Tuesday, April 16, 2013

Kenapa Ada Ramai Yang Ambil Mudah Penjagaan Ketika Berpantang?

Buat ibu-ibu di luar sana, mommy to to be, yg bakal berkahwin, yang masih anak dara, yang dah kahwin and bakal ada anak dan yang seumpama dengannya. Pernahkah korang ambil berat berkenaan penjagaan sewaktu berpantang??? I mean berpantang selepas bersalin. Kalau ikut adat orang Melayu especially yang biasa duduk dengan family kat kampung, penjagaan selepas bersalin amat dititik beratkan. Ini bagi memastikan kesihatan si ibu terjamin dari awal tempoh selepas bersalin sehinggalah ke hujung usia. Mereka yang menjaga kesihatan dengan mengikut tatatertib yang betul sewaktu berpantang dapat membantu mengekalkan kesihatan luaran mahupun dalaman. Saya katakan begini kerana berdasarkan pemerhatian saya terhadap masyarakat sekarang masih ada yang mengambil remeh akan hal ini. Walaupun umur saya agak muda dan baru berpengalaman bersalin anak satu tapi tak bermakna saya tidak tahu serba serbi dunia perbidanan dan penjagaan wanita selepas bersalin. Saya tak bersalin pun saya tetap akan menambah ilmu dari semasa ke semasa dan saya akan pastikan sumber yang saya perolehi itu boleh dipercayai dan datang dari mereka yang bertauliah. Baiklah, untuk entry kali ni saya nk kongsikan kenapa masih ada ramai yang ambil mudah penjagaan ketika berpantang. Antaranya

  • Tak dapat tahan nafsu. Nafsu ni bermacam-macam jenis. Yang aku maksudkan adalah nafsu makan dan nafsu untuk 'bersama' suami. Masa kita berpantang banyak jenis makanan mahupun minuman yang amat dilarang untuk kita mengambilnya. Jika diri sendiri tidak dapat menahan untuk tidak mengambil makanan dan minuman terlarang tersebut akan menyebabkan gejala yang tidak diingini.

  • Kekurangan ilmu. Ada sesetengah mereka malas untuk menimba ilmu tentang penjagaan daripada mereka yang berpengalaman. Jika tiada sekalipun mereka boleh membuat rujukan di internet untuk mendapatkan maklumat yang perlu. Tanpa ilmu yang cukup tidak mustahil mereka akan hidup dan melakukan amalan-amalan yang tidak sewajarnya dibuat dalam tempoh selepas bersalin.

  • Tiada orang lama untuk dijadikan tempat rujukan. Kebiasaannya bagi mereka yang duduk rumah sendiri dan hanya ditemani suami yang juga kekurangan ilmu untuk menjaga wanita selepas bersalin. Amatlah malang jika sekiranya ada mak atau mak mertua yang mereka sendiri pun tidak mengamalkan penjagaan yang rapi dan ketat sewaktu berpantang. justeru apabila turn anak atau menantu mereka akan menjaga seperti mana cara mereka berpantang setakat ala kadar semata-mata. Kata orang asal boleh bedal je.

  • Rasa berpantang itu tidak perlu. Selalunya berlaku pada mereka yang berfikir ke arah kemodenan. Mereka berpendapat orang omputih tu boleh je tak berpantang tak pakai bengkung bagai. Tapi mereka tidak tahu akan natijah yang bakal diterima apabila meningkat usia tua kelak. Banyak masalah kesihatan yang mereka alami tanpa kita ketahui setelah kita juga mengalaminya nanti.
Justeru kepada anda semua, amalkanlah penjagaan berpantang yang sempurna dan mengikut cara-cara atau amalan yang dibenarkan tidak kira anda bersalin normal atau secara pembedahan kerana ini penting bagi menjaga kesihatan anda. Badan masih lama untuk diguna. Jagalah sebaiknya kalau nak suami terus sayang. Nantikan entry seterusnya mengenai amalan semasa berpantang. =)












No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Jom Tengok!