Sunday, March 24, 2013

DEMAM PENAT ATAU MERINDU??

As salam

Dalam keadaan lemah badan masih lg aku larat nak ngadap blog ni. Nak baring je mamanjang penat kot.. So, amik masa seketika untuk update yang aku rasakan perlu. Actually sekarang ni aku dilanda demam yg x brape nk dmam.. caner tuhh????????.. haa bdn bisa tapi nak kata badan panas x jugak la.. kadang2 je but badan still rasa lemah.. Sebelum ni memang banyak kerja ladang yang dibuat. Adakah penat berladang atau kerinduan sebenarnya?? Pada siapa? mestilah pada keluarga tersayang kan.... 

Tak aku nafikan bila menjelang seminggu atau nak masuk minggu ke 2 lepas akubalik dari rumah mesti aku akan selsema ke batuk ke demam ke,, & all of this gara-gara aku terlalu rindukan Iwan, anak kesayangan yg duduk berjauhan. Yang aku perhatikan bila sahaja aku balik rumah semua sakit ni tak ada pun. To be conclude, my son is actually a therapy for me... 

Bila mendengar suaranya terasa sangat rindu. Ingin tangan mencapai tapi tak kesampaian. Whatever pun bagi kat luar sana yang mengalami situasi yang sama berdoalah supaya Allah melindungi insan yang kita sayang. Hanya dia pelindung terbaik untuk kita. Tiada yang lain. 

p/s : tomorrow got a test for research study. x buat ulangkaji pun lagi, huhuhu bajet pandai betul la :-P,,,panjang benar notanya sampai aku ngadap pun mulut nak menguap je bukan otak nak menangkap... huh!,, ehhh jangan mengeluh..jangan mengeluh!! gambatteh kundasai eyka nehh,, yeahhh... 

Friday, March 22, 2013

Pengalaman Pertama Micro Teaching : Set induksi


Sebagai orang bakal guru, ilmu di dalam kuliah kaedah mengajar minor mahupun major amat penting dalam kerjaya. Ini kerana pengalaman yang ditimba melalui proses P&P yang dijalankan memberi peluang kepada bakal guru untuk menilai tahap kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri masing-masing. Setiap gerak geri dinilai dan dikaji secara keseluruhan berkenaan aspek yang perlu dilakukan penambahbaikan. Pengalaman pertama yang aku laksanakan dalam kelas anali kaedah mengajar begitu memberi satu impak besar dalam diri.

Dalam bahagian yang pertama, aku hanya perlu menyediakan set induksi untuk 5 minit sahaja. Seramai 10 orang rakan-rakan akan menjadi pelajar-pelajar atau anak murid. Manakala yang lainnya akan menilai dari pelbagai sudut. Tajuk yang aku dapat adalah berkenaan jenis dan fungsi penyambung paip. tengok tajuk macam senang tapi bila memikirkan set induksi yang sesuai agak mengambil masa 3 atau 4 hari jugak memikirkannya. Perkara pertama yang harus dibuat adalah, persediaan dari segi bahan mengajar. perkara apa yang nak diajar harus ada terlebih dahulu. Aku mencari terlebih dahulu gambar-gambar berkenaan penyambung paip dan aku print masukkan ke dalam sampul. Selain itu, aku gunakan gambar berupa slaid powerpoint menunjukkan gambar pengaliran air dari sungai ke loji kemudian dihantar ke kawasan tertentu. Aku mengarahkan "pelajar" mengaitkan apa yang ada dalam sampul dengan apa yang mereka lihat di slaid. ternyata mereka memberi reaksi positif.

Tapi satu perkara yang aku tak menyangka aku boleh berubah personaliti menjadi cikgu yang sangat garang. Hmm mungkinkah setelah keluar nanti aku akan kekal begitu atau aku perlu merubah personaliti menjadi guru yang suka senyum dan nampak manis sahaja di hadapan murid???... Bagi aku biarlah kita tegas dam kelembutan,,, 

Selalunya apa yang dapat aku perhatikan cikgu-cikgu yang garang lebih diingati oleh anak muridnya,, hmm 


Wednesday, March 20, 2013

Kutagih sentuhanMu

As salam,,,

Pernah x kalian semua berasa terlalu sibuk terlalu letih sehinggakan sesuatu amalan yang sudah menjadi kebiasaan terpaksa ditinggalkan gara-gara x larat nak melakukannya??.. Mesti pernahkan. Ada masa kita akan rasa lapang. Ada masa kita akan berasa seperti mahu kembali kepada masa dahulu yang terbuang tapi apakan daya semua telah terlambat. 

Semua ini berlaku pada diri aku untuk tahun ini. Kesibukan yang melanda dari masa ke semasa membuatkan aku sukar untuk fokus dalam menjalankan tugasan dengan baik. Bukan itu sahaja, aku juga kadangkala tak menyempat nak memegang al-quran dan mengalunkan isi di dalamnya.. Alangkah ruginya waktu itu dilepaskan begitu sahaja. Tapi aku manusia biasa yang kadangkala lemah pada godaan dunia. Bila penat terus tidur. Bila solat nak cepat sentiasa. Dalam diam zikir terlupa. Sewajarnya amalan wajib dilaksanakan dengan sempurna dan khusyuk. Amalan sunat dibiasakan dalam kehidupan. Biasalah syaitan akan terus menggoda manusia supaya berasa was-was, lemah semangat dan sebagainya. Apabila ada waktu terluang aku merenung kembali dalam diri akan kelemahan demi kelemahan yang semakin terserlah pada saat ini. Ingin sekali menangis dengan keadaan sekarang. Aku sudah memikul tanggungjawab agak berat dalam tempoh pengajian. Hanya orang yang memahami akan mengerti pengertian tanggungjawab sebagai ibu yang sentiada menginginkan anak di sisi selalu. Kadang-kadang fikiran bercelaru dan mengelamun memikirkan semua ini. Apa yang aku harap hanyalah sentuhan kasih dari Ilahi yang hadir dalam hati. Hanya itu ketenangan yang abadi selamanya. Semoga Allah memberkati dan melindungi insan-insan yang aku sayangi.

Sunday, March 17, 2013

FORD SUAMIKU BUAT HAL

As salam semua

Aduhai rindunya aku kat blog ni, tapi x menyempat nak update benda2 latest. Anyway sekarang kuliah dah masuk minggu kelima, menandakan dah x lama ujian 1 bakal menyusul. Tapi bukan itu point aku untuk entry kali ni. Aku just nak share benda yang jadi pada aku tadi petang.

Macam biasa pukul 2.30 aku akan keluar dari rumah untuk balik KL. Aku balik kampung masa hari jumaat. So, ahad ni aku balik la semula ke kolej. Tapi dalam perjalanan menuju pekan lebih kurang jam 2.45 kereta Ford yang aku naiki tiba-tiba enjin main slow & mati terus. Dua kali kereta tu mati tepi jalan. Dan untuk yang kali kedua terus tak boleh start dah enjin kereta. tiket aku pukul 2.30 tapi bas selalu datang dalam 3.15 camtu la.. Dalam hati aku sempat ke tidak aku nak tiba ke pekan ni. Mahu tak balik ke KL kalau x sampai. Dalam hujan lebat, aku kasihan dengan mak terus keluar kereta & menahan kereta kancil yang lalu. Mak meminta tolong untuk menghantarkan aku ke tempat menunggu bas. Mak berpesan akan menyusul jika kereta sudah elok semula. Mujur orang tu mulia hati tolong hantar. Sempatlah aku bersalam dengan abah, mak dan meninggalkan secebis ciuman tanda ingatan buat putera tersayang.. Aku tak sangka dalam hujan lebat dengan kereta buat hal di saat aku dah nak balik. Selalunya mak abah & anak aku akan tunggu sampai aku naik bas. Tapi kali ni tidak aku menunggu seorang diri. Dalam ketika aku menunggu tiba-tiba aku dapati kereta Ford yang aku naiki tadi berhenti di tempat aku menunggu. Dalam hatiku, alhamdulillah dah elok.

Aku terus mencapai payung menuju kereta. Hajatku cuma 1 untuk lihat anakku sekali lagi. Aku berasa lega setelah dapat mencium pipinya sebelum bergerak ke KL. Hati ibu mana tak sedih nak tinggalkan anak. Tapi demi masa depan aku gagahkan juga. Walaupun tempoh masa aku berjumpa dengannya amat singkat tapi aku bersyukur anakku masih mengenali aku sebagai ibunya dan sangat manja bila berada denganku. Penat macam mana sekalipun melayan kerenahnya, aku tak pun sekali-kali akan memukul apatah menjentik. Bagi aku setiap waktu dengannya sangat berharga yang mana aku perlu memberinya sepenuh kasih sayang, ciuman, pelukan dan belaian penuh manja agar dia berasa cukup disayangi.

Satu kenangannya dengannya yang aku tak dapat lupakan bila mana dia menyambut ketibaan aku dengan tepuk tangan masa aku tiba sahaja di kereta setelah turun dari bas.

I LOVE U Rizwan, my cutest son!!!!!

Sunday, February 17, 2013

Hari Pertama Semester 6

Syukur dipanjatkan kepada Allah atas rezeki dan dipanjangkan umur untuk terus berada di bumi ini. Bernafas seperti insan lain. Juga masih mampu untuk menyambung pengajian masuk ke semester 6. Hari ini hari pertama kuliah. Ada cerita menarik untuk dikongsi bersama...

Ceritanya begini, kelas bermula jam 10 pagi. Seperti biasa siap sedia sebelum pensyarah masuk. Kejutan pertama pensyarah yang mengajar adalah pensyarah yang pernah mengajar aku semester 1 subjek Pendidikan Teknik vokasional. Tak tahu pula dia akan mengajar semula. Then kejutan kedua, dia beritahu ada 54 orang yang berdaftar subjek dia STE3102 dan sorang sahaja daftar STE4100. Mulanya aku diam. Aku belek jadualku semula. ternyata akulah orang yang dimaksudkan 'sorang' itu tadi.. Aiyarkkk!!! Why la aku sorang je yg silap kod. Lecturer bgtau subjek tetap sama kod sahaja berbeza. But aku x puas hati. Lpas kelas aku check struktur kurikulum overall memerlukan aku untuk berada pada STE3102 makanya aku gugurkan subjek ste4100. tppiiiiiii GAGAL!!!.. haishhh sistem buat hal pulak, x ckup kat fakulti. aku try kat bilik. ntah berapa puluh kali aku try baru la dapat. Last2 selesai jugak. Alhamdulilah.

Kelas petang cancel, maka aku pergi Serdang atau most of UPM student panggil dia flat ikan. X tau la kenapa dapat panggilan camtu. Aku ke sana nak cari sandal tapi xde yang lawa la pulak. em dah la sandal aku tertinggal kat kereta masa mak anta aku. Nak pakai heels hari-hari ke kuliah mau sakit kaki. Aduyai.. So, aku buat keputusan untuk keluar hari Rabu atau balik rumah minggu ni.. xtau lagi plan macam mana. tengok keadaan. 

Overall hari first xde masalah sangat. But aku dah membayangkan perjalanan sem ni will be so busy like before. Tak mahu dah joli sana sini. Fokus adalah keutamaan.. Ok salam sayang.

Saturday, February 16, 2013

Kembalikannya semula

Salam sayang...

Hari berganti hari kini aku kembali lagi. Pengajian aku sudah menginjak ke semester 6. Pejam celik pejam celik begitu cepat masa berlalu. Aku tak tahu kenapa untuk menghadapi semester 6 ni terasa gementar, cemas dan perasaan bercampur baur. Kerisauan terhadap 'sesuatu' sering mengganggu fikiran aku. Aku cuba untuk tenang dan sabar dengan situasi yang berlaku. Aku pohon pada-Nya agar saat dan hari yang mendatang tiada lagi gangguan demi gangguan yang aku alami dan mampu berada seperti sedia kala. Kehidupan yang menagih diri memikul dan melaksanakan tanggungjawab menggerakkan aku supaya sentiasa bersedia dan cekap dalam mengurus masa. Lama untuk aku mengadaptasi dengan status dan situasi baru. Kini sudah 6 bulan aku bergelar seorang ibu dan setahun 6 bulan aku bergelar isteri. Syukur semakin lama Allah semakin murahkan rezeki kami. Namun kerisauan terhadap pengajianku juga semakin memuncak. Aku perlu melakukan satu gelombang transformasi yang lebih dahsyat dari tsunami. Semuanya membutuhkan komitmen yang sangat tinggi untuk merealisasi impian yang dihajati. Benar. Hidup tak selalu indah tapi keindahan sentiasa ada dalam kehidupan. Hanya kita perlu mencari dan terus mencari. Semoga azam yang aku hajati untuk menggenggam ijazah dengan kepujian kelas pertama terlaksana semula. Ya Allah kembalikan semula semangatku.. Kembalikannya semula padaku. Hanya engkau Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Amin.

Saturday, January 05, 2013

debaranku..

Agak-agak apa yang berdebar-debar??? nak dapat duit banyak? rumah banglo? keta mewah?? ke dapat anak???ekeke.. semua salah..

sebab.....................................................



Aku dah lama tak jumpa hubby, esok bakal pertemuan antara aku ngan hubby tersayang yg baru sahaja balik dr oversea, lama tau dekat 2 bulan. Walaupun aku tahu ada yg pernah  berjauhan lagi lama dgn hubby masing2.. Kali ni happy tak terkira, macam mana rupa dia sekarang. yelah kalau duduk dekat isteri boleh jaga makan, pakai suami. Bila berjauhan lain pulak ceritanya.. Tambah2 esok hubby datang bawak bby sulung kami. memang gembira tahap cipanzeeeee!!! Huahuahua... ok2 control ayu.. ehemmmm..

Baiklah, debaran kedua aku nak mengadap 3 lagi paper yang 'TAFF" giler tuk sem ni. Aku tak tahu mampu skor yang terbaik atau idak..susah woOOO~~

rasanya tu je kottt...

Anyway tak sabar nak cuti sem, dgr kabar hubby nk bawak jejalan pi Teluk Cempedak n Cherating Beach resort.. lagi la tak menyabar hati ni.. kaki ni kalau boleh nak berlari je keliling padang..haha

Apapun must visit mother in law dulu yang tengah tak berapa sihat. orang tua adalah keutamaan kami sebelum yang lain2.. Ok guys.. salam sejuta impian (tak pernah lagi aku guna ayat ni..cam bez lak)

LinkWithin

Jom Tengok!