Friday, November 12, 2010

KEABADIAN SEBUAH PERSAHABATAN




Temanku
Kita adalah dua insan satu rasa
dua jiwa satu cita
dengan kehadiranmu aku kegirangan
tidak seperti dulu
senyum dalam keterpaksaan
sedih dalam kerelaan..
Senyumanmu adalah senyumku
kesedihanmu adalah sedihku
tawamu penawar kesepian
gelakmu penawar kedukaan
disaat hati diselubungi keresahan..

Pernah kita berselisih seketika                                                   
tidak bertegur sapa
lidah kelu seribu bahasa
kerana keegoan merantai jiwa..


Namun segalanya berakhir jua
dengan sekelumit pancaran hati
yang inginkan kebahagiaan..

Teman kau pernah menzahirkan
perasaan terkilan di sebuah lembaran
hanya kerna tiada ucapan
sempena hari kelahiran
tidak meberi penghargaan dari tangan ke tangan..

Dengan ini
selautan kemaafan kuutuskan 
buat insan bergelar teman
semoga iakatan ini menjadi
KEABADIAN SEBUAH PERSAHABATAN.....
    
                                     

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Jom Tengok!