Tuesday, May 28, 2013

Tak Nak Dah Bersalin Bulan Puasa

Pejam celik pejam celik dah tak lama dah semua umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak.. Hari bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia..

Untuk kali ni aku nak imbas kembali sorotan kenangan aku tahun yang lepas di mana pada masa ni tengah sarat nak masuk ke trimester ketiga...

Untuk dipendekkan cerita, once je dah bulan puasa aku sempat puasa 5 hari je and lepas daripada tu aku tak puasa dah. Stop fasting sebab baby dah pun uwekk uwekk keluar dengan selamatnya...

Makanya, 25 hari la aku kena menggantinya.. Arghhh parahhh nak mengganti.. Sabau jela..

Mana taknya selama ni paling lama pun dalam 12 hari lebih kurang la.. Inilah paling lama.. Aduhai, semoga Allah memberi kekuatan pada aku untuk menghabiskan baki yang tinggal bape hari je lagi..

Taubat dah nak elak waktu bulan puasa. In case mengandung lagi.. Erkk?? mengandung lagi?? ehehe sabau2 la ye.. Bukan sekarang..huhuhuhu...


Hye tecit, pandainya kamoOO!!

Ehehe sapela tecit tu ekh? (ekh? suku kata yang orang johor suka pakai..baru aku pasan masa bila ntah mmg org selatan bila bercakap hujung2 byk ada suku kata ni..) ok, back to the topic on top... 

Orait si tecit ni mata bOlat, pipi pun bOlat, dagu berbelah, & aku suka sangat tium2 dia sampai merah2 pipi dia... geram punya pasal.. agak-agak siapa?? haa mestila baby tersyang yang mushuk2 manja2 tuhhh..

Apa yang aku nak kata kan on this blog actually is about his intelligent... Yes, kepandaian dia & sikap dia pandai berdikari.. What? baby umur baru 10 bulan dah pandai berdikari?.. Hey, hey, hey,,, cara baby berdikari lain, step by step.. once ada 1 kemahiran atau perubahan dalam diri diorang that's mean minda diorang mula berkembang dengan menimba pengalaman demi pengalaman dalam proses perkembangannya dari bulan ke bulan..

Ermmm mingu lepas baru je aku balik kg. Nak dipendekkan cerita, waktu bangun je dari tido, si bOlat ni terus bangun pergi ke atas katil. Katil ni bukan la katil ada kaki, just katil yang dibentangkan atas lantai je because in his age katil berkaki xleh pakai nanti dia sedar aku tak sedar last2 kang ada yang jatuh terjelepok kat lantai. Menangis x sudah tengok anak berbenjol. That's why aku bentang je katil or tilam tu kat lantai. takut baby jatuh.

ok, once dia dah pergi ke atas katil, aku ingatkan dia nak ke mana. Rupa-rupanya dia pergi ambil sendiri botol susu yang aku letakkan di situ,,, on that time, terpinga sekejap!! owh my son, bijaknya kamoO.. so sweet la.. dah pandai amik sendri & x merengek macam selalu. 

Based on what my mom said, si bOlat ni jadi macam tu sejak papa dia balik masa cuti yang lepas. Punyalah takut tido dengan papa dia siap nak susu pun boleh dia amik sendiri. Haha, terfikir langsung dia boleh cenggitu.. Anyway, satu perubahan positif anak mama... I can't wait nak tgk my cute son ni pandai berjalan. Sekarang ni dah tumbuh gigi empat batang. Comey jahhhh... kdg2 saje kasi jari bagi dia ggit, sakit skit tp suka buat,,, ahaha but make sure jari dah bersih ye,,,

Kata orang kalau gigi dah tumbuh dulu lambat sikit nak berjalan.. Ermmm xtau la, tapi tengok gaya anak mama ni macam tak lama dah.. hopefully masa raya da pandai jalan, dapatlah bergaya pakai kasut & menggayakan baju melayu for the first time in his life...

ok dah, that all.. Thanks for  reading this entry.. Syang korang semua lillahi Taala...


Wednesday, May 22, 2013

DOAKU MENGIRINGI PERJALANANMU....


Terasa cepat sekali masa berlalu, rasanya baru sahaja minggu lepas aku berjumpa dengan suami tersayang. Kepulangan yang amat dinanti selama 3 bulan lebih dan boleh dikatakan hampir 4 bulan lamanya kami tidak berjumpa, sudah menjadi kenyataan. Tidak sampai 2 minggu dia berada di Malaysia menghabiskan masa bersama keluarga. Malam ini penerbangannya sudah berlepas. Sayang sekali aku tidak dapat menghantarnya menaiki teksi ke Singapura. Selalunya apabila hendak balik ke Australia, aku akan menghantarnya dari Batu Pahat ke Johor Bahru dan kemudian teksi di bawah company di Malaysia akan mengambilnya untuk menaiki penerbangan di Singapura. Tetapi kali ini hanya anak sulung, putera kesayangan yang mengiringi pemergiannya ke sana. Aku tahu sayu di hatinya untuk melangkah pergi tapi demi tugasan dan tanggungjawab yang belum selesai digagahkan jua kaki melangkah. Berkali-kali disuarakan kesedihan dan kesayuan hati, badan terasa berat hendak pergi. Aku di sini tak tahu bagaimana nak menggambarkan perasaan tu. 

Putera kesayangan : Khairul Rizwan
Sepanjang dia berada di Malaysia sempat 
menghabiskan masa dengan bercuti di Teluk cempedak bersama keluarga kedua-dua belah pihak, mengadakan kenduri doa selamat, dan menghantarku ke kuliah saban waktu berada di Selangor. 

Aku berusaha untuk terus kuat, kuat dan kuat menghadapi semua ini. Semoga perpisahan sementara antara kami akan mengeratkan lagi hubungan antara kami. Cuma yang aku fikir dan kasihan adalah anakku yang baru sahaja hendak bermanja dan rapat bersama ayahnya, tiba-tiba dalam beberapa hari sahaja wajahnya dan jasadnya sudah berada jauh darinya. Yang kedengaran hanyalah suaranya di corong telefon. Bersabarlah anak mama. Semua ini hanya sementara. Allah menguji keluarga kami dengan perpisahan sementara ini. Semoga pada masa akan datang, akan ada waktu untuk kami bertaut kembali di bawah satu bumbung yang sama. Pasti ada sesuatu yang dijanjikan Allah untuk kami tetapi dengan syarat kami harus melalui ujiannya yang kadangkala x mampu untuk dipikul oleh hamba-Nya yang lemah semangatnya ini. 

Akhir kata, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju, doa isteri sentiasa mengiringimu ke mana pun  kau pergi.... 

Tuesday, May 07, 2013

Detektif ohh detektif

apa tugas detektif? mestilah menyiasatkan?.. Menyiasat apa? jenayah? kes curi? samun? merogol? membunuh? whatever jawapan kepada persoalan ini, hakikatnya aku bukanlah seorang detektif...aku hanyalah insan biasa yang tak punya apa2, hanya punya sekeping hati yang kering sekering ikan masin..hahaha melalok sudah aku nihh..  After this i will become a researcher!!.. u know what researcher is???.. don't 'geleng-geleng' kepala haa.. wat2 x tau.. tapi mana yang tak tahu tu memang dimaafkan.. Anyway kalau dah nama belajar di universiti then tak buat penyelidikan memang tak sah la. Nama pun belajar dekat universiti penyelidikan. Mana lagi kalau bukan UPM yang telah diiktiraf oleh Jemaah Menteri pada 11 oktober 2006 sebagai salah sebuah universiti penyelidikan. Ada 4 buah lagi universiti yang diiktiraf kalau tak silap aku UM, UKM, USM dan UTM.. congrats2.. bangga aku sebagai salah seorang warga universiti ni yang tertubuh sejak 1931.. huhuhu penuh fakta entry aku kali ni.. macam nak buat asignmen.. 

Anyway that's not the point. Actually i just want to tell people that i have start my final year project for this semester. That project will be continue until next semester. Means that it takes 2 semester to be done. It will start with the Proposal which just include 3 chapter only. Just now, i already show my research title to the supervisor. First, i think she will agree with my choice to fullfill the task just in faculty butttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt... oh no!! she ask me to done it in school.. teng.. tengg.. tenggg.. Get ready for brainstorming!!.. i'm not interested at first when she ask me to do that. But then, when i think back it's good to enhance my communication, social relation and give me more experience then others.. see????.. Yes, I will do it!!.... There are more benefits for me.. 

Tiba-tiba teringat ayat yang menjadi prinsip hidup aku selama ni, "BUANG RASA TAKUT SUPAYA KITA TIDAK MERASA LEMAH DAN BAIKI KELEMAHAN SUPAYA KITA TIDAK MERASA TAKUT"....

Jangan pernah mengalah dan berputus asa... Setiap kesusahan akan dijanjikan kesenangan di akhirnya asalkan kita terus berusaha, berdoa dan bertawakal memohon yang terbaik dari ALLAH S.W.T....


LinkWithin

Jom Tengok!