Saturday, February 16, 2013

Kembalikannya semula

Salam sayang...

Hari berganti hari kini aku kembali lagi. Pengajian aku sudah menginjak ke semester 6. Pejam celik pejam celik begitu cepat masa berlalu. Aku tak tahu kenapa untuk menghadapi semester 6 ni terasa gementar, cemas dan perasaan bercampur baur. Kerisauan terhadap 'sesuatu' sering mengganggu fikiran aku. Aku cuba untuk tenang dan sabar dengan situasi yang berlaku. Aku pohon pada-Nya agar saat dan hari yang mendatang tiada lagi gangguan demi gangguan yang aku alami dan mampu berada seperti sedia kala. Kehidupan yang menagih diri memikul dan melaksanakan tanggungjawab menggerakkan aku supaya sentiasa bersedia dan cekap dalam mengurus masa. Lama untuk aku mengadaptasi dengan status dan situasi baru. Kini sudah 6 bulan aku bergelar seorang ibu dan setahun 6 bulan aku bergelar isteri. Syukur semakin lama Allah semakin murahkan rezeki kami. Namun kerisauan terhadap pengajianku juga semakin memuncak. Aku perlu melakukan satu gelombang transformasi yang lebih dahsyat dari tsunami. Semuanya membutuhkan komitmen yang sangat tinggi untuk merealisasi impian yang dihajati. Benar. Hidup tak selalu indah tapi keindahan sentiasa ada dalam kehidupan. Hanya kita perlu mencari dan terus mencari. Semoga azam yang aku hajati untuk menggenggam ijazah dengan kepujian kelas pertama terlaksana semula. Ya Allah kembalikan semula semangatku.. Kembalikannya semula padaku. Hanya engkau Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Amin.

Saturday, January 05, 2013

debaranku..

Agak-agak apa yang berdebar-debar??? nak dapat duit banyak? rumah banglo? keta mewah?? ke dapat anak???ekeke.. semua salah..

sebab.....................................................



Aku dah lama tak jumpa hubby, esok bakal pertemuan antara aku ngan hubby tersayang yg baru sahaja balik dr oversea, lama tau dekat 2 bulan. Walaupun aku tahu ada yg pernah  berjauhan lagi lama dgn hubby masing2.. Kali ni happy tak terkira, macam mana rupa dia sekarang. yelah kalau duduk dekat isteri boleh jaga makan, pakai suami. Bila berjauhan lain pulak ceritanya.. Tambah2 esok hubby datang bawak bby sulung kami. memang gembira tahap cipanzeeeee!!! Huahuahua... ok2 control ayu.. ehemmmm..

Baiklah, debaran kedua aku nak mengadap 3 lagi paper yang 'TAFF" giler tuk sem ni. Aku tak tahu mampu skor yang terbaik atau idak..susah woOOO~~

rasanya tu je kottt...

Anyway tak sabar nak cuti sem, dgr kabar hubby nk bawak jejalan pi Teluk Cempedak n Cherating Beach resort.. lagi la tak menyabar hati ni.. kaki ni kalau boleh nak berlari je keliling padang..haha

Apapun must visit mother in law dulu yang tengah tak berapa sihat. orang tua adalah keutamaan kami sebelum yang lain2.. Ok guys.. salam sejuta impian (tak pernah lagi aku guna ayat ni..cam bez lak)

Friday, January 04, 2013

KEPULANGANMU DINANTI


Baru sahaja semalam mendapat berita dari suamiku mengatakan yang dia akan balik tetapi tak tahu pada hari apa. Dan jam 5.30 tadi sempat dia menelefon memberitahu tiket berlepas pada jam 6.30 petang.. Dalam hati girang tidak terkira selepas sebulan lebih lamanya aku tidak berjumpa suami yang sangat-sangat dirindui setiap masa. Tapi sedikit kesal tidak dapat menyambutnya saat dia tiba di Malaysia dek peperiksaan akhir yang sedang aku lalui sekarang belum lagi berpenghujung. Masih berbaki 3 kertas lagi.. Semoga perjalanannya selamat dan di bawah lindungan Allah hendak-Nya.. Aminnnn..


Wednesday, January 02, 2013

Final Exam bermula

Salam seribu rindu..

Now, aku dah pun selamat dan selesai menjawab 2 paper untuk final exam iaitu "SAINS RUMAH TANGGA" dan "HORTIKULTUR HIASAN".. Anyway dengan persediaan yang ala kadar macam masak telur goreng, kasi pecah masuk kuali balik2, masak.. aku pun boleh membuat 1 kesimpulan yang aku boleh jawab soalan yang diberi cuma jawapan yang dibuat tu xtau betul atau tidak. Sebenarnya kalau betul2 study kita dah boleh agak jawapan sebenar tanpa keraguan. After this 3 more paper waiting.. huhuhuhuhu...

Don't finish yet my reading... tonight will continue.. penattttt.. chewah penat la sgt padahal x wat apa2 pun...

Apapun bersyukur Allah bagi kesihatan sepanjang menjawab soalan.. Takde nak sakit2 perut.. Alhamdulilah.. Kbai

Monday, December 31, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Salam kasih syg...
Mana2 page baik Facebook, Twitter, blog n anything rata-rata semua mengucapkan selamat tahun baru.. Tanpa melepaskan peluang yang ada dan menggunakan saki baki tahun 2012 yg ada aku juga ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013.. Yang pasti tahun 2012 memberi macam rasa dalam kehidupanku sebagai seorang pelajar, anak, isteri dan juga ibu.. Liku-liku 2012 akan terus menjadi kenangan. segala kelemahan akan diperbetulkan, mana yang baik dikekalkan. Dalam memperkatakan tahun baru rata-rata akan bertanya apa azam tahun baru. Untuk aku, azam tahun baru (1) aku harap dapat berhijrah ke arah yang lebih baik dari segi menunaikan tanggungjawab terhadap Allah, suami, anak dan keluargaku serta mentua.. (2) memperbaiki kelamahan dalam pengajianku.. Bagi aku tempoh 2012 adalah tempoh di mana aku menyesuaikan diri dengan kehidupan sudah berkeluarga sendiri. diharap 2013 aku lebih cekap mengurus rumah tangga di usia mudaku.. Insyaallah.. Semoga bertambah usia bertambah jualah amalan kebaikan.. =)

Wednesday, December 19, 2012

UJIAN MASAKAN : Makaroni goreng & Kek Permaisuri

Salam semua...

One set complete!.. Makaroni goreng, Kek permaisuri dan Teh O pudina..


Baru sahaja tadi lepas satu bebanan yang terpikul di bahu setelah tamat ujian penilaian masakan bagi subjek ERT. Walaupun sudah biasa mengadap dapur, namun tatkala diri ini ingin dinilai dari segi mutu persembahan serta rasa makanan yang dimasak, terketar rasa. Sebelum ujian bermula, malam tadi telah aku siapkan awal2 segala barang yang perlu dibawa, baik lab coat, name tag, baju seluar siap di'iron' (selalu aku pg2 baru nk iron), bunga hiasan, pinggan menghidang, pengalas dan sebagainya. Semua ini aku siapkan agar tidak nanti aku kelam kabut. Seminggu sebelum aku ujian otak ini sentiasa berputar ligat memikirkan berkenaan ujian ini. Jadi ke tidak aku masak? cukupkah masa yang ada? Terketar-ketar atau tak tangan nanti? Apa rasa masakan aku nanti?... Semua itu sangat mengganggu fikiran aku selagi ujian ini tidak berlalu.

Emmm... ok next pg tadi aku melangkah dengan penuh sedia ke makmal masakan. Kelihatan beberapa orang rakanku sudahpun berada di situ menyediakan peralatan masing-masing. Satu masalah yang aku alami, di wardrobe tempat aku masak xde pun kuali besar. Macam mana aku nak goreng makaroni ni nanti???.. (Rileks2 jangan gabra.. aku tarik nafas berkata dalam hati).. Cek punya cek aku jumpa kat tempat membe aku terus ku ambil memandangkan dia pun  x guna. Satu persatu peralatan dan bahan aku ambil.

Aku mulakan masakan dengan bismillah. Hidangan pertama yang aku buat adalah kek permaisuri. Ya Allah tuhan je tahu takutnya aku nak buat kek ni. Padahal kek ni sangatlah simple dan senang gila. Tapi disebabkab inilah kali pertama aku nak buat adunan kek maka takut la korang!!. haishh.. adun punya adun sambil kepala ingat2 semula yang En. Syawal (tnaga pengajar aku) ajarkan dulu. Last2 jadi jugak & bakar. 

Kek permaisuri

Masalah kedua aku, aku tak cek pula jenis makaroni yang disediakan untuk aku. Aku ingatkan belum kembang tapi bila en.syawal cek rupanya dah 'overcooked'.. Masyaallah.... Selalu aku masak boleh kembang lagi besar. Rupa-rupanya jenama makaroni yang disediakan tak sama dengan yang aku selalu masak. Bentuk pun lain sikit. Licin je takde yang macam garis-garis tu. Anyway, aku masak je macam biasa. Pum Pam Pum Pam. Last2 semua siap, aku mulalah menghias kek dan makaroni aku. Hiasan kek aku korang nak tau aku pakai apa?? aku pakai coklat seposen tu ha yang ada jual kat kedai Choki-choki nama dia..hikhikhik.. jimat budget n masa.. leceh nak wat aising..

One more thing aku nak share, kemana pun korang pergi try dapatkan satu kemahiran apa2 pun... sebabnya.. Aku ni bukan reti lipat napkin, butttttttttttttt... Dlu masa aku pergi pameran makanan dekat mana ntah aku lupa, aku ada minta demonstrator dia tunjukkan cara lipat napkin & nama dia Bird Of Paradise..Aku tak sangka ilmu yang aku belajar dalam 7 tahun yang lepas aku aplikasikan masa ujian masakan ni. Mujur aku masih ingat cara-cara dia. Alhamdulilah. Ni lah dikatakan pembelajaran sepanjang hayat.

Tu dia 'Bird Of Paradise aku" xla lawa sangat but ok la
Lepas siap kemas bagai, kitaorang diarahkan keluar dan dipanggil sorang demi sorang untuk dinilai. Tiba giliran aku.. Kain maslin pun dibuka.

"Overall saya tengok ok"
"Ok, saya try rasa"
"Rasa dia sedap, tak masin tak berapa pedas, semua elok cuma makaroni tadi terlebih masak sikit"
"Cuma portion hiasan dia banyak sangat, kalau boleh kurangkan sedikit"
"Kek pun lawa"

Itulah antara komen-komen yang diberi. Then, penilai pun tunjukkan kertas penilain dia dengan tertulis di situ A-.. teng teng teng.. aku ingatkan nak bagi A solid. Tapi takpelah syukur alhamdulilah. Benda kita dah cuba dan itulah hasilnya. Selesai semua apa lagi makan, makan dan terus makan. Sempat aku bungkus untuk bawa balik beri pada mereka2 yang menginginkannya..Komen pun positif. Tengkiu =)

Itu sahajalah perkongisian tentang ujian yang aku jalani hari ini. Ok Herbarium aku pun x selesai lagi nak bagi siap dulu.. Daaa..


Tuesday, December 18, 2012

HIJRAHKU DI USIA 21

Salam seisi alam.. mudah-mudahan kalian di bawah lindungan rahmatnya...

Satu topik yang sangat menarik kali ini untuk dikongsi bersama.

"HIJRAH"

Hijrah. Apa yang terlintas di fikiran apabila perkataan hijrah diperkatakan. Ia membawa maksud satu perubahan dari suatu keadaan kepada suatu keadaan yang lebih baik. Niat untuk berhijrah sudah lama tersemat di hati. Cemburu rasanya bila mana mata terpandang pada rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang mampu menghijrahkan diri ke jalan yang terbaik, menjaga tutur kata, pemakaian, dan menjaga pemandangan mereka. Indah melihat suasana itu. Niat yang tersemat di hati masih juga belum mampu dilaksanakan tatkala usia diri menginjak 20 tahun. Aku tidak mahu hijrahku nanti sia-sia di pertengahan jalan. Apa yang aku inginkan adalah penghijrahan yang berkekalan selamanya dan terus menjadi budaya hidup dan menjadi darah daging yang sebati dalam diri.

Ramai sudah yang aku temui terutama dalam kalangan rakan-rakan bagaimana mereka mampu merubah diri menjadi lebih baik. Pelbagai pengalaman dikongsikan. Semua yang diceritakan aku simpan dan semat kukuh dalam hati untuk dijadikan panduan. Ada juga sumber jadi internet berkenaan pengalaman masing-masing merubah diri ke jalan yang lebih diredhai. Pencarian masih lagi berterusan sehingga sekarang supaya jiwaku rasa lebih kuat untuk mengikut jejak langkah mereka.

Dipendekkan cerita, suami pernah menyuarakan kehendaknya supaya aku tidak lagi mengenakan seluar jeans dan berbaju t-shirt di khalayak ramai. Pakaian sebegini sudah biasa dalam kalangan masyarakat. Aku sendiri sudah terbiasa dengan pemakaian sebegitu. Untuk berubah mendadak memang tidak. Agak sukar untuk aku lakukan. Namun aku bersyukur atas nasihatnya. Berkali-kali aku memikirkan niatku. Tapi aku  takut jika niat baikku nanti dicemuh dan dikatakan ingin menunjuk-nunjuk. Sehinggalah selepas nasihat itu terbit dari mulut insan yang aku sayangi maka aku mencuba membeli sehelai jubah berwarna merah maroon. Inilah kali pertama dan yang pertama-tama sekali aku membelanjakan diri membeli jubah untuk aku pakai. Buat pertama kalinya aku memakai ke kenduri kahwin jiran. Tudung biasa aku gayakan bukan berbidang besar. Tidak ada rasa yang berbeza tetapi sedikit ketenangan yang aku rasakan. Mak juga menyatakan sokongannya padaku agaar melakukannya sedikit demi sedikit dan tidak terlalu mendadak supaya kesannya akan terus kekal.

Kedua kalinya, 17 Disember, selepas 4 hari aku menginjak usia 21 tahun. Di pagi hari sebelum ke kelas. Jiwa aku rasakan ingin sekali mengenakan jubah yang aku beli tempoh hari. Aku terasa tak nak memakai kerana terlalu banayk kuliah dari 10 pagi hinggalah 10 malam. Satu masa yang cukup lama. Bisikan aku dalam hati pakai pakaian biasa-biasa sahaja sudah. Lebih mudah. Tapi hati ini cukup kuat nak mencapai jubah tersebut untuk aku sarungkan di badan. Ya Allah kenapalah hati ni begitu kuat. Akhirnya selesai membersihkan diri, terus aku mencapainya dan seterika. memilih-milih tudung yang sesuai untuk digayakan bersama. Ya! Di saat aku menyarungkan jubah tersebut hatiku terus berniat jika inilah yang waktunya untuk aku terus tetap di jalan-Mu, maka tunjukkan padaku kebesaran-Mu agar aku terus istiqamah dalam melaksanakannya. Aku terus bersiap dan bersiap. Tika terpandang wajah di cermin, syahdunya dalam hati Allah sahaja yang tahu. Walaupun sebelum ini setiap hari memandang cermin untuk mengenakan tudung tetapi hari tersebut cukup berbeza sekali. Satu perasaan yang sukar diungkapkan. Aku dapat rasakan ketenangan yang selama ini aku rindukan. Yang aku cari dalam setiap langkahku. Mungkin kerana banyak dosa dan kemungkaran telah aku lakukan sehingga hati terasa sangat sukar merasai perasaan tenang dan lapang dada. Syukur untuk kali ini, Allah membuka satu pintu kebaikannya untukku. Alhamdulilah. Kaki terus melangkah menuju dewan kuliah. 

Satu kuliah daripada seorang pensyarah yang amat aku hormati, Dr Nor Hayati, pensyarah subjek pembangunan kurikulum. Setiap kali mengikuti kuliahnya pelbagai nasihat dan pesanan yang amat terkesan di jiwa. Antaranya "jika kita ingin mendidik orang lain ke arah kebaikan, didiklah diri terlebih dahulu.""Gunakalah kebenaran ilmu dalam melakukan sesuatu dan tidak melakukan sesuatu sembarangan ikut kata hati."" Manusia ada 4 elemen dalam dirinya iaitu akal, hati, nafsu dan iman. Hanya iman yang kuat dapat menunjukkan nafsu". Pelbagai lagi kata-kata yang cukup meruntun hati. Dari situ aku memperoleh kekuatan. 

Selalunya kemalasan amat beraja di hati. Namun pada hari itu, aku berasa cukup bersemangat, tidak mengantuk di kelas, dan paling aku tidak menyangkakan aku peroleh kembali keberanian, kekuatan untuk bersuara dengan yakin dan tenang dihadapan ramai. Bila sahaja aku melangkah ke mana-mana sahaja, hati aka terdetik untuk menjaga mata, tingkah laku, percakapan dan sebagainya. Subhanallah. Aku jarang sekali berperasaan begini. Benarlah apa yang pernah dirasai oleh orang lain. Daripada pemakaian ia mampu mendidik hati. Namun, satu perkara yang paling aku takuti adalah mampukah diri ini untuk terus ikhlas dan istiqamah dalam melaksanakan tindakan ini. Ya Allah kurniakan kekuatan padaku untuk terus berjihad di jalan-Mu dan kurniakan kekuatan untukku melepasi rintangan demi rintangan kerana aku tahu untuk tegak di jalan-Mu pelbagai ujian yang akan datang menguji sejauh mana kesabaran diri. Amin.

Doakanlah diriku berjaya menangani ujian demi ujian. Semoga segala yang mengganggu gugat jalanku dapat ku tepis dengan bekalan iman yang masih bersisa. Sekadar perkongsian bersama. Yang baik dijadikan panduan. Yang buruk dijadikan sempadan.


LinkWithin

Jom Tengok!