Salam penuh keceriaan...
Alhamdulillah.. Saya sangat gembira hari ini. Apa tidaknya, semalam keputusan peperiksaan telah pun diumumkan. Syukur pada Allah Taala yang telah membantu saya dan memberi ruang serta sinar kejayaan pada saya. Sungguh berbaloi usaha yang saya lakukan selama 1 semester. Walau dalam tempoh study macam-macam dugaan dan kepayahan tetapi saya dapat tempoh dengan jayanya.
Saya tak pernah terfikir untuk dapat result yg sedemikian. Nak tahu tak antara perkara yang mendorong saya untuk lebih gigih adalah saya mahu menebus kembali kesilapan yang saya lakukan sewaktu di matrikulasi dahulu. Waktu belajar kat matrik saya hanya bersemangat pada awal semester tetapi lama kelamaan saya jadi sambil lewa dan tidak fokus untuk belajar. Mungkin disebabkan kejutan budaya belajar yang mana semuanya kena cepat sahaja. Saya jadi bosan. Lebih banyak main dari study. Lebih sukakan hiburan dari menelaah pelajaran. Kerja yang diberikan pun tak disiapkan sepenuhnya. Semangat saya tetap tak berkobar-kobar melihat orang lain bersungguh-sungguh belajar. Saya terlalu ikut kata hati yang malas. Walaupun saya tahu, tindakan saya akan mengundang padah untuk masa depan tapi saya langsung tidak ambil peduli. Saya buat dun know je. Masa nak dekat final exam/PSPM,
saya diserang demam yang sangat teruk dekat 2 minggu, sampai nak jawab soalan tak boleh concentate, rasa nak pengsan, sakit kepala dan badan saya terlalu lemah waktu tu sehingga nak berjalan seakan-akan melayang. Berat badan saya menurun dan susut. Saya cuma mampu makan tak sampai 5 sudu. Walau makanan nampak sedap tapi tekak saya tak mampu nak terima. Malam saya tak mampu tidur cuma 2-3 jam sahaja. Bayangkan tanpa rehat yang cukup, tanpa persediaan yang rapi. Saya gagahkan juga pergi dewan peperiksaan. Dengan berjauhan dari keluarga, Saya rasa macam nak pergi berperang tanpa bawa senjata dan siap sedia mempertaruhkan nyawa. Saya hanya menjawab ikut apa yang saya mampu je. waktu tu dalam hati, sedihnya bukan kepalang mengenang nasib saya sendiri.
Saat tiba cek result matrik saya dapat agak yang saya akan dapat result yang agak teruk dan target saya tidak kesampaian.
Benar apa yang saya sangka. Air mata saya hampir menitis tapi saya tahan. Saya tak mahu tunjuk pada sesiapa. Saya menangis sendirian. Saya kesal atas apa yang dah berlaku. Tapi apakan daya saya tidak berupaya mengundurkan masa. Bermula dari saat itulah saya kembali sedar. Saya perlu berubah. Saya perlu serius memikirkan masa depan. Sya tidak boleh bersikap seperti kanak-kanak. Saya perlu lebih matang. Baru saya akui kejayaan masa lalu di zaman persekolahan bukan penentu kejayaan masa kini. Dan kegagalan bukan sesuatu yang patut diwarisi dari tahun ke tahun. Apa yang penting adalah sikap kita. Mampukah kita untuk berubah demi kebaikan diri.
|
Laluan Masuk ke UPM |
Saya pada mulanya gusar jika tidak mampu menjejakkan kaki ke universiti. Tapi Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan pada hambanya yang banyak berdosa ini. Bila sahaja saya menjejakkan kaki ke menara gading di UPM buat pertama kalinya, saya telah bermuhasabah diri terlebih dahulu, saya kaji kelemahan dan kekuatan saya, saya cuba usahakan mengikut cara dan keselesaan saya. Saya usahakan apa yang tak pernah saya lakukan sebelum ini.
Adakalanya hampir juga berputus asa dan mengalah, saya rasa jenuh dan jemu tapi saya paksa diri saya untuk berjuang habis-habisan. Saya pujuk hati saya supaya sayangkan ilmu. Saya belajar untuk sentiasa bermotivasi. Saya ingin menebus kesilapan saya sebelum ini. Saya tidak mahu mengulang kembali sejarah pahit yang dah berlalu. Saya tak mahu bersedih lagi disebabkan kegagalan.
Alhamdulillah.. Allah Maha Adil dan Maha Penyayang. Dari-Nya saya minta pertolongan, dari-Nya saya mohon diberi kekuatan dan ketabahan. Syukur. Doa saya diperkenankan.
Itu sahaja untuk perkongsian. Semoga kisah saya jadi panduan untuk semua. Jangan putus asa dengan hidup ini. Selagi masih bernyawa selagi itulah kita mampu untuk meraih kejayaan. Sebelum habiskan ayat, Thanks a lot wat rumate ku di matrik dulu, NURUL TIYANA dan AMIRA SYAFIQAH yang bantu menjaga saya masa saya sakit dahulu.. Semoga kalian dirahmati Allah.. aminnn...