Hye ols.. sejak 2 menjak ni aku rasa suka je buat tulisan besar2 ni bagi nampak jelas. Suka sangat.. Hok alohhhh, omei angatttttt!! ehehhee teringat pulak cite yg kat tv3 tu pe tajuk dia ekh?? Lupa la,, apa dia tu.. ala citer yg best tu.. ape ke bengap x ingat ni.. banyak makan semut gaknya...emm yg ada nelydia sanrose yg omei angat tu la,,, haa!! dah ingat.. SETIA HUJUNG NYAWA... pe la korang ni tu pun x ingat.. hahaha jangan marah naaa... cpt tmbuh uban muka berkerekot nanti...ehehehe...
Ape pun sebenarnya topik aku bukan pasal drama tapi pasal perasaan dan rasa hati yang mengganggu aku sepanjang beberapa minggu ni. Rasa hati macam mana agaknya ekh? Ntah la aku pun tak dapat nak gambarkan. Apa yang aku alami aku kerap hilang fokus, hati tak tenang, rasa hidup ni masih banyak kurang dan kelemahan, jantung kadang-kadang bergedup laju, rasa nak menangis, nak menjerit, rasa kesempitan... Aku tahu semua orang pernah merasai benda ni kan?.. Emmm kadang-kadang tension rasanya. Banyak dosa ke? Kurang beribadat ke? Lambat solat ke? atau sebab puasa aku yang x berganti lagi? (banyak woo aku x ganti lagi gara-gara bersalin tahun lepas).... Atau disebabkan bebanan kerja yang kian bertambah dari hari ke hari. Aku akui semakin lama motivasi diri agak merudum akhir-akhir ni. Aku rasa kurang bersemangat untuk melaksanakan segala tugas mahupun tanggungjawab yang diberi. Apa punca semua ni?? Puas aku cari puas aku teliti dan aku telah temui jawapannya..
Apa dia??????????
Jawapannya, kurang mendekatkan diri pada PENCIPTA. Semua keresahan yang aku alami gara-gara kurang muhasabah diri. Korang pernah tak muhasabah diri korang yang adakah solat yang dibuat itu benar-benar khusyuk dan betul-betul fokus melaksanakannya? Aku tak nafikan dan aku mengaku sendiri tak setiap masa solat dibuat aku akan tetap khusyuk sepenuhnya. Walau seminit dua mesti ada terberangan or teringat something mungkin kerja, anak, suami or watever yg mengganggu gugat otak sebelum kita solat. Susah sebenarnya nak dapatkan solat yang betul2 khusyuk dan tawaduk. Ada masa pula kadang-kadang sambil lewa tunaikan. Maksudnya dihujung waktu. So, lepas ni bila dah masuk waktu kena la segerakan dan lupakan hal keduniaan. Fokus pada pencipta semasa menghadapnya. Kalau duk dating boleh fokus bertentang mata tak mau berkedip bagai takkan nak pandang sejadah tak boleh kot kn?.. Peringatan utk diri sendiri dan semua yang mahu menerima teguran ini.
Kesilapan pada orang juga mungkin menjadi punca jiwa aku resah. So, kepada sesiapa yang membaca blog ini dan aku ada buat silap, aku memohon banyak-banyak kemaafan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Aku tak nak nanti di akhirat korang tuntut kesilapan yang aku pernah lakukan. Setiap orang berhak untuk dimaafi dan memberi kemaafan. Jika aku pernah terkasar bahasa maafkanlah. Atau mungkin juga ada terhutang tenaga, wang ringgit atau budi. Mohon diikhlaskan dan diingatkan jika dalam bentuk wang ringgit. Adakalanya aku mungkin terlupa. Almaklum la manusia kan bukan semuanya kita mampu ingat kalau tidak ada yang menegur.
Hati yang lalai dengan keseronokan dunia lagi satu punca. Banyak benda yang melalaikan sebenarnya. Tidak terhitung banyaknya. Selagi benda tu tidak memberi manfaat dan membuatkan kita lupa pada Allah maka aku boleh klasifikasikan dia sebagai melalaikan. Ke mana sahaja pergi kita sepatutnya tak lupa pada Allah yang dah beri kita bermacam nikmat dan rezeki. Tanpa nikmat dan pemberian dari-Nya kita tak mungkin dapat melakukan kerja-lerja harian dengan sempurna. Aku mungkin salah sorang yang kerap lupa untuk berzikir dan ingat pada-NYA. Bersyukur pada pemberiannya pun jarang-jarang. MasyaAllah semoga kau ampuni setiap dosa-dosaku dan jauhkan aku dari kelalaian ini.
Faktor lain mungkin disebabkan aku jauh dari anak dan suami. Sangat menduga hati dan jiwa bila berjauhan dari keluarga ni. Tak tertanggung kerinduan dan kesabaran dalam menunggu waktu berjumpa dengan diorang. Buat masa ni aku sudah 3 bulan lebih tak berjumpa suami kerana dia tak dapat cuti lagi. Masih di oversea mencari rezeki. anak pulak baru minggu lepas aku menjenguk tapi kerinduan tu tetap terasa.
Kemungkinan atas semua sebab musabab ni la yang buat jiwa aku terus-terusan resah tak menentu. Semoga Allah pancarkan ketenangan dalam hati aku dan aku mohon semua doakan kebahagiaan dan ketenteraman dalam kehidupanku. Terima kasih kepada yang sudi mendoakan. Semoga korang juga beroleh sebagaimana yang korang doakan tadi.
Ingatlah walau apa pun yang kita buat, niat lillahi taala.. Semuanya diniatkan kerana Allah. Sayangi Allah sayangi rasullullah.