Saturday, May 12, 2012

KANDUNGAN DI PENGHUJUNG TRIMESTER KEDUA

Hye all.. before this aku dah citer pasal ssh pyah sepanjang trimester kedua.. Now, dah masuk 27 week.. next week masuk la 28 minggu dan bermulalah perjalanan kehamilanku menuju trimester ketiga.. Alhamdulilah, selama aku menggandungkan anak yang pertama ni aku rasakan tak banyak sangat masalah. Cuma kepenatan dan keletihan yang luar biasa dari selalunya itu yang aku alami.. Boleh dikatakan aku ni ibu muda yang cekal dan kuat semangat la jugak.(hehe.. puji diri sendiri).

Tapi memang betul. Apa taknya aku sekarang masih continue blaja under degree kat UPM Serdang. Disebabkan hubby jenis kerja merata, aku decide untuk duduk kolej je sementara hubby pergi cari rezki dan kami sama2 setuju duduk asing-asing. Sekarang ni pun dalam kandungan aku yang dan mencecah 7 bulan, hubby xde kat sisi sebab dah pergi outstation ke Australia. Bayangkan kalau orang lain saat-saat hampir sarat nilah diorang memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian. So, bersyukurlah mommy2 kat luar sana yang sentiasa ditemani suami tercinta setiap hari. Namun begitu, aku tetap bersyukur atas penciptaan teknologi terkini yang membolehkan aku berhubung selalu dgn hubby tersayang. Setiap hari pasti akan ada call dari si dia.. :) happy & sentiasa ditunggu2.. malam pulak time for us Skyping.. nampak la muka memasing kannn.. even jauh terubat rindu bila tgk video..

Ok sambung lg.. bukan semata-mata aku duk jauh dgn hubby, bila duk kat kolej pulak aku kena naik trun tingkat 4.. bayangkan everyday!!! naik tangga turun tangga. masa 1st trimester tu aku larat lagi la. Bila dah makin sarat ni.. mau semput dibuatnya.. Bukan x nak pindah tingkat bawah tapi last semester aku nak mintak tukar tapi org ofis kata tempoh tukar blik dah tamat. Aku malas nk byk ckp so, ikutkan jela.. lagipun aku mmg nak duk kat blik yang aku ada skrg ni, Syang nak tukar blik lain.. huhu.. 

One more thing, aku ni pengkhususan dalam bidang pertanian, so, memang akan ada amali or praktikal di ladang. setiap Jumaat dari pagi pukul 8-10.. petang pulak 3-6 petang.. petang tu aku tak kisah lagi sbb ada bas.. Yang pagi ni terpaksa jalan kaki adala dalam 1km aku rasa.. Perghh penat mak datuk aiiii.. ada membe yg bwak moto, tapi malas nak susahkan diorang. Bagi aku selagi mampu dan terdaya aku akan usahakan sendiri tanpa bantuan orang lain. Sepanjang berjalan penat satu hal, tu belum rasa nak buang air je. terpaksa ditahan2. Almaklumlah orang mengandung ni kerap kencing.. Lagi penat kalau baby tgh duk mengeras. Istifar jela sepanjang berjalan tu. Aku selalu berfikiran positif mudah2an dgn byk berjalan ni nanti mudah untuk aku melahirkan anak sulung ku buah hati mama ni..

Setiap malam aku dah mula kerap kejang kaki, sakit woo~~.. x bole bergerak kaki bila dah terkena. Badan pun kerap jgk bisa2... Bila ada asignment yg perlu disiapkan byk kali jgk la tertangguh sbb x larat duduk lama2 depan laptop. Kaki ni nak duk kejag memanjang. Sabar.. Disebabkan setiap hari aku akan keletihan dek kuliah yang memanjang dan perut yg makin sarat, aku solat pun dah duduk x berdiri macam slalu. Nasib baik la Islam ni agama yang memudahkan umatnya.. Syukur Ya Allah.. Setiap kali solat aku berdoa anak yang aku kandungkan ni mewarisi kecekalan dan semangat aku yang x pernah pudar sepanjang mengandungkannya.. Mudah2an anak mama jadi anak yang soleh, cekal hati dan pandai berdikari...

Minggu depan cek up untuk bulan ni, kena minum air gula sbb berat dah bertambah je.. byk lak tu.. So, dr. saspek takut terkena kencing manis.. Ya Allah mudah2an takde apa2.. aminnn.. Harap2 bila scan baby tunjuk gender. hihi =), Baby sekarang makin kuat menendang..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Jom Tengok!