KELEBIHAN BERAZAM
- Ada hala tuju dan tahu apa yang perlu dilakukan dalam kehidupan seharian kita sepanjang tahun tersebut.
- Sebagai persediaan bagi menghadapi matlamat jangka panjang sekiranya azam tersebut berkaitan dengan kehidupan kita untuk beberapa tahun akan datang.
- Mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah.
- Kejayaan yang diperoleh hasil daripada usaha yang dirancang lebih manis berbanding kejayaan yang datang secara tiba-tiba atau kebetulan.
- Kita dapat menilai kelebihan dan kekurangan diri sekiranya apa yang dirancang itu berjaya atau pun gagal.
- Orang yang berazam lebih terancang hidupnya dan sentiasa bermotivasi.
- Azam yang dirancang harus diikuti dengan tekad dan usaha keras untuk mencapainya bukan sekadar angan-angan kosong. Inilah nanti akan menjadikan mereka lebih berdisiplin.
- Hidup jadi lebih bersemangat.
- Azam kearah yag lebih baik mendorong seseorang tahu menghargai hidupnya berbanding sebaliknya.
- Dapat menguji keupayaan dan kemampuan diri bagi merealisasikan azamnya.
No comments:
Post a Comment