Wednesday, May 22, 2013

DOAKU MENGIRINGI PERJALANANMU....


Terasa cepat sekali masa berlalu, rasanya baru sahaja minggu lepas aku berjumpa dengan suami tersayang. Kepulangan yang amat dinanti selama 3 bulan lebih dan boleh dikatakan hampir 4 bulan lamanya kami tidak berjumpa, sudah menjadi kenyataan. Tidak sampai 2 minggu dia berada di Malaysia menghabiskan masa bersama keluarga. Malam ini penerbangannya sudah berlepas. Sayang sekali aku tidak dapat menghantarnya menaiki teksi ke Singapura. Selalunya apabila hendak balik ke Australia, aku akan menghantarnya dari Batu Pahat ke Johor Bahru dan kemudian teksi di bawah company di Malaysia akan mengambilnya untuk menaiki penerbangan di Singapura. Tetapi kali ini hanya anak sulung, putera kesayangan yang mengiringi pemergiannya ke sana. Aku tahu sayu di hatinya untuk melangkah pergi tapi demi tugasan dan tanggungjawab yang belum selesai digagahkan jua kaki melangkah. Berkali-kali disuarakan kesedihan dan kesayuan hati, badan terasa berat hendak pergi. Aku di sini tak tahu bagaimana nak menggambarkan perasaan tu. 

Putera kesayangan : Khairul Rizwan
Sepanjang dia berada di Malaysia sempat 
menghabiskan masa dengan bercuti di Teluk cempedak bersama keluarga kedua-dua belah pihak, mengadakan kenduri doa selamat, dan menghantarku ke kuliah saban waktu berada di Selangor. 

Aku berusaha untuk terus kuat, kuat dan kuat menghadapi semua ini. Semoga perpisahan sementara antara kami akan mengeratkan lagi hubungan antara kami. Cuma yang aku fikir dan kasihan adalah anakku yang baru sahaja hendak bermanja dan rapat bersama ayahnya, tiba-tiba dalam beberapa hari sahaja wajahnya dan jasadnya sudah berada jauh darinya. Yang kedengaran hanyalah suaranya di corong telefon. Bersabarlah anak mama. Semua ini hanya sementara. Allah menguji keluarga kami dengan perpisahan sementara ini. Semoga pada masa akan datang, akan ada waktu untuk kami bertaut kembali di bawah satu bumbung yang sama. Pasti ada sesuatu yang dijanjikan Allah untuk kami tetapi dengan syarat kami harus melalui ujiannya yang kadangkala x mampu untuk dipikul oleh hamba-Nya yang lemah semangatnya ini. 

Akhir kata, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju, doa isteri sentiasa mengiringimu ke mana pun  kau pergi.... 

Tuesday, May 07, 2013

Detektif ohh detektif

apa tugas detektif? mestilah menyiasatkan?.. Menyiasat apa? jenayah? kes curi? samun? merogol? membunuh? whatever jawapan kepada persoalan ini, hakikatnya aku bukanlah seorang detektif...aku hanyalah insan biasa yang tak punya apa2, hanya punya sekeping hati yang kering sekering ikan masin..hahaha melalok sudah aku nihh..  After this i will become a researcher!!.. u know what researcher is???.. don't 'geleng-geleng' kepala haa.. wat2 x tau.. tapi mana yang tak tahu tu memang dimaafkan.. Anyway kalau dah nama belajar di universiti then tak buat penyelidikan memang tak sah la. Nama pun belajar dekat universiti penyelidikan. Mana lagi kalau bukan UPM yang telah diiktiraf oleh Jemaah Menteri pada 11 oktober 2006 sebagai salah sebuah universiti penyelidikan. Ada 4 buah lagi universiti yang diiktiraf kalau tak silap aku UM, UKM, USM dan UTM.. congrats2.. bangga aku sebagai salah seorang warga universiti ni yang tertubuh sejak 1931.. huhuhu penuh fakta entry aku kali ni.. macam nak buat asignmen.. 

Anyway that's not the point. Actually i just want to tell people that i have start my final year project for this semester. That project will be continue until next semester. Means that it takes 2 semester to be done. It will start with the Proposal which just include 3 chapter only. Just now, i already show my research title to the supervisor. First, i think she will agree with my choice to fullfill the task just in faculty butttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt... oh no!! she ask me to done it in school.. teng.. tengg.. tenggg.. Get ready for brainstorming!!.. i'm not interested at first when she ask me to do that. But then, when i think back it's good to enhance my communication, social relation and give me more experience then others.. see????.. Yes, I will do it!!.... There are more benefits for me.. 

Tiba-tiba teringat ayat yang menjadi prinsip hidup aku selama ni, "BUANG RASA TAKUT SUPAYA KITA TIDAK MERASA LEMAH DAN BAIKI KELEMAHAN SUPAYA KITA TIDAK MERASA TAKUT"....

Jangan pernah mengalah dan berputus asa... Setiap kesusahan akan dijanjikan kesenangan di akhirnya asalkan kita terus berusaha, berdoa dan bertawakal memohon yang terbaik dari ALLAH S.W.T....


Monday, April 29, 2013

KAWANKU KEMALANGAN

Pagi tadi baru sahaja sampai ke kelas sorang membe memberitahu ada membe yang eksiden motor kne langgar kereta... Terkejut! Sentap kejap!.. ok ke tak kawan aku????... Disebabkan waktu tu masih waktu kelas dan takde transport pun nk tgk so biarkan saje dulu. Lagi pun yang kemalangan tu kawan 1 floor dengan aku. Balik je dari ladang, siap-siap mandi, makan semua aku terus pergi bilik dia. Actually aku nak ambil buku aku yang ada pada dia. So, alang-alang aku melawat la sekali. Kawan aku sorang ni lawa orangnya, putih.. kesian lak dah luka sana sini..Turun saham mek oi...  Luka semua sebelah kanan dekat lutut, siku dan bahagian pergelangan dan jari sikit termasuk lebam-lebam kat beberapa bahagian. Yang lagi sorang menurut derita dia not bad la... just jari-jari kaki terluka dan sikit dekat muka sebab pakai helmet tak ikat betul-betul. Kalau ikat betul-betul mungkin tak luka la muka tu pada pendapat aku. Tapi one thing yang aku sangat suka dari cerita dia, pemandu kereta @ perempuan yang langgar @ student master tu ikut hantar pergi Pusat Kesihatan Universiti dan siap bagi duit untuk repair motor RM400.. Nasib baik dia tak langgar lari je.. So, boleh dikira bertanggungjawab la dan ambil berat atas kesilapan yang dia dah buat. 

Apepun berhati-hati la bila u olls semua memandu di mana-mana sahaja. Malang ni tak berbau. Mujur takde yang patah atau kehilangan nyawa. Patuhi peraturan jalan raya dan PALING PENTING berdoalah sebelum memulakan perjalanan supaya perjalanan anda selamat hendaknya.

p/s : Teringat pula aku dulu pun pernah eksiden dengan akak sulung. Yang tu motor langgar kitaorang dari belakang. Tapi yang langgar tu lebih terus sebab rahang diorang patah sampaikan darah yang keluar dah macam paip dari mulut. Akak aku pengsan. Aku terpelanting ke seberang jalan but nasib baik takde luka-luka semua or patah-patah just efek pada kepala jadi mudah lupa, mudah sakit dan kalau sakit kuat dia berdenyut. Dipicit pun x hilang. Mujur semua tu dah hilang. Alhamdulillah.

JUMPA BEKAS CIKGU ENGLISH vs SILAP BURGER

Lepas kelas akaun pukul 6.50 petang aku dan kawan-kawan terus ke flat ikan atau serdang kecil untuk beli makanan. Macam biasa  rutin kitaorang setiap petang isnin mesti beli makanan dulu sebab kelas sampai pukul 10 malam. Penat tau. Sempat beli mee goreng mamak and burger daging special (ada cerita pasal burger ni tapi nanti jap). Dah tu balik dalam pukul 7.30 tunggu mamak and abg burger tu tung tang tung tang siap masak makanan kitaorang. So, sampai je kat surau amik sembahyang, solat semua... Tiba-tiba aku macam pernah nampak orang ni. Tapi sebelum ni pun aku dah nampak cuma x berani tegur je. Masa tu aku rasa nak tegur tapi takut silap orang so, aku fikir2 nak keluar sama-sama. So, aku buat2 lah betulkan tudung sementara menunggu orang tersebut siap berbedak and pakai tudung dia. Masa kat pintu :

Aku : Pn Darina???
Cikgu : Ya, saya.. Kenal saya?
Aku : Cikgu pernah menagjar di TIGS kan?
Cikgu : Ya saya mengajar dulu. Saya pernah nampak muka awak
Aku : Cikgu tak mengajar kelas saya cuma ada pernah beberapa kali masuk kelas
Cikgu : Eh, saya pernah mengajar lah. Saya mengajar tuisyen pelajar asrama.
Aku : Owh yaa.. (actually aku xbpe ingat sape ngajo tuisyen dlu.. aiseyyyy sori cikgu..)
Cikgu : Awak ambil apa kat sini?
Aku : Saya amik ijazah pendidikan sains pertanian. Cikgu sambung belajar?
Cikgu : Saya memang student UPM pun dulu. Saya sambung master. Tgk dah lepas 10 tahun baru sambung.
Aku : Owh yeke. Xpela.
Cikgu : Lepas ni awak buat apa? Habis bila? Sambung master?
Aku : Insyaallah... doakan
Cikgu : Ok, semoga berjaya.

Selepas conversation yang agak singkat masing-masing beredar. Korang tau aku rasa macam bersemangat bila dapat tahu cikgu yang pernah mengajar aku duduk dalam 1 universiti sama fakulti pulak tu. Aku rasa semangat yang hilang muncul kembali. Terima kasih Ya Allah kerana mempertemukan aku dengan bekas guruku sekaligus dapat meningkatkan motivasi aku untuk terus belajar dan tidak berputus asa.

Haaa,  ni nak citer pulak pasal burger yang aku beli tadi. Rupa-rupanya bila aku dah balik bilik and tengok burger tu bukan burger aku tapi kawan aku. Aku dah agak yang tukang buat burger silap bagi. Aku order burger special. Yang order burger special aku sorang je yang lain order daging cheese. So memang totally diffrerentkan. Yang satu ada telur and yang lain x ada telur. Aku pandang dari awal sampai dia bungkus and tiba-tiba bungkusan tu pada kawan aku. Aku ni pun bangang jugak ler x tanya or try bukak burger tu. So silaplah kawa aku makan aku punya and aku makan dia punya. Ingatkan dapat tukar tapi mcg punya mcg dia pun dah selamat sampai perut..hahahaha... bedal sajerr...

K, da malam.. aku penat.. assalamualaikum w.b.t


Monday, April 22, 2013

AKU JADI "PROMOTER"

Nak gelak rasanya bila nak buat entry ni, sebab apa korang nak tau??? teng..teng..teng...saspen x? saspen x?
Actually this week, ermm not this week la but starting from last week ayam yang aku pelihara, owh aku tak citer pun ea sebelum ni aku ada buat projek ternakan ayam organik maksudnya ayam tanpa suntikan la. And now ayam tu semua dah besar-besar belaka. Tadi dalam pukul 10 lebih aku dan membe-membe pergi promote ayam-ayam kat kawasan perumahan staf, kat area fakulti. Kitaorg terjah je pejabat timbalan dekan, bilik-bilik pensyarah semua tu..haha.. Alhamdulilah dapat jugak sambutan dari diorang. Ada support from them.. thanks sesgt pd yang order tu.. Banyak pengalaman aku dapat masa jadi promoter ni. Masa aku gi kat tadika, ada baby sorang ni didukung oleh staf kat situ, sempat aku dukung budak tu. Umur lebih kurang anak aku je 9 bulan but anak aku bru 8 bulan. Tapi yang peliknya budak ni kurang aktif, merangkak pun tak pandai lagi. Anak aku dah nak belajar berdiri dah. Jarang dilatih mungkin. Atau budak tu yang malas nak belajar,,, huhuhu... Dah tu kitaorang ni pakai tshirt and tracksuit je gi amik order ayam. As university student, biasalah pakaian kena kemas. But on that time ktaorg bru je lepas kelas ladang jadi go on terus je. Ada yang pandang atas bawah..haha.. pelik ye kak??? watever la.. yang penting ayam-ayam ktaorang terjual. ketepikan itu semua.. Dah macam penternak berjaya aku rasa time tu.. Orang pergi pejabat buat urusan rasmi tapi kami pergi untuk jual ayam.. tak ke kelakar???..hahahaha... 

Apepun malam ni kena rush sembelih 30 ekor and kalau order yang 50 ekor dr sorang customer tu jadi makanya 80 ekor la kena sembelih. Hamekk ko,,, lenguh lutut cheq ni haaaa berdiri lama2.. Perhimpunan pun x lama gini. 1 jam je masa zaman sekolah tapi ni mungkin dekat 3 jam. Walau bagaimanapun aku bersyukur x sembelih ayam around 3 pagi. Sebab ada group yang buat masa masing-masing tengah membuta.. Yuhuuu... Chayok la... K la babai.. 

p/s : Nak order ayam x??? (sempat lagik,, >_< hik,hik,hik )

Thursday, April 18, 2013

Bestnya Melancong!!,,, Jeles i..

Urm sana sini duk dengar orang tu pergi Paris, orang ni pergi Thailand, orang sana pergi London n bla..bla..bla..Mesti seronokkan berjalan dan melihat negara orang. Tambah-tambah negara 4 musim yang tiada kat Malaysia yang serba serbi indah ni. Bagi aku walaupun Malaysia ni tak habis pun pusing lagi tapi niat dan keinginan hati nak berjalan ke luar sana amatlah tinggi. 

Jeles sekali ye ngan cik hubby yang dah habis merata negara dia pergi baik London, Nigeria, Filipina, Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam, Australia, dan mana lagi negara ntah dia dah pergi. And now dia masih bermastautin di Australia meninggalkan kami anak beranak kerana urusan kerja yang belum habis kontrak lagi. Memang kalau diikutkan nak bawa aku dan putra aku yang comel2 tu pergi sana tapi memandangkan tempat tinggal dia amat jauh sedikit dari bandar dan mungkin tiada masa untuk membawa aku berjalan-jalan maka disimpan je dulu hasrat tu. 

Buat masa ni ramai membe-membe yang ada study kat oversea. Di India, Egypt, London dan adala lagi yang aku tak tau mungkin. Untung mereka ada rezeki nak ke sana. Apa la nasib takde rezeki nak berjalan atau melancong. Seronok duk tengok cerita Istanbul aku datang. Korang tengok tak???... hehehe seronok kan?... urm yang belum tengok pi tengok...

Kalau ditanya mana tempat aku nak pergi first sekali mesti negara penuh dengan romantik de amore, apa lagi kalau bukan Paris..yanga da menara Eiffel tu.. n kat situ berjiwang-jiwang bagai.. tak ke seronok camtuh,, yang tak seronok tu orang takde jiwa..haha jangan marah.. Second, aku nak pergi Belanda. Tak kisah lah negara tu pernah menjajah Tanah Melayu suatu ketika dulu tapi yang menarik kat sana adalah tempat tanaman bunga tulip terbesar dengan ada kincir angin yang nyata takde kat Malaysia.  Ketiganya, mestilah London, sebab nak merasa salji...wuhuu~~~,,,,, 

Doa-doalah dapat merasa ke sana....aminnnnn

Tuesday, April 16, 2013

Kenapa Ada Ramai Yang Ambil Mudah Penjagaan Ketika Berpantang?

Buat ibu-ibu di luar sana, mommy to to be, yg bakal berkahwin, yang masih anak dara, yang dah kahwin and bakal ada anak dan yang seumpama dengannya. Pernahkah korang ambil berat berkenaan penjagaan sewaktu berpantang??? I mean berpantang selepas bersalin. Kalau ikut adat orang Melayu especially yang biasa duduk dengan family kat kampung, penjagaan selepas bersalin amat dititik beratkan. Ini bagi memastikan kesihatan si ibu terjamin dari awal tempoh selepas bersalin sehinggalah ke hujung usia. Mereka yang menjaga kesihatan dengan mengikut tatatertib yang betul sewaktu berpantang dapat membantu mengekalkan kesihatan luaran mahupun dalaman. Saya katakan begini kerana berdasarkan pemerhatian saya terhadap masyarakat sekarang masih ada yang mengambil remeh akan hal ini. Walaupun umur saya agak muda dan baru berpengalaman bersalin anak satu tapi tak bermakna saya tidak tahu serba serbi dunia perbidanan dan penjagaan wanita selepas bersalin. Saya tak bersalin pun saya tetap akan menambah ilmu dari semasa ke semasa dan saya akan pastikan sumber yang saya perolehi itu boleh dipercayai dan datang dari mereka yang bertauliah. Baiklah, untuk entry kali ni saya nk kongsikan kenapa masih ada ramai yang ambil mudah penjagaan ketika berpantang. Antaranya

  • Tak dapat tahan nafsu. Nafsu ni bermacam-macam jenis. Yang aku maksudkan adalah nafsu makan dan nafsu untuk 'bersama' suami. Masa kita berpantang banyak jenis makanan mahupun minuman yang amat dilarang untuk kita mengambilnya. Jika diri sendiri tidak dapat menahan untuk tidak mengambil makanan dan minuman terlarang tersebut akan menyebabkan gejala yang tidak diingini.

  • Kekurangan ilmu. Ada sesetengah mereka malas untuk menimba ilmu tentang penjagaan daripada mereka yang berpengalaman. Jika tiada sekalipun mereka boleh membuat rujukan di internet untuk mendapatkan maklumat yang perlu. Tanpa ilmu yang cukup tidak mustahil mereka akan hidup dan melakukan amalan-amalan yang tidak sewajarnya dibuat dalam tempoh selepas bersalin.

  • Tiada orang lama untuk dijadikan tempat rujukan. Kebiasaannya bagi mereka yang duduk rumah sendiri dan hanya ditemani suami yang juga kekurangan ilmu untuk menjaga wanita selepas bersalin. Amatlah malang jika sekiranya ada mak atau mak mertua yang mereka sendiri pun tidak mengamalkan penjagaan yang rapi dan ketat sewaktu berpantang. justeru apabila turn anak atau menantu mereka akan menjaga seperti mana cara mereka berpantang setakat ala kadar semata-mata. Kata orang asal boleh bedal je.

  • Rasa berpantang itu tidak perlu. Selalunya berlaku pada mereka yang berfikir ke arah kemodenan. Mereka berpendapat orang omputih tu boleh je tak berpantang tak pakai bengkung bagai. Tapi mereka tidak tahu akan natijah yang bakal diterima apabila meningkat usia tua kelak. Banyak masalah kesihatan yang mereka alami tanpa kita ketahui setelah kita juga mengalaminya nanti.
Justeru kepada anda semua, amalkanlah penjagaan berpantang yang sempurna dan mengikut cara-cara atau amalan yang dibenarkan tidak kira anda bersalin normal atau secara pembedahan kerana ini penting bagi menjaga kesihatan anda. Badan masih lama untuk diguna. Jagalah sebaiknya kalau nak suami terus sayang. Nantikan entry seterusnya mengenai amalan semasa berpantang. =)












LinkWithin

Jom Tengok!