Syukur dipanjatkan kepada Allah atas rezeki dan dipanjangkan umur untuk terus berada di bumi ini. Bernafas seperti insan lain. Juga masih mampu untuk menyambung pengajian masuk ke semester 6. Hari ini hari pertama kuliah. Ada cerita menarik untuk dikongsi bersama...
Ceritanya begini, kelas bermula jam 10 pagi. Seperti biasa siap sedia sebelum pensyarah masuk. Kejutan pertama pensyarah yang mengajar adalah pensyarah yang pernah mengajar aku semester 1 subjek Pendidikan Teknik vokasional. Tak tahu pula dia akan mengajar semula. Then kejutan kedua, dia beritahu ada 54 orang yang berdaftar subjek dia STE3102 dan sorang sahaja daftar STE4100. Mulanya aku diam. Aku belek jadualku semula. ternyata akulah orang yang dimaksudkan 'sorang' itu tadi.. Aiyarkkk!!! Why la aku sorang je yg silap kod. Lecturer bgtau subjek tetap sama kod sahaja berbeza. But aku x puas hati. Lpas kelas aku check struktur kurikulum overall memerlukan aku untuk berada pada STE3102 makanya aku gugurkan subjek ste4100. tppiiiiiii GAGAL!!!.. haishhh sistem buat hal pulak, x ckup kat fakulti. aku try kat bilik. ntah berapa puluh kali aku try baru la dapat. Last2 selesai jugak. Alhamdulilah.
Kelas petang cancel, maka aku pergi Serdang atau most of UPM student panggil dia flat ikan. X tau la kenapa dapat panggilan camtu. Aku ke sana nak cari sandal tapi xde yang lawa la pulak. em dah la sandal aku tertinggal kat kereta masa mak anta aku. Nak pakai heels hari-hari ke kuliah mau sakit kaki. Aduyai.. So, aku buat keputusan untuk keluar hari Rabu atau balik rumah minggu ni.. xtau lagi plan macam mana. tengok keadaan.
Overall hari first xde masalah sangat. But aku dah membayangkan perjalanan sem ni will be so busy like before. Tak mahu dah joli sana sini. Fokus adalah keutamaan.. Ok salam sayang.
No comments:
Post a Comment