Friday, March 22, 2013

Pengalaman Pertama Micro Teaching : Set induksi


Sebagai orang bakal guru, ilmu di dalam kuliah kaedah mengajar minor mahupun major amat penting dalam kerjaya. Ini kerana pengalaman yang ditimba melalui proses P&P yang dijalankan memberi peluang kepada bakal guru untuk menilai tahap kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri masing-masing. Setiap gerak geri dinilai dan dikaji secara keseluruhan berkenaan aspek yang perlu dilakukan penambahbaikan. Pengalaman pertama yang aku laksanakan dalam kelas anali kaedah mengajar begitu memberi satu impak besar dalam diri.

Dalam bahagian yang pertama, aku hanya perlu menyediakan set induksi untuk 5 minit sahaja. Seramai 10 orang rakan-rakan akan menjadi pelajar-pelajar atau anak murid. Manakala yang lainnya akan menilai dari pelbagai sudut. Tajuk yang aku dapat adalah berkenaan jenis dan fungsi penyambung paip. tengok tajuk macam senang tapi bila memikirkan set induksi yang sesuai agak mengambil masa 3 atau 4 hari jugak memikirkannya. Perkara pertama yang harus dibuat adalah, persediaan dari segi bahan mengajar. perkara apa yang nak diajar harus ada terlebih dahulu. Aku mencari terlebih dahulu gambar-gambar berkenaan penyambung paip dan aku print masukkan ke dalam sampul. Selain itu, aku gunakan gambar berupa slaid powerpoint menunjukkan gambar pengaliran air dari sungai ke loji kemudian dihantar ke kawasan tertentu. Aku mengarahkan "pelajar" mengaitkan apa yang ada dalam sampul dengan apa yang mereka lihat di slaid. ternyata mereka memberi reaksi positif.

Tapi satu perkara yang aku tak menyangka aku boleh berubah personaliti menjadi cikgu yang sangat garang. Hmm mungkinkah setelah keluar nanti aku akan kekal begitu atau aku perlu merubah personaliti menjadi guru yang suka senyum dan nampak manis sahaja di hadapan murid???... Bagi aku biarlah kita tegas dam kelembutan,,, 

Selalunya apa yang dapat aku perhatikan cikgu-cikgu yang garang lebih diingati oleh anak muridnya,, hmm 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Jom Tengok!