Sunday, March 17, 2013

FORD SUAMIKU BUAT HAL

As salam semua

Aduhai rindunya aku kat blog ni, tapi x menyempat nak update benda2 latest. Anyway sekarang kuliah dah masuk minggu kelima, menandakan dah x lama ujian 1 bakal menyusul. Tapi bukan itu point aku untuk entry kali ni. Aku just nak share benda yang jadi pada aku tadi petang.

Macam biasa pukul 2.30 aku akan keluar dari rumah untuk balik KL. Aku balik kampung masa hari jumaat. So, ahad ni aku balik la semula ke kolej. Tapi dalam perjalanan menuju pekan lebih kurang jam 2.45 kereta Ford yang aku naiki tiba-tiba enjin main slow & mati terus. Dua kali kereta tu mati tepi jalan. Dan untuk yang kali kedua terus tak boleh start dah enjin kereta. tiket aku pukul 2.30 tapi bas selalu datang dalam 3.15 camtu la.. Dalam hati aku sempat ke tidak aku nak tiba ke pekan ni. Mahu tak balik ke KL kalau x sampai. Dalam hujan lebat, aku kasihan dengan mak terus keluar kereta & menahan kereta kancil yang lalu. Mak meminta tolong untuk menghantarkan aku ke tempat menunggu bas. Mak berpesan akan menyusul jika kereta sudah elok semula. Mujur orang tu mulia hati tolong hantar. Sempatlah aku bersalam dengan abah, mak dan meninggalkan secebis ciuman tanda ingatan buat putera tersayang.. Aku tak sangka dalam hujan lebat dengan kereta buat hal di saat aku dah nak balik. Selalunya mak abah & anak aku akan tunggu sampai aku naik bas. Tapi kali ni tidak aku menunggu seorang diri. Dalam ketika aku menunggu tiba-tiba aku dapati kereta Ford yang aku naiki tadi berhenti di tempat aku menunggu. Dalam hatiku, alhamdulillah dah elok.

Aku terus mencapai payung menuju kereta. Hajatku cuma 1 untuk lihat anakku sekali lagi. Aku berasa lega setelah dapat mencium pipinya sebelum bergerak ke KL. Hati ibu mana tak sedih nak tinggalkan anak. Tapi demi masa depan aku gagahkan juga. Walaupun tempoh masa aku berjumpa dengannya amat singkat tapi aku bersyukur anakku masih mengenali aku sebagai ibunya dan sangat manja bila berada denganku. Penat macam mana sekalipun melayan kerenahnya, aku tak pun sekali-kali akan memukul apatah menjentik. Bagi aku setiap waktu dengannya sangat berharga yang mana aku perlu memberinya sepenuh kasih sayang, ciuman, pelukan dan belaian penuh manja agar dia berasa cukup disayangi.

Satu kenangannya dengannya yang aku tak dapat lupakan bila mana dia menyambut ketibaan aku dengan tepuk tangan masa aku tiba sahaja di kereta setelah turun dari bas.

I LOVE U Rizwan, my cutest son!!!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Jom Tengok!