Pagi tadi baru sahaja sampai ke kelas sorang membe memberitahu ada membe yang eksiden motor kne langgar kereta... Terkejut! Sentap kejap!.. ok ke tak kawan aku????... Disebabkan waktu tu masih waktu kelas dan takde transport pun nk tgk so biarkan saje dulu. Lagi pun yang kemalangan tu kawan 1 floor dengan aku. Balik je dari ladang, siap-siap mandi, makan semua aku terus pergi bilik dia. Actually aku nak ambil buku aku yang ada pada dia. So, alang-alang aku melawat la sekali. Kawan aku sorang ni lawa orangnya, putih.. kesian lak dah luka sana sini..Turun saham mek oi... Luka semua sebelah kanan dekat lutut, siku dan bahagian pergelangan dan jari sikit termasuk lebam-lebam kat beberapa bahagian. Yang lagi sorang menurut derita dia not bad la... just jari-jari kaki terluka dan sikit dekat muka sebab pakai helmet tak ikat betul-betul. Kalau ikat betul-betul mungkin tak luka la muka tu pada pendapat aku. Tapi one thing yang aku sangat suka dari cerita dia, pemandu kereta @ perempuan yang langgar @ student master tu ikut hantar pergi Pusat Kesihatan Universiti dan siap bagi duit untuk repair motor RM400.. Nasib baik dia tak langgar lari je.. So, boleh dikira bertanggungjawab la dan ambil berat atas kesilapan yang dia dah buat.
Apepun berhati-hati la bila u olls semua memandu di mana-mana sahaja. Malang ni tak berbau. Mujur takde yang patah atau kehilangan nyawa. Patuhi peraturan jalan raya dan PALING PENTING berdoalah sebelum memulakan perjalanan supaya perjalanan anda selamat hendaknya.
p/s : Teringat pula aku dulu pun pernah eksiden dengan akak sulung. Yang tu motor langgar kitaorang dari belakang. Tapi yang langgar tu lebih terus sebab rahang diorang patah sampaikan darah yang keluar dah macam paip dari mulut. Akak aku pengsan. Aku terpelanting ke seberang jalan but nasib baik takde luka-luka semua or patah-patah just efek pada kepala jadi mudah lupa, mudah sakit dan kalau sakit kuat dia berdenyut. Dipicit pun x hilang. Mujur semua tu dah hilang. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment