Monday, June 10, 2013

Esok first paper

Good luck kepada semua pelajar yang mengambil ijazah pertama di universiti yang akan menduduki peperiksaan akhir...

Tomorrow will be the first paper.. orang kata yang first ni slalu debor terlebih tapi ntah la aku x rasa apa pun...

Kenapa???????

mana peginya perasaan takut dan jantung yg DUP DAP DUP DAP bila tiap kali exam mendatang..

X cukup ilmu atau ulang kaji ke??? x tau la... mungkin kot...

Nevermind, i know how to handle this...

Ape pun harapan utk menjulang 1st class honour masih terpahat di hati dan sanubari..chewahhhh

Hopefully i can achieve it!!...wahhhh semangat2.. berkobar2...(ehehehe yok yok oooOO je)

Now, get sleep...(x nagntuk lagi pun sebenarnya..) Tomorrow qiamullail...(kalau terbangun la..insyaallah..)

 assalamualaikum & selamat malam...

Sunday, June 09, 2013

Redha



............APABILA KITA REDHA DENGAN SESUATU YANG 

MENGECEWAKAN HATI KITA, MAKA PERCAYALAH 

ALLAH AKAN MENGGANTIKAN KEKECEWAAN ITU 

DENGAN  SESUATU YANG TIDAK DIJANGKA........

UJIAN ADALAH RENCAH KEHIDUPAN

Kita biasa dengar dengan peribahasa "ku sangka sampai ke petang rupanya hujan di tengahari"...Perbahasa ini menukilkan satu maksud bila mana dalam sesuatu keadaaan kita tidak dapat mengecapi sesuatu kesenangan atau kebahagiaan dalam tempoh yang berterusan dan berkekalan. Hanya setakat separuh jalan, semua itu berakhir dengan sekelip mata.

Jangan pernah ditangisi setiap yang berlaku kerana apa yang terjadi dalam hidup kita merupakan ujian daripada Allah Taala. Tidak akan dikatakan beriman seseorang itu seandainya imannya belum diuji. Hanya setelah ia diuji kemudian ia kembali taat kepada Allah maka itulah yang dikatakan orang beriman. Bermacam-macam ujian yang boleh diturunkan oleh-Nya baik kehilangan orang tersayang, kehilangan harta benda, kegagalan, kecacatan dan sebagainya. Namun sebagai hamba, kita hanya mampu berserah, pasrah dan redha jika kita terpilih untuk diuji oleh-Nya.

Memang perit dan sakit jika ujian yang didatangkan itu benar-benar menguji kemampuan emosi, fizikal dan spiritual. Ada segelintir yang tidak berupaya langsung menanggung sehingga memilih jalan untuk membunuh diri. Sedangkan sebenarnya banyak cara lain yang dapat dilakukan. Jika menangis adalah cara yang dapat meredakan ketegangan maka menangislah... Jika berkongsi dengan orang yang anda percayai dapat meleraikan kekusutan maka berkongsilah.. Jika anda rasa semua tidak membantu.. bersujudlah pada MAHA PENCIPTA.. Dia yang mengatur segala-galanya.. Jangan pernah sesekali berputus asa dengan rahmat Allah kerana Dia MAHA MENGETAHUI atas setiap sesuatu.

Buat semua,
jika anda lemah, bangkitlah.....
jika anda ingin rebah, bangunlah.....
jika anda berputus asa, kuatkan semangat....
jika anda hilang punca, kembalilah ke pangkal jalan....
Semoga hidayah terus melingkari kehidupan seluruh hamba-Nya..

Monday, June 03, 2013

Orang sekeliling PENENTU identiti diri

Pernah tak anda rasakan situasi begini :

-Kawan buat kerja lambat anda geram dan rasa nak marah
-Trafik jam tapi anda masih cool even ramai jugak orang lain yang dah marah2, ber'hon' sana sini
-Ada orang memuji anda tersipu malu
-Orang lain lambat dan anda terpaksa menunggu buat anda rasa meluat pada orang tu
-Orang terkinja-kinja anda menyampah
-Ada konsert anda excited dan tambah2 ada yang mengajak terus je ikut
-Perlawanan bola start esok, malam ni dah get ready tido awal siapkan keje awal2

Tau tak kenapa situasi sebegini yang diketengahkan?? sebenarnya banyak lagi situasi yang boleh diselitkan bersama cuma malas nak taip banyak2. So, apa yang nak jelaskan di sini adalah berkenaan dengan identiti diri seseorang individu terutamanya remaja yang nak meningkat dewasa. Tak dapat dinafikan kebanyakkan remaja yang makin meningkat usia mereka akan tercari-cari identiti diri masing-masing. So, di sini ada beberapa tips sikit macam mana seseorang itu boleh mengenali diri mereka dengan memerhatikan insan sekeliling. Jangan berasa malu untuk bergaul dan bersosial dengan orang yang berbeza sikap, taraf, warna kulit, agama, bangsa dan sebagainya. Carilah pengalaman dengan orang-orang yang pelbagai ini. Kerana apa??? Kerana di situ nanti anda akan lihat siapa diri anda sebenarnya. 

- Apabila anda rasakan anda bijak, cuba berada dalam kalangan mereka yang cerdik pandai, akan dapat rasai sebenarnya anda tidak sebijak mana dan banyak yang perlu anda perbaiki untuk mencapai tahap tertinggi. 
- Apabila anda rasa kurang cerdik, cuba anda bergaul dan berada dalam kalangan mereka yang kurang bijak, anda akan dapati anda masih ada kelebihan berbanding mereka. 
- Jika anda pemarah, gauli mereka yang sama sifat pemarah seperti anda. Anda akan menyedari betapa sakitnya hati dan perasaan mereka yang telah anda marahi.
- Jika anda pemalu dan anda berada dalam golongan yang lebih pemalu anda akan rasa semakin kerdil dan merendah diri serta takut berdepan dengan orang lain. "Patut ke sikap malu x bertempat ni???.. umm"
- Sekiranya anda tidak tahu sejauh mana tahap kesabaran anda, cubalah berada dalam situasi yang menekan. Adakah anda mampu bertahan.

Begitulah serba sedikit coretan perkongsian yang sangat simple tapi mudah dipraktikkan. Untuk lebih mudah anda rajin-rajinlah bertanya dengan sesiapa yang mengenali diri anda, bagaimana sikap anda terhadap mereka dan daripada situ anda dapat memperbaiki mana yang perlu dan mengekalkan mana yang anda rasakan elok. Siapa pun anda, di mana pun kedudukan anda... Jangan terlalu merendah diri memikirkan anda tidak punya apa-apa.. Setiap insan mempunyai keistimewaan masing-masing yang telah ditentukan oleh Allah Taala. Panjatkan kesyukuran atas segala nikmatnya. Jangan mengeluh atas kekurangan.


Tuesday, May 28, 2013

Tak Nak Dah Bersalin Bulan Puasa

Pejam celik pejam celik dah tak lama dah semua umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak.. Hari bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia..

Untuk kali ni aku nak imbas kembali sorotan kenangan aku tahun yang lepas di mana pada masa ni tengah sarat nak masuk ke trimester ketiga...

Untuk dipendekkan cerita, once je dah bulan puasa aku sempat puasa 5 hari je and lepas daripada tu aku tak puasa dah. Stop fasting sebab baby dah pun uwekk uwekk keluar dengan selamatnya...

Makanya, 25 hari la aku kena menggantinya.. Arghhh parahhh nak mengganti.. Sabau jela..

Mana taknya selama ni paling lama pun dalam 12 hari lebih kurang la.. Inilah paling lama.. Aduhai, semoga Allah memberi kekuatan pada aku untuk menghabiskan baki yang tinggal bape hari je lagi..

Taubat dah nak elak waktu bulan puasa. In case mengandung lagi.. Erkk?? mengandung lagi?? ehehe sabau2 la ye.. Bukan sekarang..huhuhuhu...


Hye tecit, pandainya kamoOO!!

Ehehe sapela tecit tu ekh? (ekh? suku kata yang orang johor suka pakai..baru aku pasan masa bila ntah mmg org selatan bila bercakap hujung2 byk ada suku kata ni..) ok, back to the topic on top... 

Orait si tecit ni mata bOlat, pipi pun bOlat, dagu berbelah, & aku suka sangat tium2 dia sampai merah2 pipi dia... geram punya pasal.. agak-agak siapa?? haa mestila baby tersyang yang mushuk2 manja2 tuhhh..

Apa yang aku nak kata kan on this blog actually is about his intelligent... Yes, kepandaian dia & sikap dia pandai berdikari.. What? baby umur baru 10 bulan dah pandai berdikari?.. Hey, hey, hey,,, cara baby berdikari lain, step by step.. once ada 1 kemahiran atau perubahan dalam diri diorang that's mean minda diorang mula berkembang dengan menimba pengalaman demi pengalaman dalam proses perkembangannya dari bulan ke bulan..

Ermmm mingu lepas baru je aku balik kg. Nak dipendekkan cerita, waktu bangun je dari tido, si bOlat ni terus bangun pergi ke atas katil. Katil ni bukan la katil ada kaki, just katil yang dibentangkan atas lantai je because in his age katil berkaki xleh pakai nanti dia sedar aku tak sedar last2 kang ada yang jatuh terjelepok kat lantai. Menangis x sudah tengok anak berbenjol. That's why aku bentang je katil or tilam tu kat lantai. takut baby jatuh.

ok, once dia dah pergi ke atas katil, aku ingatkan dia nak ke mana. Rupa-rupanya dia pergi ambil sendiri botol susu yang aku letakkan di situ,,, on that time, terpinga sekejap!! owh my son, bijaknya kamoO.. so sweet la.. dah pandai amik sendri & x merengek macam selalu. 

Based on what my mom said, si bOlat ni jadi macam tu sejak papa dia balik masa cuti yang lepas. Punyalah takut tido dengan papa dia siap nak susu pun boleh dia amik sendiri. Haha, terfikir langsung dia boleh cenggitu.. Anyway, satu perubahan positif anak mama... I can't wait nak tgk my cute son ni pandai berjalan. Sekarang ni dah tumbuh gigi empat batang. Comey jahhhh... kdg2 saje kasi jari bagi dia ggit, sakit skit tp suka buat,,, ahaha but make sure jari dah bersih ye,,,

Kata orang kalau gigi dah tumbuh dulu lambat sikit nak berjalan.. Ermmm xtau la, tapi tengok gaya anak mama ni macam tak lama dah.. hopefully masa raya da pandai jalan, dapatlah bergaya pakai kasut & menggayakan baju melayu for the first time in his life...

ok dah, that all.. Thanks for  reading this entry.. Syang korang semua lillahi Taala...


Wednesday, May 22, 2013

DOAKU MENGIRINGI PERJALANANMU....


Terasa cepat sekali masa berlalu, rasanya baru sahaja minggu lepas aku berjumpa dengan suami tersayang. Kepulangan yang amat dinanti selama 3 bulan lebih dan boleh dikatakan hampir 4 bulan lamanya kami tidak berjumpa, sudah menjadi kenyataan. Tidak sampai 2 minggu dia berada di Malaysia menghabiskan masa bersama keluarga. Malam ini penerbangannya sudah berlepas. Sayang sekali aku tidak dapat menghantarnya menaiki teksi ke Singapura. Selalunya apabila hendak balik ke Australia, aku akan menghantarnya dari Batu Pahat ke Johor Bahru dan kemudian teksi di bawah company di Malaysia akan mengambilnya untuk menaiki penerbangan di Singapura. Tetapi kali ini hanya anak sulung, putera kesayangan yang mengiringi pemergiannya ke sana. Aku tahu sayu di hatinya untuk melangkah pergi tapi demi tugasan dan tanggungjawab yang belum selesai digagahkan jua kaki melangkah. Berkali-kali disuarakan kesedihan dan kesayuan hati, badan terasa berat hendak pergi. Aku di sini tak tahu bagaimana nak menggambarkan perasaan tu. 

Putera kesayangan : Khairul Rizwan
Sepanjang dia berada di Malaysia sempat 
menghabiskan masa dengan bercuti di Teluk cempedak bersama keluarga kedua-dua belah pihak, mengadakan kenduri doa selamat, dan menghantarku ke kuliah saban waktu berada di Selangor. 

Aku berusaha untuk terus kuat, kuat dan kuat menghadapi semua ini. Semoga perpisahan sementara antara kami akan mengeratkan lagi hubungan antara kami. Cuma yang aku fikir dan kasihan adalah anakku yang baru sahaja hendak bermanja dan rapat bersama ayahnya, tiba-tiba dalam beberapa hari sahaja wajahnya dan jasadnya sudah berada jauh darinya. Yang kedengaran hanyalah suaranya di corong telefon. Bersabarlah anak mama. Semua ini hanya sementara. Allah menguji keluarga kami dengan perpisahan sementara ini. Semoga pada masa akan datang, akan ada waktu untuk kami bertaut kembali di bawah satu bumbung yang sama. Pasti ada sesuatu yang dijanjikan Allah untuk kami tetapi dengan syarat kami harus melalui ujiannya yang kadangkala x mampu untuk dipikul oleh hamba-Nya yang lemah semangatnya ini. 

Akhir kata, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju, doa isteri sentiasa mengiringimu ke mana pun  kau pergi.... 

LinkWithin

Jom Tengok!