Lepas kelas akaun pukul 6.50 petang aku dan kawan-kawan terus ke flat ikan atau serdang kecil untuk beli makanan. Macam biasa rutin kitaorang setiap petang isnin mesti beli makanan dulu sebab kelas sampai pukul 10 malam. Penat tau. Sempat beli mee goreng mamak and burger daging special (ada cerita pasal burger ni tapi nanti jap). Dah tu balik dalam pukul 7.30 tunggu mamak and abg burger tu tung tang tung tang siap masak makanan kitaorang. So, sampai je kat surau amik sembahyang, solat semua... Tiba-tiba aku macam pernah nampak orang ni. Tapi sebelum ni pun aku dah nampak cuma x berani tegur je. Masa tu aku rasa nak tegur tapi takut silap orang so, aku fikir2 nak keluar sama-sama. So, aku buat2 lah betulkan tudung sementara menunggu orang tersebut siap berbedak and pakai tudung dia. Masa kat pintu :
Aku : Pn Darina???
Cikgu : Ya, saya.. Kenal saya?
Aku : Cikgu pernah menagjar di TIGS kan?
Cikgu : Ya saya mengajar dulu. Saya pernah nampak muka awak
Aku : Cikgu tak mengajar kelas saya cuma ada pernah beberapa kali masuk kelas
Cikgu : Eh, saya pernah mengajar lah. Saya mengajar tuisyen pelajar asrama.
Aku : Owh yaa.. (actually aku xbpe ingat sape ngajo tuisyen dlu.. aiseyyyy sori cikgu..)
Cikgu : Awak ambil apa kat sini?
Aku : Saya amik ijazah pendidikan sains pertanian. Cikgu sambung belajar?
Cikgu : Saya memang student UPM pun dulu. Saya sambung master. Tgk dah lepas 10 tahun baru sambung.
Aku : Owh yeke. Xpela.
Cikgu : Lepas ni awak buat apa? Habis bila? Sambung master?
Aku : Insyaallah... doakan
Cikgu : Ok, semoga berjaya.
Selepas conversation yang agak singkat masing-masing beredar. Korang tau aku rasa macam bersemangat bila dapat tahu cikgu yang pernah mengajar aku duduk dalam 1 universiti sama fakulti pulak tu. Aku rasa semangat yang hilang muncul kembali. Terima kasih Ya Allah kerana mempertemukan aku dengan bekas guruku sekaligus dapat meningkatkan motivasi aku untuk terus belajar dan tidak berputus asa.
Haaa, ni nak citer pulak pasal burger yang aku beli tadi. Rupa-rupanya bila aku dah balik bilik and tengok burger tu bukan burger aku tapi kawan aku. Aku dah agak yang tukang buat burger silap bagi. Aku order burger special. Yang order burger special aku sorang je yang lain order daging cheese. So memang totally diffrerentkan. Yang satu ada telur and yang lain x ada telur. Aku pandang dari awal sampai dia bungkus and tiba-tiba bungkusan tu pada kawan aku. Aku ni pun bangang jugak ler x tanya or try bukak burger tu. So silaplah kawa aku makan aku punya and aku makan dia punya. Ingatkan dapat tukar tapi mcg punya mcg dia pun dah selamat sampai perut..hahahaha... bedal sajerr...
K, da malam.. aku penat.. assalamualaikum w.b.t
No comments:
Post a Comment