?... Komennya tak tau apa nak dicapai.

Hmmm..kenapa ya???

So, bila aku duk baring-baring, duk berjalan-jalan, duk berangan depan lappy.. aku terfikir akan menda ni lah.. haaa la menda ni.. kenapa orang susah sangat nak buat azam.. Pada akulah nak bina azam ni bukan susah mana asal kita tahu apa matlamat yang kita akan capai untuk tahun tersebut. Sebelum fikirkan tentang azam, kita kenalah :

- listkan apa perkara yang akan berlaku pada tahun baru dari Januari hinggalah Disember. Catatkan sebanyak mungkin peristiwa yang akan berlaku dan dijangka berlaku. Contohnya akan pergi praktikal ke, dapat kerja baru ke, akan dapat anak ke, naik pangkat ke, birthday orang istimewa ke dan apa2 jela ikut korang.

Then, jangn lupa :

- apa perkara yang tak baik berlaku pada tahun lepas. Catatkan pada ruangan lain.

So, based on peritiwa yg bakal berlaku dan akan berlaku kita sebenarnya dah boleh bina azam  yang kita mahu capai pada tahun baru. Tak susahkan?

Macam aku tahun lepas aku tak habis ganti puasa (malu ler pulak duk mengaku kat sini) so aku bawa ke tahun 2014 dan siap tetapkan bulan bila mesti habis. Then untuk 2014, aku akan menjalani praktikal pada bulan April, So, azam kedua timbul iaitu untuk tinggalkan sesuatu kenangan di sekolah yang akan aku pergi nanti (sedang memikirkan apa yg akan aku tinggalkan sebagai kenangan). Dari sini juga timbul azam ketiga untuk aku hafal semua nama anak murid yang bakal aku ajar hokeyhhhh!!... Almaklumlah budak ni akan rasa lebih dihargai bila kita ingat nama diorang. Bukan budak je kot. Sape2 je rasa dihargai.. ye dak??. Lagi satu aku akan bergraduat pada bulan 10, so timbul azam keempat untuk bergraduat dengan kepujian kelas PERTAMA. Sape tak nak weyhhh.. Memandangkan PNGK aku ok dan masih ada pelunag yg cerah maka untuk semester 7 (ada tinggal lg 3 paper) dan baki 1 semester (sem 8) aku akan buat yg terbaik. Mesti pastikan kedua-dua sem ni berjaya peroleh kepujian dekan. insyaallah.


Ha tengok, kejap je kan nak bina azam. Bukan susah pun.
Bagi yang duduk rumah mungkin boleh berazam untuk tambah kemahiran buat kek ke, masak ke, menjahit ke, tambah duit sampingan ke. Macam2 boleh buat sbenarnya. Nak seribu daya. Okay..daa

Peristiwa Di sebalik Cuti Jumaat dan Sabtu di negeri Johor

Bermula 1 januari 2014, telah bermula titah perintah Sultan Johor yang mana beliau mengumumkan bahawa rakyat negeri Johor akan bercuti pada Jumaat dan Sabtu. Perkara ini pernah berlaku sebelum ini iaitu sebelum tahun 1994. Dan kemudian ditukarkan kepada sabtu dan ahad. Seterusnya, pada tahun 2014 sekali lagi menyaksikan bahawa cuti Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa semula. Tindakan ini adalah atas rasional untuk memudahkan umat Islam mengerjakan ibadat solat Jumaat. Almaklumlah kalau cuti orang nak beribadat pun senang. tak tergesa-gesa nak ke masjid dan nak ke pejabat semula. Jadi masa tu kata orang tak terkejar-kejar. 

Namun perasan atau tidak ada sesuatu yang berlaku apabila diumumkan cuti pada jumaat dan sabtu. 

Cerita 1 : Masa diumumkan Jumaat dan Sabtu cuti, negeri Johor ada dilanda puting beliung di sekitar daerah Johor bahru pada 18 disember 2013. Yang peliknya ia tidak menghempas apa pun di atas daratan dan hanya lalu di atas air sahaja.
sumber : www.mysumber.com 

Cerita 2 : Semasa lepas tahun 1994 iaitu apabila diarahkan supaya Johor bercuti pada Sabtu dan Ahad, bumi seakan-akan bergegar. Info ini aku dapat daripada cerita mak aku sendiri yang mana dia merasakan sendiri gegaran tersebut ketika sedang duduk di atas kerusi.

Cuba bandingkan kedua-dua cerita ini. Aku berpendapat, ia adalah petanda yang Allah datangkan pada kita umat manusia. Gegaran yang berlaku seakan-akan menunjukkan bahawa perkara sedemikian tidak sewajarnya berlaku (cuti sabtu ahad) dan apabila ditukarkan kembali seperti asal (cuti jumaat sabtu), angin beliung yang lalu pun sekadar lalu semata dan tidak merosakkan apa-apa sekalipun. Ada benarnya apa yang dikata iaitu "apabila kita menjaga ALLAH maka ALLAH akan menjaga kita. Semoga dengan keputusan baginda sultan akan membawa lebih banyak rahmat dan keberkatan buat semua rakyat di negeri Johor. Amin.

p/s : Mujur semester depan Jumaat xde kelas. Kalau balik kira bestlah family pun duk umah. Adik2 cuti sekolah. Pasar pun dah ditukar dari hari ahad ke hari Jumaat.

Monday, December 30, 2013

Rentetan 2013....


cam tulisan dak tadika jek..ekekekeke.. cam klako je..cam x "semat" je..haha
Banyak sekali status baik di twitter, FB, blog, wechat moment, rata-rata menyuarakan selamat tinggal pada tahun 2013. Dan hari ini aku akan 'mengepos' (pelik pulak perkataan ni..ekeke) pula entry untuk hujung tahun 2013 pada 31 Disember 2013.. tetiba teringat pulak nenek belah abah rasanya lahir 31 disember.. yeke? x pasti pulak.. ok nevermind.. 


Setahun berlalu pastinya banyak perkara yang sudah berlaku dan tinggal kenangan.. Sejarah yang bakal berkubur dalam ingatan dan memori sepanjang zaman. Mungkin sejarah sama bakal berulang kembali? Yang baik harapnya lebih baik, yang buruk harapkan dijauhi dan dilindungkan oleh Allah Taala Tuhan semesta alam.


Bercerita tentang hujung tahun, apa cerita dengan azam tahun ni yang tinggal brape jam sahaja lagi nak masuk tahun baru?

Cer tgk azam aku tahun 2013 ni..

Cam santek je gambo tgh2 tu.. peewitttttt.. >perasan okay!< lalalala

Ok, kita tgk satu2.. azam no 1 memang x tertunai lagi..Masyaallah, masih berlengah lagi aku rupanya, so jangan tiru perangai aku yg satu ni, ramadhan yg lepas sampai berbayar fidyah gara-gara x sempat ganti puasa masa bersalin Iwan dulu.. So azam ini akan dibawa ke tahun 2014. Insyaallah..

Yang No 2 tu alhamdulillah tertunai hasrat hati nak merangkul dekan sekali lagi sepanjang pengajian. Alhamdulillah Allah masih juga tunaikan.


Yang No 3 tertunai masa bulan September 2013. Masa cuti semester 3 bulan memang aku duk pulun gi kelas memandu & berharap sekali test dah lepas. Sebabnya kalau repeat banyak kali nanti ganggu waktu kuliah. Alhamdulillah Allah izinkan aku untuk lulus sekali sahaja baik ujian komputer, ujian JPJ di litar dan jalan raya. Terima kasih En Tan atas tunjuk ajar. Walaupun byk kali jugak kena marah tapi masih cool jek aku masa tu. Kerana marah la aku ingat pesan dia sampai bila2.

Yg No 4? Eh, RM brape?? RM2, RM5, RM10?... hehehehe jumlahnya rahsia.. But alhamdulillah rezeki melimpah ruah selepas lahirnya anak pertama. Betul janji Allah setiap anak yang lahir itu rezeki dan dia limpahkan rezeki yang murah atas keluarga sampai tertumpah2 and now sampai ada bisnes.

Yang No 5 tertunai masa bulan Oktober 2013 kalau x silap aku.  Alhamdulillah tertunai jugak. Dapat sebiji kereta Myvi kaler hitam. Bukan baru pun yg second hand je. Maklumlah masih baru pandai bawak keta, kang jadi pape haru je. Tak berani nak beli yang baru kua kilang. Tapi ada baiknya jugak beli second sbb baru bpe bulan pakai tup tup anak bujang duk amik batu n pasir garit kat body keta tu.. dah bercalar kat sisi n blakang keta. Nasib bada. Nak pukul anak, so biar jela. Mujur sikit je yang calar but sayanglah jugak body kilat cantik lagi. 

Hmm tu la dia, azam yang dah tertunai. Syukur. Untuk azam tahun 2014 tunggu 1 januari 2014 baru kasi tau.

Ada satu tips aku nak kongsikan. Bila kita inginkan sesuatu jangan fikirkan halangan. Ambil satu kertas. tuliskan apa sahaja yang kita nak dengan jelas. Kalau kita nak kereta, tulis kaler apa? apa ciri2 yg kita nak ada pada kereta tu semua tulis dan tentukan bila kita akan dapat. 1 thun lg? 5 bln lg? terpulanglah. Dalam satu kertas juga boleh tulis sebanyak mana yang kita nak. Simpan kertas tu because ada kemungkinan apa yang kita tulis akan tercapai. Sebabnya masa kita tulis tu otak turut fikir sama.Tips ni aku lupa dapat dari seseorang dan ia sangat2 membantu.

So,



Jom kita sama2 berubah ke arah kebaikan. Tinggalkan segala perangai buruk yang lepas. Kutip pengajaran darinya dan berusaha menjadi insan yang unggul, diberkati Allah hidupnya dan bahagia selamanya. Insyaallah. 

Akhir kata, keampunan dipohon dari hujung rambut hingga hujung kaki. Andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara, terlajak kata, atau ada perlakuan menyinggung jiwa. Mohon ampun dan maaf. Harap dihalal segala yang ada. Jika ada hutang tuntut pada saya.Saya maafkan semua salah silap sesiapa jua. Moga kalian dilimpahkan rezeki dan keberkatan dari Ilahi. Amin







Monday, December 23, 2013

Pengalaman "RESEARCH PRESENTATION"

Kelmarin rasanya aku ada post berkenaan debaran menanti Viva

Dan semalam telah pun berlalu presentation berkenaan kajian yang telah aku jalankan.
Ceritanya begini :

Sebelum bermula :

1. Persiapan Diri

-sangat penting
-mengambarkan personaliti diri
-mencerminkan keyakinan untuk berhadapan penilai
-So, aku berbaju kurung, berkasut supaya nampak kemas dan berkeyakinan. Aku tak tahu la semester ni aku banyak pakai baju kaler oren bila aku nak buat presentation. Kaler tu macam bagi semangat yg berbeza pada setiap kali aku kenakan baju lain. Ntah la. Tak tau kenapa.huhuu

2. Datang awal

-Ini sangatlah penting supaya nanti bila presentation dan bermula tak la gelabah
-masa aku mula-mula sampai satu masalah berlaku di mana komputer di bilik tersebut sangat2 lah DANGEROUS!!! short cut virus!!!.. x boleh detect file dalam pendrive.
-luckily, ada internet wifi masa tu dan nasib baik la aku buat back up send powerpoint file tu kat emel (PENTING NI in case ada masalah macam aku). So, tinggal download and set up kat desktop.

3. Ready

-present dengan yakin
-jangan gelabah
-jangan banyak baca powerpoint slide
-jaga eye contact
-jelaskan dengan suara dan intonasi yang sesuai
-just think, you are expert than them, so u should know everything about your research
-jawab soalan dengan yankin dan jangan diam membisu. banyak jugak soalan yang ditanya pada aku. Memang psiko sungguh. antaranya :

1. Apa cadangan terhadap hasil kajian (padahal dah tertera kat slide nak tny jgk)
2. Apa fungsi negative item pada soal selidik
3. Sejauh mana objektif tercapai.
4. Bagaimana item soal selidik dibina.
5. Siapa yang bina item.
6. Bagaimana personaliti ditentukan (kajian aku berkaitan personaliti) 

dan ape ntah lg aku x hengat...

4. Tawakal

-lepas  je habis memang aku legaaaaaaaaaaaaaa.. FUHHH.. Rasa bebanan memikul batu segunung tu dah terlepaslah.

Now, tinggal nak siapkan final draft untuk report.
Hopefully semua ok.
Macam2 pengalaman yang aku dengar dari kawan-kawan yang lain. Ada yang happy, ada yang sedih. Ape pun yang dihadapi kena kena belajar darinya. Orang yang bijaksana adalah orang yang belajar dari pengalaman diri sendiri dan pengalaman orang lain.

So, good luck untuk sesiapa yang akan lalui saat yang telah aku lalui. Kepada pensyarah-pensyarah terima kasih atas segala tunjuk ajar. Begitu juga pada mak abah terima kasih atas dorongan. Tak lupa en asben yang x putus doa dan bagi semangat. Thanks a lot!


LinkWithin

Jom Tengok!