Kereta viva ke?
No..no..no..
it is not 'kereta viva' keluaran perodua..
It is a presentation.
Biasa dengar viva dalam kalangan mereka yang mengikuti pengajian peringkat sarjana dan PHD sahaja kan?
Tapi saya sebagai penuntut Bacelor juga tidak terlepas untuk di 'viva' kan sebagai memenuhi keperluan kursus untuk menamatkan pengajian. Kajian yang dijalankan tidak digelar tesis tetapi sebagai Projek Ilmiah Tahun Akhir. Sebenarnya kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar bacelor mengenai cara atau bagaimana sesebuah tesis itu dilakukan. Ini akan memudahkan mereka sekiranya berniat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang seterusnya kelak.
Ini adalah pengalaman pertama aku manjalankan kajian yang lebih saintifik bermula daripada mencari permasalahan, membuat tinjauan literatur, menentukan populasi dan sebagainya. Prosesnya memang agak rumit. So, aku sangat 'salute' kepada mereka-mereka yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan doktor falsafah. Memang bukan sesuatu yang mudah untuk menjalankan penyelidikan ilmiah. Tapi banyak pengalaman yang dapat dikutip sepanjang kajian dijalankan dan sepanjang membuat penulisan.
Debaran kain terasa kerana esok aku akan menjalani pembentangan projek ilmiah aku yang telah bermula sejak semester lepas lagi. Perancangan rapi telah dibuat dan kini menanti untuk dinilai dan dikongsikan kepada orang lain perihal dapatan kajian yang dijalankan.
Doakan yang terbaik untuk diri ini k... Semoga Allah memudahkan segala urusan. Amin.
p/s : tido dah x lena, makan pun x sedap, dalam tido pun boleh bayangkan pasal kajian ni..Allahuakbar. Pikir banyak kali sama ada nak sambung belajar atau x lepas ni...
No comments:
Post a Comment