Wednesday, March 20, 2013

Kutagih sentuhanMu

As salam,,,

Pernah x kalian semua berasa terlalu sibuk terlalu letih sehinggakan sesuatu amalan yang sudah menjadi kebiasaan terpaksa ditinggalkan gara-gara x larat nak melakukannya??.. Mesti pernahkan. Ada masa kita akan rasa lapang. Ada masa kita akan berasa seperti mahu kembali kepada masa dahulu yang terbuang tapi apakan daya semua telah terlambat. 

Semua ini berlaku pada diri aku untuk tahun ini. Kesibukan yang melanda dari masa ke semasa membuatkan aku sukar untuk fokus dalam menjalankan tugasan dengan baik. Bukan itu sahaja, aku juga kadangkala tak menyempat nak memegang al-quran dan mengalunkan isi di dalamnya.. Alangkah ruginya waktu itu dilepaskan begitu sahaja. Tapi aku manusia biasa yang kadangkala lemah pada godaan dunia. Bila penat terus tidur. Bila solat nak cepat sentiasa. Dalam diam zikir terlupa. Sewajarnya amalan wajib dilaksanakan dengan sempurna dan khusyuk. Amalan sunat dibiasakan dalam kehidupan. Biasalah syaitan akan terus menggoda manusia supaya berasa was-was, lemah semangat dan sebagainya. Apabila ada waktu terluang aku merenung kembali dalam diri akan kelemahan demi kelemahan yang semakin terserlah pada saat ini. Ingin sekali menangis dengan keadaan sekarang. Aku sudah memikul tanggungjawab agak berat dalam tempoh pengajian. Hanya orang yang memahami akan mengerti pengertian tanggungjawab sebagai ibu yang sentiada menginginkan anak di sisi selalu. Kadang-kadang fikiran bercelaru dan mengelamun memikirkan semua ini. Apa yang aku harap hanyalah sentuhan kasih dari Ilahi yang hadir dalam hati. Hanya itu ketenangan yang abadi selamanya. Semoga Allah memberkati dan melindungi insan-insan yang aku sayangi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Jom Tengok!