Beberapa jam yang lepas baru sahaja selesai membuat perjumpaan bersama ahli Kelab Al-Biruni Fakulti Pengajian Pendidikan. Puas rasanya dapat berjumpa dengan ahli-ahli yang lain tetapi masih x tercapai matlamat untuk melantik AJK tertinggi kerana kebanyakan ahli yg hadir adalah dalam kalangan mereka yang berada pada tahun akhir. (jd mustahil la diorang bole incharge sbb dah taun last..) Banyak pengalaman yg dpt aku kutip dlm menguruskan organisasi ni. Sbg presiden kelab ak bertanggungjawab dlm kelangsungan aktiviti. Banyak jugak cabarannya apabila nk buat program walaupun cuma perjumpaan biasa dan bukan perjumpaan penuh protokol. Pertamanya pada perjumpaan pertama, tempat sudah dibooking tetapi tiada yg hadir kerana makluman tak sampai kepadaa mereka yg berkenaan. Tambah2 waktu tu cuti raya haji. Kali kedua pula iaitu perjumpaan yg baru slesai tadi, berkali-kali mencari tempat. Pergi ke DKFPP, penuh la pulak, bertukar ke bilik seminar perlu merujuk ke pusat pengajian siswazah, apabila mohon ke DKAP perlukan surat dr BHEP.. Dah tu pergi BHEP mohon kebenaran. Muala2 tak dapat tp alhamdulilah dr jasa baik staf dia bagi jugak. Hal makanan tak jadi masalah, fakulti tanggung. Tu pun kne ada kertas kerja. Berkenaan cenderahati, rumit sikit. Mula-mula buat surat ingatkan prof yg sorg ni penasihat fakulti rupa2nya penasihat universiti. Baik2 dah siap print kena edit smula. Jumpa timbalan dekan mintak kepastian. Pembantu dia pun dah kenal siapa ak..hehehe.. asik kuar masuk blik dia je. bila da siap kne pegi BHEP anta pd penolong pendaftar pula. Nasib baik ada membe yg baik tolong amik brg yg byk sebesar 2 kotak anta pakai keta dia.. syukur. Jangan disangka mengurus organisasi ini senang. Kita tgk orang buat nampak senang. Tapi bila kita sendiri berdepan.. MasyaAllah payahhhhh.. Namun begitu ak x risau & x rasa putus asa sbb pengalaman sebegini memberi nilai tambah pada diri aku. Tak semua orang boleh buat.. Thanks pada seseorang yang telah banyak memberi bantuan dan tunjuk ajar.. Sekian..
p/s : seandainya dapat kawan-kawan yang supportive mesti lagi bersemangat.....
No comments:
Post a Comment