Salam semua..
hye u all.. & kpd yg mommies to be, camne? shat? baby? ok?.
Now, i dah pun masuk 30 minggu pgnant.. sekejap je da tiba 30 week. tngal tngu lg 10 week..
Tadi aku baru je wat full payment utk set berpantang.. untuk pantang kali ni aku guna produk Shaklee.. (cehh macam pnah pantang je sblum ni padahal ni la first time..hihi)
Banyak dah testimoni tentang produk ni yang aku baca, semua bagi reaksi yang positif. So, dari situ tergerak hati nak guna produk ni.. Lagi pun produk ni bukan jamu, so boleh la aku makan on time & x risau kalau tetiba baby kena jaundis atau sakit kuning (harapnya x la kannn...)
Kalau bukan jamu apa dia????
Haa dia supplements atau vitamin tambahan yg mmg diperlukan tubuh..
Aku nak cakap panjang2 pun aku lum try lg produk ni, baru jer order, esok lusa mungkin sampai la kot..
Memandangkan dalam minggu2 akhir ni aku kerap kena kejang kaki & sembelit!! maka aku sgt2 perlukan supplement tu.. nak tau apa dia?? tunggu la next entry aku bagi details pasal produk ni k..
Baru balik kuliah ni, aku penat sikit tapi masih sempat update blog ni.. cuma x larat nak citer panjang2..
anyway HAPPY MONDAY!! smile =))
Monday, May 28, 2012
Saturday, May 12, 2012
KANDUNGAN DI PENGHUJUNG TRIMESTER KEDUA
Hye all.. before this aku dah citer pasal ssh pyah sepanjang trimester kedua.. Now, dah masuk 27 week.. next week masuk la 28 minggu dan bermulalah perjalanan kehamilanku menuju trimester ketiga.. Alhamdulilah, selama aku menggandungkan anak yang pertama ni aku rasakan tak banyak sangat masalah. Cuma kepenatan dan keletihan yang luar biasa dari selalunya itu yang aku alami.. Boleh dikatakan aku ni ibu muda yang cekal dan kuat semangat la jugak.(hehe.. puji diri sendiri).
Tapi memang betul. Apa taknya aku sekarang masih continue blaja under degree kat UPM Serdang. Disebabkan hubby jenis kerja merata, aku decide untuk duduk kolej je sementara hubby pergi cari rezki dan kami sama2 setuju duduk asing-asing. Sekarang ni pun dalam kandungan aku yang dan mencecah 7 bulan, hubby xde kat sisi sebab dah pergi outstation ke Australia. Bayangkan kalau orang lain saat-saat hampir sarat nilah diorang memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian. So, bersyukurlah mommy2 kat luar sana yang sentiasa ditemani suami tercinta setiap hari. Namun begitu, aku tetap bersyukur atas penciptaan teknologi terkini yang membolehkan aku berhubung selalu dgn hubby tersayang. Setiap hari pasti akan ada call dari si dia.. :) happy & sentiasa ditunggu2.. malam pulak time for us Skyping.. nampak la muka memasing kannn.. even jauh terubat rindu bila tgk video..
Ok sambung lg.. bukan semata-mata aku duk jauh dgn hubby, bila duk kat kolej pulak aku kena naik trun tingkat 4.. bayangkan everyday!!! naik tangga turun tangga. masa 1st trimester tu aku larat lagi la. Bila dah makin sarat ni.. mau semput dibuatnya.. Bukan x nak pindah tingkat bawah tapi last semester aku nak mintak tukar tapi org ofis kata tempoh tukar blik dah tamat. Aku malas nk byk ckp so, ikutkan jela.. lagipun aku mmg nak duk kat blik yang aku ada skrg ni, Syang nak tukar blik lain.. huhu..
One more thing, aku ni pengkhususan dalam bidang pertanian, so, memang akan ada amali or praktikal di ladang. setiap Jumaat dari pagi pukul 8-10.. petang pulak 3-6 petang.. petang tu aku tak kisah lagi sbb ada bas.. Yang pagi ni terpaksa jalan kaki adala dalam 1km aku rasa.. Perghh penat mak datuk aiiii.. ada membe yg bwak moto, tapi malas nak susahkan diorang. Bagi aku selagi mampu dan terdaya aku akan usahakan sendiri tanpa bantuan orang lain. Sepanjang berjalan penat satu hal, tu belum rasa nak buang air je. terpaksa ditahan2. Almaklumlah orang mengandung ni kerap kencing.. Lagi penat kalau baby tgh duk mengeras. Istifar jela sepanjang berjalan tu. Aku selalu berfikiran positif mudah2an dgn byk berjalan ni nanti mudah untuk aku melahirkan anak sulung ku buah hati mama ni..
Setiap malam aku dah mula kerap kejang kaki, sakit woo~~.. x bole bergerak kaki bila dah terkena. Badan pun kerap jgk bisa2... Bila ada asignment yg perlu disiapkan byk kali jgk la tertangguh sbb x larat duduk lama2 depan laptop. Kaki ni nak duk kejag memanjang. Sabar.. Disebabkan setiap hari aku akan keletihan dek kuliah yang memanjang dan perut yg makin sarat, aku solat pun dah duduk x berdiri macam slalu. Nasib baik la Islam ni agama yang memudahkan umatnya.. Syukur Ya Allah.. Setiap kali solat aku berdoa anak yang aku kandungkan ni mewarisi kecekalan dan semangat aku yang x pernah pudar sepanjang mengandungkannya.. Mudah2an anak mama jadi anak yang soleh, cekal hati dan pandai berdikari...
Minggu depan cek up untuk bulan ni, kena minum air gula sbb berat dah bertambah je.. byk lak tu.. So, dr. saspek takut terkena kencing manis.. Ya Allah mudah2an takde apa2.. aminnn.. Harap2 bila scan baby tunjuk gender. hihi =), Baby sekarang makin kuat menendang..
Monday, April 30, 2012
PAHIT GETIR MENJEJAK TRIMESTER KEDUA
Salam semua..
Pejam celik pejam celik sekarang kandungan aku pun dah memasuki trimester kedua dan berada pada minggu ke 26.. about 2 more week will become 7 month.. Oh, no 3 month to go!!.. Anyway, tentang persiapan baby dah buat sikit-sikit. Setiap kali aku pegi shopping compleks surely aku akan beli barang baby. Paling tidak pun sehelai dua baju baby.. hehe.. Aku x suka beli sekaligus, tkut x terlarat.. lagi pun ni baby sulung, byk kne sediakan. excited, teruja, semua ada.. Antara barang yang dah tersedia, baju lengan panjang, lengan pendek, rompers, botol susu, toto baby, mitten and socks, barut, bedung, lampin, selimut & 1 set brg mandian baby aku da beli.. Just yang aku punya xde lagi ni mcm bengkung, jamu set bersalin, & lain2 la.. malas nak list panjang2..
Haa.. tu baru persediaan awal belum persediaan t nak masuk spital, nak packing2 lg.. byk jgk nk kne buat.. Tp slow2 x perlu tergopoh gapah. Masa masih lambat lg.. aku ni cakap lambat2 silap2 baby kuar awal.. Mana taknya, aku ada baca kat satu wall dia kata kalau kita banyak berjalan cepat bersalin. Macam aku yang masih belajar ni memang la byk jln syg oi.. tiap2 hari turun naik tingkat 4 ha!!.. tu belum citer jalan kaki ke ladang lagi turun naik tangga gi kelas lg.. dugaannn.. tapi harap2 nanti mudahlah untuk aku bersalin..
Hmm.. terlari topik pulak ye.. Bila dah masuk trimester 2 ni yang bestnya adalah bila mana segala jenis alahan atau "morning sickness" dah beransur kurang atau hilang sama sekali. Tiada lagi muntah2.. loya2 dan sebagainya. Namun begitu timbul pulak masalah lain iaitu sakit pinggang, benda ni memang normal bg ibu hamil. Lagi satu masalah panas dan kerap berpeluh. Yang ni amat menguji kesabaran. Kadang-kadang dah mandi pun masih panas dan berpeluh. Belum waktu malam lagi memang x nyenyak rasanya tidur bila keadaan panas walhal dah buka kipas paling maximum!!.. Bila aku duk tny orang sana sini yang dah ada pengalaman mengandung memang macam tu keadaannya. Jadi bersabarlah..
Lain masalah yang aku alami ialah gatal pada bahagian perut. Kalau dah gatal tu alahai memang sedaplah kalau menggaru. Tapi bila difikirkan semula takut nanti kesan stretch mark lg truk lepas bersalin, so aku akan alas perut dengan kain sebelum menggaru atau just gosok2 je bagi lega. Dalam masa yang sama aku sapu jugak bio oil.. Bagus minyak ni cepat resap dan tak melekit. Even mahal sikit tapi jimat jugak la. Sbb sekali pakai x banyak mana pun.
Yang seterusnya ni xde kaitan dengan masalah kesihatan tapi perasaan. Bila dah masuk trimester kedua ni nampak gayanya hubby makin sibuk keje. Sekarang dah dekat 3 minggu tak jumpa.. :-( Minggu depan dia akan flight ke Australia selama tiga bulan. Ya Allah.. lama betul. sedangkan tak jumpa seminggu pun aku dah panas punggung, lagi kan 3 bulan. Mau meraung tiap2 malam.. Harap2 tak macam tu la. Aku tetap akan berusaha untuk sentiasa berfikiran positif dan selalu ceria. Yelah bila mengandung ni emosi kena jaga. Takut t baby plak yang stress.. Kesian dia.. Dah nama pun kerja, kenalah terima. Aku doakan yang terbaik je untuk hubby tercinta. Harap2 masa nak bersalin nanti hubby dah balik Malaysia. Amin
p/s : gender baby tak tau lagi sebab baby kepit kaki masa scan tak mahu tunjuk 'anu' dia..hehe,, shy2 cat anak mama ni.. tp xpela.. SURPRISE!!!! :))
Monday, April 02, 2012
BABY SUDAH MULA BERGERAK
Salam BSS..
Hye mommies kat lua sne & wat sesape saje yg sdang bce blog ak nih..Actually mse tgh update entry kali ni tgh hujan lebat gle2 kat lua tuh..So, drpd duk tido je terpikir plak nak update blog kesayangan hamba ni.. acece mcm lagu hail amir lakz..huhu..

Entry kali ni nak bercerita tentang my baby yg shrg ni dah masuk 22 minggu dah start GERAK2 u ols!!!!! excited sbb first preggy kann... Tapi ak rasa tak kira first, second dan seterusnya, seorang ibu yang bakal menerima cahaya mata baru dalam hidup mereka akan merasa kemanisan yang sedemikian.. nak kata xde??.. jgn tipu la.. Actually mse 18 minggu dah mula rsa baby gerak dlm perut just time tu mcm rasa angin bergerak je.. X brapa nak kuat sangat. Apa yang ak tahu masa 22 minggu ni rangka badan janin mula diselaputi lemak dan otot janin mula menjadi kuat... Datz why la makin trase tendangan demi tendangan memasuki pintu gol!!..ahaha..
Baru je tadi masa habis sahaja kuliah pertama di pagi hari pada jam 8 hingga 10 pagi, aku terasa lapar, sikit penat dan sakit bahu.. Then sbb da lapar pegi la makan. selesai makan aku terus ke makmal komputer menyudahkan asignment yg x berkesudahan lg.. Time ni dr pkul 10 hingga 12 takde kuliah pun.. dalam masa 1 jam tu ok lg la badan ak but masuk setengah jam berikutnya, aku rasa x larat dah nak duduk.. rasa nak baring je, akhirnya aku ambil keputusan untuk lepak di surau.. Lepak??? macam ganas je bunyinya.. kat surau pulak tu, ala kira berehat sekejap la kann.. Sampai je kat surau aku duduk menyandar, x selesa jgk.. Last2, amblik beg jadikan bantal & aku pun terus baring... Lepas tu apa jadi???? JENG.. JENG..JENGGGGGG...
Saje wat saspen..hehe, my baby gerak active sgt2.. sampai ak bole napak penangan ombak rindu kat perut ni haa..Kalau dipegang dan diusap perut mmg jelas terasa.. Aku letak hanset atas perut pun hanset tu bole bergerak bergoyang jgk.. Nampak sgt baby tgh main2 dlm perut ni.. Teruja!!... Bcoz ni first time baby aktif semacam tu.. selalu xdela nak sampai perut ni berlekuk dek gerakan dia tapi kali ni dia betul2 nak tunjuk kat mommy dia yg dia tgh cergas dan sihat..alhamdulilah.. Disebabkan kuliah seterusnya bermula jam12 so terpaksa aku bangun dan menuju ke bilik kuliah yg sepatutnya... baru nak melayan my little sweet.. urmm :( x puas kotttt.. watever pun kat kelas dia stil tendang2 lg.. but kali ni slow skit... dia tahu kot mommy dia tgh study,,hehe.. So, takat ni dulu.. tata
P/s : Semalam baru je dapat bedung dan barut yang ak tempah khas dr blog siapa ntah secara online.. lawa u ols,,, gamba kartun2.. slalu org buat putih kali ni aku bg chance kat bby pkai barut & bedung yg ada kartun2.. hikhikhik..
Monday, March 26, 2012
PENGALAMAN TRIMESTER PERTAMA
Salam BSS..
Before this ada entry kan pasal first time mengandung.. So, now let's we move to da next entry about my experience during my first trimester.. (now dah msuk 2nd trimester..hihi)..
Betul la org cakap trimester pertama adalah saat yg paling mencabar bagi ibu mengandung. Waktu ini lah kerap rasa nak muntah, loya, pening, mudah letih walau keje tak banyak, kuat tido, rasa malas dan mcm2 la. Setiap org mungkin berbeza tapi apa yang aku kongsikan ni berdasarkan kepada pengalaman sendiri. Boleh dikatakan setiap hari akan loya tekak. Nak terkeluar isi perut tak jugak tapi mcm angin je yg kluar. Lagi 1 yg aku alami aku jadi malas semacam. Sampaikan rumate (aku still continue study & duk di kolej) menegur aku 1 hari tu. Katanya macam ni
" aku peliklah tengok perangai kau sekarang, dulu kau bangun awal, rajin buat kerja ke asignment ke. Tapi skrg nampak malas sangat.."
Haa kannnnn!!.. Tu dia.. seriously mmg aku rasa malas sangat waktu tu. Tak tau la apa sebab jadi macam tu. Sampaikan waktu nak mandi petang pun tertangguh-tangguh. Kalau balik rumah hubby siap pesan banyak kali pergi mandi. bngun tu bngun jugak la tapi sempat duduk dapur makan dulu. Kang kejap lg duduk tengok tv dulu. Benda ni x prasan pun tapi mak yg prasan. Ni bawaan budak sebab aku bukan jenis yang macam tu sebelum preggy. Aku ni jenis kalau nak buat sesuatu terus buat xde nak tangguh2. Aku senyum je bila hubby da pandang pi sruh mandi.. hahaha mcam2 budak2 pun ada perangainya. Janganlah anak aku dah lahir sok jadi malas atau susah nak mandi. huhu..
Bercerita bab makan pulak aku mmg agak kurang sikit slera nak mkn. yela tekak asyik loya je mana ada selera nak makan. Samapailah satu hari aku dapat kesan yang aku tak boleh makan AYAMMM!!!!!!.. Pergh my faveret tu.. ayam cik kiah oi.. tapi bila preggy ni aku terus tak boleh telan. First masa balik rumah, nak sambut besday aku, mak dgn anak buah sekaligus. so, hubby belilah KFC 1 bucket. Aku pun bedal la ayam malam tu. Punya sedap. Esoknya abg ipar belanja roti canai & ada kaki ayam pada kuah kari tu. Aku pun makan kasi pulun. Nak tau apa jadi??. Lepas dari tu aku tak benti kua masuk toilet. Habis kluar smua isi yg aku mkn. Mmg baby dalam perut ni tolak habis ayam. Aku try makan soto ayam pun sama jgk. Akan terkeluar semula.So, starting on that time aku tak makan dah ayam. So, takat ni dekat 4 bulan jgk aku x makan ayam. Seumur hidup aku ni la waktu paling lama aku x sentuh ayam.. bila ingat mcm klaka pun ada...
MENGIDAM
Before this ada entry kan pasal first time mengandung.. So, now let's we move to da next entry about my experience during my first trimester.. (now dah msuk 2nd trimester..hihi)..
LESU, LOYA, MUAL
Betul la org cakap trimester pertama adalah saat yg paling mencabar bagi ibu mengandung. Waktu ini lah kerap rasa nak muntah, loya, pening, mudah letih walau keje tak banyak, kuat tido, rasa malas dan mcm2 la. Setiap org mungkin berbeza tapi apa yang aku kongsikan ni berdasarkan kepada pengalaman sendiri. Boleh dikatakan setiap hari akan loya tekak. Nak terkeluar isi perut tak jugak tapi mcm angin je yg kluar. Lagi 1 yg aku alami aku jadi malas semacam. Sampaikan rumate (aku still continue study & duk di kolej) menegur aku 1 hari tu. Katanya macam ni
" aku peliklah tengok perangai kau sekarang, dulu kau bangun awal, rajin buat kerja ke asignment ke. Tapi skrg nampak malas sangat.."
Haa kannnnn!!.. Tu dia.. seriously mmg aku rasa malas sangat waktu tu. Tak tau la apa sebab jadi macam tu. Sampaikan waktu nak mandi petang pun tertangguh-tangguh. Kalau balik rumah hubby siap pesan banyak kali pergi mandi. bngun tu bngun jugak la tapi sempat duduk dapur makan dulu. Kang kejap lg duduk tengok tv dulu. Benda ni x prasan pun tapi mak yg prasan. Ni bawaan budak sebab aku bukan jenis yang macam tu sebelum preggy. Aku ni jenis kalau nak buat sesuatu terus buat xde nak tangguh2. Aku senyum je bila hubby da pandang pi sruh mandi.. hahaha mcam2 budak2 pun ada perangainya. Janganlah anak aku dah lahir sok jadi malas atau susah nak mandi. huhu..
FOBIA AYAM
Bercerita bab makan pulak aku mmg agak kurang sikit slera nak mkn. yela tekak asyik loya je mana ada selera nak makan. Samapailah satu hari aku dapat kesan yang aku tak boleh makan AYAMMM!!!!!!.. Pergh my faveret tu.. ayam cik kiah oi.. tapi bila preggy ni aku terus tak boleh telan. First masa balik rumah, nak sambut besday aku, mak dgn anak buah sekaligus. so, hubby belilah KFC 1 bucket. Aku pun bedal la ayam malam tu. Punya sedap. Esoknya abg ipar belanja roti canai & ada kaki ayam pada kuah kari tu. Aku pun makan kasi pulun. Nak tau apa jadi??. Lepas dari tu aku tak benti kua masuk toilet. Habis kluar smua isi yg aku mkn. Mmg baby dalam perut ni tolak habis ayam. Aku try makan soto ayam pun sama jgk. Akan terkeluar semula.So, starting on that time aku tak makan dah ayam. So, takat ni dekat 4 bulan jgk aku x makan ayam. Seumur hidup aku ni la waktu paling lama aku x sentuh ayam.. bila ingat mcm klaka pun ada...
MENGIDAM
Mengidam memang akan terjadi pada setiap individu. Aku rasalah. Dulu aku rasa orang yang mengidam ni macam mengada2 ambil kesempatan je. Mintak itu ini tapi bila dah mengalaminya baru sedar kalau mengidam sesuatu tu mmg kne adakan jugak walau apa cara sekalipun. Kalau tidak mulut terliur dan otak akan membayangkan je benda yang nak dimakan. Sampai ada masa boleh jadi lemah badan sebab apa yang nak tu x dapat2.Dari pengalaman aku, aku mengidam buah delima, limau bali, kuih lopis, getuk ubi (ni bhs org jawa, tmpat lain xtau dipanggil apa) & mcm2 la. Sekarang ni ada satu benda aku nak makan tapi x dapat lg. "Kastard Jagung".. fuhh sabar menunggu 3 minggu utntuk dapatkan ni. Nak tunggu cuti balik rumah sruh makn buat..hihi..
So, takat ni dulu la aku nak share dgn sesiapa yg sudi membaca. Lepas ni tunggu pengalaman trimester kedua pulak ye.
Sunday, March 25, 2012
First Time Tahu Mengandung
Salam BSS (bitter, sweet, sour)..
.
Menjadi sesuatu yang menggembirakan apabila seseorang wanita mengetahui yg dirinya bakal menimang cahaya mata. Macam tu jgk la aku. Aku sendiri pun tak menjangkakan akan preggy sebegini awal sebab jangkaan untuktunggu selepas habis belajar. Tapi rezeki Allah nak bagi, aku syukur dan bersyukur sangat2.. For me ini adalah hadiah perkahwinan yang berharga buat aku dan suami..hehe
Kisah aku mengandung bermula macam ni, masa bulan 11 aku merasakan sesuatu yg aneh. Perempuan normally they will go trough their ABC (bhsa ksar org pmpuan yg bmaksud "Allah Bagi cuti".. mana diorng dpt short form ni pn ak xtau, ak dgr2 dr org je). Cam tu jgk aku. But then its not 7 days it comes out just for 2 days. Jarang dan x pernah pn aku mengalaminya in just 2 days. Dari situ aku menjangkakan aku akan pgnant. Lepas tu, bila aku britahu my hubby & dia belikan pregnancy test kit yg dekat farmasi tuh.. xdela mahal mana pun around RM8.00 kot kalau x silap. Aku pun gunalah. Lepas bangun pagi test air kencing. But, u know what apa yg blaku. Ni ha result dia :
NEGATIF!! (ilustrasi ni bukan yg sebenar, test kit yg aku beli buang dah ntah ke mana.. men copy paste tenet je..hikhik). Kalau diikutkan dekat 3 kali jugak aku membazirkan duit beli benda alah ni untuk tahu pregnant ke tak. Jawapan tetap sama negatif. Apabila seseorang tu mengandung akan menghasilkan HCG. Utk tahu lanjut pegi kat web ni http://www.mommeworld.com/post/view/61/hcg-level/ Mungkin tahap HCG aku masa tu masih rendah.
Selepas tu apa yang berlaku??.. My hubby ni mcm x sabar2 nak tahu sangatkan yg wife dia ni preggy. Tambahan pulak sejak dua menjak waktu 2 bulan pertama tu, memang mabuk, mual dan loya tekak. Lagilah menambahkan keyakinan dia. So, dia bawak aku pegi klinik swasta di seri serdang. Aku pun jumpa dr. Ingat lagi dr. cina yang cek aku waktu tu. Aku beritahulah keadaan aku dan aku nak cek either pregnant or not. Mcm biasa mstilah cek urin. Then, x lma dalam brapa mnit lpas dia titikkan urin atas test kit trus bg hasil. Mcm ni ha..:
Doc pun bg tau..Yes, kamu mengandung! Aku macam xde perasaan waktu tu. Senyum je. Tapi rasa macam nak melompat pun ada. Tapi takkan nak buat macam tu kan dalam klinik kot!!!..bila keluar je bilik Dr. senyum2 tgk hubby. Hubby pun dah agak yg wifenya yg tersyg ni preggy. On the spot trus dia call mak merangkap mak mentua aku britahu bakal dapat cucu baru..hehehehe..
Mulai dari hari tu dia sangat2 ambil berat pasal aku & apa aku nak semua dia bagi. Ok la takat ni dulu utk entry kali ni. Lepas ni ikuti sambungan pasal aku menjalani trimester pertama yang penuh dugaan dan mcm2 pancaroba sebagai bakal ibu..
Wednesday, February 22, 2012
Bila Berjauhan Dengan Suami..
Salam secangkir kenangan..
Lama rasanya diri ini tidak mencoretkan sesuatu bermakna dalam ruangan blog ksyngan. Kali ni bukanlah satu kupasan isu semasa tentang peperangan, penzinaan, penagihan dadah dan sebagainya tetapi adalah suatu luahan rasa, satu coretan yang ingin dikongsikan bersama pembaca..
Perkahwinan sering digambarkan sebagai suami isteri tinggal bersama di bawah satu bumbung, mengadap muka saat pulang kerja, bersantai di kala petang, makan bersama di malam hari dan bergurau senda saat bersama. Namun tidak semua perjalanan sebuah perkahwinan akan melalui saat seperti ini. Ada masanya kedua-duanya diduga dan diuji. Suami mempunyai tuntutan kerja yang perlu dilaksanakan, si isteri pula menggalas tanggungjawab menyambung pelajaran. Inilah keadaan yang aku alami saat ini..
Terasa syahdu bila diri mula keseorangan tiada insan tersayang di sisi. Tetapi setiap ujian yang Allah turunkan ada hikmah tersendiri. Barangkali Allah mahu menjadikan aku sebagai seorang isteri dan juga seorang bakal ibu yang kuat dan tabah. Aku percaya Allah menurunkan ujian pada hambanya sesuai dengan kemampuan yang dimiliki oleh hambanya di dunia. Mudah-mudahan dengan perpisahan untuk sementara waktu ini menguatkan lagi cinta dan hubungan antara kami suami isteri.
Bermacam-macam perkara yang kami lakukan supaya tidak terasa berjauhan. Mujurlah adanya kecanggihan teknologi masa kini membenarkan aku untuk sentiasa bertanya khabarnya di waktu pagi, tengahari, petang dan malam. Walaupun sekejap mendengar suara sudah cukup melegakan hati. Jika ada waktu skype sudah tentu. Andai ada waktu terluang suami akan turun ke KL atau aku sendiri yang balik ke Johor. Tapi untuk akan datang si dia akan ke Australia atas tuntutan kerja. Sungguh Allah benar-benar nak menguji hati dan jiwa ini berjauhan dengan suami saat kehamilan anak kami yang sulung. Sebagai seorang isteri aku faham keadaan yang berlaku. Perlu ada kepercayaan, bertolak ansur dan kesetiaan. Kata orang sayang anak tangan2 kan sayang isteri tinggal2 kan. Pemergiannya demi mencari rezeki. Bukan untuk sesiapa tetapi untuk diri ini dan anak yang dikandungkan juga. Kerana itulah aku redha dengan situasi ini dan sentiasa mendoakan suami di bawah lindungan YANG MAHA ESA.. Insyaallah..
Sebenarnya saat berjauhan dengan suami memberi ruang pada diri untuk lebih dekat dengan Ilahi. Bukan bermakna bila bersama suami terasa jauh dengan Ya Rabbi, tetapi bila berjauhan itulah akan timbul rasa kesyukuran bila saat suami di sisi, terasa ingin selalu mendoakan si dia sihat sentiasa.
Hidup kita hanyalah sementara, hargai apa yang kita ada.. Bersyukurlah dengan nikmatnya.. Alhamdulilah
P/s : Terasa rezeki makin melimpah ruah dengan kehadiran bakal anak sulung... :)

Subscribe to:
Posts (Atom)
LinkWithin
Jom Tengok!