Thursday, December 13, 2012

SELAMAT HARI LAHIR untuk "aku"


Detik 12 malam aku nantikan dengan kehampaan. Ucapan yang dinanti tidak kunjung tiba. Mungkin terlupa agaknya. Biarkanlah. Kehampaan ini akan terubat juga nanti. Tiada kata nak diungkapkan. Tiada marah nak dilepaskan. Tiada gembira nak diraikan. Tiada yang menarik untuk dikongsikan. Perkataan yang sesuai untuk menggambarkan situasi sekarang adalah KOSONG. Apapun SELAMAT HARI LAHIR 'diriku'.. Aku bersyukur hari ini usiaku genap 21 tahun. Jika ditoleh ke belakang banyak perubahan telah aku lalui. Dari hidup single kini sudah berkeluarga, dari berdua kini bertiga. Pengajianku pula sudah masuk tahun ketiga. Menunggu setahun lebih sahaja lagi sebelum menamatkan saki baki kursus yang masih belum aku tempuhi. YA ALLAH permudahkanlah urusan dan jalanku menuju syurgamu. Jadikan aku ibu yang terbaik untuk anakku serta seorang isteri yang solehah buat suamiku. AMIN.

p/s : thanks my chinese friend Lee Chiew Yung be the first person wish me... (Kawan yang banyak sangat tolong dan bersama aku masa aku mengandung dulu. Sanggup menemani dan menghantar aku wat monthly check up sepanjang hubby berada di oversea. Thanks a lot friend)




MENJELANG GENAPNYA UMUR 21

Pejam celik pejam celik hampir beberapa minit sahaja lagi aku genap berusia 21 tahun. Yes! Umurku bakal menginjak lagi. Dalam usia muda, saat-saat menanti detik insan tersayang mengucapkan selamat hari lahir amat ditunggu-tunggu tapi setakat ini masih belum aku kedengaran dari sesiapa yang mengucapkan selamat hari lahir untuk diri ini. Buat tahun ini aku tak bercadang nak menyambut dengan meriah. Cukuplah mengucap syukur pada Allah Taala kerana telah menyambung dan memanjangkan usiaku. Dari kecil memang hidupku tidak diajar untuk menyambut meriah bila tiba hari kelahiran. Kebiasaannya mak akan buat bubur merah bubur putih. Aku tetap menanti dan terus menanti ucapan dari orang yang sentiasa bersemadi di hati. Ingat atau tidak akan tarikh bermakna untuk aku ni aku pun tak tahu. Tunggu dan terus menunggu. Wait the entry for 13 minute from now. Daa :)))

Kek Madeline dan Sardin gulung Siri 2

Ok baru sekarang baru aku ada mood nak update blog ni. So far untuk minggu lepas macam yang dijanjikan aku akan share apa yang aku buat sepanjang amali masakan minggu lepas. Kalau diikutkan aku memang kena buat kek madeline but once aku enter je lab, assistant dah beritahu supaya buat 1 jenis sahaja iaitu sardin gulung. Senang keje aku tak susah-susah. Kira laku jugaklah aku punya sardin gulung ni. Habis licin. Nasib baik aku simpan 1 untuk partner aku sebab dia tak makan lagi.

Tu dia dah macam master chef..hikhik

Sardin gulung yang sedang dibakar


Nak buat benda ni tak susah pun cuma ada 1 kesilapan aku tersilap buat. Apa dia agak-agak?????  Aku terlebih bubuh GARAM kat inti sardin dia!!! just imagine rasa masin dia..huuhuhuhuu.. terkuat berangan mungkin masa masak. Kata orang masa masak jangan berangan nanti hangus tapi aku tak hangus cuma terlebih masin. Maka jalan terbaik yang aku buat adalah dengan bubuh air and tumis sampai kering. Last2 sedap jugak. So, for next week ujian memasak aku akan buat makaroni goreng dan juga kek permaisuri. Wish me luck!!


Wednesday, December 05, 2012

Kek Madeline & Sardin Gulung

Amali bagi subjek ERT yang akan jalani pada hari ini akan menguji kemampuan aku dalam menghasilkan kek. Seumur hidup aku, memang aku jarang bergelumang dalam industri pembuatan kek. Chewahhh industri katanya.. Yup betul sekali mmg tak pernah pun. But!!!! for today i need to cook kek madeline. Aku pun tak tahu apa jenis kek ni. Lepas aku search guna pakcik google barulah aku tahu bentuk kek tu. Selama yang aku bayangkan kek tu yang ada ising then kita corak cantik2 atas dia. Bukan rupanya. Anyway wish me luck hasilkan kek ni. Sardin gulung tak risau sangat sonang jah. Urm aku kena wat betul2 nanti sebab soalan ujian amali aku dikenakan untuk menyediakan satu hidangan sepinggan lengkap serta KEK!! kek uollssssssssssSS... tension neuron2 aku.. takut tak menjadi. Ok see u later..

IKHLAS KE AKU NAK JADI SEORANG GURU?

Persoalan yang sering mengganggu fikiran aku bila aku duduk termenung sendiri. Kalau diikutkan sebelum ni aku tak pernah terfikir pun nak jadi cikgu. Pernah satu ketika aku berbual dengan rakan semeja semasa aku belajar di asrama dulu. Waktu itu prep sedang berjalan. Aku katakan pada rakanku yang bila dewasa kelak aku tidak akan sama sekali terlibat dalam dunia pendidikan sebagai kerjaya pilihan. Waktu tu aku rasakan tanggungjawab guru cukup terbeban bila mana aku lihat situasi guru di sekolah aku yang sibuk mengajar, merancang program kecemerlangan, uruskan kelab,persatuan, tu belum yang akan pergi bertanding kena buat persediaan. Macam-macam la. Masa ni aku di tingkatan 5. Banyak tanggungjawab aku pegang.

 1. Ketua Asrama
2. Penolong Pengawas Asrama (Aku tak tahu knpa cikgu lantik aku jwtan ni sdangkan aku dah pegang jawatan ketua asrama)
3. Pengerusi Puteri Islam
4. Exo Keceriaan Pengawas Sekolah (Ni lain tau dengan asrama)

So, rasa banyakkan???.. tu semua yang tinggi-tinggi aku pegang. Fuhh macam nak gila la. Aku pulak gila aktif masa Form 5 dengan pertandingan bahas, nak catch up silibus hari2, nak update laporan mingguan puteri islam, nak urus budak ostel yg mcm2 ragam, ready text utk jadi MC/pengacara majlis masa perhimpunan setiap minggu. Aduyai time tu aku dapat rasa tugas cikgu mesti lebih kurang je. Tu yang aku terus kata dalam hati aku tak nak jadi cikgu. Penatnya lain macam. Bila aku tak larat aku diamkan je. 

Tapi ntah macam mana masa aku di Kolej Matrikulasi Johor, time nak fill form ke IPTA aku isikan yang pertama dan kedua dalam jurusan pendidikan. Then mengingat kembali kata abah nak sorang daripada anaknya jadi cikgu. Maka aku pun pilih jurusan tu walau aku tahu jurusan pendidikan akan membawa aku jadi cikgu sedangkan di awalnya aku tak nak pun. 

Last2 aku lulus MEDSI, dan temuduga maka aku ditawarkan jurusan Pendidikan Sains Pertanian. Major dalam bidang sains pertanian dan minor di bidang kemahiran hidup. Owhhh tidak pernah terfikir dalam hidup yang aku akan belajar sains pertanian. Oh, Ya Allah.. Aku dah dapat tawaran maka aku terima sahaja. Sampailah sekarang pengajian aku masih belum habis lagi. Masih berbaki 1 tahun lebih lagi.

Pernah satu ketika masa aku duduk dalam bas nak balik kampung aku terfikir masa kecik-kecik aku masuk pakaian beragam di sekolah tadika dan aku memakai baju ala-ala cikgu gitew... Fulamak macam ajaib je yang aku memang betul2 bakal jadi cikgu. Aura guru tu dah tertanam sejak kecil rupanya cuma aku je yang tak perasan dan menafikan. 

Dunia pendidikan hari ini banyak yang berubah dari masa ke semasa sampai aku takut nak bergelar guru akan datang. Budak-budak sekarang pun makin pandai aku risau nanti anak murid aku lagi pandai dari aku. Apa pun tugas seorang guru bukan ringan. Untuk membentuk manusia ada proses dia bukan sehari dunia mereka boleh berubah. Semuanya kena melalui banyak pengalaman pahit dan manis sebelum mereka menjadi insan yang dikehendaki dalam masyarakat, negara dan agama. 

SO, jawapan kepada persoalan di atas adalah aku ikhlas menjadi bakal pendidik di masa hadapan. Walau pada asalnya aku tidak bercadang menjadi guru, namun nak atau tidak tanggungjawab tersebut akan aku galas dalam tempoh beberapa tahun sahaja lagi. Doakan yang terbaik untuk diri ini yang mana bakal melangkah ke gerbang dunia pendidikan suatu masa nanti. 

Aku sangat suka gambar ni. Aku rasa sangat  bermotivasi bila tengok gambar ni. Nampak berdedikasi dan berkaliber. Harap-harap boleh diterjemahkan secara realiti.


BILA SAKIT HATI APA PERLU BUAT??

Pernah atau tidak anda semua berasa sakit hati atau berkecil hati dengan sesiapa pun? Mesti ada kan?? Tipu kalau tak ada. Rasanya semua orang pernah rasa kecil hati dan sakit hati tidak kira dengan kawan-kawan, jiran tetangga, saudara mara, mahupun orang yang tidak dikenali. Jadi bila anda lalui perkara sebegini apa yang sepatutnya anda semua lakukan??..

Di sini ada beberapa cadangan yang aku boleh kongsikan untuk sama-sama kita gunakan bila mana terasa sakit hati dengan seseorang :

1. Jangan pandang mukanya di kala hati tengah sakit. Makin dipandang nanti makin rasa nak marah.
2. Pergi jauh daripada tempat yang dia sedang berada. Cari seseorang yang lebih menyenangkan hati.
3. Mengadulah pada Allah supaya menyejukkan hati yang sedang marah.
4. Terus terang dengan orang yang berkenaan yang anda sedang berkebil hati dengannya.
5. Fikirkan dengan hati terbuka yang tidak semua orang sempurna.
6. Ingat ayat ni "orang yang menang adalah orang yang berjaya menahan nafsu amarahnya"
7. Banyakkan beristifar.
8. Elakkan menceritakan pada orang lain. Nanti dikira mengumpat dosa pulak. Lebih baik tulis pada diari dan buangkan kertas tu ke dalam tong sampah. Jangan buang merata-rata nanti mencemar alam sekitar.
9. Bersabarlah semampunya.
10. Jangan tengok perkara yang berkaitan dengan orang tersebut selagi dapat dielakkan sehinggalah hati rasa tenang dan sejuk.

Sebenarnya memang susah nak memujuk hati kita bila dah disakiti. Tapi ingatlah

"Kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya." (www.islamituindah.my)

Lidah adalah punca segalanya. Jadi peliharalah lidah kerana dengan lidah sahaja ia mampu menjerumuskan kita ke dalam neraka. Dengan lidah juga kita mampu menggapai syurga-NYA.

Saturday, December 01, 2012

Kenapa liat nak bangun pagi?

Bangun!! bangun!!
Suara begini amat biasa jika berada di rumah. SI ibu akan segera menjerit bila mana anaknya tidak bangun pagi. Makin naik berang bila solat subuh pun ditinggalkan begitu sahaja. Masalah liat bangun pagi memang biasa dialami oleh semua orang. Bukan senang nak terjaga di subuh-subuh hari tatkala bayu masih lagi dingin, matahari belum menjengah jendela. Aku sendiri tidak terkecuali dalam berdepan masalah ini.Perkara ini sering terjadi bila mana cuti sekolah bermula dan waktu tidak bekerja. Seboleh-bolehnya sepanjang hari tersebut adalah waktu untuk tidur semata-mata. Apa penyebab sebenarnya susah sangat nak bangun pagi ni??? Berikut antara yang dapat aku perhatikan kenapa  budak universiti  bangun lewat.

1. Layan movie tengah-tengah malam. Kadangkala pukul 4 pagi pun sanggup tak tidur lagi.
2. Berborak macam takde waktu siang. Banyak benda yang nak dibualkan.
3. Layan bola nak tahu siapa menang. Especially budak lelaki.
4. Keluar berjalan-jalan, shopping & balik lewat. Bila kaki dah penat tidurlah selama mana yang boleh.
5. 5 hari berdepan dengan kelas yang padat dan terpaksa bangun seawal mungkin, membuatkan diorang rasa hujung minggu waktu untuk bangun lewat.
6. Rasa tiada kerja penting nak dibuat di siang hari maka tidurlah jawabnya.
7. Kurang rasa tanggungjawab terhadap Allah. Semua orang mengaku Islam tapi tak ramai yang berupaya melaksanakan suruhan-Nya dengan sempurna.

Walau apapun keadaan kita, jika tiada halangan untuk bersolat subuh, adalah baik sekiranya bangun di awal pagi dan menunaikan solat terlebih dahulu. Kemudian nak sambung tidur sambunglah. Namun, sebaik-baiknya bangunlah terus sebab tak elok membuta hingga ke tengah hari. Tak sakit kepala ke tidur je?????... Lain orang lain ragam.


LinkWithin

Jom Tengok!