Wednesday, January 01, 2014

Peristiwa Di sebalik Cuti Jumaat dan Sabtu di negeri Johor

Bermula 1 januari 2014, telah bermula titah perintah Sultan Johor yang mana beliau mengumumkan bahawa rakyat negeri Johor akan bercuti pada Jumaat dan Sabtu. Perkara ini pernah berlaku sebelum ini iaitu sebelum tahun 1994. Dan kemudian ditukarkan kepada sabtu dan ahad. Seterusnya, pada tahun 2014 sekali lagi menyaksikan bahawa cuti Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa semula. Tindakan ini adalah atas rasional untuk memudahkan umat Islam mengerjakan ibadat solat Jumaat. Almaklumlah kalau cuti orang nak beribadat pun senang. tak tergesa-gesa nak ke masjid dan nak ke pejabat semula. Jadi masa tu kata orang tak terkejar-kejar. 

Namun perasan atau tidak ada sesuatu yang berlaku apabila diumumkan cuti pada jumaat dan sabtu. 

Cerita 1 : Masa diumumkan Jumaat dan Sabtu cuti, negeri Johor ada dilanda puting beliung di sekitar daerah Johor bahru pada 18 disember 2013. Yang peliknya ia tidak menghempas apa pun di atas daratan dan hanya lalu di atas air sahaja.
sumber : www.mysumber.com 

Cerita 2 : Semasa lepas tahun 1994 iaitu apabila diarahkan supaya Johor bercuti pada Sabtu dan Ahad, bumi seakan-akan bergegar. Info ini aku dapat daripada cerita mak aku sendiri yang mana dia merasakan sendiri gegaran tersebut ketika sedang duduk di atas kerusi.

Cuba bandingkan kedua-dua cerita ini. Aku berpendapat, ia adalah petanda yang Allah datangkan pada kita umat manusia. Gegaran yang berlaku seakan-akan menunjukkan bahawa perkara sedemikian tidak sewajarnya berlaku (cuti sabtu ahad) dan apabila ditukarkan kembali seperti asal (cuti jumaat sabtu), angin beliung yang lalu pun sekadar lalu semata dan tidak merosakkan apa-apa sekalipun. Ada benarnya apa yang dikata iaitu "apabila kita menjaga ALLAH maka ALLAH akan menjaga kita. Semoga dengan keputusan baginda sultan akan membawa lebih banyak rahmat dan keberkatan buat semua rakyat di negeri Johor. Amin.

p/s : Mujur semester depan Jumaat xde kelas. Kalau balik kira bestlah family pun duk umah. Adik2 cuti sekolah. Pasar pun dah ditukar dari hari ahad ke hari Jumaat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Jom Tengok!