Buat semua pengunjung blog..
Rasanya belum terlewat untuk aku hulurkan SALAM RAMADHAN memandangkan hari ini baru sahaja 3 Ramadhan kita berpuasa..
Sepanjang puasa penat memang penat, letih ya amat terutama yang bekerja, yang perlu ke sekolah.. Tambah-tambah waktu sekolah yang panjang macam tempat aku berpraktikal ni.. start jam 7.00 pagi dah ada kat sekolah sampai la 2.40 petang. Cukup tengah hari mata rasa nak berpinar, pening kepala toksah cakap la.
Ok just for updating. Aku masih lagi praktikal di Seremban. Masih lagi berbaki 3 minggu untuk aku menghabiskan sisa-sisaku di sekolah ter"cinta" ini.. tercinta???.. apakah???.. Hanya jauhari yang mengenal manikam.. Kerana apa aku katakan begitu? sebabnya hanya yang sudah mengenali budaya dan iklim di sekolah ini sahaja yang tahu betapa peritnya dan jenuhnya nak melayan kerenah budak-budak zaman sekarang yang tak tahu nak hormat orang.. Apa puncanya aku tak nak komen kat sini..
So far, aku dah 3 kali kena observe dengan pensyarah. Dengan guru pembimbing pun dah banyak kali. Dunia praktikal sebagai guru pelatih jangan mimpi la kau nak berehat-rehat seperti tiada apa akan berlaku, hanya menunggu rezeki agar tertulis A dalam transkrip keputusan nanti... Oh nooooooo,,, wake up!!! wake up!!! Banyak koje kau haa.. Tapi kalau nak diikutkan guru tetap lg byk.. tu x dinafikan la sebab waktu mengajar pun berbeza. Kat sini aku nak share apa persediaan yang penting sebelum pensyarah duk observe kamu, kamu, kamu yang nak praktikal ni..
1. RP atau rancangan pengajaran
Menatang ni memang nadi la sebagai seorang guru. Kalau tak ada RP bukan guru yang profesional katanya..haha.. Sebab segala perancangan untuk mengajar akan tertulis dalam RP ni nanti. benda ni la yang akan dikomen se"DAS" oleh pensyarah korang. Susun elok2 ikut urutan apa yang perlu ditulis. Format tu masing-masing la punya cara. Sebab banyak format RP yang aku jumpa.
2. Objektif mesti boleh diukur
Tang ni memang kena "kaw2" kalau kau silap buat. Sebabnya pensyarah akan tengok sejauh mana objektif kita tu boleh diukur. Tadi aku baru kena tegur sebenarnya.
Ok contoh objektif
- Di akhir pengajaran dan pembelajaran diharap pelajar dapat menamakan komponen elektronik dengan betul (yang ni silap..silap..silap.. tapi apa silapnya kan? Sekali baca macam betul)
- Di akhir pengajaran dan pembelajaran diharap pelajar dapat menamakan 6 komponen elektronik dengan betul (Yang ni paling betul..huhu sebab nampak tak perbezaan dengan yang atas? Ia lebih spesifik!)
3 Kawalan kelas
Kelas kena la dikawal sebaiknya sepanjang mengajar. Jangan sesekali mulakan pengajaran selagi pelajar tak senyap dan beri perhatian. Perhatikan pelajar jangan ada yang berbual, tidur dan buat hal sendiri. Kompem kena tegur nanti. Nak elakkannya rajin-rajinlah panggil nama pelajar dan buat aktiviti yang melibatkan semua pelajar.
4. ABM (alat bantu mengajar)
Pilih alat bantu mengajar yang meransang pemikiran pelajar. Lagi satu kalau boleh jangan guna kertas banyak-banyak duk tampal-tampal sampai serabut waktu nak buat penilaian. Boleh buat tapi kawal biar susunannya nanti nampak menarik..
5. Pesan siap-siap pada pelajar yang pensyarah nak datang supaya dapat elakkan pelajar masuk lewat.
So far tu je yang boleh dikongsi kalau ada lagi aku beritahu ye..
salam ramadhan cikgu ;p
ReplyDelete