Saturday, June 22, 2013

Jerebu Menyesakkan

Isu kali ini menyentuh satu fenomena yang sedang melanda beberapa buah negeri di Semenanjung berikutan keadaan jerebu yang semakin membimbangkan terutama di sekitar negeri Johor. Ehmm ayat mcm pembaca berita pulak aku ni.. hasihh

Back to normal.

Sebenarnya nak bagitau hari ni UPM dilanda jerebu sejak pagi tadi. Punyalah sesak nafas masa nak pergi beli makanan ke kafe yang agak jauh dari kolej. Mask pula takde. Jadi redah je tanpa mask. Pedih tekak rasanya. Aku rasa sepanjang hidup ni la jerebu paling teruk aku alami. Tapi lagi kesian mereka yang duduk kat daerah Muar sebab aku difahamkan bacaan dekat sana makin tinggi dan berada pada paras bahaya...

So, to all people out there. Jaga kesihatan anda sebaik mungkin. Duduk sahaja di rumah jika tiada keperluan yang teramat-amat penting. Elakkan melakukan pembakaran terbuka. Dan banyakkan bertaubat. Mana tau Allah turunkan jerebu ni sebab nak bagi peringatan. Tu kita tak tau kan semua urusan-Nya. Dia yang maha mengetahui...wallahualam...

Saturday, June 15, 2013

Selamat Hari Bapa, Abah!!!

Laptop kubuka, mula jari menekan-nekan pada google chrome setelah wifi disambungkan padanya...
Lalu aku mencari laman facebook yang selalu aku kunjungi. Meneliti status manusia yang bermacam-macam di laman HOME.. kebanyakkan rata-rata dari mereka membuat status "sayang abah, sayang ayah, sayang daddy, papa, walid" and what so ever yang sewaktu dengannya...

Dalam hati terfikir, "hari bapa ke hari ni???"...
Segera mencari maklumat di Google tentang tarikh hari bapa... YEs! Today 16 JUN 2013 is FATHER's DAY u know!!... dah ucap pada bapa masing2??.. once again i announce Today 16 JUN 2013 is FATHER's DAY... ermmm selalunya orang akan lebih ingat pada hari ibu.. betul tak??... kesian abah/ayah/daddy/papa/walid kita yang kadang2 x disambut harinya..

But timbul persoalan di sini berkenaan hukum menyambutnya sebab macam hari ibu u all pun tahu kan macam2 spekulasi yang mengatakan ia mengikut ajaran agama lain. Tetapi semua itu bergantung kepada niat kita. Janganlah diniatkan untuk mengikut ajaran mereka tetapi berniat di hati semua itu sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang banyak menabur budi dan jasa kepada kita. Untuk lebih dapat kepastian klik sini.

Hargai ibu dan bapa.. walaupun tiada hadiah tapi ungkapan sayang dari seorang anak mampu menyentuh hati dan qalbu mereka.. Salam rindu dan salam sayang untuk abahku tercinta!

Thursday, June 13, 2013

Kita Adalah Apa Yang Kita Fikirkan

Berkali-kali aku cuba untuk bangun setelah berkali-kali rebah dalam meniti arus kehidupan menuju kedewasaan.

Berkali-kali juga aku rasa berputus asa atas tiap perkara yang gagal aku kecapi sepanjang hidup ini.

Berkali-kali juga rasa tak mahu lagi hidup dan menelusuri laluan yang tiada haluan.

Berkali-kali juga aku temui insan atau individu yang sering kali menguji kesabaran diri.

Berkali-kali juga rasa ingin menjerit dan perasaan ingin menangis itu datang apabila aku berasa tertekan dan diri tak mampu menahan setiap ujian yang datang.

Ujian Hidup Dan Rezeki Kita Berbeza


Namun....

Dalam cubaan aku untuk bangun, aku kutip segala kekuatan kerana aku tahu aku bukan insan yang lemah.

Dalam cubaan aku untuk tidak berputus asa dan patah semangat, aku gagahkan diri berjuang untuk diri sendiri dan insan sekeliling yang masih mengharapkan aku untuk mencapai kejayaan.

Dalam cubaan untuk aku terus hidup, maka aku tetapkan matlamat yang kuat untuk aku tuju ke hadapan dan tidak menoleh ke belakang.

Dalam pada masa aku temui insan yang sering menguji diri, aku kutip kelebihan pada setiap diri mereka yang boleh aku jadikan contoh dan aku jadikan kelemahan pada diri mereka sebagai teladan supaya aku tidak melakukan perkara yang sama pada orang lain. Aku akan terus bersabar kerana aku tahu Allah ada bersama-sama orang yang sabar.

Dalam keadaan aku tertekan dan rasa ingin menangis, aku lepaskan segalanya dalam tangisan kerana itulah yang dapat meredakan ketegangan.

Apa jua yang dihadapi, bertenang dan fikirlah ada insan yang lebih sukar hidupnya dari apa yang kita lalui...
Renung-renungkan....


Apa yang diingini seorang isteri....

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, 
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi..

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! 

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang amat bermakna buat dirinya,
didepan orang yang dicintai dan disayangi dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya kerana dia sangat menyayangi dirimu wahai suami..
Maka dia sanggup menurunkan rasa EGOnya .

Wahai para suami…
Jika seorang isteri pernah menangis kerana dirimu,
Peganglah tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu,
disaat kau terperuk terlalu dalam.

Wahai para suami…
Jika seorang isteri menangis kerana dirimu,
Janganlah kau mensia-siakan dirinya…
Mungkin dengan tindakanmu itu, bakal merosakkan kehidupan kau dan dia..

Di saat dia menangis didepanmu,
Di saat dia menangis keranamu…
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan betapa SAKITnya jiwanya menahan rasa dengan tindak tanduk perbuatan 

mu?..........................................

via : nk tau klik la

Wednesday, June 12, 2013

Bahagia boleh dicipta

Don’t let your happiness depend on something you might lose….
"Kethuilah, hanya dengan berdzikir kepada Allah sajalah hati akan menjadi tenteram." (Q.S.Ar Ra'd :28)

Allah berfirman yang maksudnya:
"(Yaitu) orang yang berzikir kepada Allah semasa mereka berdiri atau duduk, atau dalam keadaan berbaring dan memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia." (QS Ali Imran: 191)

Doaku Apabila Gagal Memiliki Sesuatu

Ya Allah,
Aku yakin pada-Mu
bahawa takdir dan ketentuan-Mu lebih baik
dari apa yang aku rancang
dan dari apa yang aku inginkan...

Ya Allah
Beri aku kekuatan
Untuk aku memahami segala yang berlaku ini
sebagai suatu anugerah dari-Mu...



Hok Aloh senang je benda ni

Teringat aku zaman sekolah menengah dulu masa study matematik pasal statistik...
bercerita tentang mod, median, min, skor z, skor t....

Aku cepat bosan bila study mate time skola dulu sebabnya aku x brape minat bab kira-kira ni...

Tapi tu la kan,,, kalau dah namanya pembelajaran sepanjang hayat.. mana-mana kita pergi akan ada yang berkaitan dengan apa yang kita belajar..

Lastly aku kena study lagi bab ni time kat U.. bab yang aku dulunya belajar main-main & time ujung2 aku malas nak paham kan dah.. tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

kat U tak boleh malas2, sebabnya????? this is my future.. in case buat main2.. then time keje kena aplikasi semula cemaner?????..jawab la kau... haaa kaannnnnnn degil sgt dlu x nak belajar..

Then,

aku pun menelaah dan terus menelaah sampai nak termuntah...

teng...teng..tengggggg

hok aloh.. sonang je ghupenya benda niii... nyesal denn x blajo bebetul dulu.. huhuhuhhhuhuhuhu

Whatever pun kira ok ape.. result maintain A time PMR and SPM..lalalalla bangga jap... PMR and SPM je kottttt... x yah bangga sgt kan... hahahahha.. peduli apa hakuuu... huhuhuhuhuhu

Malam ni exam paper for this statistik.. actually bukan paper statistik pun but paper for pengujian dan penilaian yang memerlukan penggunaan formula statistik.. yela nak jadi cikgu kena tahu analisis markah murid. And for that thing, kena la tau guna rumus statistik ni....

hahaiiiiiii.... k la tadaaaa






Tuesday, June 11, 2013

Baju Raya Tahun Ni Macam Mana????

Dalam sedang aku buat kerja-kerja sekolah.. hehe kerja-kerja universiti la.. cam pelik je.. whatever la... aku terfikir pulak pasal raya.huhuhuu.. even lama lagi.. dalam 2 bulan lagi kot.. Tapi sekarang pejam celik pejam celik kejap je tu..

Anyway bila cerita pasal raya mesti duk pikir nak beli dan nak tempah baju yang macam mana kan? Lagi-lagi perempuan banyak pilihan fashion sekarang ni. Tinggal tengok poket je cukup ke tak cukup nak beli.. So far tahun lepas baju kaler biru and oren.. How about this year??...

Memandangkan aku dah lama tak pakai and beli baju kaler kuning, maybe this year that colour akan jadi pilihan aku untuk cari baju.. Cukup ke satu pasang???..huhuhu nak beli lebih bole?? mestilahh boleh kannn...

dulu aku x berapa minat kaler ni tapi tak tau kenapa lately aku jadi minat... ermmm apa lagi yang best ye?? ada cadangan x??

Orait i know, lagi satu aku nak yang colour agak trendy sikit..maybe hijau zamrud.. kaler ni memang takde langsung dalam koleksi wardrobe aku... eermmmm balik ni boleh dah cari rasanya... hijau zamrud tu macam mana? alahai korang ni...

macam ni ha..

Lawa kan potongan baju ni?? peplum.. yes peplum.. fashion paling popular zaman kini... Ni la kaler hijau zamrud


Kalau fashion macam kat sini... lawa jugak kan..lagi2 yang kuning tu.. ermmmm... hehe nanti mesti kena grab 1... i dun care!!!!..

Ok, kau gembira aku tertawa, jum ceria bersama.. daaaaa... senyum sampai telinga =))))))))



Monday, June 10, 2013

Nak muka cantik tak??

Selalu orang pening kepala muka kusam, kering, berjerawat, x bermaya dan sebagainya. Aku pun macam tu sejak bersalin, muka penuh jerawat especially kat dahi, then bila lepas bersalin sikit-sikit jerawat aku hilang. Yang selalu jadi masalah adalah muka aku ni jenis kulit kering. Sangatlah tak selesa bila cuaca panas rasa perit je. Nak apply foundation pun x sedap and x rasa flawless la kata orang... Boring betul bila jadi macam ni.

Then, i tell my mom about this problem. She suggests me to use SABUN MADU PROPOLIS glutahione + collagen... Mula-mula amik endah tak endah je sebab aku tengah pakai Nanowhite, so malas la nak tukar-tukar dah sebab  rasa ok je walaupun x ok mana. But then after aku pergi satu kedai produk kecantikan ni, aku pun belek-belek produk yang mak aku cadangkan tadi. Rasa macam nak try, then beli la bawak balik rumah...

Cakap panjang-panjang tapi lupa pulak nak show kat korang bendanya... jap ye..

Ni dia sabunnya...

Apa kebaikan dia??? And macam mana nak guna???

Sabun Madu Propolis Glutathione + Collagen dihasilkan daripaa gabungan madu, propolis, glutathione dan collagen untuk mendapatkan hasil yang bermutu tinggi dan kaya dengan vitamin E dan C. Sabun Madu Propolis Glutathione plus Collagen mencuci dengan lembut dan membantu menyegar, melembab, menghalus, melicin, menggebukan kulit dan membantu mengatasi masalah kulit jerawat, jeragat dan kulit kering seawal tiga hari. Ia sesuai digunakan oleh semua peringkat umur untuk lelaki dan wanita


Cara penggunaan Sabun Madu Propolis Glutathione + Collagen :-
*Buihkan Sabun Madu Propolis Glutathione + Collagen sapu dan urut perlahan-lahan selama 1-2 minit, Bilas sehingga bersih untuk mendapatkan kesan yang baik.
Gunakan 2-3 kali sehari. Untuk kesan yang lebih baik, gunakan bersama Glow B White keluaran (D'Herbs)


Sesuai digunakan untuk semua Jenis Kulit – Jeragat, Jerawat, Resdung, Kulit kering
lepas je beberapa hari aku pakai, kulit jadi lembap, pori-pori pun makin mengecil, senang dah aku nak oleskan bedak kat muka... i like!!!!.. Thanks DHERBS.... lap u lap u lap uuuuu.. (eh, bukan kau la.. sabun ni ha..).. peace!

Lepas Bersalin Nak Makan Jamu Apa?

Haa selama aku manage blog ni belum pernah lagi rasanya aku share penggunaan apa jua produk yang aku guna setiap hari. Untuk kali ni, just nak share  produk yang aku pun baru je consume tapi kesan dia memang superb.. Apa dia???

Ni dia...

Ehhh terbaring pulak dia.. penat kot.. mai2 bangun2...



Jap lagi dia bangun... jap ye...

Tadaaa!!! bangun dah dia..... Gah menawan biru  mata hitamku..haha apa aku merepek ni

Tu la dia yang aku maksudkan iaitu PRODUK JAMU RATU MIRIFICA. Sebelum aku pilih untuk beli dan guna produk ni aku dah jejalan dengan pakcik google pasal produk ni. Memang bagus dan banyak manfaat dia. Apa kelebihannya ? Haa baca sini.. Aku malas nak taip panjang2.. semak ruang..haha...

So far, dah baca kan kelebihan dia? kesan dia memang superb buat aku yang baru je 3 hari guna produk ni. Aku memang x makan apa jenis jamu pun masa lepas bersalin dulu. So, badan aku jadi cepat letih, lesu, penat, x bermaya dan xde semangat. Sistem pembuangan pun jadi x lawas. Muka lagi x berseri. But after aku consume this jamu, badan dah jadi cergas, buang air besar lawas, and paling best dia dapat elak mood swing akibat kekurangan hormon estrogen. Aku kan kadang2 bad mood memanjang but now everything under control. Orang kata bagus kalau makan sekali dengan JAMU RATU DARA... but aku x pernah try lagi makan sekaligus kedua-duanya. Maybe akan try kot lepas ni...

bagi yang lepas bersalin, sangatlah elok makan jamu ni sebab boleh kuatkan semula rahim kita dan bermacam2 la kelebihan ke arah menjadi wanita sejati.. chewahhh... sayang suami kena la jaga badan.. ye x cik puan datin tan sri and bla bla bla...

Nak pic lagi?

Jum tengok dia melompat kuar dari tempat persembunyian..

Tadaa!!! keluar dahhhh.... 


Yang ni masih baru belum bukak lagi plastik cover dia tu haa... but yang dalam lupa nak amik gamba.. tapi takpe pakcik google ada amik je. Nah tengok dalam dia,

Look!!! taht capsule yang warna seakan-akan peach tu.. Tu la dia jamunya...

So, sesiapa yang liat nak makan jamu takut pahit dan sebagainya tu, aku suggest consume la JRM ni sebab xde rasa pun. Everything inside that capsule..

Ok >_<..... x sabar nk tgk hasilnya dalam tempoh sebulan..

Esok first paper

Good luck kepada semua pelajar yang mengambil ijazah pertama di universiti yang akan menduduki peperiksaan akhir...

Tomorrow will be the first paper.. orang kata yang first ni slalu debor terlebih tapi ntah la aku x rasa apa pun...

Kenapa???????

mana peginya perasaan takut dan jantung yg DUP DAP DUP DAP bila tiap kali exam mendatang..

X cukup ilmu atau ulang kaji ke??? x tau la... mungkin kot...

Nevermind, i know how to handle this...

Ape pun harapan utk menjulang 1st class honour masih terpahat di hati dan sanubari..chewahhhh

Hopefully i can achieve it!!...wahhhh semangat2.. berkobar2...(ehehehe yok yok oooOO je)

Now, get sleep...(x nagntuk lagi pun sebenarnya..) Tomorrow qiamullail...(kalau terbangun la..insyaallah..)

 assalamualaikum & selamat malam...

Sunday, June 09, 2013

Redha



............APABILA KITA REDHA DENGAN SESUATU YANG 

MENGECEWAKAN HATI KITA, MAKA PERCAYALAH 

ALLAH AKAN MENGGANTIKAN KEKECEWAAN ITU 

DENGAN  SESUATU YANG TIDAK DIJANGKA........

UJIAN ADALAH RENCAH KEHIDUPAN

Kita biasa dengar dengan peribahasa "ku sangka sampai ke petang rupanya hujan di tengahari"...Perbahasa ini menukilkan satu maksud bila mana dalam sesuatu keadaaan kita tidak dapat mengecapi sesuatu kesenangan atau kebahagiaan dalam tempoh yang berterusan dan berkekalan. Hanya setakat separuh jalan, semua itu berakhir dengan sekelip mata.

Jangan pernah ditangisi setiap yang berlaku kerana apa yang terjadi dalam hidup kita merupakan ujian daripada Allah Taala. Tidak akan dikatakan beriman seseorang itu seandainya imannya belum diuji. Hanya setelah ia diuji kemudian ia kembali taat kepada Allah maka itulah yang dikatakan orang beriman. Bermacam-macam ujian yang boleh diturunkan oleh-Nya baik kehilangan orang tersayang, kehilangan harta benda, kegagalan, kecacatan dan sebagainya. Namun sebagai hamba, kita hanya mampu berserah, pasrah dan redha jika kita terpilih untuk diuji oleh-Nya.

Memang perit dan sakit jika ujian yang didatangkan itu benar-benar menguji kemampuan emosi, fizikal dan spiritual. Ada segelintir yang tidak berupaya langsung menanggung sehingga memilih jalan untuk membunuh diri. Sedangkan sebenarnya banyak cara lain yang dapat dilakukan. Jika menangis adalah cara yang dapat meredakan ketegangan maka menangislah... Jika berkongsi dengan orang yang anda percayai dapat meleraikan kekusutan maka berkongsilah.. Jika anda rasa semua tidak membantu.. bersujudlah pada MAHA PENCIPTA.. Dia yang mengatur segala-galanya.. Jangan pernah sesekali berputus asa dengan rahmat Allah kerana Dia MAHA MENGETAHUI atas setiap sesuatu.

Buat semua,
jika anda lemah, bangkitlah.....
jika anda ingin rebah, bangunlah.....
jika anda berputus asa, kuatkan semangat....
jika anda hilang punca, kembalilah ke pangkal jalan....
Semoga hidayah terus melingkari kehidupan seluruh hamba-Nya..

Monday, June 03, 2013

Orang sekeliling PENENTU identiti diri

Pernah tak anda rasakan situasi begini :

-Kawan buat kerja lambat anda geram dan rasa nak marah
-Trafik jam tapi anda masih cool even ramai jugak orang lain yang dah marah2, ber'hon' sana sini
-Ada orang memuji anda tersipu malu
-Orang lain lambat dan anda terpaksa menunggu buat anda rasa meluat pada orang tu
-Orang terkinja-kinja anda menyampah
-Ada konsert anda excited dan tambah2 ada yang mengajak terus je ikut
-Perlawanan bola start esok, malam ni dah get ready tido awal siapkan keje awal2

Tau tak kenapa situasi sebegini yang diketengahkan?? sebenarnya banyak lagi situasi yang boleh diselitkan bersama cuma malas nak taip banyak2. So, apa yang nak jelaskan di sini adalah berkenaan dengan identiti diri seseorang individu terutamanya remaja yang nak meningkat dewasa. Tak dapat dinafikan kebanyakkan remaja yang makin meningkat usia mereka akan tercari-cari identiti diri masing-masing. So, di sini ada beberapa tips sikit macam mana seseorang itu boleh mengenali diri mereka dengan memerhatikan insan sekeliling. Jangan berasa malu untuk bergaul dan bersosial dengan orang yang berbeza sikap, taraf, warna kulit, agama, bangsa dan sebagainya. Carilah pengalaman dengan orang-orang yang pelbagai ini. Kerana apa??? Kerana di situ nanti anda akan lihat siapa diri anda sebenarnya. 

- Apabila anda rasakan anda bijak, cuba berada dalam kalangan mereka yang cerdik pandai, akan dapat rasai sebenarnya anda tidak sebijak mana dan banyak yang perlu anda perbaiki untuk mencapai tahap tertinggi. 
- Apabila anda rasa kurang cerdik, cuba anda bergaul dan berada dalam kalangan mereka yang kurang bijak, anda akan dapati anda masih ada kelebihan berbanding mereka. 
- Jika anda pemarah, gauli mereka yang sama sifat pemarah seperti anda. Anda akan menyedari betapa sakitnya hati dan perasaan mereka yang telah anda marahi.
- Jika anda pemalu dan anda berada dalam golongan yang lebih pemalu anda akan rasa semakin kerdil dan merendah diri serta takut berdepan dengan orang lain. "Patut ke sikap malu x bertempat ni???.. umm"
- Sekiranya anda tidak tahu sejauh mana tahap kesabaran anda, cubalah berada dalam situasi yang menekan. Adakah anda mampu bertahan.

Begitulah serba sedikit coretan perkongsian yang sangat simple tapi mudah dipraktikkan. Untuk lebih mudah anda rajin-rajinlah bertanya dengan sesiapa yang mengenali diri anda, bagaimana sikap anda terhadap mereka dan daripada situ anda dapat memperbaiki mana yang perlu dan mengekalkan mana yang anda rasakan elok. Siapa pun anda, di mana pun kedudukan anda... Jangan terlalu merendah diri memikirkan anda tidak punya apa-apa.. Setiap insan mempunyai keistimewaan masing-masing yang telah ditentukan oleh Allah Taala. Panjatkan kesyukuran atas segala nikmatnya. Jangan mengeluh atas kekurangan.


LinkWithin

Jom Tengok!