Sunday, December 08, 2013

Tangisannya mengamit rasa rindu

Sepi malam mengingatkan aku pada anakku yang kini mungkin sudah lena dalam dakapan nenek a.k.a "mak". Dalam telefun baru beberapa jam lepas dia mencari-cari memanggil-manggil "mama..,mama" sangkaannya aku berada di situ. Sedangkan aku hanya bercakap di dalam telefun semata-mata. Alahai sayu hati seorang ibu apabil terpaksa meninggalkan anak yang disayang yang dicinta untuk sementara atas tuntutan tanggungjawab lain yang harus dipikul dan dilaksana.

Beberapa minggu yang lepas, air mata ini selalunya dapat ditahan tanpa perlu menitiskan di depan putera tersayang. Tapi tangisannya yang diiringi deruan air mata dan panggilan manja "mama..mama" sambil menangis membuatkan aku bertambah pilu dan sayu. Aku turut memangis sambil memujuk dengan memberikan pelukan kasih sayang dan ciuman mesra di pipi. Namun masih sama. Tangisannya belum jua reda. Akhirnya aku nekadkan jua hati menyuruh suamiku membawa kereta dan membawanya pergi setelah menghantarku ke tempat pengajian kerana aku yakin dia akan meredakan tangisan sekiranya kenderaan sudah berlalu dan dapat menikmati panorama sepanjang jalan. 




Dialah satu-satunya permata, emas, intan dan segala-galanya buat aku.
Dialah yang membuatkan aku cekal, dan kuat berdepan bermacam masalah.
Dia jualah yang pembawa rezeki buat kami sekeluarga.

Mama LOVE YOU sayang!!

Untukmu Iwan :

"Mama sayang adik sepenuh hati mama. Mama berdoa kita sekeluarga dapat bersatu selepas mama tamat belajar dan selepas ayah tamatkan kontrak kerja di luar negara..I miss so much son.."

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Jom Tengok!