Wednesday, May 22, 2013

DOAKU MENGIRINGI PERJALANANMU....


Terasa cepat sekali masa berlalu, rasanya baru sahaja minggu lepas aku berjumpa dengan suami tersayang. Kepulangan yang amat dinanti selama 3 bulan lebih dan boleh dikatakan hampir 4 bulan lamanya kami tidak berjumpa, sudah menjadi kenyataan. Tidak sampai 2 minggu dia berada di Malaysia menghabiskan masa bersama keluarga. Malam ini penerbangannya sudah berlepas. Sayang sekali aku tidak dapat menghantarnya menaiki teksi ke Singapura. Selalunya apabila hendak balik ke Australia, aku akan menghantarnya dari Batu Pahat ke Johor Bahru dan kemudian teksi di bawah company di Malaysia akan mengambilnya untuk menaiki penerbangan di Singapura. Tetapi kali ini hanya anak sulung, putera kesayangan yang mengiringi pemergiannya ke sana. Aku tahu sayu di hatinya untuk melangkah pergi tapi demi tugasan dan tanggungjawab yang belum selesai digagahkan jua kaki melangkah. Berkali-kali disuarakan kesedihan dan kesayuan hati, badan terasa berat hendak pergi. Aku di sini tak tahu bagaimana nak menggambarkan perasaan tu. 

Putera kesayangan : Khairul Rizwan
Sepanjang dia berada di Malaysia sempat 
menghabiskan masa dengan bercuti di Teluk cempedak bersama keluarga kedua-dua belah pihak, mengadakan kenduri doa selamat, dan menghantarku ke kuliah saban waktu berada di Selangor. 

Aku berusaha untuk terus kuat, kuat dan kuat menghadapi semua ini. Semoga perpisahan sementara antara kami akan mengeratkan lagi hubungan antara kami. Cuma yang aku fikir dan kasihan adalah anakku yang baru sahaja hendak bermanja dan rapat bersama ayahnya, tiba-tiba dalam beberapa hari sahaja wajahnya dan jasadnya sudah berada jauh darinya. Yang kedengaran hanyalah suaranya di corong telefon. Bersabarlah anak mama. Semua ini hanya sementara. Allah menguji keluarga kami dengan perpisahan sementara ini. Semoga pada masa akan datang, akan ada waktu untuk kami bertaut kembali di bawah satu bumbung yang sama. Pasti ada sesuatu yang dijanjikan Allah untuk kami tetapi dengan syarat kami harus melalui ujiannya yang kadangkala x mampu untuk dipikul oleh hamba-Nya yang lemah semangatnya ini. 

Akhir kata, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju, doa isteri sentiasa mengiringimu ke mana pun  kau pergi.... 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Jom Tengok!