SMK MAMBAU Jalan Port Dikson, 70300 Seremban
Pada mulanya aku berharapan agar ditempatkan di Johor, negeriku. Sebelum keputusan penempatan keluar memang telah disenaraikan beberapa buah sekolah di Johor. Tetapi yang mengejutkan apabila keputusan rasmi keluar, rupa-rupanya tiada seorang pun ditempatkan di sana. Aku juga sedikit terkejut tetapi aku tak kisah pun ditempatkan di mana-mana. Perancangan ALLAH itu lebih baik. Aku berharapan agar aku mendapat kerjasama yang baik dengan pihak pentadbir, guru-guru, staf-staf sokongan dan pelajar-pelajar di sana.
Owh ya, aku tak keseorangan nanti kerana aku akan bersama-sama seorang rakanku, Aisyah yang akan turut sama berpraktikum di sekolah yang sama. Mudahlah urusan apabila ada teman bersama. Buat masa sekarang aku masih meninjau-ninjau sekolah tersebut melalui internet dan menimba pengalaman guru-guru yang pernah berpraktikum. Dengan harapan pengalaman yang mereka peroleh dapat aku jadikan panduan semasa menjalankan tanggungjawab sebagai guru pelatih kelak.
Untuk semua rakan yang bakal keluar berpraktikum pada tahun hadapan semoga kalian berjaya melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang diberi. Kerja dengan ikhlas pasti dibalas.
***With knowledge we serve!!
No comments:
Post a Comment