Thursday, January 02, 2014

Menjadi Dewasa.. Bukan Semudah Yang Disangka

" Wei jom main pondok2"
" Petang ni tunggu aku kat padang kita main kejar2 ea"
" Panjat pokok manggis tepi rumah aku jum, dah berbuah tu"
" Mak dah masak, jum makan!!"
" Abah nak asikrim"
" Mak belikanlah baju ni. Lawalah"

Pernah alami situasi ni? Ya, ketika berada dalam zaman kanak-kanak kan. Jadi budak-budak cukup seronok. Tak banyak benda nak fikir. Yang tau cuma nak main, main dan seronok. Nak sesuatu minta sahaja pada mak ayah. Tak perlu sibuk cari duit, nak makan kadang-kadang pun mak yang suap. Manja sungguh.  

Tapi semua tu sementara, dari zaman kanak-kanak berubah pada zaman remaja. Bermulalah sifat nak meneroka dan mencuba pelbagai benda. Banyak pertanyaan atau persoalan yang bermain di fikiran. 

"Kenapa orang itu buat macam ni,  
kenapa orang ni buat macam tu, 
apa jadi dengan orang tu,  
perlu ke aku ikut cara dia.. "

dan macam2 lagi yang kita ingin tahu dan kadang2 persoalan tu terbiar tanpa jawapan. Bagi aku zaman remaja aku memang banyak benda yang aku nak tahu. Cuba menjadi dewasa dan bersikap matang supaya tak nak orang pandang terlalu kebudak-budakan. Apa yang orang dewasa buat, aku try buat. Terutamanya dari cara pergaulan dan percakapan. Tapi bila dah meningkat dewasa & now dah menginjak 23 tahun, i feel tak nak la jadi dewasa dulu. I just want to be a kid, not think to much, no need to make decision, just follow what parents said and have a happy life with friend and family without stress. Ouwhh, x boleh macam tu kan?
Yes, Of course you can't beb!!.. Dah dewasa kena la jadi dewasa.

Ingat senang ke nak jadi dewasa ni. Sebelum jadi dewasa banyak persiapan kena buat start dari remaja. Pertamanya lepas habis sekolah, dah kena fikirkan hala tuju hidup iaitu cita-cita nak jadi apa. Nak masuk mana matrik ke stpm ke asasi ke diploma ke. Then, jurusan apa nak amik. Semua ni memerlukan kita berfikir panjang sebab melibatkan masa depan. Tersilap pilih mungkin kita takkan dapat pekerjaan yang sesuai dengan jiwa dan minat kita. Program yang kita pilih juga menentukan banyak mana gaji kita akan datang. Lagi pekerjaan, lain income la kan. Macam aku dah decide nak jadi cikgu. So, now apa yang aku pilih memang membawa aku ke arah dunia pendidikan walaupun suatu masa dulu aku tak berapa suka jadi cikgu..hua3..

Lepas tu bila dah masuk universiti dah kena fikir macam mana nak konsisten study dan capai kejayaan yang diimpikan. Kata orang get the result with fyling colors. Chewah..On the way nak habis study pulak mesti akan ada masalah yang timbul. Masalah kewangan, masalah hubungan dengan keluarga mungkin, kawan-kawan ke atau pasangan masing-masing, boy friend, girlfriend, masalah kurang motivasi, masalah nak bergerak sana sini bila praktikal, kena fikir mana nak dapat kenderaan, nak get ready lesen, tu belum masalah nak kahwin. Bukan senang adik-adik, kawan-kawan. Banyak nak kena fikir bila nak jadi dewasa. Bukan menakutkan tapi ini kenyataan. Nak tak nak kena hadapi.

Biar aku kongsikan sedikitlah pengalaman aku menuju dewasa ni.

Lepas je aku SPM, aku tak buang masa duduk kat rumah. Family bukan senang mana. So, decide untuk kerja. Cari punya cari dapatlah kerja kat kedai RM2 as cashier n budak yang kerja angkut brg trun naik, susun kat rak (tak suka buat benda ni tapi nilah pengalaman). Setiap hari pergi kerja abah yang hantar. Sebab aku tak pandai bawa kenderaan sendiri baik moto atau kereta dan lesen pun takde lagi. Dari sini dah nampak keperluan akan datang adalah untuk amik lesen supaya tak menyusahkan orang nak berhantar ambik. Dengan duit gaji dapatlah aku beli handset satu untuk kegunaan sendiri. Berbaloi rasa hasil titik peluh sendiri. Bukan senang nak dapat duit. Dengan duit gaji tu jugak aku simpan untuk masuk matrikulasi. Buat bayar yuran masa masuk sana. Parent cuma sediakan duit minyak untuk hantar je. Aku pun tak nak susahkan diorang sebab adik-adik pun nak pakai duit nanti. Masa di matrik ada pulak someone nak kat aku, minta katanya. Bermulalah untuk aku fikir sama ada terima atau tidak. So, decide  just to be a freind only.

Once nak masuk universiti, masalah pertama timbul, kewangan tak cukup nak guna untuk masuk U. Then, someone help me to handle this. Bila dah masuk U, kena fikir pulak macam mana nak kejar pointer supaya kekal konsisten, everything urus sendiri. Duit pinjaman yang ada kena urus baik-baik supaya cukup sampai ke hujung semester. Nak balik rumah kena fikir betul2 supaya tiada pembaziran wang. Bila time study someone masuk meminang. See????????... maknanya satu lagi tanggungjawab bakal terpikul di bahu. Atas restu orang tua, kami disatukan. Maka bermulalah tanggungjawab sebagai seorang isteri dan seorang pelajar. Bila dah jadi isteri tanggungjawab pada suami, pada keluarga mentua, dan parents sendiri dah kena fikir. Apa yang kena fikir? Kenalah fikir dik oi, bila masa nak jenguk umah mentua, bila masa nak duk uma parents sendiri, makan pakai suami kena jaga, nak jaga perasaan orang tua macam mana, nak ambil hati macam mana, apa yang diorang suka, apa yang diorang tak suka, apa yang kita patut buat. Tu belum hal urusan rumah tangga masak memasak (seeloknya dari muda remaja dah belajar), kemas mengemas, dalam masa yang sama nak settle segala assignment dan kertas projek. Pening tak pening?

Then, bila dah hidup berumah tangga mesti fikir nak ada anak. So, once dah ada baby, tanggungjawab satu lagi bertambah iaitu sebagai ibu bapa. Keperluan anak perlu difikirkan. Takkan nak biar anak sendiri terkapai-kapai kan? Justeru di sini dari semasa ke semasa ilmu keibubapaan perlu dipelajari bagaimana nak mengasuh anak dari dalam kandungan sampailah dewasa. Macam mana nak terapkan ilmu agama, adab dan sebagainya dalam diri mereka. Dalam masa yang sama kena cek diri sendiri sudah berada dalam landasan yang betul atau tidak nak jadi ibu bapa. Kang nanti ibarat ketam ajar anak berjalan. Solat, puasa terlaksana atau tidak. Hmmm bukan senang ye. Tu belum lagi lalui susah payah nak melahirkan. Bila dah lahir, berjaga malam, dan kena beri kasih syg sepenuhnya pada anak yang lahir. So sekarang tanggungjawab sebagai anak, pelajar, isteri dan ibu perlu dilaksana sebaik mungkin.

Bila dah nak habis belajar kena get ready mentally and physically untuk dunia pekerjaan yang akan berdepan pelbagai ragam dan kerenah manusia yang kadang2 kita sendiri tak pernah jumpa. Memang kena bersedia. Bila dah ada kenderaan sendiri pula kena fikri macam mana nak jaga. Maintenance setiap bulan pun kena jaga baik makan minum anak, suami, bayaran kenderaan, urusan perniagaan (kalau ada), bayaran insurans dan sebagainya semua kena fikir. Cam aku husband dah siapkan semua tinggal uruskan je. So, mudah sikit la.

Hmmm banyak liku dan ranjau nak jadi dewasa ni. Jangan suka nak berseronok sangat. Kata orang zaman remaja adalah zaman bersuka ria. Nak bersuka boleh tapi berpada-pada sebab perjalanan untuk menjadi dewasa itu lebih lama dan memerlukan komitmen yang tinggi untuk melaksanakan tanggungjawab. Apepun tuntutlah ilmu dan banyakkan membaca buku-buku yang mematangkan dan banyak memberi tunjuk ajar atau pengalaman yang boleh kita guna pakai. Jangan malas untuk ambil tahu hal sekeliling dan menambah kemahiran dalam diri. Ok, semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu kalian menuju hidup dan pemikiran yang lebih matang dan terbuka. Jangan takut menuju dewasa kerana ramai yang di luar sana dah berjaya harungi onak ranjau pahit getir dalam hidup yang penting sabar dan berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan kita, Insyaallah.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Jom Tengok!