Saturday, June 22, 2013

Jerebu Menyesakkan

Isu kali ini menyentuh satu fenomena yang sedang melanda beberapa buah negeri di Semenanjung berikutan keadaan jerebu yang semakin membimbangkan terutama di sekitar negeri Johor. Ehmm ayat mcm pembaca berita pulak aku ni.. hasihh

Back to normal.

Sebenarnya nak bagitau hari ni UPM dilanda jerebu sejak pagi tadi. Punyalah sesak nafas masa nak pergi beli makanan ke kafe yang agak jauh dari kolej. Mask pula takde. Jadi redah je tanpa mask. Pedih tekak rasanya. Aku rasa sepanjang hidup ni la jerebu paling teruk aku alami. Tapi lagi kesian mereka yang duduk kat daerah Muar sebab aku difahamkan bacaan dekat sana makin tinggi dan berada pada paras bahaya...

So, to all people out there. Jaga kesihatan anda sebaik mungkin. Duduk sahaja di rumah jika tiada keperluan yang teramat-amat penting. Elakkan melakukan pembakaran terbuka. Dan banyakkan bertaubat. Mana tau Allah turunkan jerebu ni sebab nak bagi peringatan. Tu kita tak tau kan semua urusan-Nya. Dia yang maha mengetahui...wallahualam...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Jom Tengok!