Monday, December 30, 2013

Rentetan 2013....


cam tulisan dak tadika jek..ekekekeke.. cam klako je..cam x "semat" je..haha
Banyak sekali status baik di twitter, FB, blog, wechat moment, rata-rata menyuarakan selamat tinggal pada tahun 2013. Dan hari ini aku akan 'mengepos' (pelik pulak perkataan ni..ekeke) pula entry untuk hujung tahun 2013 pada 31 Disember 2013.. tetiba teringat pulak nenek belah abah rasanya lahir 31 disember.. yeke? x pasti pulak.. ok nevermind.. 


Setahun berlalu pastinya banyak perkara yang sudah berlaku dan tinggal kenangan.. Sejarah yang bakal berkubur dalam ingatan dan memori sepanjang zaman. Mungkin sejarah sama bakal berulang kembali? Yang baik harapnya lebih baik, yang buruk harapkan dijauhi dan dilindungkan oleh Allah Taala Tuhan semesta alam.


Bercerita tentang hujung tahun, apa cerita dengan azam tahun ni yang tinggal brape jam sahaja lagi nak masuk tahun baru?

Cer tgk azam aku tahun 2013 ni..

Cam santek je gambo tgh2 tu.. peewitttttt.. >perasan okay!< lalalala

Ok, kita tgk satu2.. azam no 1 memang x tertunai lagi..Masyaallah, masih berlengah lagi aku rupanya, so jangan tiru perangai aku yg satu ni, ramadhan yg lepas sampai berbayar fidyah gara-gara x sempat ganti puasa masa bersalin Iwan dulu.. So azam ini akan dibawa ke tahun 2014. Insyaallah..

Yang No 2 tu alhamdulillah tertunai hasrat hati nak merangkul dekan sekali lagi sepanjang pengajian. Alhamdulillah Allah masih juga tunaikan.


Yang No 3 tertunai masa bulan September 2013. Masa cuti semester 3 bulan memang aku duk pulun gi kelas memandu & berharap sekali test dah lepas. Sebabnya kalau repeat banyak kali nanti ganggu waktu kuliah. Alhamdulillah Allah izinkan aku untuk lulus sekali sahaja baik ujian komputer, ujian JPJ di litar dan jalan raya. Terima kasih En Tan atas tunjuk ajar. Walaupun byk kali jugak kena marah tapi masih cool jek aku masa tu. Kerana marah la aku ingat pesan dia sampai bila2.

Yg No 4? Eh, RM brape?? RM2, RM5, RM10?... hehehehe jumlahnya rahsia.. But alhamdulillah rezeki melimpah ruah selepas lahirnya anak pertama. Betul janji Allah setiap anak yang lahir itu rezeki dan dia limpahkan rezeki yang murah atas keluarga sampai tertumpah2 and now sampai ada bisnes.

Yang No 5 tertunai masa bulan Oktober 2013 kalau x silap aku.  Alhamdulillah tertunai jugak. Dapat sebiji kereta Myvi kaler hitam. Bukan baru pun yg second hand je. Maklumlah masih baru pandai bawak keta, kang jadi pape haru je. Tak berani nak beli yang baru kua kilang. Tapi ada baiknya jugak beli second sbb baru bpe bulan pakai tup tup anak bujang duk amik batu n pasir garit kat body keta tu.. dah bercalar kat sisi n blakang keta. Nasib bada. Nak pukul anak, so biar jela. Mujur sikit je yang calar but sayanglah jugak body kilat cantik lagi. 

Hmm tu la dia, azam yang dah tertunai. Syukur. Untuk azam tahun 2014 tunggu 1 januari 2014 baru kasi tau.

Ada satu tips aku nak kongsikan. Bila kita inginkan sesuatu jangan fikirkan halangan. Ambil satu kertas. tuliskan apa sahaja yang kita nak dengan jelas. Kalau kita nak kereta, tulis kaler apa? apa ciri2 yg kita nak ada pada kereta tu semua tulis dan tentukan bila kita akan dapat. 1 thun lg? 5 bln lg? terpulanglah. Dalam satu kertas juga boleh tulis sebanyak mana yang kita nak. Simpan kertas tu because ada kemungkinan apa yang kita tulis akan tercapai. Sebabnya masa kita tulis tu otak turut fikir sama.Tips ni aku lupa dapat dari seseorang dan ia sangat2 membantu.

So,



Jom kita sama2 berubah ke arah kebaikan. Tinggalkan segala perangai buruk yang lepas. Kutip pengajaran darinya dan berusaha menjadi insan yang unggul, diberkati Allah hidupnya dan bahagia selamanya. Insyaallah. 

Akhir kata, keampunan dipohon dari hujung rambut hingga hujung kaki. Andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara, terlajak kata, atau ada perlakuan menyinggung jiwa. Mohon ampun dan maaf. Harap dihalal segala yang ada. Jika ada hutang tuntut pada saya.Saya maafkan semua salah silap sesiapa jua. Moga kalian dilimpahkan rezeki dan keberkatan dari Ilahi. Amin







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Jom Tengok!